BAB 44

Drama Completed 94300

Kerana seorang Sakinah awal-awal pagi lagi David tercegat di muka pintu biliknya. Menanti gadis itu muncul dan kalau boleh dia mahu menjadi orang pertama disapa gadis itu.

Tuah menyebelahinya. 15 minit sebelum jam lapan pagi Sakinah muncul dengan senyuman yang bisa membuat David tak akan lena malam nanti. Sakinah begitu anggun. Malah penampilannya hari ini benar-benar seperti seorang pembantu peribadi. Bukan selekeh seperti kelmarin. 

"Selamat pagi encik. Maaf. Saya terlewat ke?" sapa Sakinah lembut dan David kelu hendak membalasnya. Matanya asyik menatap keindahan makhluk di depan. Bidadari tanpa sayap ini telah membuat matanya tak akan pandang gadis lain lagi. Mulai hari ini dia hanya akan pandang Sakinah dan berharap Hud akan lepaskan Sakinah awal-awal lagi. Biar dia yang pantau gadis ini.

"Maaf Encik David. Saya…." 

David akhirnya hamburkan tawa kecil dan Sakinah hentikan bicara.

"Saya terpukau. What a beautiful angel in front of me."

Sakinah senyum sedikit. Ini Nayli punya pasallah. Tak memasal lelaki cina ini pula yang terkedu.

“Kejap.” 

David masuk ke dalam biliknya dan keluar semula dengan satu planner merah jambu di tangan.

“Untuk Cik Sakinah yang cantik dan manis.” David hulurkan planner kepada gadis itu. Sakinah terima dengan hati terbuka.

“Encik panggil saja Kinah.” suruh Sakinah tetapi di balas senyuman David.

“If i call you sweety?” tanya lelaki itu dengan mata yang tak lepas memandang Sakinah.

Sakinah larikan mata.

“Tak perlu Encik David. Kinah saja dah cukup.”

David angguk namun dia lelaki berpengalaman. Pasti saja gadis ini akan tunduk padanya nanti.

“Dah hampir lapan pagi. Kena sharp. Itu yang bos bagitahu semalam kan.” Ujar David dan Sakinah angguk lalu mengekori langkah lelaki itu ke bilik di hadapan.

Tak jauh. Hanya di depan bilik lelaki itu sahaja. Kerana hanya setentanglah dadanya mula berdebar kuat. Malah rancak sehingga dia rasakan orang  lain pun boleh mendengarnya.

“Perfume apa yang Sakinah pakai sampai saya rasa nak renung dan dekat dengan Sakinah selalu.”

Sakinah terperanjat. Ya, dia perasan lelaki itu asyik merenungnya. Mulalah mukanya membahang merah. Ini Nayli punya pasallah. Dihadiahkannya minyak wangi yang mahal. Katanya yang Sakinah pakai cap pasar malam. Malah sahabatnya itu siapa mengajarnya cara memakai minyak wangi dengan betul. Memang tempah maut sebab Encik David dah tunjuk belangnya sekarang.

-He’s a playboy. Kawan dengan dia boleh tapi jangan sampai jatuh dalam perangkap dia. Tapi kalau kau berjaya tundukkan dia aku tabik spring dekat kau Kin.-

Itu pesan Nayli sebelum dia keluar dari perut kereta dan dia akan ingat selalu. Tujuan dia bekerja untuk mengubah nasibynya dan tujuan itu bertambah satu lagi bila berjumpa dengan Hud. Dia mahukan kemaafan dari lelaki itu.

“Jangan goda bos kat dalam.” pesanan Encik David buat Sakinah tersentak.

“Erk… itu bukan skop bidang  tugas saya kan?”

David senyum. Sakinah bijak dan dia rasa dia bertuah berjumpa dengan gadis ini.

“Bos kita ni punctual orangnya dan juga strict. Jangan buat dia naik angin. Bila dia naik angin dia akan lepaskan pada orang yang dekat dengan dia.”

Kelip-kelip mata Sakinah pandang lelaki itu. Biar betul. Makinlah dadanya berdebar kuat mendengar sisi  Hud Iskandar.

David beri senyum dan baru saja hendak mengetuk pintu Rashdan lebih dulu menarik dari dalam.

“Tepat pada masanya.” lelaki yang nampak comel itu tersenyum ke arah Sakinah. Matanya dipakukan lama pada muka Sakinah hingga Sakinah rasa segan.

“Silakan.” pelawa lelaki itu.

“PA bos, Rashdan.” bisik David dan mula melangkah masuk. Sakinah angguk sekali pada lelaki itu dan mengekori langkah ketuanya.

Dadanya sudah tidak tentu arah bila dia berhadapan dengan lelaki dambaannya. Hud Iskandar pula langsung tidak memandangnya. Matanya hanya fokus pada fail di atas meja.

“Hud, Sakinah dah sampai.” David mewakili Sakinah melontarkan suara.

“Dia bisu ke sampai kau yang kena bercakap bagi pihak dia.” Hud angkat muka pandang Sakinah dengan tajam. Wajah itu nampak lain pagi ini malah buat dia makin sakit hati. Dia benci hendak melihat muka itu.

Sakinah larikan mata dan terpandang Rashdan di sebelah ketuanya. Dia masih  tetap tersenyum.

“Dia kan masih baru so aku tolong bagitahu kau.” panas pula David dengan Hud. Entah angin apa yang melanda hinggakan Hud nampak benar-benar lain hari ini. Padahal dulu tidaklah strict sangat. Apakah sebab Sakinah?

Ah, tak mungkin pula sebab Sakinah amat sempurna. Cukup untuk menggetarkan hati mana-mana lelaki. Lelaki yang garang pun boleh tunduk dan dialah salah seorang lelaki itu.

David tarik kerusi lalu menyuruh Sakinah duduk. Berlagak gentleman hingga Hud rasa terbakar.

“Siapa suruh duduk.”

Sakinah tersentak. Baru saja duduk tetapi bangkit semula kerana suara itu bermaksud tidak membenarkan. Mata terpandang Rashdan dan kali ini lelaki itu kerutkan muka. Mungkin dia juga tidak faham dengan perangai bosnya. Lagilah bagi seorang Sakinah. Dia langsung tidak kenal lelaki itu sekarang. Dulu dia seorang yang bermulut manis. Pandai mengayat malah tak pernah dia lihat sifat garang dan tegas dalam diri Hud. Tetapi hari ini dia bingung hingga kepalanya berpusing tiba-tiba. Namun dia tetap tegakkan badan.

“Hud, she's a newbie. Kau jangan layan dia macam kau dah kenal dia lama.”

Terus mata Hud cerlung pandang Sakinah.

Aku dah lama kenal dia David. Dia perempuan jahat yang akan hancur leburkan hati kau sama macam dia buat dekat aku. Dan… suara itu hanya bergema dalam hatinya.

Hud bangkit. Menghampiri Sakinah. Tidak sempat hendak mendekati gadis itu David bersuara.

“Kau nak suruh dia buat apa hari ini. Cepat sikit. Kalau kau sekadar nak bertekak dengan aku baik aku bawa dia masuk bilik aku.” David sudah naik angin. Rashdan pula geleng kepala. Tidak faham dengan dua rakan baik ini.

“Duduk sini sampai aku beritahu kerja apa yang perlu dia buat.”

David terpempan.

“Oh, no bro. She’s my PA. I’ll train her.”

Hud tidak endah.

“Duduk.” arah dia pada Sakinah. Pantas Sakinah labuhkan punggung dan David pun ikut sama duduk di sebelahnya.

“Rashdan. Kau keluar dulu.” arah Hud. Tidak kembali ke kerusi sendiri sebaliknya merenung Sakinah dari belakang apabila Rashdan sudah keluar. Lama berdiam diri akhirnya dia kembali ke meja dan bertenggek di hujung meja dengan mata tak lepas memandang Sakinah.

“Aku beri kau peluang. Keluar dari sini dan jangan muncul lagi.”

Sakinah masih tunduk. David di sebelah terkejut. 

“Kau cakap apa ni Hud?” David tidak puas hati.

Sakinah pula tarik nafas dalam-dalam. Alang-alang sudah berada di sini. Sudah dapat kerja yang dia mahu. Cuma menunggu lulus ujian kelayakan sahaja. Malah lelaki yang dia dambakan juga sudah dia jumpa. Kalau dia lari apakah hidup dia akan berubah. Akan tenangkah dia sampai akhir hayat. 

Tidak bukan. Jawapannya dia yang akan terseksa jika mengabaikan pertemuan kali kedua ini.

“Saya tak akan keluar. Saya terima minggu ujian ini dengan hati terbuka.” ucap Sakinah lalu pandang Hud lama.

David senyum bangga dengan pendirian Sakinah. Hud pula panas hati lalu mendekati Sakinah. Dua belah tangannya genggam tempat letak lengan di kerusi Sakinah. Kepung gadis itu dari bergerak. 

David ternganga. Sakinah pula telan liur sendiri. Tunjuk berani.

“Kau….” ucap Hud sepatah. 

Sakinah angguk. Tidak larikan matanya kerana dia sudah berjanji dengan diri sendiri mahu lihat wajah itu hingga ke akhir hayatnya.

“Aku dah pesan dengan kau jangan sampai kita berjumpa lagi.”

Akhirnya dia larikan juga pandangannya apabila pesanan itu menerjah ruang memorinya.

“Aku akan ikat dan seksa kau sampai akhir hayat. Jadi berdoalah supaya kita takkan  berjumpa lagi.”

Kata-kata lelaki itu menusuk jantungnya. Rupa-rupanya lelaki itu masih ingat akan dia. Kelmarin itu hanyalah lakonan. Lakonan untuk melihat pendirian seorang Sakinah. Dia tahu lelaki itu tidak berlakon sekarang apabila matanya sudah merah menahan amarah.

    Sakinah pandang depan. Kemudian alih matanya memandang Encik David. Muka David penuh tanda tanya. Lelaki itu tidak tahu apa-apa.

    “Kau jual muka kau untuk dapatkan kerja di syarikat aku kan.” tuduhan Hud melampau.

    Sakinah geleng kepala. Tuduhan itu tidak benar sama sekali.

    Hud berpaling mengadap David.

    “David. She doesn't deserve to be our family member.”

“Hud, think first. Take time. Don’t be rush.” Pesan David. Sayang kalau perempuan cantik yang sudah muncul ini dia buang macam tu je. Dia yang akan rugi nanti.

“Nope.” Kuat suara Hud .

“Hud.” Rayu David.

“I never repeat twice.”

David tarik nafas dalam. Susah kalau Hud dah masuk campur.

“Macam ni. Apa kata hari ini Sakinah balik dulu. Apa-apa hal nanti saya call Sakinah.”

    Hud hembus nafas kuat. Dia tidak suka nama itu disebut David.

“Kalau itu yang Encik cakap, saya akur. Terima kasih sebab ambil masa Encik semua.”

Sakinah bangun.

“Duduk. Aku tak habis cakap lagi .”

Kasar suara Hud dan buat David terkedu.

“Apa ni Hud. Tadi kau suruh aku….”

Hud beri isyarat tidak mahu mendengar kata-kata David.

“Kau keluar dulu. Buat kerja kau.”

David jungkit bahu. Akur dengan arahan Hud. Dia geleng kepala. Angin apa yang menyerang Hud dia tidak tahu sampaikan calon yang cantik di depan mata pun tak mampu goyahkan iman Hud.

Sakinah pula terkebil-kebil bila Hud ke meja dan duduk tanpa berbuat apa. Lelaki itu hanya memandang ke arahnya dan buat dia resah.

Lama Hud memandang.

Sakinah bangun tiba-tiba.

“Saya keluar kalau encik tak ada apa-apa yang nak cakap.”

Sakinah melangkah ke pintu dan belum sempat pintu dibuka terlebih dahulu Hud tarik tangannya. Tubuhnya ditolak ke dinding.

Sakinah mati akal. Dadanya berdegup kencang.

Hud pegang lengan Sakinah kuat.

“Aku dah cakap jangan sampai kita jumpa lagi. Tapi nampaknya takdir  memang menyebelahi aku. Kau sendiri yang datang ke syarikat aku.” Tukas Hud. Matanya tak lepas meneliti setiap inci wajah Sakinah. Apabila tiba di mata Sakinah yang bundar dia pakukan pandangannya di situ. Mata itu tak pernah berubah buat dadanya bergetar   hebat. Tapi dia buang getaran itu apabila teringatkan segala kesalahan gadis itu padanya.

Sakinah larikan pandangan. Dia kalah apabila direnung lelaki itu. Kenapa debar di dada ini lain rasanya. Dia mula risau.

“Encik. Lepaskan tangan saya. Sakit.” rayu Sakinah.

Hud tidak endahkan rayuan Sakinah. Matanya masih mahu menilik setiap inci wajah Sakinah. 10 tahun berlalu pun sebenarnya dia tidak pernah lupa akan wajah ini. Sengaja dia berbohong kelmarin kerana tidak mahu ingat kembali masa lalu. Malah dia tidak mahu hatinya kembali terluka.

Hud dekatkan mukanya ke muka Sakinah. Gadis itu berpaling melarikan wajahnya. Dia senyum senget. Menghidu aroma wangi gadis itu. Terbuai hingga dia tarik muka gadis itu dan bila sudah setentang dia renung tajam. Tangan pula masih mengenggam lengan gadis itu.

Sakinah tidak betah dengan perlakuan lelaki itu. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri. Namun kudratnya tiada. Dia tarik tangan sasa Hud dan cuba leraikan pegangan lelaki itu. Tetapi dia tidak kuat.

“Abang Hud. Sakit.” rintihnya dan serta merta cengkaman tangan Hud longgar sendiri apabila suara Sakinah memanggilnya abang menusuk tangkai hatinya.

“Tuan. Panggil aku tuan. Jangan sesekali kau panggil aku abang. Kau tak layak. Panggil nama aku pun kau tak layak.”

Sakinah tunduk.

“Saya nak keluar.”

Sakinah mahu pergi tetapi masih dihalang Hud. Kedua-dua tangannya dilekatkan ke dinding untuk mengepung Sakinah. Mereka sangat rapat hingga sekali lagi wangian Sakinah buat dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Terkedu gadis itu dengan kelakuan Hud. Mata lelaki itu terpejam rapat.

Sakinah telan liur.

“Aku bagi kau pilihan. Kalau kau keluar sekarang kau tak boleh kembali ke sini lagi. Tapi kalau kau tetap di sini aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup kau."

Sakinah terkedu.

Pilihan apa yang lelaki ini beri. Harus yang mana satu perlu dia pilih. Dia bingung sendiri. Lagi bingung bila nampak senyuman sinis lelaki itu. Tidak sempat hendak memberi kata putus pintu bilik dikuak orang. Masing-masing terkejut melihat susuk tubuh yang muncul.

Sakinah pejam matanya. Dia sudah ada jawapannya.

berhuhu je lah kite

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience