BAB 60

Drama Completed 94401

Sakinah pandang bilik Hud. Kosong. Sekosong hatinya yang  sudah dua tiga hari tidak nampak kelibat lelaki itu. Rashdan pun sama. Dia mahu bertanyakan Encik David tetapi lelaki itu juga nampak seperti tidak mahu bertemu muka dengannya. 

Bila dia sapa  ketika lelaki itu muncul hanya anggukan yang diberikan. Dua tiga hari ini begitulah muka lelaki itu. Tawar hambar seperti mereka tidak saling mengenali hingga Sakinah rasa dia yang bersalah. Padahal lelaki itu yang telah menjatuhkan harga dirinya.

Hendak tak hendak hari ini dia masuk ke dalam. Tanpa disuruh dia beritahu semua urusan yang melibatkan ketuanya itu. Lelaki itu hanya diam sambil memandang fail di atas meja.

“Bos ada apa-apa yang nak suruh saya buat?” tanya Sakinah. Pandangan dihalakan pada Encik David. Lelaki itu geleng. Bila muka lelaki itu tetap hambar dia pusingkan badan mahu keluar.

“Maaf sebab saya dah lukakan hati Sakinah.” luah David kesal.

Sakinah kumpul keberanian. Pusing tubuh semula dan pandang wajah ketuanya.

“Kita hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari berbuat salah dan silap. Kalau salah itu ada hubungkait dengan manusia maka meminta maaf itu satu tindakan yang mulia. Sebagaimana bos buat salah pada saya dan saya dengan rendah hati memaafkan bos. Cuma kalau boleh jangan diulang lagi kesilapan itu kerana saya tak cukup kuat untuk memaafkan. Malah saya takut saya pula yang akan membenci.” tiba-tiba kolam matanya bergenang dengan air mata. Teringat kesalahannya pada Hud yang tak terampun sehingga ke saat ini. 

David hembus nafas berat.

“Alang-alang dah bercakap dengan bos saya nak bagitahu yang saya akan resign hujung bulan nanti.”

Terkejut dengan kenyataan Sakinah pantas saja dia berdiri.

“Kenapa? Takkan sebab hal malam itu Sakinah mahu pergi dari sini. Rugi kalau Sakinah tinggalkan kerja sekarang.”

Sakinah ukir senyum.

“Saya akan pergi demi kebahagiaan orang. Kalau saya ada di sini mereka tak akan tenang dan hidup saya pun tak aman.”

David genggam penumbuk. Dia tahu siapa yang dimaksudkan Sakinah.

“Jangan pergi. Saya tak izinkan.”

Sakinah lempar senyum.

“Itu hak bos tapi pilihan sudah ada di tangan saya. Saya sudah tetap dengan keputusan saya. Saya hanya akan berkhidmat sehingga hujung bulan ini sahaja.”

Habis berkata Sakinah keluar. Baru saja duduk Hud muncul dari arah lif. Nampak langkah gagah lelaki itu berjalan menuju ke biliknya. Di belakang ada Rashdan yang memeluk planner di tangan kanan dan pegang kot Hud di tangan kirinya.

Sakinah larikan muka namun sempat dia kerling Hud. Lelaki itu langsung tidak mengendahkan dirinya. 

Hud sudah masuk ke dalam bilik.

“Kerja dekat kilang ke dua tiga hari ni?” sapa Sakinah dan Rashdan angguk.

“Penat. Banyak urusan nak kena setel.” Bila mendengar jawapan Rashdan Sakinah pantas bangkit dari duduknya lalu ke pantri. Dia buatkan dua cawan nescafe dan bawa ke meja Rashdan. 

“Satu untuk awak. Satu lagi untuk tuan. Harap penat awak dan tuan akan hilang.”

Rashdan senyum. Sakinah memang memahami.

“Mood tuan okay tak?” tanya Sakinah. Rashdan geleng kepala tanda angin lelaki itu tidak baik hari ini. Dia tunjuk cawan di tangan tanda mahu bawa nescafe panas untuk Hud. Sakinah memerhati dari luar. Cuba mengintai Hud namun tidak kelihatan. Bila Rashdan buka pintu untuk keluar baru dia nampak susuk lelaki itu yang khusyuk  meneliti komputer di depan.

Rashdan tutup pintu.

“Nescafe Kinah buat memang sedap.”puji Rashdan saat minuman itu diteguknya perlahan. Masih panas berasap.

“Tuan suka nescafe kan?” Tanya Sakinah. Dalam baki hari yang ada dia mahu tahu semuanya tentang Hud. Biar pemergiannya nanti tidak sia-sia.. Dia akan ada sesuatu untuk mengisi rindunya pada lelaki itu nanti.

Rashdan pandang Sakinah pelik tetapi kepalanya tetap di angguk.

“Begitulah tuan Hud. Tak nak bagi mata tu terlelap jadi dia minum nescafe panas. Kalau ada masalah rokok pula jadi peneman.”

Sakinah tahu. Banyak kali juga dia nampak Hud merokok. Malah ketika dekat dengan lelaki itu asap rokok akan singgah di hidungnya walau lelaki itu tidak merokok depan-depan.

Dia tidak suka dengan asap rokok. Pening tetapi dia tahan sahaja kerana dia tiada daya hendak menasihati orang. Apatah lagi kalau lelaki itu lelaki keras macam Hud.

“Kalau ada peluang cuba nasihat tuan sikit Kinah.”

“Erk, saya?” Sakinah tuding jari ke dada sendiri.

“Biasanya kalau perempuan yang nasihat lelaki akan cepat cair.”

Sakinah gelak kecil. Kalaulah Hud mudah cair tentu lelaki itu sudah maafkan dia tetapi sehingga ke saat ini lelaki itu tetap dengan pendiriannya.

“Saya tak kenal tuan sebagaimana Rash kenal dia. Apa seorang PA yang masih baru boleh buat. Rash lagi tahu kan.”

Rashdan menghampiri Sakinah dan dekatkan mulut ke telinga gadis itu..

“Nak tahu rahsia tuan?”

Terkejut  Sakinah dengan tindakan  Rashdan. Dia telan liur. Tentulah dia nak tahu dan bila sekali lagi Rashdan suakan bibir dekat telinganya Sakinah terus hempuk tangan lelaki itu yang melekap di atas meja dengan buku di tangannya.

Rashdan gelak besar.

Sakinah malu dengan ayat yang keluar dari mulut Rashdan dan lelaki itu masih lagi ketawa terbahak-bahak.

“Kau tak ada kerja ke Rashdan. Gelak kuat macam kau bos besar kat sini.”

Pantas gelak Rashdan mati dan Sakinah larikan muka. Berdiri lalu melangkah ke pantri. Dari situ dia lihat wajah Hud yang serius dan langsung tidak hiraukan dia. Hatinya sakit. Sakit menahan rindu. 

Dia rela diherdik, ditengking lelaki itu jika itu mampu mengubat rindunya. Dia rela dituduh murahan, sial dan buruk andai lelaki itu sudi merenungnya selalu. Tetapi itu tak akan terjadi lagi. Lelaki itu tak mahu langsung memandangnya. Seperti dia tidak wujud di sini. Sakitnya hati menanggung rindu pada orang yang ada di depan mata namun tak mampu disentuh.

Dia mengintai di balik pintu pantri  yang terbuka sedikit. Melihat Hud yang sedang berbincang dengan Rashdan.

Abang Hud, kau ibarat purnama yang indah. Aku pula pungguk terhina. Hanya mampu memandang tetapi tak mampu aku gapai. Bilakah masanya kau sudi untuk memandang aku bersama senyuman agar rasa sakit ini hilang dibias sirna cahayamu.

Sakinah pejam mata dan serentak itu setitik dua air jernih mengalir lesu membasahi pipi.

Kinah rindu.

****

David lihat Hud sejak dua tiga hari ini memang tidak mengendahkan Sakinah. Lepas kejadian malam pelancaran produk syarikat hari tu Hud nampak lain. Langsung tidak mengendahkan dia dan juga Sakinah.

Dia yang mengintai dari cermin pintu biliknya mula melangkah keluar. Masuk ke dalam bilik Hud tanpa mengetuk pintu.  Lelaki itu yang sedang merenung skrin komputer terus ketik tetikus dan buat-buat sibuk pandang tablet di tangan.

“Kau masih marahkan aku? Kalau begitu kita kena discuss.”

“Nothing to discuss.” Hud tidak mahu bertekak. 

“Aku rasa aku tak salah dan kau tak sepatutnya tumbuk aku. Sakinah bukan hak milik kau. Aku sukakan dia dan tak salah kan kalau aku nak tidur dengan dia sekalipun.”

Hud ketap geraham. 

Dia tidak mahu nama gadis itu diungkit tetapi David sengaja. Dengar pula ayat terakhir David lagi membara hati dia.

“Up to you. Dia bukan bini aku.” akhirnya terluah juga balasan untuk David tapi itu bukan dengan kerelaan hatinya.

David tiba-tiba tergelak besar.

“Aku tak faham dengan kau sekarang Hud. Kalau dulu kau langsung tak tergugat dengan perempuan cantik tetapi sekarang aku nampak pendirian kau dah goyah.”

“Maksud kau?” 

Ah, tak  nak berbincang akhirnya panjang pula perbualannya dengan David.

“Kau tak benarkan aku dekat dengan Sakinah. Dia hanya untuk kau. Malah malam itu pun kau warning aku agar jangan kacau Sakinah. Tapi sekarang kau dah tak kisah.”

“Yes, I hate her. Jadi kau boleh bawa dia ke mana saja kau nak. Dia tak ada kena mengena dengan aku. Dulu atau sekarang dia bukan hak aku.”

David geleng kepala.

“Kalau macam tu senanglah aku nak pikat dia dan aku rasa dah sampai masanya aku cari isteri dan setakat ini Sakinah yang paling layak untuk dapat gelaran Mrs. Wong dan aku dengan rela hati convert to Islam.”

Hud genggam penumbuk. Tidak mahu use tersasar tepat di dada Hud.  Sakit dan pedih. Makin sakit bila dari pintu yang terbuka dia lihat Sakinah senyum menyambut pelawaan David untuk membawa gadis itu keluar. Hendak ke mana dia tak tahu.

Hatinya memang sakit.

****

Hud ekori langkah Sakinah yang ria berjalan bersama David dan Nayli menuju ke panggung wayang. Hari sudah melepasi maghrib dan nampaknya Sakinah sudah pulang ke rumah terlebih dahulu kerana dia lihat pakaian gadis itu sudah berganti dengan pakaian yang lebih santai.

Gadis itu nampak comel dengan blouse warna beige berbutang di hadapan dan berseluar jeans longgar. Terus amarannya pada Sakinah hilang dibawa angin lalu. Dia yang beri perintah dia yang langgar. Dia tidak mahu lihat muka gadis itu tetapi dia juga yang akhirnya rindu. Lalu dia menyorok di balik tiang menunggu Sakinah yang sedang berbual bersama Nayli.  Mereka berdua menanti David yang sedang beratur membeli tiket wayang.

“Aku nak ke ladies jap Nay. Kau masuk dulu.” suruh Sakinah apabila David sudah selesai membeli tiket. Nayli mengiyakan dan melangkah masuk ke dalam panggung bersama David.

Hud yang mendengar perbualan mereka mengekori langkah Nayli dan David.. Dua tiket ditangan dia pegang kemas. Sengaja meminta tiket paling atas kerana dia mahu tarik Sakinah sekejap lagi.

Mujur penonton tak ramai jadi dia duduk di kerusinya sebelah lorong berjalan kaki. Sesekali pandang ke pintu mengharapkan Sakinah muncul. Bila gadis itu muncul dan melaluinya pantas dia tarik lengan Sakinah. 

Sakinah terperanjat. Kerana tidak berjaya mengimbangi badan, punggungnya jatuh atas ribaan seseorang. Dia mahu menjerit namun lebih dulu tangan besar itu menutup mulutnya. Tak jadi dia menjerit bila cahaya dari skrin besar yang baru terpasang itu menyuluh wajah seorang lelaki. Itu Hud dan bila dia lihat wajah itu terus dia kejung dan matanya tak berkelip.

Dada Sakinah mula berdebar kencang.

“Tuan.” bisik Sakinah dalam rasa terkejut yang masih bersisa. Dia masih lagi di atas ribaan Hud dan matanya masih mahu memandang wajah lelaki itu. Hud juga begitu. Lama memandang Sakinah hingga akhirnya tersedar bila berat Sakinah mula terasa di atas pahanya.

“Duduk sini.” Arah Hud sambil tepuk kerusi di sebelahnya. Luluh hati Sakinah dengan suara lelaki itu. Tidak kedengaran keras seperti selalu.

“Tuan cakap tak nak tengok muka saya lagi  tapi kenapa tuan tarik saya ke sini pula dan… kenapa tuan ada kat sini juga.”

Hud letak jari di bibir Sakinah. Terkejut Sakinah dengan tindakan lelaki itu. Apatah lagi mata Hud tak henti merenungnya. Dia mula risau.

“Kau kena ingat kontrak kerja yang kau dah tandatangan. 24 jam kau mesti ikut arahan aku tambah-tambah lagi pada hari minggu. Malam ini malam minggu jadi kau dah kena start ikut arahan aku. Esok dan lusa pun sama.”

Sakinah palingkan muka bila lelaki itu sudah jatuhkan jarinya. Ingatkan lelaki itu sudah memaafkan dia rupanya tidak. Lelaki itu masih mahu mendera hati dan perasaannya.

“Saya minta maaf tuan. Esok dan lusa saya tak boleh bertugas.”

“Esok lusa tak boleh tapi malam ni pandai pula kau enjoy.”

Sakinah diam. Ikutkan hati sebenarnya dia tidak mahu ikut Nayli dan David. Emak yang demam tiba-tiba buat dia serba salah. Tetapi emak yang mahu dia keluar. Rasai hidup berkawan. Emak tak mahu dia berkurung macam dulu. Lalu dia setuju dan ikut cakap emak. Tapi dia janji dia akan jaga emak balik dari menonton wayang nanti. 

Alih-alih terserempak dengan ketuanya pula. Baru mahu gembirakan hati menghilangkan seksa di hati. Tetapi pertemuan yang tak di sangka ini terasa akan membuatka hidupnya huru hara. Entah kenapa dia rasa begitu. Lelaki itu seperti hendak menyambung apa yang tertunggak pada malam itu. Dia hanya mengagak kerana air muka serius lelaki itu suda tidak seperti selalu. 

Dadanya berdebar. Rancangan apakah yang ada dalam kepalanya. Jangan kata kontrak kerja yang dia ungkit itu satu permulaan utnuk menghukumnya. Sebelum ini lelaki itu baru berikan hint . Dia takut.

“Saya tak dapat nak ikut arahan tuan.”

“Aku bos dan bila-bila  masa saja aku boleh ubah arahan aku. Kau nak aku jadi lagi kejam.”

Akhirnya Sakinah akur.

“Saya faham dan izinkan saya duduk kattempat saya.”

Sakinah mahu bangun namun lelaki itu tarik tangannya.

“Teman aku kat sini.”

Kelip-kelip matanya pandang Hud. Tidak faham dengan sikap lelaki itu. Dia nak apa sebenarnya. Dia tahu tak dia dah dera perasaan Sakinah. Sakinah nak marah tapi tak dapat. Nak luah cinta tapi tak mampu. Habis tu terpaksa dia diamkan diri dan ikut saja arahan lelaki itu.

Lagi satu tangan lelaki itu masih lagi genggam jemarinya. Kalaulah lelaki itu sudah halal untuknya dia pasti akan serahkan sepenuh jiwa dan raganya. Tetapi masalahnya sekarang lelaki itu tidak halal untuknya. Jadi dari terus menanggung dosa dia tolak jemari lelaki itu.

“Tuan selalu buat saya macam ni. Tolong tuan. Jangan biarkan saya salah faham..”

Sakinah pandang arah lain. Seka air mata yang sudah menitis. Hud geram. Cekak leher Sakinah. 

“Bila aku pegang kau buat macam kau mahal sangat. Padahal kau sama macam perempuan tepi jalan. Kalau tidak kau tak akan sesekali ikut David ke mana saja dia pergi.”

“Dia bos saya.”

“Huh….” Hud tunjuk senyum sinis.

“Dia memang bos dan kau pun tahu dia playboy tapi kau tetap ikut dia. Kau bukan nak minta maaf dari aku sebenarnya. Tapi kau nak jadi pisau cukur, bukan .”

Ya Allah, benda apa yang dah rasuk lelaki ini. Kenapa dia dituduh begitu. Rasa terbakar hatinya lalu dia bangun untuk melarikan diri namun Hud tarik tangannya sekali lagi. Dia geram lalu rentap sehabis daya. Bila berjaya dia berlari keluar dari panggung. 

Seka air mata dan melangkah ikut suka hatinya. Baru saja tiba di kaki lima panggung Hud tarik beg sandangnya.

“Kau kena ingat. Ke mana saja kau pergi aku akan ikut. Kau tak akan tenang sebab kau yang bodoh. Berani muncul depan aku walau aku dah beri amaran.”

Sakinah rasa geram. Siapa yang cari siapa sebenarnya. Bukan ke lelaki itu yang mencarinya. Dia mahu sembur lelaki itu tetapi dia tahu di akhirnya dia yang akan kalah.

Dia berpaling. Sapu pipi yang basah. Pandang lelaki itu lama. Tunjuk berani walaupun diri terasa lemah.

“Saya balik dulu. Saya tak janji dapat bekerja esok.” ujar Sakinah dan pantas kakinya berlari laju mendapatkan teksi yang baru menurunkan penumpang. 

Hati tolonglah kuat.

rahsia apa yg rashdan bisik tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience