BAB 51

Drama Completed 94402

    David ternganga melihat si cantik manis yang diidam-idamkan sejak hari pertama berjumpa sedang tekun membuat kerja di dalam bilik Hud di kilang.  Melalui PC komputer Hud di pejabat ini dia boleh lihat apa saja yang gadis itu sedang buat ketika ini. Hampir menitik air liurnya melihat kecantikan Sakinah. Lagi terliur bila Sakinah tersenyum panjang saat mata gadis itu sedang asyik menilik bunga hidup di atas meja kopi.

    “Hari tu kau tak nak aku ambik dia as our members. Alih-alih dah ada kat kilang.”omel David.

    Pintu bilik di tolak dan tersembul wajah Hud dengan muka tertanya-tanya.

“Kau buat apa kat dalam bilik aku? soal Hud tetapi tidak marahkan lelaki itu kerana mereka audah kenal lama. David angkat kening dan pantas juihkan bibir tunjuk kamera CCTV.

    Hud rapatkan diri ke meja. Tarik kerusi lalu duduk. Pandang kamera sekilas. Kelihatan Sakinah tersengguk-sengguk. Dia beri senyum senget. Angkat muka dan  pandang David. Nyata lelaki itu sedang merenung Sakinah.

    “Don’t you dare to try her.”

    David tiba-tiba ketawa kuat.

“Kenapa dengan kau sekarang? Bukan kau tak suka dia ke. Kau beri amaran pada aku tu sebab apa ya?” David sengaja bertanya begitu. Sejak Nayli beritahu dia yang Sakinah hanya setia pada yang satu dia mula syak sesuatu. Apatah lagi bila perangai Hud begitu lain sejak berjumpa Sakinah. Dia rasakan kedua-duanya ada rahsia yang disembunyikan.

“Kau ramai perempuan. Takkan tak ada seorang pun yang boleh kau jadikan isteri.” Hud luahkan kata.

David ketawa besar.

    “Macam kau tak kenal aku. Kalau aku nak cari isteri aku cari yang macam Sakinah. Walau aku bukan Islam aku rela convert kalau dia berjaya aku dapat.”

Hud tergugat. Biar betul si David ini. Tak pernah dia dengar lelaki kacukan ini berkata sedemikian rupa. Apakah David sudah betul-betul gilakan Sakinah. Hatinya mula risau.

“Selagi dia bukan isteri kau aku akan tackle dia.” nekad bunyi kata-kata David dan buat Hud telan liur.

Hud pandang kamera lagi. Kelihatan Sakinah tarik sekuntum bunga ros merah di atas meja. Ros segar itu Shella yang bawa dua hari lepas dan letak atas meja. Dia pula alah dengan bunga dan biarkan saja Shella letak di situ.

Melihat Sakinah yang cium bunga terus dadanya berdetak kencang. Terliur dengan cara Sakinah hidu bunga itu dengan begitu lama. Kemudian Sakinah angkat kaki lalu lunjurkan kakinya dan dia mengiring. Bunga di bawa ke dada dan matanya dipejamkan. Dia telan liur melihat kelakuan Sakinah. Biasa saja tetapi buat nafsunya tak duduk diam. Dia geleng kepala. David yang memerhatinya sedari tadi hembus nafas berat.

Dia yakin Hud menyimpan perasaan pada Sakinah. Dia perlu menguji lelaki itu. Jika benar telahannya dia tidak akan berebut dengan Hud. Dia lelaki budiman dan dia bukan kawan yang akan makan kawan.  

    “Sepanjang aku usung perempuan masuk hotel tak pernah lagi aku jumpa perempuan macam Sakinah. Sekali pandang saja nafsu aku muncul.”

Hud telan liur. David sama  macam dia. Itu tandanya lelaki itu normal.

“Kau jangan nak fikir jahat pasal dia. Jangan cuba nak mengorat dia. Aku dah cakap dengan kau. Hanya aku yang boleh dekat dengan dia. She’s mine. Forever and ever.”

“Kau nak jadikan dia bini kau?” soal David sengaja mengorek rahsia hati Hud namun lelaki itu hanya diam. Sesekali mata tengok fail di atas meja dan sesekali pula melirik pada kamera. Melihat Sakinah yang sudah lena.

“She’s mine but still thinking.” Sindir David bersama ketawa kecil. Sinis sungguh bunyinya. Hud geram.

“Jangan kau berani nak bawa dia masuk hotel. Kalau aku tahu. Nahas kau aku kerjakan.”

Ketawa David terhenti.

“Rasa macam dah lama tak  makan penumbuk kau. Rindu pula.”

Hud genggam jemari sendiri. Dia tahu David sekadar bergurau.

David ialah kawan baiknya semenjak menuntut di Hertfordshire, England. Suka duka bersama dengan lelaki itu buat dia kenal luar dan dalam David. 

Seorang playboy sejati sebab itulah sampai sekarang dia tidak ada yang istimewa. Semua perempuan yang dia dekati hanya untuk dimuatkan dalam koleksi album cinta palsunya. Namun David yang dia kenal tetap seorang rakan kongsi yang maju ke depan.

“Aku chiaw dulu.  Nak setelkan kerja semalam.” Ujar David lalu melangkah keluar. Hud alih pandangan dan mata melihat Sakinah. Dia telan liur melihat mata gadis itu terpejam rapat. Dalam keadaan tidur pun kecantikan Sakinah tidak hilang di bawa mimpi.

Tiba-tiba mata terlihat pintu bilik terbuka. Razlan masuk seperti pencuri. Dada Hud berdebar kencang. Lelaki itu menghampiri Sakinah. Makin tak keruan bila Razlan sudah bertenggek di meja kopi dan merenung Sakinah dalam-dalam.

Tak boleh jadi.

Baru saja hendak kenakan Sakinah. Dia mahu tinggalkan gadis itu di kilang seorang diri sampai malam. Dia mahu gadis itu pulang sendiri namun melihat kelakuan Razlan hatinya dijamah risau. Pantang lelaki lain dekat dengan Sakinah dia jadi risau yang amat 

Dia bangun lalu keluar. 

Tak ada seorang pun yang boleh kacau atau sentuh Sakinah. Hanya aku yang layak.

*****
Razlan senyum panjang lihat Sakinah yang lena dibatas sofa kulit berwarna hitam. Lama dia renung gadis itu hingga dia tidak sedar Sakinah sudah sedar.

"Erk, encik buat apa kat sini?" Soal Sakinah lalu cepat-cepat betulkan tubuh. Duduk dengan sopan. Tidak lagi berbaring seperti tadi.

Razlan senyum.

"Nak jemput Sakinah balik. Jomlah. Lagipun semua pelatih dah balik.”

Sakinah diam. Teringat pesanan Hud yang menyuruhnya menunggu hingga lelaki itu muncul semula. Namun bila dia pandang jam di tangan hatinya kecewa. Sudah pukul enam rupanya tetapi lelaki itu tak muncul-muncul.

“Maaf encik. Tuan suruh saya tunggu dia. Kejap lagi dia sampai.”

Tiba-tiba Razlan gelak besar.

“Bos tu kalau dah balik HQ mana dia nak datang semula. Lagipun Sakinah hanya seorang pelatih dan dia tidak pandang pelatih macam Sakinah. Dia akan cari perempuan macam Cik Shella dan akan datang balik ke sini kalau Cik Shella yang duduk kat sini. Dia cantik dan keturunan orang berada. Itu yang tuan kita nak.”

Sakinah hempas nafas lemah. Dia mula rasa rendah diri. Patutlah Hud tidak mahu maafkan dia. Malah lelaki itu sudah tidak memandang dia dengan rasa cinta seperti dulu. Dia perempuan kampung yang tidak ada apa-apa kelebihan. Hanya berbekalkan wajah cantik saja namun ianya tetap tidak terpakai. Hud tidak juga lembut hati untuk maafkan dia.

“Tak apa encik. Saya tahu saya pelatih dan sebab saya pelatih serta ada kontrak kerja dengan tuan jadi saya akan patuh pada arahan tuan.”

“Bukan sebab hendak jual body?” tiba-tiba lelaki itu sudah duduk di sebelah dan himpit tubuhnya. Sakinah terkejut.

“Encik cakap apa ni?” pantas dia bangun. Razlan gelak besar. 

“Kau macam perempuan lain juga. Gadai body demi kerja. Kau juga nak menggoda Hud bukan. Mentang-mentang dia kaya jadi kau ambil peluang yang sudah terbuka luas.”

Sakinah tidak percaya dia dituduh begitu.  

“Maaf. saya bukan orang begitu.”

Razlan terus ketawa. 

“Dari kau tunggu dia baik kau ikut aku.” Tiba-tiba lelaki itu bangun dan mendekati Sakinah yang sudah berundur hingga ke dinding sebelah pintu.

“Encik jangan kurang ajar. Saya bukan perempuan murah.”

“Ya, kau bukan perempuan murah tetapi kau nampak murah bila kau sanggup tunggu Hud di sini. Kau memang nak pancing dia kan?”

Sakinah geleng tetapi Razlan sudah tutup peluang untuk Sakinah melarikan diri. Dia lekapkan kedua-dua tangannya ke dinding dekat dengan pinggang Sakinah.

Razlan sentuh hujung tudung Sakinah. Gadis itu pejam matanya.

Pintu bilik tiba-tiba ditolak orang.

Razlan tersentak. Terus tangannya jatuh ke bawah bila wajah Hud terpampang di depan matanya. Sakinah pula buka mata bila tiada apa pun yang berlaku padanya namun matanya terpandang susuk tubuh Hud dan dia mula hamburkan air mata. Hud datang. Bukan seperti yang encik Razlan cakap. Hud tepati janjinya.

“Kau nak buat apa dekat dia?” soal Hud geram. Dia masuk ke dalam dan pintu ditutup.

Razlan telan liur.

“Kau nak try dia? Silakan.”

Kini Sakinah yang terkejut. Tak mungkin. Tak mungkin lelaki ini akan membenarkan lelaki lain mengapa-apakannya. Tapi boleh jadi lelaki itu akan biarkan dia dikhianti kerana lelaki itu masih berdendam dengannya. 

Sakinah sudah hilang punca.

“Kau boleh try dia tapi…." Hud hentikan kata.
"Tapi... kau kena lalui aku dulu.” sejurus kemudian sebuah penumbuk singgah di muka Razlan. Pecah bibir lelaki itu dan Sakinah pantas berdiri di depan Hud dengan tangan di depa luas. Menghalang lelaki itu dari mencedarakan Encik Razlan sekali lagi.

“You are fired!!!” laung Hud dan semua mata terbuntang ke arahnya.

haaa... ada musuh baru. alamak!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience