BAB 64

Drama Completed 94344

    Nayli terkejut. Dia yang baru saja hendak makan malam tersentak apabila terdengar suara yang sayup memanggil namanya. Pantas dia mengintai dari tingkap rumah. Dalam gelap malam ditambah pula dengan hujan yang lebat dia lihat susuk tubuh seseorang mengoncang pagar sambil memanggilnya. Dia tidak cam wajah di balik pagar itu. Pantas dia buka pintu rumah. Payung di tangan di pegang kemas dan laju sekali kakinya melangkah ke pagar. Sebaik mendekat ternampak susuk tubuh Sakinah yang kebasahan di luar. Nayli beristighfar panjang. Buka pagar yang berkunci dan menerpa ke arah gadis itu.

“Kin!” jeritnya risau. Tarik Sakinah masuk berteduh di bawah garaj kereta. Melihat beg pakaian yang dibimbit gadis itu hatinya makin risau.

“Kenapa dengan kau Kin?” Soal Nayli tidak faham. Tidak faham melihat keadaan Sakinah. 

“Aku tumpang tidur rumah kau malam ni. boleh kan?"

Nayli angguk tapi kepalanya masih tertanya-tanya.

"Kenapa dengan kau Kin. Ada apa yang dah berlaku yang aku tak tahu."

Sakinah tiba-tiba menangis kuat.

"Aku dah tak ada siapa-siapa kat sini Nay. Aku dah tak ada siapa-siapa.” ujar Sakinah bersama esak tangis yang semakin menjadi-jadi. Makinlah Nayli tidak faham.

“Kau cakap apa ni Kin. Aku tak fahamlah. Mak kau mana?”

Terus Sakinaj jatuh terduduk di atas lantai garaj.

“Mak aku dah tak ada Nay. Mak aku dah meninggal.” jerit Sakinah dan Nayli terkejut besar lalu payung di tangan jatuh ke bawah dan dibawa lari angin. Dia jatuhkan tubuhnya dan raih Sakinah lalu dipeluknya erat.

“Sabar Kin. Sabar.” hanya itu yang mampu dia buat. Memujuk gadis itu yang menangis bagaikan anak kecil.

“Maafkan aku Kin sebab aku langsung tak tahum Aku rasa bersalah sebab aku tak ada masa kau perlukan aku.”

Sakinah leraikan pelukan Nayli.

“Tak apa Nay. Semuanya dah selamat. Aku hanya nak tumpang tidur rumah kau. itupun kalau kau tak keberatan."

Nayli geleng kepala. Tidak mahu Sakinah meminta izin. 

"Kau kawan aku. Bila kau susah aku akan tolong kau. Kau duduk dengan aku. Tak payah tumpang. Terus tinggal dengan aku."

"Aku tak nak susahkan kau."

"Kalau kau tak duduk sini aku lagi susah hati. Dah, jom kita masuk.”

Nayli bawa Sakinah masuk ke dalam dan menyuruh gadis itu ke bilik air.

“Kau dah kena hujan. Baik kau mandi dulu. Kan tak pasal-pasal demam pula.” suruh Nayli.

Sakinah akur. Dia masuk ke dalam bilik air dan berlama-lama di dalamnya. Kepalanya sibuk memikirkan hari esok. Ke mana dia nak tuju bila matahari sudah muncul. Dia sebolehnya tidak mahu menyusahkan Nayli.

Ketukan di muka pintu bilik air mengejutkan Sakinah. Pintu dibuka dan Nayli hulurkan sepasang pakaian malam untuknya.

“Pakaian dalam beg kau dah basah. Kau pakai yang aku punya dulu.” ujar Nayli.

“Terima kasih Nay. Kau cukup baik dan aku tak mampu nak balas jasa kau.”

Nayli senyum.

“Kau balas dengan kesetiaan kau. Setia jadi sahabat aku selamanya.”

Sakinah angguk dalam rasa sayu. Tutup pintu bilik air semula dan pakai pakaian yang Nayli beri. Bila sudah siap dia keluar dan tutup badannya yang hanya bertshirt lengan pendek dengan tuala. Dia segan dengan Nayli. Apatah lagi gadis itu masih belum melihat parut di tubuhnya. Hanya parut di dahi yang terzahir di depan gadis itum

“Jom, makan dulu.” Ajak Nayli bila lihat Sakinah sudha muncul dari bilik air.

Sakinah geleng kepala. Malu bila Nayli tak sudah-sudah menabur budi.

“Jomlah. Kebetulan aku baru nak makan.” Nayli tarik gadis itu ke meja makan lalu suruh gadis itu duduk. Dia suakan sepinggan nasi berlaukkan ikan goreng dan masak lemak sayur kampung.

Tiba-tiba Sakinah menangis bila melihat masakan di depannya. Nayli yang baru hendak duduk menghampiri Sakinah dan mengusap bahu Sakinah yang sudah terhengguk-hengguk menahan tangis.

“Please, jangan macam ni. Kalau kau sedih aku pun rasa sedih Kin.”

“Aku teringatkan mak aku.” Sakinah terus hamburkan air mata hingga Nayli tidak mampu berbuat apa. Hanya dapat mengusap bahu gadis itu.

Sakinah kesat air mata.

“Banyakkan berdoa Kin. Biar mak kau tenang di sana..”

Sakinah tekup muka dan Nayli terus memeluk gadis itu.

“Bila mak aku dah tak ada aku tak tahu nak duduk kat mana. Aku tak ada duit nak bayar rumah sewa kami. Tuan rumah sewa suruh aku pindah. Aku terpaksa datang jumpa kau. Aku hanya ada kau Nay.”

Nayli eratkan pelukan..

“Kau ada aku. Aku akan tolong kau sedaya upaya aku. Kau kawan aku dunia akhirat Kin.”

Sakinah angguk dalam tangis.

Nayli leraikan pelukan dan duduk disebelah gadis itu. Dia pegang tangan Sakinah menyuruh gadis itu memandangnya. Lama dia lihat gadis itu. Rasa sedih dengan apa yang telah jadi. 

“Maafkan aku Kin. Aku kalau boleh tak mahu masuk campur dalam urusan keluarga kau. Tapi bila jumpa kau semula banyak yang dah berubah. Umi kau mana. Sepatutnya bila mak kau tak ada kau tuju pada mak kau  Tapi aku pelik. Kenapa kau tak duduk dengan umi kau. Malah kau pun tak pernah sebut nama umi kau depan aku. Kakak kau? Bukan kau pernah cerita dengan aku yang kau ada kakak kesayangan. Mana dia?”

Sakinah menekur ke lantai. Nayli kesal. Kesal kerana langsung tidak tahu cerita sebenar tentang kesusahan Sakinah.

“Pertama kali jumpa kau selepas sepuluh tahun kita terpisah aku tahu kau simpan rahsia besar Kin. Bila mana lihat kau yang langsung tak serupa dengan zaman sekolah menengah dulu. Hati aku cukup yakin kau hidup dalam kesedihan. Aku tertanya-tanya apa yang dah jadi dengan kau. Lagi aku rasa pelik bila aku tahu majikan  kau itu Hud. Lihat muka dia yang nampak memusuhi kau aku rasa ada sesuatu yang pahit terjadi."

Sakinah masih menekur ke lantai. Hati Nayli rasa tersangat sedih.

"Apa sebenarnya yang jadi. Kau masih tak mahu kongsi dengan aku Kin?”

Sakinah angakt muka dan sapu air mata. Cuba tersenyum namun hanya hambar yang dia beri. Langsung tak ada manisnya.

“Banyak sangat yang dah berlaku Nay. Pedih, perit dan macam-macam lagi sampai aku tak tahu nak cakap apa. Kalau aku ceritakan pada kau aku tak rasa semua yang pahit itu akan jadi manis Nay.”

Nayli rasa simpati. Belum dengar cerita lagi tetapi dia dah cukup kasihan dengan Sakinah.

“Apa yang kau dah buat Kin sampai kau tak mampu nak ceritakan pada aku?”

Sakinah geleng kepala.

“Aku tak kuat Nay. Aku tak kuat. Tolong jangan paksa aku.” Sakinah pejamkan mata. Halau pergi air mata yang masih degil mahu gugurkan diri. Nayli usap jemari Sakinah.

“Baiklah. Aku takkan paksa kau tapi aku harap suatu hari nanti bukan orang lain yang akan bagitahu aku.”

Sakinah geleng kepala.

“Tak. Aku sendiri yang akan ceritakan pada kau sebab orang lain tak tahu pun apa yang dah berlaku antara Hud dan keluarga aku.”

Nayli angguk walaupun dia pening dengan kata-kata Sakinah. Apa pun yang berlaku dia amat berharap Sakinah tidak buat perkara jahat yang memalukan diri sendiri.

***** 

    Hari ini hari terakhir dia masuk kerja dan dia berlagak seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Dia tidak mahu orang lain tahu gejolak hati dia. Surat di tangan dia pandang lama. Bilabsudah yakin dia bawa masuk ke dalam bilik Encik David. Letak atas meja lelaki itu dan keluar semula menuju ke meja sendiri.

Bila sudah berada di meja sendiri dia mula buka planner dan meneliti tugas terakhir sebelum dia meninggalkan pejabat ini buat selama-lamanya. Baru selak planner terpandang Mak Su Lini yang melangkah ke mari bersama Shella.

“Ingat perjanjian kita.” pesan wanita itu dan Shella pandang sahabatnya tidak faham.

“Kau buat perjanjian apa ni Lini?” soalnya tidak faham.

“Kau tak perlu ambil tahu.” tegas suara wanita itu dan dia tarik Shella bawa masuk gadis itu ke dalam biliknya.

Sakinah senyum pahit 

Dia akan pergi kerana dia tak pernah lupa janji dia pada wanita itu. Pandang kalendar di atas meja. Hari ini hari terakhir dan hari ini juga dia mendapat gaji pertama dan terakhirnya. Namun dia tidak mahu periksa gaji dia lagi. Balik nanti baru dia nak tengok. Kalaulah emak ada tentu emak orang yang paling gembira dengan gaji pertamanya.

Dia rindu emak. Kalaulah emak ada dia akan belikan sesuatu untuk emak dengan gaji pertama dan terakhirnya namun emak sudah tiada. 

    Dia rindu emak. Rindu hendak makan masakan emak. Rindu hendak mengaji dengan emak dan dia rindu untuk mendengar nasihat emak yang semuanya terpakai untuk dia. Kolam matanya mula bertakung dan kerja yang sepatutnya dia selesaikan tertunda juga.

Dia ke bilik air dan berdiri di sudut yang tersorok. Mahu basuh mukanya  agar tidak ada lagi kesan air mata tetapi telinganya terdengar pula sesuatu yang kurang enak.

“Kau tahu tak, dua tiga hari lepas aku ternampak bos besar dengan Sakinah dekat Mall.”

“Ya ke kau ni. Main serkap jarang je.”

“Betullah. Macam aku tak kenal bos kita tu. si Sakinah tu lagilah aku kenal. Kereta bos… hah, lagi aku kenal. Kereta yang selalu aku idamkan tu.”

Bagaikan bom atom dilempar ke dada Sakinah. Terasa mahu pecah dadanya bila mendengar namanya disebut orang.

“Alah… dia orang ada kerja lah tu yang nak dibuat”

“Kerja apa. Siap pimpin tangan bagai. Dah macam kekasih.”

“Eh, biar betul kau. Entah-entah orang lain kut.”

“Betullah. Mata aku ni tak rabun lagi lah. Aku dengar Rashdan cakap dia cuti dua hari sebab nak jaga emak dia dekat hospital. Tapi sebenarnya dia melencong ke tempat lain. Mentang-mentang dia cantik, nak jadi pisau cukurlah tu.”

“Isy, biar betul kau.”

“Betul apa. Pandai dia ayat bos besar. Ya lah orang cantik kan. Lelaki mana tak minat. Dia dapat jawatan sekarang pun sebab Tuan David tu angau sangat tengok dia masa interview dulu. Menyampah aku.”

Pedih. Perih. Sakit sangat di dalam dada. Rasa hendak menangis dan meraung. Itulah apa yang dia rasa sekarang ini. Kenyataan dan fitnah silih berganti lalu dia teringatkan Hud.

Agaknya beginilah apa yang Hud rasa ketika dia fitnah lelaki  itu. Malah lagi berat pedih dan sedih yang lelaki itu dapat apabila neneknya meninggal di depan mata. Kerana itulah perasaan benci Hud pada dia membara sehingga ke saat ini.

Sakinah tepuk dada sendiri. Terasa ketat di dalam. Mahu saja dia menjerit biar Hud tahu semua yang dia buat adalah kerana cinta yang tumbuh pada lelaki itu sedikit demi sedikit hingga akhirnya dia yanh tak mampu halau lagi rasa itu. Diam di dalam hati hingga tidak tahu bagaimana untuk membuangnya pergi.

Tuhan, bantulah aku.

kehilangan yang amat pedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience