BAB 71

Drama Completed 94344

Hud bersandar di keretanya menghadap sawah padi. Melihat padi yang sedang menguning tidak sedikitpun menghilangkan ingatannya pada keadaan Sakinah.

Dia lihat tapak tangannya. Terbayang parut dan keadaan kulit Sakinah bila lihat tapak tangan sendiri. Tadi dia mahu ajar Sakinah. Biar Sakinah melutut di  kakinya dan jelaskan hal yang sebenar namun dia pula yang kelu dan akhirnya melarikan diri ke sini.

Dia yang patah hati. Dikejutkan dengan sesuatu yang cukup menyayat hati. Hancur luluh jadinya. Melihat parut yang menghuni belakang Sakinah dan juga parut di dahi gadis itu dia tahu itu bukan parut baru. Itu parut yang sudah lama. Kenapa dia baru nampak. 

Apa yang telah menimpa Sakinah. Dia mahu tahu semuanya namun gadis itu tidak pernah mahu menjelaskan hal yang sebenarnya. Kepala tertanya-tanya namun tiada jawapan yang dia jumpa sehinggalah bunyi motorsikal kedengaran di telinganya. Saat dia berpaling dia lihat Joe sudah mematikan enjin motornya.

“Isteri aku cakap kau nak jumpa. Sorrylah, aku ke pasar. Belikan lauk untuk Mawa.” sapa Joe sebaik saja menongkatkan motornya di belakang Hud.
Hud angguk.
Joe sudah menghampirinya yang bersandar di bahu kereta. Lelaki itu turut sama menyandar dan pandang ke depan.
Hud lihat Joe. Lelaki itu jauh berbeza dengan zaman waktu sekolah menengahnya. nampak sifat baiknya terserlah pada wajah yang bersih.
Melihat lelaki itu terus dia teringatkan Sakinah. Kerana mahu tahu apa yang jadi pada gadis itu dia singgah ke rumah Joe. Sayang sekali lelaki itu tiada lalu dia pesan pada isteri lelaki itu untuk berjumpa dengannya di sini.
Dia harap dengan kedatangan Joe akan membantu dia yang buntu dengan apa yang telah dia lihat. Dia mahu selidik cerita sebenar agar segalanya mudah bagi dia.

“Dah lama kita tak jumpa. Kau nampak macam orang hebat. Tentu kau dah berjaya sekarang.” sapa Joe saat Hud hanya berdiam diri. Lelaki itu hanya beri senyum hambar.

“Kau sebenarnya lagi berjaya  dari aku.” Hud pulangkan balik kata pada Joe dan lelaki itu hanya lempar senyum.
“Syukur pada tuhan. Dia telah menolong aku saat aku terkapai-kapai mencari arah yang bercahaya. Dia pertemukan aku dengan isteri aku, Mawaddah. isteri aku dan keluarga dialah yang membantu aku jadi seperti sekarang. Aku sendiri pun langsung tak menyangka akan jadi imam kampung aku sendiri. Takdir tuhan Hud. Kita tak mampu nak jangka.”

Hud angguk.

Kerana tak mampu dijangka itulah dia dikejutkan dengan kekurangan Sakinah yang begitu menghancurkan hatinya. Bukan jelek dengan gadis itu tetapi dia rasa simpati hingga dia tak mampu memandangnya sekarang.

“Apakah takdir juga telah memisahkan kau dengan Sakinah. Bukankah kau terlalu gilakan dia sampai aku nampak api cemburu pada mata kau.” pertanyaan Hud buat Joe ketawa kecil. namun dalam hati dia rasa sangsi. Kenapa Hud bertanya sesuatu yang sudah lama berlalu.

“Memang aku gilakan dia. Lagi aku rasa tercabar sebab aku nampak Sakinah benar-benar cintakan kau.”

Hud terpempan. Sakinah cintakan dia?
Joe gelengkan kepala dan terdengar istighfar dari mulutnya.

“Itu dulu sebelum aku kenal Tuhan. Selepas aku belajar ilmu agama aku selalu berdoa agar tuhan temukan aku dengan dia. Aku dah bersalah pada Sakinah. Aku hampir buat dosa besar. Mujur tuhan makbulkan doa aku yang mahu bertaubat sungguh-sungguh. Aku jumpa juga dia subuh tadi. Sempat aku minta maaf sebelum nyawa aku di ambil tuhan. Aku rasa tenang sekarang.”

Hud perhati wajah Joe dalam-dalam. Terasa menyirap darahnya mendengar cerita Joe.

“Salah apa yang kau dah buat?”

Joe tersedar. Kenapa dia buka cerita lama. Lagipun Sakinah sekarang sudah berkahwin. Dengan Hud pula tu. Takkan dia hendak menghancurkan rumahtangga mereka. Lagipun subuh tadi Hud cakap mereka pengantin baru. 

“Cerita lama Hud. Baik jangan ditanya.”

“Tapi kau yang mulakan dulu.”

Joe angguk.

“Kau sekarang suami Sakinah. Aku tak mahu hancurkan hubungan kau.”

“Tapi… kalau kau tak ceritakan hal yang sebenar aku yang akan hancur sekarang Joe.”

Joe pandang Hud pelik. Ada sesuatu yang dia tidak tahu. Namun demi melenyapkan rasa bersalah pada Sakinah dia buka cerita lama.

“Aku hampir rogol Sakinah.”

Hud terpempan. Terus dia cekak kolar jubah Joe. Tangannya dikepal dan terasa menggeletar tubuhnya dengan pengakuan Joe. Kalau dia tidak sabarkan diri tentu bengkak muka lelaki itu dia kerjakan. 

Kolar baju Joe dilepaskan dan lelaki itu  hanya ukir senyum panjang.

“Hari terakhir sekolah sebelum cuti penggal kau pesan dekat Sakinah nak jumpa dekat simpang jalan. Masa tu aku ada dekat dengan kau dan aku dengar pesanan kau.”

Joe mula bercerita. Hud pula genggam tangan sendiri. Dia mahu sabarkan diri dari bertindak diluar batasan.

“Tapi aku kelentong cakap kau nak jumpa dalam kebun Ustazah Rohaya selepas waktu asar.”

Hud terkesima.

“Dan… kau tahu kenapa aku yakin Sakinah  cintakan kau?”

Hud geleng kepala.

“Dia pergi ke kebun tu untuk jumpa kau. Itu bukti yang dia cintakan kau. Kalau dia tak cinta dia tak akan percaya cakap aku”

Rasa mahu tercabut jantung Hud mendengarnya.

“Tapi… aku marah. Aku rasa tercabar sebab kau baru datang ke kampung ini tetapi dengan mudahnya Sakinah lembut hati dengan kau. Dengan aku yang dah bertahun-tahun berusaha langsung dia tak mahu. Jadi… aku cuba rosakkan dia tetapi tak kesampaian. Ustazah Rohaya, mak tiri Sakinah datang selamatkan dia.”

Hud kepal kedua-dua belah tangannya. Patutlah hari dia mahu jumpa Sakinah di rumah gadis itu Sakinah muncul dalam keadaan serabai. Bajunya terkoyak. Dan dia nampak hujung rambut Sakinah yang terjulur keluar.

“Kau jahat Joe.” Ucap Hud kesal. Makin kesal bila gadis itu langsung tak menjelaskan hal yang sebenarnya malah siap memfitnah lagi. Untuk apa dia memfitnah sehingga sekarang tiada penjelasan dari gadis itu. 

Oh, alangkah kesalnya hati.

Apa yang dah berlaku sebenanrnya. Bukan hal yang dia baru tahu itu saja yang Sakinah alami. Dia tahu pasti ada sesuatu yang telah buat Sakinah sentiasa mahukan kemaafan darinya. Melihat parut yang nampak hitam di belakang Sakinah juga dia  yakin bahawa  sudah lama gadis itu berduka lara.

Hatinya kesal. Rancangannya selama ini gagal sama sekali apabila melihat keadaan gadis itu. Apakah duka gadis itu lagi hebat dari duka yang dia alami. Dia buntu.

“Maafkan aku Hud. Aku berdosa dengan kau dan Sakinah.” ucap Joe.

Hud hanya diam. Dalam kepala hanya memikirkan Sakinah di rumah. Apakah gadis itu baik-baik saja.

“Kalau kau tak cakap dengan aku pasti aku tak akan tahu cerita sebenar.” Hud sudah membuka pintu kereta.

“Kau doakan semoga aku dan Sakinah baik-baik saja.” pinta Hud dan Joe angguk dengan senyuman.

Baru hendak masuk dia kembali semula kepada Joe. Tiba-tiba sebuah penumbuk singgah di muka Joe. terkejut lelaki itu dan dia tak sempat nak mengelak.

“Ubat buat hilang rasa bersalah kau.”

Diakhirnya Joe senyum panjang. Dia nampak di situ cinta Hud pada Sakinah begitu besar. Hud masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Joe yang akhirnya puas. Puas kerana berjaya melenyapkan rasa bersalah pada semua.

Hud pula hentikan kereta apabila sudah sampai di depan rumah. Ketika itu matahari sudah meninggi. Keluar dari kereta dia arahkan kakinya ke bilik Sakinah. Dia mahu melihat keadaan gadis itu namun hampa yang dia dapat bila melihat almari pakaian yang terbuka dan pakaian gadis itu sudah tiada. Beg pakaian juga lesap entah ke mana. Lalu dia beranggapan Sakinah sudah lari.

Telefon ditarik keluar dari poket seluar.

“Rash, kau masih kat pekan kan. Cari sakinah.” dia hubungi Rashdan. Mujur pembantu peribadinya itu masih ada disini.

Dia sendiri mengelilingi kampung mencari Sakinah namun hampa yang dia dapat. Sehingga zuhur sudah lepas Sakinah tidak juga dia jumpai.

“Kita balik KL. Aku agak dia ada dengan Nayli.” Ujar Hud lelah.

Dengan perasaan kesal dia kembali ke Kuala Lumpur dan terus ke rumah Nayli. Berharap Sakinah ada di situ.

*****

Nayli kerutkan kening saat lampu kereta David menyuluh hadapan rumahnya. Dia yang baru balik dari makan malam bersama David terkejut melihat Kereta yang ada di depan rumahnya. Matanya amat mengenali kereta lelaki itu apatah lagi bila melihat susuk tubuh di luar yang nampak kalut sedang bercakap di telefon.

Nayli keluar. Gembira rasanya kerana Sakinah datang untuk  menemuinya selepas berstatus isteri orang. David juga ikut keluar.

“Apahal pengantin baru ada kat sini. Kin mana?” tanya Nayli sambil matanya melihat ke dalam kereta. Hampa kerana yang ada adalah Rashdan. Rashdan ditempat pemandu pun keluar. Hud pula putuskan perbualan lalu berpaling. Simpan telefon dalam poket seluar dan pandang Nayli penuh harapan.

“Sakinah ada dengan kau? Aku datang nak bawa dia balik.”

Terkejut Nayli dengan pertanyaan Hud. Dadanya berdebar teruk. Dia gelengkan kepala.

“Aku agak dia ada dengan kau.”

Makin Nayli terkejut. Mukanya mula membahang marah.

“Tak sampai seminggu dia kahwin dengan kau dia dah hilang." soal Nayli dan Hud hanya diam.

"Sepanjang dia dengan kau dia tak pernah call aku. Mesej pun tidak. Itu tandanya dia teruja kahwin dengan kau."
Hud lepas nafas dengan kasar. Rasa menyesal dengan apa yang dia buat.

"Dia mana pandai nak ke sana ke mari macam perempuan murahan. Macam yang selalu kau tuduh. Nak datang rumah aku lagilah tak. Huh, macam mana dia nak datang. Gaji yang baru je dia dapat tak sempat dia nak merasa. Nak berjoli sana sini lagilah dia tak sempat.” Sinis kata-kata Nayli dan buat Hud sedar. Dia rasa dia salah dalam menilai Sakinah. Namun dia tak boleh kalah dalam permainan emosi. Dia mesti betulkan semuanya.

“Aku nak kau bagitahu aku. Dia kat mana?” paksa Hud dan Nayli makin geram.

“Kau buat apa dengan dia Hud. Kau buat apa sampai dia hilang entah ke mana?” jerit Nayli. Dia sudah tidak hiraukan jiran-jiran. Malam ini dia mahu basuh Hud secukup-cukupnya.

Dengan air mata yang mula menitis turun dia keluarkan patah kata. Cukup sendu. Cukup sayu.

“Cukuplah kau seksa dia Hud. Cukuplah.” ujar Nayli sebak. Kerana tidak mampu menahan sebak dia dekati David dan menangis di dada lelaki itu. Cuma seketika. Kini dia kembali menghadap Hud. Air matanya yang jatuh bertimpa-timpa sudah tidak malu membasahkan pipinya. Hud hanya diam. Dia mahu mendengar apa yang hendak Nayli luahkan.

“Cukuplah Hud. Dia dah terlalu penat. Dia mahu kau maafkan dia. Itu saja. Tapi selepas sepuluh tahun... bila dia jumpa kau semula, kau seksa dia Hud. Kau seksa hati dan perasaan dia. Kau buat dia macam sampah.”

Hud ketap gerahamnya.

“Kalau kau terus hukum dia atas kesalahan yang dia tak sengajakan kau akan kehilangan dia Hud.”

“Aku tak akan kehilangan dia sebab itulah aku ikat dia. Aku nak tahu kenapa dia seksa aku. Kenapa dia fitnah aku. Tapi dia sedikitpun tak jelaskan pada aku.”

“Sebab dia tak mahu ingat hal yang dah lepas. Dia hanya mahukan ketenangan. Kalau kau maafkan dia, lepas tu kau lepaskan dia, dia akan tenang Hud.”

“Aku tak akan lepaskan dia sampai bila-bila. Tapi tadi bila aku lihat….” Hud berhenti. Tidak sanggup membuka aib gadis itu.

“Kau dah tengok semuanya kan?.”
Hud terpempan. 

“Kau tahu?” 

Mustahil Nayli tak tahu sebab mereka berdua kawan baik.

“Aku pun baru tahu Hud. Selama ini aku ingat dia bahagia tapi dia terseksa. Seksa yang dia dapat bukan  baru Hud. Seksa tu dah lama. Semenjak kau hadir dalam hidup dia,  dia sudah terseksa tapi dia tak pernah tunjuk semua tu.”

Hud kepal jemari sendiri. Menjeruk rasa kesal bertimpa-timpa.

“Parut yang dia dapat semua tu sebab kau Hud.”

Hud tersentak.

“Ayah dia pukul dia, seksa dia sebab dia tak nak anak dia bermain cinta dengan lelaki. Pantang ayah dia lihat lelaki mendekati dia, tubuh dia akan jadi mangsa pukul ayah dia Hud.”
Makin terperanjat Hud dengan cerita Nayli.

"Dia selalu demam kan dulu. Lepas tu berhari-hari tak pergi sekolah kan?" soal Nayli dan Hud angguk.
"Lepas kenal pukul dengan ayah dia tubuh dia jadi tak kuat. Dia sakit Hud. Sakit sangat. Sebab itulah dia macam mayat hidup bila kau jumpa dia."
Hud tampar badan kereta. Melepaskan apa yang terbuku di dada.

Bercucuran juga air mata Nayli saat meluahkan semuanya. Tak tertanggung rasanya. Dia yang hanya mendengar cerita saja sudah kalah. Kalaulah dia ditempat Sakinah dia tidak tahu adakah dia akan kuat seperti gadis itu.

“Dia cintakan kau Hud sebab itulah dia fitnah kau. Dia mahu kau lari dari dia. Bila kau lari tubuh dia tak akan jadi mangsa ayah dia lagi. Tapi dia silap langkah. Apa yang dia buat sebenarnya semakin buat dia terseksa.”

Hud pejamkan mata. Terasa ada air jernih hampir keluar dari matanya.

“Mujurlah umur dia panjang dan kau masih ada peluang untuk seksa dia. Kalaulah umur dia tak panjang, agak-agak kau akan ingat dia tak?”

Argghhh!!!

Kini Hud tumbuk badan kereta pula hingga terasa sakit tangannya. Kenyataan yang baru dia dengar ini benar-benar buat hati jantannya merasa seribu penyesalan.

“Kalau kau rasa pedih dengan apa yang dia buat pada kau percayalah hati dia bukan setakat pedih, malah sudah berkecai dan tak mampu untuk orang lain cantumkan. Malah dia sendiri tak  mampu nak cari hati dia. Nak ubatkan hati dia sendiri pun dia dah tak mampu Hud.”

Hud tarik nafas panjang. Pandang Nayli yang basah wajahnya. Kemudian pandang David yang kelu seribu bahasa. Kalau lelaki itu baru tahu cerita sebenar antara dia dan Sakinah dia lagilah rasa hampir mati akibat terkejut. Cerita sebenar yang baru dia dengar ini buat keadaannya sekarang ibarat perenang di lautan yang letih dan hampir lemas akibat tak berdaya. Berenang jauh di lautan yang tak bertepian dalam keadaan lemah dan dia akan mati tanpa sesiapun yang menyedarinya.

Nayli sapu air mata.

“Tolong Hud. Kau bukan musuh dia. Kau adalah penawar yang dia harapkan akan datang dengan sinaran cinta. Kau tolong ubatkan hati dia Hud. Sakit yang dia rasa hanya kau yang boleh ubatkan.”

Hud raup mukanya dan tolak rambut naik ke atas lalu hembus nafas dengan  kuat.

“Kau tahu dia kat mana?”

Nayli ukir senyuman dan nampak wajah leganya.

“Aku agak di ke sabah.”

“Sabah?”

Bila semua sudah tersingkap.

Share this novel

norsila
2022-06-17 19:52:58 

mleleh2 air mato ku..cm aku lak brada dlm watak ni..mungkin watak tepi joo lah...pmhati..hehe..sedih dn kesian si sakinah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience