BAB 24

Drama Completed 94300

Hud lihat jam tangannya. Sudah setengah jam dia di atas motor menunggu Sakinah. Namun hingga ke saat ini bayang gadis itu tidak juga muncul.

Dia terlewat tiba di simpang kerana habis waktu sekolah terus dia pecut ke pekan. Dia mahu berikan sesuatu untuk gadis itu sebagai tanda ingatan. Biarlah cuti dua minggu ini ingatan gadis itu takkan lari  ke mana. Dia akan selalu ada dalam fikiran Sakinah.

Peluh sudah membasahi baju seragam sekolah yang dipakai. Tengah-tengah panas macam ni orang gila pun tak sanggup nak buat kerja macam ni. Tapi dia pula, demi Sakinah dia rela berjemur panas bermandi peluh. Memang gila.

Ya, dia gila. Gila kerana sudah sukakan gadis yang baru berusia 16 tahun itu. Suka yang asalnya bercampur main-main. Namun menjadi satu rasa yang sukar dia tafsir.

Dia masih remaja tetapi sekarang hatinya cukup kuat sukakan Sakinah. Kenapa dia suka? Sebab Sakinah nampak matang tidak seperti budak perempuan lain yang nampak kebudak-budakan. Sakinah betul-betul lain.

Ah, niat asalnya sekadar mahu mengusik akhirnya telah bertukar arah. Dia suka dan dia jatuh hati. Pandangan pertamanya pada Sakinah bukan pandangan biasa tetapi pandangan penuh makna. Dia cuba halau rasa itu tetapi makin lama makin dia rindu. Dia pandang Sakinah dengan pandangan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas. Namun Sakinah tidak membalas rasa yang ada dalam hatinya. Dia tahu kerasnya hati Sakinah tidak boleh dilembutkan sebab itulah dia akan mencuba hingga ke habis daya agar senyuman akan terukir di bibir Sakinah.

Bila gadis itu senyum dia akan tahu apa yang ada dalam hati Sakinah.

Sejam berlalu dan Hud hidupkan enjin  motor. Nampak gayanya dia kena ke rumah Sakinah. Tak dapat guna jalan rahsia terpaksa dia berhadapan dengan ayah Sakinah. Apa nak jadi jadilah.  

Memang dia suka betul rupanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience