BAB 65

Drama Completed 94379

Hud perasan sejak dia masuk ke dalam biliknya pagi tadi wajah Sakinah muram hingga ke saat ini. Sekarang sudah tiba waktu pulang pun wajah itu tetap begitu. Dia mula rasa geram. Dia  mahu lihat senyuman Sakinah agar hari-harinya menjadi semangat dan ceria namun wajah itu tetap muram hinggalah muncul David dengan sejambak bunga segar.

Hud tersentak dan hatinya diterpa rasa gelisah. Gelisah melihat David tersenyum di depan Sakinah. Makin tak keruan bila Sakinah balas senyuman David dengan begitu manis dan ikut lelaki itu masuk ke dalam bilik.

Apakah David betul-betul maksudkan apa yang dia ucapkan dulu. Dia mahu pikat Sakinah. Melihat cara David sekarang tak mustahil Sakinah akan masuk dalam permainan cinta lelaki itu.

Ah, tak boleh jadi. Hud tarik kunci kereta atas meja lantas berlalu keluar. Rashdan di meja tidak sempat bertanya. Pening kepalanya melihat gelagat bos semenjak dua menjak ini. Selalunya dialah yang akan jadi perantara bos dengan orang bawahannya. Ke mana-mana pun berdua. Tetapi sekarang semuanya nampak pelik dan menghairankan. Lelaki itu dah pandai buat hal sendiri.

Mulalah kepalanya hendak bekerja lebih keras. Terfikir-fikir apakah perkara yang menyebabkan lelaki itu nampak berubah. Dia akhirya senyum panjang bila terpandang Sakinah yang tertawa kecil di dalam bilik David. 

Perasaannya kuat mengatakan Hud tengah di lamun cinta. Itu yang ditebaknya. Melihat David melayan Sakinah bagaikan puteri dia tahu Hud cemburu. Ya, itu yang dia nampak tadi. Harap-harap sangkaannya betul. Biasanya orang kalau dah angau rela buat apa saja. Malah perangai pun pelik.

Rashdan sengih panjang.

Hai, Sakinah. Kau buat Hud tak senang duduk.

*****

    “Terima kasih bos.” ucap Sakinah apabila jambangan bunga bertukar tangan.

    “Most welcome tapi bunga tu tanda saya minta maaf sebab saya  baru tahu yang emak Sakinah dah tak ada.’’

    Sakinah senyum dalam payah.

    “Tak apa. Semunya dah selamat.”

    David angguk.

“Bunga ni saya simpan kat sini ya. Boleh hias meja ni.”

“Up to you.”

David renung wajah Sakinah.

“Tapi… untuk dipandang PA baru bos nanti.”

David tersentak. Sakinah senyum.

“Nanti bos cari PA lain ya. Saya sampai jam ini saja kerja dengan bos. Dah nak tamat waktu pejabat dan kerja saya akan berakhir kejap lagi.”

David terkejut. Baru dia ingat yang Sakinah pernah beritahu minggu ini adalah minggu terakhir dia di sini. Ah, hatinya kesal. Kesal kerana Sakinah akhirnya akan pergi jua dari hidupnya.

"Itu… surat resign saya." Sakinah tunjuk surat di atas meja lelaki itu tetapi David buat tidak tahu.

"Please. Jangan berhenti. Baru sebulan Sakinah kat sini. Banyak lagi pengalaman yang Sakinah tak timba." David memujuk.

"Terima kasih bos. Mungkin saya boleh cari pengalaman kat tempat lain." 

Hancur hati David dengan jawapan gadis itu. Tetapi dia masih mahu berusaha. Dia mahu perkenalan mereka uang tak seberapa ini akan berpanjangan. Dia akhirnya senyum.

"Apa kata Sakinah jadi babysitter saya."

Terkejut Sakinah dengan pelawaan lelaki itu.

"Nak jaga anak siapa?" soal Sakinah hairan. Bukan ke Encik David tak kahwin lagi.

"Anak kita." terus terhambur gelak Sakinah dan David terkesima. Belum pernah dia dengar gelak besar gadis ini. Terdengar manis di telinganya.

"Macam-macamlah bos ni."

Sakinah mula menapak keluar dari bilik ketuanya.

    “Kalau macam tu Jomlah saya hantar Sakinah balik.” pelawa David namun Sakinah jawab dengan  gelengan.

    “Saya balik dengan Nayli. Dah janji dengan dia.” tolak Sakinah sopan. David angguk. Dia lihat  Sakinah yang sedang mengemas barang-barang di atas meja dengan pandangan yang dia sendiri sukar untuk fahami. Makin pelik pula rasa yang ada dalam dadanya sekarang. Tidak sama seperti ketika dia berdua-duaan dengan koleksi mangsa cintanya.

    “Kalau macam tu apa kata kita pergi makan nak. Sebagai tanda perpisahan." David tidak putus asa. 

Nayli yang sibuk memasukkan barangnya di dalam tote bag pandang lelaki cina itu. Beri senyum dan angguk.

"Kalau macam tu kita ajak Nayli sama." Sakinah setuju tetapi hendak bertiga pula. Kecewa betul hati David namun dia akhirnya setuju juga. Dari tak dapat berdua-duaan jadi bertiga itu lebih baik. Janji dia dapat bersama Sakinah. 

"Dah siap kemas?" soal David. Sakinah angguk dan biarkan saja lelaki itu dengan kecewanya.

"Kita akan jadi kawan kan?"

Sakinah angguk dengan senyum panjangnya.

"Tapi kalau Sakinah nak upgrade jadi wife saya Sakinah bagitahu. Anytime saya sudi."

Terhambur gelak Sakinah. Ada-ada saja lelaki itu hendak buat dia rasa gembira. Terasa hidupnya hari ini ceria sungguh.

Dalam senyuman yang masih bersisa terpandang pula Rashdan yang baru keluar dari bilik Hud. Terkejut lelaki itu melihat Sakinah yang berdiri di tepi mejanya sambil membimbit tote bag yang penuh barang di dalam hingga ada dua, tiga barangnya hampir menjunam keluar.

"Saya dah tak kerja kat sini lagi. Maafkan saya kalau ada salah dan silap sepanjang kita kenal." Ucap Sakinah panjang dan Rashdan telan liur. Masih tidak percaya kemunculan gadis ini di sini hanya untuk seketika cuma.

Dia renung Sakinah lagi.

"Kirimkan salam saya pada Tuan Hud. Beritahu tuan saya mohon ampun dan maaf untuk setiap kesalahan saya pada dia." 

Tak terluah kata-kata dari mulut Rashdan dengan pesanan Sakinah. 

Dia tak senang duduk. Sebaik Sakinah beransur pergi bersama David dia terus mendail nombor telefon Hud tetapi sayang panggilan tak berjawab. Dua tiga kali dia hubungi lelaki itu dan balasan di telinganya tetap sama. Lalu dia tinggalkan pesanan untuk lelaki itu dengan harapan amarah Hud tidak akan meledak keluar.

****

Sakinah kerling pandang David yang tak habis-habis lagi merenungnya. Walaupun sekarang mereka sudah ada di depan lif lelaki itu tetap juga hendak merenungnya. Dia betul-betul rasa tak selesa. Namun mengenangkan ini adalah pertemuan terakhir dia biarkan lelaki itu terus dengan kegilaannya.    

“Sakinah, was your dad a thief?”

Sakinah terkejut. Bila sebut saja tentang ayah hatinya terus kecewa. Tetapi dia tidak mahu kalah lalu lemparkan pertanyaan dengan senyuman.

“Kenapa?”

David angkat kening dan hadiahkan senyuman.

“Cause he stole the stars from the sky and put them in your eyes.”

Sakinah tiba-tiba tergelak.

“Kalau macam tu sayalah orang yang paling kaya sekarang dan tepatlah keputusan saya untuk berhenti kerja kan Encik David."

David tepuk dahi dan tunjuk rasa geram

“Grrr… Sakinah dah hancurkan pick up line saya.”

Sakinah ketawa kecil.

“Try dekat perempuan lain ya bos. Bukan pada saya.” Balas Sakinah dan mula melangkah perlahan masuk ke dalam lif yang sudah terbuka pintunya. David ikut dari belakang lantas berdiri di sebelah Sakinah yang menyandar di dinding lif. Di dalam lif ini ada dua tiga orang rakan sekerja perempuan dan seorang dua lelaki yang sekejap-sekejap pandang Sakinah. Gadis itu tidak mahu ambil tahu dan hanya lempar senyum. Dia tahu apa yang ada dalam kepala masing-masing. Pasti mereka sedang mengutuknya tambah-tambah lagi sekarang bos kedua tertinggi syarikat ada di sebelahnya.

Kalau dia lembik orangnya tentu dia akan terkesan dengan pandangan kurang senang mereka terhadapnya. Dia tidak mahu nampak lemah sebab itulah dia tidak menghalang David bersamanya. Sebab dia tahu apa saja yang dia buat sekarang tidak akan indah di mata orang. 

Lif sudah sampai ke lobi.

David pula tetap dengan perangainya. Patutlah gelaran playboy itu benar-benar sesuai dengannya. Pandai buat hati perempuan cair. Dia rasa rimas dengan lelaki itu tetapi dia tidak akan tunjuk. Tidak mahu lelaki itu terasa hati apatah lagi lelaki itu sudah banyak menolongnya. Selagi ianya tidak melampaui batas dia akan layan David. Itupun tak lebih dari seorang kenalannya sahaja.

David persilakan Sakinah keluar.

Mata terpandang Nayli yang sedang menunggu di sebuah kiosk makanan ringan berhampiran pintu keluar.

"Jom Nay kita pergi makan dulu. Lagipun hari ni last day Sakinah kat sini."

Nayli mendengus.

"Kenapa tak telefon bagitau nak makan sama." Dengus Nayli geram. 

"Tak boleh ke?" 

"Tak bolehlah sebab aku nak bawa Kinah temankan aku jumpa klien aku. Engkau ni David. Kan aku fire baru tahu."

Nayli tunjuk muka geram tetapi Sakinah yang rasa bersalah.

"Please. Jangan marah bos. Aku yang salah sebab tak inform kau awal-awal."

"Jadi betullah ni tak nak makan dengan aku. Temankan aku pun tak nak?” tanya David lemah.

Nayli geleng tetapi kasihan pula dengan mamat ni.

"Macam ni… kalau kau nak makan kau datang butik aku. Buat masa sekarang Kinah akan tolong aku kat butik sementara dia cari kerja lain. Jadi… kita boleh makan bersama."

Terus muka David berubah corak. Manis dan ceria.

"Kalau macam tu aku setuju." Pandang Sakinah dan kenyitkan mata. Sakinah hanya ukir senyum. Tidak terkesan dengan kenyitan mata buaya lelaki itu.

“Tapi… kalau kau rasa lapar sangat dan nak orang temankan kau apa kata kau ajak je perempuan gedik yang ada dalam koleksi album cinta kau tu." Sinis ayat Nayli tetapi disambut gelak David.

“Tapi kat dalam album tu tak ada Sakinah. Nama kau pun tak ada Nayli.”

Nayli mencebik. 

"Kalaulah nama aku ada sama dah lama aku tanam kau hidup-hidup."

Pecah tawa David dengan pengakuan Nayli. Dia kalau dengan Nayli macam kawan lelaki. Boleh main sindir-sindir, kutuk-kutuk bagai.

Sakinah senyum. Suka tengok keakraban keduanya. Nayli sejak zaman sekolah lagi jenis yang mudah mesra dengan sesiapa saja. Sebab itulah dia terkenal sebagai pengawas yang baik hati.

“Dah lewat sangat ni Dav. Aku gerak dulu.” Beritahu Nayli lalu kuis Sakinah agar mengekorinya. Sakinah berikan senyuman pada David tanda perpisahan. David hembus nafas berat. Tidak mahu berpisah dengan gadis itu lantas dia membontoti langkah keduanya hingga keluar dari bangunan pejabat. Dia mahu hantar keduanya hingga hilang dari pandangan. 

"Tak payahlah nak sedih sangat. Bukannya kau tak boleh jumpa Kinah ni." Usik Nayli.

"Aku akan rindu dia nanti." Luah David sayu dan tunjuk muka kecewa.

Nayli gelak kuat. 

"Banyaklah kau punya rindu." 

Pandang Sakinah lalu suruh gadis itu masuk ke dalam kereta.

Belum sempat masuk sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan mereka. Mereka bertiga terkejut apabila melihat Hud muncul dengan muka serius dan langkah yang tergesa-gesa.

Tiba-tiba lengan Sakinah di tariknya. Terkejut Sakinah dengan tindakan Hud. Pandangannya tajam dan tersembunyi amarah yang bila-bila masa saja boleh meletus keluar.

"Kau nak apa?" Soal Nayli risau.

"Aku hantar dia balik malam nanti. Itupun kalau aku rasa nak hantar."

Terus Sakinah ditarik dan dihumban ke dalam kereta. Muka gadis itu ketika itu tak perlu digambarkan lagi. Cukup terkejut malah dadanya berdebar-debar. Tiada angin tiada ribut, baru saja dia hendak bergembira nampak awan mendung sudah muncul dan dia tahu tak lama lagi hujan kedukaan akan jatuh berguguran.

Dia tidak mahu semua itu berlaku. Namun sebaik Hud pecut kereta seperti 2, 3 hari yang lepas dia tahu hidupnya tak akan aman lagi.

Di tempat tadi Nayli terlopong tidak faham dengan tindakan  Hud dan pastinya David yang berada di belakang yang menyaksikan kejadian sebentar tadi rasa tercabar.

Dia tercabar.

Cinta tapi ego lebih kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience