BAB 01

Drama Completed 94344

Hud terkesima. Wajah yang melintasinya sebentar tadi benar-benar buat air liurnya meleleh keluar.  Cepat-cepat dia sapu apabila Joe dan Khair ketawa terbahak-bahak. 

Ketika ini mereka sedang lepak di taman Ilmu berdekatan koperasi sekolah sementara menunggu waktu rehat tamat.

“Apahal dengan kau ni. Takkan setakat tengok budak berhingus  macam tu terus kau cair.” kutuk Joe yang masih tersisa  tawanya.

“Budak apanya. Anak dara tu. Aummmm.” Khair buat-buat gaya macam makan paha ayam goreng sambil keningnya diangkat-angkat menunjuk ke arah sang gadis yang kembali melintasi mereka.

“Siapa tu? Tak pernah tengok pun?” soal Hud. Matanya mengekori langkah si gadis hingga hilang ke dalam koperasi.

“Sakinah. The most wanted student every year.”

“Maksud kau?” soal Hud tidak faham. 

“Kau budak baru kat sini. Mana kau nak tahu kalau aku tak cerita kan. Rezeki kau lah dapat dengar cerita aku pasal budak seorang tu.” Khair senyum.

“Dia tu baru form 4 Hud tapi itulah saham dia memang tinggi. Kalah semua budak perempuan form 5 dengan form 6. Cantik dia tu...fuh.” Khair buat gaya Farouk pelakon popular tahun 90an. Tangannya dilalukan ke bibir dan bunyi kucupan yang sengaja dikuatkan buat Hud rasa nak hempuk kepala Khair. Gaya saja lebih tapi kalau dah memang muka lawak Pak Kaduk buat serius pun tak jalan. Menyampah adalah.

“Anak imam kampung kita. Mak dia cantik, kak long dia cantik. Tak mustahil lah kan kalau dia pun cantik juga. Putih dia tu huhu, tak tidur malam kau Hud.”

Hud pandang jauh ke arah koperasi.

Hud mendengus. Bukan kecantikan gadis itu yang dia mahu tahu. Yang dia mahu tahu siapa gadis itu. Lirikan matanya sebentar tadi benar-benar buat dadanya hampir pecah malah renungan tajamnya buat hati kental seorang Hud boleh jatuh tergolek.

“Kau nampak macam minat sangat ni Hud?” Tiba-tiba Joe menyampuk.

“Tak nampak macam form 4.” Luah Hud tidak membalas kata-kata Joe.

“Sebab itu lah saham dia tinggi. Tak macam student perempuan lain. Dia nampak matured. Macam dah boleh dijadikan bini." Joe teruskan kata.

"Ramai yang tengah mengayat dia tapi setakat ni aku dengar sorang pun tak jalan. Hah, cikgu Razif tu nampak berminat jugak. Kalau kau nak jangan sampai kalah kat tangan cikgu Razif bro.” Ujar Khair bersama tepukan halus di bahu Hud.

Hud senyum. Senget.

“Ini Hud lah. Setakat budak macam tu sekali petik dah menggelupur.” 

Joe dan Khair bulatkan mata.

“Hohooo… bunyi macam international playboy je. Jangan-jangan sekolah dulu buaya tembaga campur besi kut.” kutuk Khair lagi. 

Hud sengih.

Nakal dia hanya ayah dan ibu yang tahu.
Jahat dia tak ada siapa yang tahu.
Baiknya dia orang tertentu sahaja yang tahu.

Hud sengih lagi. Dia pandang koperasi dengan harapan gadis itu muncul kembali. Dia mahu lihat  wajah itu sebelum loceng terakhir sekolah berbunyi menutup sesi persekolahan hari ini.

Muncullah.
Doanya dan gadis itu benar-benar keluar dari koperasi setelah loceng menandakan tamatnya waktu rehat berdering. Tetapi gadis itu melangkah ke depan kemudian belok ke kiri dan semakin jauh menghilang di belakang bangunan yang menempatkan kelas tingkatan empat.

Hati Hud hampa dan kecewa.

amacam? Enjoy ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience