BAB 58

Drama Completed 94300

Geram betul Shella dengan Hud. langsung lelaki itu tidak menghiraukan dia. Mata lelaki itu hanya memandang ke depan. Walaupun begitu dia namapak Hud tetap ada rasa hendak melirik pada Sakinah. 

Sakit hatinya dengan Sakinah. Gadis itu betul-betul nampak cantik. Tetapi dia akui Sakinah memang cantik. Kalau hendak dibandingkan dengan dirinya memang dia akan kalah. Tetapi dia tahu cara hendak menghias diri walau tidak secantik Sakinah. Cuma gadis itu yang tidak pandai mengguna peluang yang ada. Kalaulah dia di tempat Sakinah dia akan tarik semua lelaki agar terlekat kemas dalam pelukannya.

Tetapi Sakinah tidak perlu tunjuk apa-apa. Walau tertutup semua tanpa perlu ditonjolkan mata lelaki tetap gatal memandangnya. Dia rasa kalah. Tetapi dia tidak mahu mengakui yang dia telah kalah lalu jemari Hud yang sedang elok melekap di dada meja dia usap lembut.

“Shella. Stop.” arah Hud keras tetapi dalam oktaf rendah namun tetap terdengar di telinga Sakinah. Lantas dia menoleh dan terlihat Shella yang senyum menggoda sambil mengusap belakang jemari kiri Hud. 

Dia pula yang naik seram dengan tindakan Shella.. Hud itu lelaki. Bukankah lelaki pantang disentuh perempuan. Malah lelaki juga tidak boleh dibisik dan dirayu. Tiba-tiba tubuh Sakinah meremang. Kepalanya mula fikir yang bukan-bukan hingga tergeleng-geleng tanpa dia sedari.

David yang menyedari keadaan Sakinah turut memandang ke arah Shella dan Hud. Dia senyun. Dalam kepalanya sudah merancang sesuatu. Dia pandang belakang mencari kelibat Nayli. Kelihatan gadis itu sibuk menyuap mulut sendiri dengan pelbagai jenis hidangan.

Majlis sudah sampai ke penghujung dan Hud dipersilakan untuk menyempurnakan acara pelancaran produk baru syarikat. 

Hud sudah ke atas pentas dan segak berdiri di depan bongkah ais. Di dalamnya ada lipstik keluaran syarikatnya yang dibuat daripada minyak kelapa sawit. Satu inovasi produk yang pasti akan meletup di pasaran nanti..

David turut sama naik ke atas pentas dan dia tidak lupa menarik Sakinah sama. Terkejut Sakinah kerana dia langsung tidak tahu yang dia perlu menemani ketuanya hingga ke pentas utama. Dadanya usah dicanang memang berdegup kuat. Terasa semua orang boleh mendengar degupannya dari luar.

Hud pula sudah tidak senang duduk. Entah apalah yang David hendak buat. Kenapa perlu tarik gadis itu sama. Rasa macam nak bagi penumbuk dekat David tetapi ini majlis syarikatnya. Kalau terjadi benda buruk nama dia juga yang akan rosak.

Pengacara majlis menyuruh Hud memukul bongkah ais berbentuk hati. Dia mengiyakan dan pukul bongkah itu sekuat hatinya. Ibarat sedang memukul David yang nampak gatal di sebelahnya.

Dia keluarkan lipstik dari bongkah ais dan tunjuk pada semua tetamu. David tiba-tiba merapat. Tarik lipstik di tangan Hud dengan senyum sinis.. Tersentak lelaki itu dengan tindakan David.

“This is our model tonight. So, as a gimmic please miss Sakinah….” 

David tunjuk tisu basah atas dulang yang di bawa gadis pembantu acara perasmian.

Terpinga-pinga Sakinah dengan arahan ketuanya. Untuk apa arahan itu dia tidak faham. Lambat betul Sakinah bertindak lalu  David tarik tisu basah yang dihulurkan pembantunya dan hulurkan pada Sakinah. Gadis itu masih diam. Kerana Sakinah yang masih kabur dengan apa yang perlu dia buat David terus lap bibir Sakinah dengan tangannya. 

Terkejut Sakinah dengan tindakan ketuanya. Dia telan liur. Di depan orang ramai dia dilakukan seperti perempuan tak  berharga. Hendak luruh air matanya dengan perlakuan si ketua. Hendak marah itu ketuanya. Kalau tak marah dia yang malu. Tunduk dan tahan rasa. Angkat balik muka dan terpandang Hud yang berikan pandangan tajam dan berbisa. Lagilah hati Sakinah rasa malu dan rendah diri. Tentu-tentu saja lelaki itu sudah cop dia sebagai perempuan tak ada harga diri.

Tiba-tiba David angkat tangan. Tunjuk lipstik di tangan. Dia mahu oleskan di bibir Sakinah namun lebih dulu Hud merampas semula lipstik di tangan lelaki itu. Dia genggam jemari sendiri. Dalam kepayahan dia cengkam rahang Sakinah. Oleskan lipstik di bibir Sakinah sambil menahan rasa. Kalau Sakinah halal untuknya dia akan pastikan bibir ini menjadi lauknya setiap saat.

Dia tolak muka Sakinah. Nampak lembut tetapi sebenarnya meninggalkan rasa sakit dan malu. Sakit kerana cengkaman tangan Hud begitu kuat dan malu bila menjadi tontonan orang ramai.

Dia mengiring ke kanan sedikit. Sorokkan muka dari tontonan umum. Setitik dua air matanya jatuh. Habis saja acara tadi dia tidak menyertai Encik David sebaliknya melangkah ke arah Nayli. Nampak gadis itu menahan sebak melihat Sakinah yang diperlakukan seperti boneka. 

“Aku nak balik.” ujar Sakinah sebak dan Nayli menurut saja. Demi sahabat dia akan buat apa saja.

“Sabar Kin.” pujuk Nayli namun gadis itu hanya diam. Sesekali sapu air mata yang masih mahu meluruh ke pipi.

Mereka berdua keluar dari hotel menuju ke tempat parkir. Baru saja hendak masuk ke dalam perut kereta David muncul termengah-mengah.

“I’m sorry Sakinah.” ucap David kesal. Sakinah sapu air mata.

“Tolong jangan buat saya macam ni lagi. Saya bukan anak patung yang bos boleh heret ke sana ke mari. Yang boleh diperbodohkan bila-bila masa yang bos nak.” hambur Sakinah kesal. Dia ingatkan ketuanya itu berhati luhur tapi sayang dia yang alpa. Dia yang terlalu cepat mempercayai lelaki itu.

“I’m sorry.” ucap David dan saat itu matanya terpandang Hud jauh di lobi hotel yang baru melangkah keluar. Walau jauh dia nampak muka lelaki itu serius betul..

David tiba-tiba tolak Sakinah ke badan kereta. Nayli di pintu bahagian pemandu terkejut.

“Hey, David. Kau nak buat apa. Kau jangan nak buat hal lah.” marah Nayli tetapi lelaki itu tidak hiraukan suara risau Nayli.

David paut leher Sakinah dan kepala gadis itu rapat ke depan.

“Saya dah lama mengidamkan bibir Sakinah.” dia senyum senget. Sakinah tekup mulut sendiri. Kenapa dengan lelaki ini.Dia gila ke apa. Bukan ke tadi dia elok saja. Pantas air mata yang sudah kering  kembali bergenang. Dia tidak merelakan perbuatan ketuanya itu.

David tunjuk sengih jahatnya.

Bila nampak Hud makin mendekat dia terus dekatkan mukanya pada muka Sakinah. Gadis itu pula pejamkan mata. Palingkan muka dan ketika itulah sebuah penumbuk singgah di muka David.

Terkejut Sakinah bila terasa tubuhnya di tarik rapat ke dada seseorang. Bila dia buka mata kelihatan tubuh Hud begitu rapat dengannya malah lelaki itu juga telah menumbuk David hingga hujung bibir lelaki itu berdarah.

Pinggang Sakinah dipaut erat buat Sakinah kejung di sisi lelaki itu.

“Aku dah pesan dengan kau David. Jangan sesekali kau dekat dengan dia. Jangan cuba nak try dia atau jangan nak tunjuk sisi playboy kau depan dia. Tapi kau saja nak naikkan amarah aku.”

Sembur Hud namun David hanya tersenyum. Lirik pada Nayli yang tidak memahami situasi ini.

“Malam ini sekali lagi aku warning kau Dav. Jangan berani nak sentuh dia atau kacau dia. Kalau tidak nahas kau aku kerjakan.” habis berkata Hud tarik Sakinah menuju ke arah keretanya. Gadis itu melangkah laju mengekori langkah Hud yang luas.

“Apa ni David?” tanya Nayli tak faham. David tunduk sambil cengkam rahang sendiri. Dia senyum dan dia berjaya. Berjaya mendapatkan bukti dari Hud. Tetapi dia masih tidak puas hati. Selagi Hud tidak luahkan sendiri apa yang ada dalam hatinya, selagi itulah dia akan gunakan Sakinah. 

Dia angkat muka dan Nayli nampak darah yang lemah diam di hujung bibir. Nayli ambil tisu dari dalam kereta dan terus lap bibir lelaki itu.

David terkesima. Wajah Nayli nampak risau. Apatah lagi bila kolam mata gadis itu bergenang dengan air mata. Namun cepat-cepat dia tolak tangan Nayli.

“Kenapa dengan kau ni David. Kan aku dah pesan jangan kenakan Sakinah tapi kau buat juga.”

David hembus  nafas lemah.

“Kau nampak tak apa yang aku nampak?”

Nayli angguk. Bila jadi begini baru dia tahu kenapa David buat semua itu.

“Itukah lelaki yang tetap setia ditunggu Sakinah.”

Nayli mula menyandar di badan kereta dan David turut sama ikut menyandar di sebelah Nayli.

“Aku hanya mampu cakap Hud tak akan lepaskan Sakinah tetapi cinta atau tidak dia pada Sakinah sekarang aku tak tahu dan Sakinah pula… walau hingga hujung nyawa dia tetap dambakan Hud.”

David hela nafas panjang. Tidak memahami namun dia akan pastikan segala kekusutan akan terlerai juga nanti. Dia rasa kasihan dengan kedua-duanya.

arghhh... geram

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience