BAB 61

Drama Completed 94402

Kuatkan dirimu sakinah. Di mana saja kau berada kau harus kuat. Bersedialah dengan segala kemungkinan kerana kau tidak tahu apa yang bakal terjadi esok hari.

Pagi ini, usai solat subuh dia  masuk ke dapur. Goreng nasi dan bancuh kopi untuk sarapan pagi. Sudah lama tidak beraksi di ruang kecil ini gara-gara berpagi-pagi lagi ke tempat kerja. Hari minggu ini dia harap dia tidak akan di ganggu walaupun semalam Hud sudah berpesan. Hari ini dia perlu juga bekerja.

Kerling telefon emak di atas meja makan. Berharap lelaki itu lupa atau pun dia tertidur dan tak ingat arahannya semalam. Dalam harapan yang dia gantung itu takutnya tetap ada. Lelaki itu sukar untuk dia jangka. 

“Emak, mari kita sarapan dulu. Kinah dah siap goreng nasi.” ajak Sakinah apabila ternampak kelibat Ustazah Rohaya yang baru keluar dari bilik tidur. Wanitu itu masih bertelekung solat. Dia tahu emak hendak sambung solat sunatnya. Lihat jam. Solat Dhuha barangkali.

Ustazah Rohaya tarik kerusi. Sakinah pula pantas hidangkan kopi panas untuk emaknya.

Batuk kecil tiba-tiba menghiasi suasana.

“Demam mak tak kebah lagi. Baik mak pergi berehat. Nanti Kinah tolong urutkan mak.”

Ustazah Rohaya geleng kepala.

“Mak nak solat sunat Dhuha dulu. Nanti lepas solat mak rehat.

Sakinah angguk. Hulurkan pinggan pada emak. Dia pula sendukkan nasi ke dalam pinggannya. Baru hendak menyuap terdengar deringan telefon di sebelahnya.

Dada berdegup kencang. Lihat nama Hud yang dia simpan dalam telefon emak. Cukup menggetarkan hatinya apatah lagi bila lelaki itu tak lupa arahan sendiri. 

Sakinah letak pinggan berisi nasi goreng atas meja lantas tarik telefon emak dengan payah. Dia tidak mahu menjawab panggilan lelaki itu tetapi jika dia ingkar dia yang akan susah nanti.

Akhirnya dia jawab juga sambil  mata kerling pandang emak yang hanya berdiam diri.

“Siapa ketua sebenarnya. Aku atau kau?” itu yang dia dengar sebaik saja panggilan dijawab.

“Dah lima belas minit aku tunggu tapi kau tak muncul-muncul lagi. Atau kau nak aku jemput kau macam puteri raja.” sinis ayat yang keluar dari mulut Hud. Lalu dia beri jaminan akan sampai dalam masa setengah jam. Entah mampu atau tidak dia penuhi janjinya.

“Mak, Kinah kena pergi kilang sekarang. Mak okay ke kalau Kinah tinggalkan mak sekejap.”

Ustazah Rohaya senyum dan angguk membenarkan anak daranya pergi bekerja..

“Bawa telefon mak.” suruh orang tua itu.

“Tak apa mak. Kalau ada apa-apa Kinah guna public phone.” 

Sakinah terkilan. Hingga ke saat ini dia masih menggunakan telefon emaknya untuk membuat pelbagai urusan. Hajat hati mahu tunggu gaji pertamanya ini untuk membeli telefon tetapi tidak kesampaian lagi. Entah dapat atau tidak untuk dia merasa gajinya nanti. Sementelah dia sudah berjanji untuk meninggalkan syarikat tempat dia bekerja hujung bulan ini. Masih ada seminggu lagi .

Selepas ini dia kena usaha lebih lagi untuk dapatkan kerja baru. Harap usahanya akan berbaloi dan dia akan jauh dari semua orang yang bencikan dia. 

Sabar Sakinah. Sikit hari lagi. Dapat gaji kau akan dapat beli apa yang kau mahu. Lepas tu cari kerja baru. Kumpul duit dan masa tu kau boleh tolong mak dan yang paling penting  kau boleh terbang ke Sabah untuk jumpa umi dan Kak Idah.

Ya Allah rindunya dia pada dua orang insan yang banyak berjasa padanya. Namun, hendakkah umi berjumpa dengannya. Dia tidak tahu.

“Pergilah bersiap Kinah. Kalau lambat nanti kena marah pula.”

Sakinah tersedar. Jauh benar dia melamun. Cepat-cepat dia ke bilik dan bersiap ala kadar.

“Mak, Kinah pergi dulu. Mak jangan buat kerja pulak. Balik nanti biar Kinah yang buat.” 

Tangan orang tua itu dicium mesra. Dia keluar dari rumah lantas menuju ke perhentian bas. Bas yang dia tunggu tapi teksi yang dia naik. Dia sudah lambat jadi duit yang ada dia korbankan untuk cepat sampai.

Sampai saja di kilang Hud sedang menunggu di lobi dengan muka ketatnya. Sakinah pula  menghampiri dengan wajah polosnya.

“Hai sweety.” sapa David yang juga turut ada bersama Hud. Erk, apakah semua orang kena bekerja di sini hari ini. Dia tidak tahu. David kenyitkan mata pada Sakinah. Sakinah hanya angguk. Tidak terkesan dengan kenyitan buaya ketuanya itu.

“Cepat.” Arah Hud keras. Sakinah pantas mengekori langkah Hud yang luas. Mujur ada David menemaninya bertugas hari ini..

Di dalam kilang yang cukup besar ini dia mengekori langkah Hud hingga ke bilik lelaki itu.

“Sakinah… nanti nak balik bagitahu saya. Saya tolong hantarkan.” pesan David sebelum gadis itu masuk ke dalam bilik Hud. Sakinah hanya angguk. Malas hendak serabutkan diri sendiri dengan sikap ambil berat encik David.

Bila lelaki itu sudah berlalu dia masuk ke dalam dan lihat Hud yang sedang duduk di kerusi empuknya.

“Kemaskan bilik ni.” arah Hud. Sakinah terpempan. Suruh datang ke sini hanya untuk buat kerja biasa ini saja ke. Hati Sakinah rasa berapi tetapi dia tidak mahu dimarahi lalu ikut saja arahan Hud. 

Ke sana ke  mari bersihkan apa yang patut dan kemas apa yang nampak berselerak.

“Buatkan aku nescafe panas.” arah Hud pula bila nampak kerja Sakinah sudah selesai. 

Sakinah akur. Keluar dari bilik lalu ke pantri. Sekejap saja dia bancuh minuman panas untuk lelaki itu dan hantar ke dalam. Cawan di letak di depan Hud dan lelaki itu pantas tarik cawan lalu suakan ke bibirnya. Tak berkelip Sakinah saat melihat lelaki  itu menyisip nescafe panas. Nampak segak dan aura lelakinya pantas menggetarkan hati Sakinah.

Hud angkat muka dan Sakinah tersentak. Merona merah pipinya saat ini. Pantas dia larikan muka bila renungannya tertangkap lelaki itu. Dia pusingkan tubuh mahu larikan diri tetapi dia sendiri hilang arah. Ke sana ke mari tidak tahu jalan keluar.

“Kau nak ke mana?” soal Hud keras.

“Nak ke ladies.” itu saja jawapannya dan dia terus keluar bila sudah nampak jalan keluarnya. Dengan laju dia melangkah ke bilik air. Tidak masuk ke dalam kubikel kecil bilik air tetapi langsung ke sinki dan lihat muka sendiri di cermin. Dia tampar pipinya.

“Sedar diri kau Sakinah. Dia tak akan maafkan kau. Jangan berangan yang dia akan layan kau dengan baik.” 

Dia pesan pada diri sendiri. Lama berada di dalam dia keluar dan berharap sudah tidak ada kerja lagi yang perlu dia buat.

“Ada apa-apa lagi yang saya kena buat ke tuan?” tanya Sakinah sebaik masuk ke dalam. Hud tunjuk almari di sebelah mejanya.

“Kau kemas fail tu.” suruh dia dan tunjuk fail yang sememangnya sudah tersusun elok di dalam almari.

“Dah nampak kemas. Nak kemas apa lagi tuan?” 

Terus mata Hud tajam memandangnya.

“Ikut apa yang aku suruh.” keras suara Hud dan dia paksa kaki dia melangkah menghampiri almari tersebut. Terkebil-kebil di depan almari kerana tidak tahu apa yang perlu dia buat. Semuanya sudah elok terletak. 

Matanya melilau mencari ketidak sempurnaan pada almari itu lalu akhirnya ternampak fail di aras paling atas. Nampak sedikit terkeluar dari barisan. Dia senyum. Pusing badan untuk tarik kerusi dan mata kerling Hud. Lelaki itu sibuk dengan fail di atas meja. Langsung tidak terganggu dengan apa-apa.

Sakinah bawa kerusi dekat dengan almari. Buka kasut dan mula melangkah naik ke atas kerusi. Dia berdiri dan susun fail dengan cermat. Tangan kiri pegang almari untuk menampung diri agar tidak terjatuh. Bila sudah puas hati dia turunkan kaki dan entah di mana silapnya dia rasa kakinya tersadung kaki kerusi lalu dia terundur ke belakang hingga terlanggar tubuh Hud yang kejap di atas kerusi.

Rasa hampir tumbang dan akhirnya sekali lagi dia jatuh atas ribaan Hud sama seperti semalam.

“Kau masih tak puas nak duduk atas riba aku.” sinis suara Hud menyapa telinganya dan Sakinah mahu bangun tetapi lelaki itu kepung dirinya dengan menarik kerusi rapat ke meja hingga pinggang Sakinah berlaga dengan meja. Tangan Hud pula pegang pinggir  meja.  

“Kau nak duduk sangat kan. Duduk sampai aku habis teliti fail ni.”

Dada Sakinah hampir pecah bila mereka terlalu rapat. Hanya pakaian yang menjadi penghalang.

“Tuan… saya nak turun.”

Dia takut. Kali ini bukan takutkan wajah serius Hud. Bukan juga takutkan renungan mata lelaki itu tetapi dia takut dengan diri sendiri. Dia takut dia yang tak mampu melawan perasaannya yang sudah berkecamuk.

Bauan maskulin Hud yang masuk ke dalam rongga hidung buat dia tak senang duduk. Walau kejung di atas ribaan lelaki itu tubuhnya rasa menggeletar. Dan… Hud pula walau leka dengan tugasnya sendiri dia tahu lelaki itu juga sedang berperang dengan perasaan sendiri. Berdua-duaan di dalam bilik tanpa orang lain dan duduk serapat ini apakah tidak ada rasa yang melonjak keluar. 

“Jaga diri Kinah. Kalau mak dah tak ada Kinah sediakan benteng dari diri Kinah sendiri. Emak tak akan dapat tolong Kinah lagi." Terngiang suara Ustazah Rohaya menasihatinya. Lalu dengan sekuat hati dia tolak lengan Hud. Tercengang lelaki itu dengan tindakan Sakinah yang sudah beralih dari ribaannya dan berdiri dengan wajah pucat.

“Saya minta maaf. Saya nak balik.” pinta Sakinah lantad tunduk mengambil kasutnya.

“Jangan balik. Aku tak izinkan.” kuat suara Hud mengarah namun Sakinah sudah tidak menghiraukan arahan lelaki itu. Apatah lagi bila perasaan malu bercampur aduk dengan ingatan pada emak.

Dadanya rasa ketat bila teringat emak.

“Emak.” 

Entah bagaimanalah keadaan orang tua itu tanpa dia di sisi. Dia kena hubungi emaknya. Laju langkahnya keluar dari kilang mencari telefon awam. Mujurlah dia nampak telefon awam berdekatan dengan kantin.

Hud di dalam bilik tumbuk meja. Niat hati mahu menyeksa Sakinah namun apa yang dia buat selalunya tak selari. Langsung keadaan tidak memberi kerjasama. Dia berikan tugas agar gadis itu penat tetapi di akhirnya dia yang penat menahan degupan jantungnya yang berlari laju bila Sakinah terduduk atas ribanya. Nampak saja seperti gagah dan kuat tetapi di dalam dia yang lemah. Serasa mahu pecah dadanya menampung Sakinah di atas ribaannya.

Argghhh!!!

Dia baling fail ke dinding. Lepaskan geram pada benda yang tidak bernyawa. Dengan langkah tegapnya dia keluar dari bilik mencari Sakinah. Nampak Sakinah yang risau sedang melekapkan gagang telefon awam ke telinga. Pelik. Gadis itu tidak ada telefon sendiri ke. Habis tu nombor yang dia hubungi tadi nombor siapa.

Hud hampiri gadis itu. Sakinah nampak cemas.

“Kenapa?” soal Hud mahu tahu.

“Saya nak balik. Saya ada emergency.” pinta Sakinah namun Hud diam. Lama dia pandanga Sakinah. Tidak mahu percaya dengan muka risau gadis itu.

“Tolong izinkan saya balik.” rayu Sakinah.

“Selagi aku tak izinkan kau tak boleh balik.”

Sakinah kecewa.

“Please tuan. Saya kena balik juga.”

“Masuk balik dalam kilang. Banyak lagi yang aku nak tunjuk. Kau orang baru. Kena banyak belajar.”

Sakinah kaku di situ. Arahan Hud tidak boleh dia abaikan. Tetapi emak di rumah yang  langsung tidak menjawab panggilannya buat dia makin gusar. Bimbangkan emak buat dia masih tercegat di situ bagaikan patung tak bernyawa..

“Sakinah!!” kuat suara Hud memanggilnya dan mematikan semua ingatan terhadap emak.

“Masuk sekarang. Bila aku izinkan kau balik aku akan call kau.”

“Saya tak ada phone.” jujur Sakinah menjawab. Bukan meminta simpati tetapi dia ingin lelaki itu tahu hendak menghubunginya adalah sesuatu yang cukup sukar.

“Masuk aku cakap. Tunggu sampai aku datang balik pejabat.” Keras suara Hud mengarah dan buat gadis itu akur. Dengan lemah Sakinah melangkah masuk ke dalam kilang. Hud pula masuk ke dalam kereta dan keluar tanpa memberitahu gadis itu.

Sakinah masuk ke dalam bilik Hud semula. Duduk di atas sofa dan pandang depan. Tiada apa yang boleh dia buat melainkan termenung. Lama berdiam diri hingga tidak sedar masa berjalan bergitu pantas. Waktu tengahari berlalu begitu saja.

“Kenapa monyok ni sweetie.” tiba-tiba muncul David di muka pintu bilik Hud.  Dia kehairanan melihat gadis itu yang hanya termenung di atas  sofa.

“Why sweety?” soal David risau.

“Tak ada apa-apa.” bohong Sakinah. Dia tidak mahu berkongsi dengan lelaki itu. Dia perlu berhati-hati. Dia tidak mahu lagi percaya pada ketuanya selepas dimalukan lelaki itu.

“Come on. Share with me. I’ll help you.”

Sakinah geleng kepala.

“Saya okay cuma kalau boleh nak balik awal.”

David gelak.

“Owh, nak balik awal. Jomlah.”

David terus bangun. 

Sakinah terpinga-pinga.

“Nanti tuan Hud marah.”

David sambung gelak.

“Ah, Hud tu.  Saya handle nanti. Jomlah.” Tangan Sakinah di tarik. Terkejut besar gadis itu dan dia meronta-ronta minta dilepaskan.

“Oh, sorry. Saya kalau dengan Sakinah tak boleh nak fikir dengan betul”

Sakinah telan liur. Rasa takut dengan lelaki itu. Entah kenapa dia rasa pelik dengan perangai Encik David hari ini. Namun dia ikut juga langkah lelaki itu keluar dari bilik Hud.

“Nak ke mana?” tanya Hud apabila melihat kedua-duanya sudah ada di tempat parkir.

Lamborghini merah David sudah mengaum.

“Aku nak hantar dia balik. Kasihan betul. Hari ini hari minggu sepatutnya kau bagi dia rehat. Dah lima hari dia kerja dengan aku kan. Takkan kau tak ada hati dengan perasaan suruh dia kerja juga hari ni.” akhirnya terluah juga rasa tidak puas hati David pada Hud. Sedari tadi lagi dia mahu hamburkan kata tetapi nampak wajah serius Hud dia tahu lelaki itu perlu selesaikan kerja dengan segera. Jadi dia tahan dulu. Bila dah ada peluang baru dia lepaskan.

Nampak muka Hud menahan geram.

David senyum senget.

“Masuk sayang.” arah David sengaja mahu membakar hati Hud. Sakinah perlahan-lahan masuk ke dalam perut kereta. Duduk sebelah pemandu.

Hud ketap geraham. Pandang Sakinah yang langsung tidak mahu memandangnya. 

“Kau nak balik tapi kau tak minta dengan aku. Aku dah suruh tunggu aku tapi kau tak tunggu.”

Sakinah terpempan. Lihat Hud yang sudah tunjuk amarahnya. Tadi dia dah minta tetapi lelaki itu tak  bagi. Sekarang dia cakap aku tak minta pula. Sakit hati Sakinah dengan kata-kata lelaki itu. Tetapi itulah Sakinah rasa sakit itu hanya ada dalam hati. Tidak terzahir di luar.

“Maaf tuan. Saya kena balik awal.” Pinta Sakinah.

Hud jeling tajam. Pusingkan badan kembali ke kereta dan muncul semula dengan beg kertas jenama Samsung  di tangan. Beg itu dia lempar ke atas riba Sakinah.

Terkejut Sakinah dengan perlakuan Hud yang tidak di duga.

“Ambik. Jangan nak bagi apa-apa alasan bila aku call.”

Sakinah pegang beg kertas itu dengan sebal.

Hud mahu pergi namun kembali menghadap sakinah.

“Jangan nak jual muka kau sangat sebab lelaki sebelah  kau ni buaya tembaga.” Hud hentikan kata. Sakinah rasa hendak menangis.

“Tapi… kalau kau nak try dia juga tak salah pun. Dia banyak duit. Dia boleh bagi apa saja yang kau nak. Dia buaya yang hisap madu dan akan buang kau macam sampah. Jadi kalau kau terluka sekalipun tak akan beri kesan sikitpun pada kau. Macam yang kau buat dekat aku.”

Habis berkata Hud terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Jatuh juga air mata Sakinah yang di tahan sedari tadi. Kesat air mata dan pandang Encik David yang terkebil-kebil melihatnya.

Sakinah larikan muka dan David rasa bersalah melihat air mata Sakinah. 

Tak pernah Hud bersikap begini. Dia makin sangsi dengan lelaki itu apatah lagi ayat akhir lelaki itu terngiang-ngiang di telinganya. Dia simpati pada Sakinah buat pertama kalinya.

Pertama kali. Ya, pertama kali dia rasa kasihan pada seorang gadis yang kebiasaannya hanya menjadi mangsanya. Dalam hatinya terdetik satu perasaan yang dia sendiri sukar untuk faham.

Hud. Apa masalah kau dengan dia  sampai aku pula yang terasa. David kebingungan.

bab ini plg pnjg. huhu nmpk mcm byk lg seksaan yg Hud nk bg tuh. aduyaaai

Share this novel

Guzel Heart
2022-06-13 09:34:43 

kita x berada dlm situasi org tu baik Hud atau kinah. hanya org yg pernah mngalami shj yg tahu peritnya dendam, fitnah dan seksaan. betullah... dgn kmaafan baru hidup akan tng.

Wan Hamilah E'lah
2022-06-13 09:25:50 

sedih baca cerita ni...krn sumpah dendam hati merana,jgn krn sumpah itu Hud akan menyesal seumur hidup... memaafkan seseorang akan membuatkan hati kita tenang... bila Hud tahu disebalik knp sakinah buat dia mcm tu dan apa yg terjadi pd sakinah mesti dia rasa bersalah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience