BAB 46

Drama Completed 94402

Hud ekori langkah Sakinah hingga gadis itu menghilang ke dalam sebuah butik. Dia tahu itu butik yang selalu menjadi tempat persinggahan David tetapi dia tidak kenal pemilik butik itu. Dia tunggu di luar memerhati kelibat Sakinah yang menyapa seorang gadis di kaunter.

“Eh, cepatnya keluar.  Baru pukul sebelas.” Nayli menyapa sebaik melihat susuk Sakinah yang mengukir senyum sambil melangkah ke sofa. Sakinah duduk dan hembus nafas berat. Membuang segala lelahnya tadi.

“Kau tengah free ke apa sekarang?” tanya Nayli lalu dekati Sakinah. Sakinah masih tersenyum. Mahu membalas kata namun ekor matanya perasan seseorang di luar lalu detak jantungnya berlari laju. Nayli turut pandang ke arah luar dan melihat seorang jejaka berbaju kemeja biru laut. Lengan baju dilipat hingga ke siku.

Siapa lelaki itu?

Hati Sakinah gerun lalu dia bangkit dari sofa dan dengan laju menghampiri pintu.

“Aku nak balik.” beritahu Sakinah.

Dia cepat-cepat keluar apabila peluangnya sudah datang. Debaran di dadanya begitu laju.  Sama laju dengan gerak langkah kakinya meninggalkan lelaki yang seakan-akan mahu menelannya hidup-hidup. Hud pula membiarkan saja langkah gadis itu yang sudah jauh ke depan.

Larilah budak selagi engkau boleh lari. Tapi sekali aku dah tangkap  kau aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila.

Sakinah perlahankan langkah bila susuk tubuh lelaki itu tidak mengejarnya. Dia pelik. Sambil melangkah dia pandang ke sebelah melihat pintu utama syarikat komoditi Kelapa Sawit bernama Agrotech itu. Namanya tidaklah gah mana tetapi mampu mengganggu gugat hatinya sekarang.

“Kin… nak pergi mana tu?”

Langkahnya mati apabila terdengar suara Nayli di belakang. Dia mahu berpaling tetapi dia takut. Takut sekiranya lelaki itu ada sama di belakang Nayli.

Baru tadi dia nekad untuk bersemuka dengan Hud walau apa saja cabaran yang datang. Namun dia goyah setiap kali terpandang wajah lelaki itu. Dia mula tidak yakin dengan diri sendiri.

Bahunya di sentuh.

“Kan aku dah suruh tunggu aku kat butik.. Aku nak belanja kau lunch. Tapi yang kau lari macam nampak hantu ni kenapa?”

Sakinah berpaling dan tersenyum hambar pada Nayli. Tiada susuk Hud di situ dan semangatnya kembali hadir..

“Lain kali Nay. Aku kena balik awal.”

Sakinah sentuh jemari Nayli memohon maaf. 

“Bukan kau baru start ujian kelayakan ke. Kenapa boleh balik awal. Atau emak kau tak okay kat rumah?”

Sakinah geleng.. 

“Mak aku okay. Maafkan aku ya Nay.” terasa sebak pula sekarang. Tolong kuatkan semangat Sakinah. Tolonglah. Kini dia tarik tangan Nayli dan genggam erat.

“Kau kenal tak bos syarikat encik David. Kau pernah kenal tak?” soalan Sakinah buat Nayli blur.

“Mana aku tahu. David tak pernah sebut nama dia. Lagipun dia baru sebulan ganti ayah dia. Itu apa yang David cakap. Kenapa?”

Sakinah tarik nafas panjang. Nayli tidak kenal dan tentulah makin sesak dadanya. Harus bagaimana hendak dia berkongsi segala cerita pahit maungnya kalau Nayli langsung tidak tahu.

“Tak apalah Nay. Aku nak balik dulu.”

Nayli kerutkan dahi. Lihat muka pucat Sakinah dia tahu gadis itu dalam masalah..

“Kau macam terganggu. Kau ada masalah kat tempat baru kan. Bagitahu aku.” suruh Nayli namun digeleng Sakinah.

“Tak ada apa-apa. Aku okay. Kita makan sama-sama lain kali ya Nay. Maafkan aku..”

Mata Sakinah nampak berair dan Nayli rasa tak sedap hati. Dia mahu bertanya tetapi….

“Hey, budak!!”

Suara yang memanggil Sakinah buat Nayli berpaling melihat pemilik suara itu. Sakinah pula lepaskan tangan Nayli. Dia mulakan langkah untuk beredar tetapi pantas sekali Hud sekat dengan kata-katanya.

“Jangan berani kau nak lari budak. Aku dah beri peluang pagi tadi tapi kau yang tak mahu. Jadi kau kena ingat, sekali kau jumpa aku selamanya kau akan terikat dengan aku.”

Sakinah membelakangi Hud. Kata-kata itu buat dadanya terasa ketat. Nayli di belakangnya terlopong. Siapa lelaki itu. Kenapa amarahnya nampak benar. Bukan di buat-buat.

Nayli amati wajah itu. Lama dia memerhati lelaki yang masih pakukan mata pada Sakinah. Di akhirnya dia buntangkan mata.

"Hud Iskandar." mulutnya menyebut dan bila lelaki itu memandangnya tajam lalu dia tekup mulutnya sendiri. Mata Hud melilau menilik setiap inci wajah yang menyebut namanya. Dia cuba cari wajah ini dalam memorinya namun langsung tidak dijumpai.

Nayli pula pandang Sakinah yang melarikan pandangan ke arah lain. Dia tergugat dengan pandangan itu. Dan pastinya seorang Nayli mula rasa sesuatu yang tidak sepatutnya.

Kenapa airmuka lelaki ini  nampak tegang. Sakinah pula nampak takut-takut. Sakinah sudah larikan pandangan tetapi Nayli lihat pandangan Hud tetap tajam pada Sakinah. Keduanya ibarat mangsa dan pemangsa. Sakinah sepertinya diburu Hud yang nampak liar dan ganas.

Nayli kembali pandang Hud.

Ah, betapa kecilnya dunia ini. Rakan baik David yang selalu di sebut lelaki itu adalah Hud Iskandar. Lelaki yang gilakan Sakinah suatu waktu dulu. Tetapi dia rasakan ada rahsia yang disembunyikan Sakinah. Rahsia apa yang gadis itu sembunyikan hingga dia rasa dia mahu tahu sekarang juga,

“Rash… berikan surat tawaran pada budak ni.”
Araham Hud mematikan pencarian Nayli.

Rashdan di sebelah mara ke arah Sakinah. Dihulurkan sekeping surat bertaip ke arah gadis itu.

Sakinah terima dengan berat hati. Dia baca dalam hati dan dia tidak terkejut dengan baris-baris ayat yang tertera.

“Kau sudah tidak ada pilihan. Terima saja minggu kelayakan ini. Kalau lulus, aku lepaskan kau pada David. Tapi kalau kau gagal kau kena kerja dengan aku seumur hidup kau.”

Dia ambil glasses yang tergantung di tengah-tengah baju kemeja lalu di pakainya.

“Esok, sebelum lapan pagi macam tadi dah ada kat depan bilik aku.” pesan Hud lalu mula melangkah dan bahu Sakinah dirempuh kasar hingga terhuyung gadis itu ke tepi. Nayli tolong pegang takut gadis itu terjatuh.

“Macam perang besar. Apa masalah kau dengan Hud sebenarnya?”

Sakinah tidak menjawab. Dia pandang ke depan tanpa arah tujuan. Di akhirnya dia senyum kalah. Awal-awal lagi dia kalah.

****

Sakinah diam di atas kerusi melihat surat tawaran yang dia dapat tadi. Bukan jawatan yang dia nampak tetapi wajah Hud yang terlukis di atas kertas. Muka serius lelaki itu tengahari tadi buat dia rasa kalah.

Ustazah Rohaya hanya memerhati dari tadi tindak-tanduk Sakinah yang nampak gundah-gulana semenjak balik kerja tengahari tadi. Dari dapur dia lihat anak daranya itu sedang termenung. Dia hampiri dan duduk di depan sakinah.

“Kenapa ni. Dari tadi duk termenung.” Tanya Ustazah Rohaya risau. Sakinah hulur kertas di tangan.

“Alhamdulillah. Dapat juga akhirnya.” Ustazah Rohaya senyum. Namun wajah Sakinah yang muram buat dia tertanya-tanya.

“Kenapa. Macam tak suka je.”

Sakinah tarik nafas panjang.

“Kalau bukan sebab tandatangan kat bawah tu Kinah tak akan fikir panjang mak.”

Ustazah Rohaya perhati nama dibawah tandatangan yang panjang dan berseni itu.

“Hud!” sebutnya perlahan. Pantas matanya tangkap wajah Sakinah yang sudah nampak merah. Dia raih Sakinah dalam pelukannya.

“Bukankah ini yang Kinah nak selama ini. Kinah nak jumpa dia, nak minta maaf.”

Kinah angguk.

“Tapi bila tengok dia mak, terus Kinah lemah. Kinah rasa Kinah tak sanggup nak berdepan dengan dia. Tambah-tambah lagi setiap masa Kinah akan jumpa dia.”

Ustazah Rohaya usap bahu Sakinah. Dia leraikan pelukan dan tegakkan badan Sakinah.

“Kuatkan semangat. Bila ada peluang Kinah kena selalu minta maaf. Biar lembut hati dia.”

Air mata Sakinah akhirnya lencun juga. Begitulah dia. Di depan orang lain dia tunjuk kuat tetapi bila bersama emaknya terus dia jadi lemah. 

“Kinah tak kuat mak.”

“Tak boleh macam ni. 10 tahun Kinah kumpul kekuatan. Takkan bila dah jumpa dia Kinah terus lemah tak bermaya. Lawan rasa takut tu Kinah. Lawan. Biar akhirnya Kinah akan tenang sebagaimana yang Kinah mahu.” nasihat Ustazah Rohaya.

Sakinah angguk.

“Kinah cuba mak. Tapi kalau Kinah kalah awal mak jangan lupa tolong Kinah.”

“Mak akan selalu ada untuk Kinah. Jangan takut.”

Sakinah angguk. Terasa sedikit lega dengan semangat yang emak berikan.

“Jom.” tiba-tiba wanita itu bangkit dan mengajaknya sama berdiri.

“Nak ke mana.” Soal Sakinah hairan.

“Tinggalkan rasa takut tu kat sini. Jom kita pergi kedai. Cari baju, cari beg. Cari kasut baru biar Kinah nampak cantik. Tunjukkan pada bos, yang Kinah kuat orangnya dan Kinah yang sekarang ini mampu buat orang sayang Kinah.”

Sakinah senyum namun gementarnya tetap ada.

“Kinah tak ada duit.”

Ustazah Rohaya senyum.

“Mak tahu dan gaji yang mak dapat pun bukan untuk mak sorang. Untuk Kinah juga. Kinah kan anak mak.”

“Tapi  mak kan masih tak sihat lagi.”

Ustazah Rohaya geleng kepala.

“Mak dah sihat. Kalau tak sihat sekalipun mak akan buat-buat sihat agar Kinah kuat selamanya.”

Air mata Sakinah kembali lencun.. Baiknya hati emak buat Sakinah terhutang budi sehingga ke akhir hayatnya.

x tahu nak cakap apa. ngeh3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience