BAB 28

Drama Completed 94416

Haji Abdul Rahman tidak betah duduk diam. Ke hulu ke hilir dia menunggu kepulangan Sakinah yang entah ke mana. Hari hampir senja tetapi batang hidung anak daranya itu tidak juga kelihatan.

Balik saja dari pekan dia tidak nampak kelibat Sakinah. Basikal juga tiada di bawah rumah. Hati dia makin tidak tenang bila si isteri yang baru keluar dari bilik tidak mengetahui ke mana hilangnya Sakinah.

"Ina mengaji bang. Tak sedar Sakinah keluar." Hajjah Salina bela diri. Dia bimbang amarah suaminya sampai ke tubuh dia pula.

Haji Abdul Rahman ketap geraham. Amarahnya membuak apabila menyedari kemungkinan Sakinah sebenarnya selalu melanggar arahannya ketika dia tiada di rumah

Suara orang memberi salam di bawah mengejutkan Haji Abdul Rahman. Dia tenangkan diri lalu melangkah ke pintu rumah. Melihat empunya suara gusarnya sedikit hilang.

“Naiklah  Wan.” Pelawanya lemah.

“Tak apalah. Aku duduk kat bawah je.”  Nek Wan duduk di atas pangkin di bawah rumah. Hendak tak hendak Haji Abdul Rahman turun ke bawah dan menyertai wanita itu.

Sebentar kemudian keluar pula Hajah Salina mengukir senyuman buat tetamu yang datang. Gusar hatinya dia tutup rapat dengan maniskan roman mukanya.

“Nah, ambiklah. Kuih manis yang aku buat tadi.” Nek Wan hulurkan bekas berisi kuih manis. Hajjah Salina terima dengan besar hati.

“Terima kasih Nek Wan. Nampak sedap.” Puji Hajah Salina sebaik membuka tudung bekas yang ada di tangan. Dia kerling si suami yang nampak gusar dan masuk semula untuk membuatkan minuman.

“Tak payah susah-susah Ina. Aku datang kejap je ni. Hud nak jumpa Kinah. Esok dia dah nak balik KL.”

Hajjah Salina tidak jadi melangkah. Dia pandang Haji Abdul Rahman yang terkejut dengan kata-kata Nek Wan. Belum pernah lagi lelaki datang ke rumah untuk jumpa Sakinah tetapi….

“Mana Hud?” akhirnya dia bertanya. Orang datang dengan cara beradab takkanlah dia nak halau pula. Lagipun dia dah kenal orang tua ini. Emak kawan baik dia. Hud pun dia dah kenal. Baik budaknya.

“Kejap lagi sampailah tu. Dia pergi hantar kuih dekat kawan dia.”

Haji Abdul Rahman angguk. Dalam cuba bertenang gusarnya tetap muncul. Namun kerana yang berhajat itu cucu emak kawan baiknya dia relakan lelaki itu untuk berjumpa Sakinah tetapi masalahnya di mana Sakinah. 

“Sakinah keluar. Sekejap lagi baliklah tu.” Ujar Haji Abdul Rahman. Menyorokkan rasa yang ada dalam dadanya sekarang. Sakit betul hatinya. Anak dara yang selalu duduk di rumah dan diharap mentaatinya itu boleh lesap pula hari ini.

Hud sudah muncul dengan motosikal kuasa besarnya. Dia turunkan topi kaledar dan senyum pada ayah Sakinah. Baru saja turun dari motor dia dikejutkan dengan kemunculan Sakinah yang tiba-tiba dan nampak serabai. Tudung yang membalut kepalanya sudah tidak dapat menyorokkan rambut yang mengurai hingga ke punggung.

Hud terkejut. Baju gadis itu koyak. Ya, dia nampak gadis itu pegang bahu sendiri. Malah wajah Sakinah sembab. Walau dilarikan dia tetap nampak wajah gadis itu. Kenapa dengan Sakinah.

Haji Abdul Rahman sudah tidak mampu menahan amarahnya sebaik melihat keadaan si anak.

“Sakinah!” panggil Haji Abdul rahman kuat. 

Sakinah tersentak. Dadanya bergoncang kuat. Dia berpaling sekejap tetapi tidak menjawab panggilan ayahnya. Nampak muka Hud yang terkejut buat dia berlari naik dan masuk ke dalam rumah lalu menyorok di dalam bilik.

“Kenapa dengan Kinah, Aya?” tanya Haji Abdul Rahman dengan wajah yang merah. 

Ustazah Rohaya pandang Hud. Kemudian pandang pula Hajah Salina yang berdiri di sebelah Nek Wan dengan wajah yang tertanya-tanya.

“Izinkan Aya naik tengok Kinah, bang Aji.” Ujar Ustazah Rohaya tanpa menjawab pertanyaan sang suami. Haji Abdul Rahman tidak betah berdiam diri. Selagi jawapan pada pertanyaannya tidak dijawab Sakinah dia tidak akan duduk diam. Ada tetamu atau tidak Sakinah perlu diajar sekarang.

Nek Wan tidak berkelip melihat keluarga lelaki itu yang sudah kalut. Namun sebagai orang yang sudah lama makan garam dia tahu mereka dalam masalah. Dia tidak faham apa masalah yang mereka hadapi dan dia tidak mahu masuk campur. Dia hampiri Hud.

“Kita balik dulu Hud. Dah nak maghrib ni. Kita datang esok pagi.” ajak Nek Wan apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena sekarang ini tambah-tambah lagi Haji Abdul Rahman sudah naik ke atas.

“Kinah. Ayah cakap buka pintu ni.” Kuat suara Haji Abdul Rahman memanggil Sakinah. Hingga ke tanah suaranya terlontar keluar. Nek Wan terperanjat. Tidak pernah dia dengar suara lekaki itu sekuat ini.

Hud pula berat hati hendak pulang. Dia mahu tahu apa yang sudah terjadi. Kenapa Sakinah muncul dengan wajah yang sembab. Kenapa segala yang dia simpan kemas terburai pula hari ini. 

Hud gelisah.

Baca... rasai sendiri apa yang Guzel luahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience