BAB 20

Drama Completed 94300

Terasa kesal dengan perbuatan sendiri. Hud mengekori Sakinah pulang dengan rasa bersalah. Melihat gadis itu yang mengayuh basikal dengan laju sambil mengelap air mata yang entah sudah berapa banyak tang gugur buat dia makin rasa bersalah.

Memang tadi dia sengaja. Sengaja buat gadis itu keluarkan patah kata. Dia mahu dengar suara Sakinah. Dia mahu lihat wajah gadis itu berubah corak. Dalam erti kata lain dia rindu sebenarnya. Rindu yendak bertemu muka dengan gadis itu.

Dia hanya mahu bergurau tadi tetapi langsung dia tidak menyangka gurauannya membuatkan Sakinah menangis. Dia nampak Sakinah sapu pipi berulang kal Dia pula memang pantang melihat perempuan menjatuhkan air mata. Hati lelakinya cepat tersentuh. Kalaulah boleh dipegangnya Sakinah seperti isteri sendiri mahu saja dia tolong keringkan air mata gadis itu. 

Gadis itu pula memang pelik.

Hari itu masa dia genggam jemari Sakinah tidak ada pula gadis itu menangis menolak perlakuannya. Tetapi hari ini  nampak macam betul-betul kecewa pula. Entah apa yang gadis itu takutkan.

Hai, pening betul dia nak faham hati Sakinah. Sudahlah nak tackle tak dapat-dapat. Keras betul hati Sakinah.

Apa yg readers rasa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience