BAB 04

Drama Completed 94402

Sampai saja di sekolah Sakinah terus meluru ke koperasi. Beg sandang di letak di suatu sudut lalu dia ke kaunter. Rutinnya sebagai cashier setiap pagi Isnin dan Rabu dilaksanakan dengan senang hati. Memang minatnya sejak dulu menjadi AJK Koperasi sekolah. Dia suka melayan karenah para pelajar lain yang datang membeli di koperasi.

“Hai sayang.”

Teguran seseorang mengejutkan Sakinah. Mujurlah pagi ini dia seorang sahaja. Rakan setugasnya masih belum sampai.

Sakinah tarik muka kemudian beri jelingan maut.

“Jangan buat muka macam tu. Makin abang tergoda. tengok muka comel sayang.” Sakat Hud dan buat Sakinah makin menyampah.

Abang!
Sayang!
Siapa dia nak berabang-abang bersayang-sayang bagai.

“Nak beli apa?” tanya Sakinah geram. Tangan yang sedang ligat mengira duit dihentikan. Sudah lupa jumlah kiraan terakhir sebelum muncul mamat muka bajet handsome di depannya. Tapi sebenarnya dia akui lelaki ini memang kacak. Namun dia tidak mahu kalah dengan muka sebegini.

“Nak beli hati. Ada jual tak?”

Sakinah jeling tajam.

“Nak hati kambing, hati lembu, hati ayam semuanya ada dekat pasar. Dekat koperasi sekolah tak ada jual-jual hati bagai.” jawab Sakinah kasar.

Hud sengih panjang.

“Hati Kinah kan ada. Tak nak jual. Abang nak beli ni.”

Sakinah tersentak. Dari mana lelaki itu tahu namanya. Sakinah renung tanda nama di poket kiri baju kemeja lelaki itu.

Hud Iskandar.
Namanya cantik tapi perangai…. Huh... kalah lanun. Sakinah geleng kepala.

“Geleng-geleng tu tanda tak nak jual ke. Oh, mesti tak nak jual lagi sebab tunggu abang datang pinang dulu kut.” Usik Hud lagi dan buat Sakinah makin geram.

Dari lubuk manalah lelaki ini datang. Nampak gaya dia tak boleh beri muka. Sama macam pelajar lelaki kelas lain. Semuanya suka nak menyakitkan hati dia.

“Kalu nak beli barang baik cepat-cepat ambik dan bayar. Koperasi tutup pukul 7.45. Jangan dah tutup baru nak menyesal tak sudah.” Nasihat Sakinah dengan suara keras.

Hud sengih saja dan matanya tak lepas pandang gadis di depan. Makin dipandang makin cantik. Malah makin buat dia mahu pandang seumur hidup.

Isk, kuat betul aura budak ni. Patutlah Khair dan Joe pun tak mahu kalah. Cakap sekadar nak mengusik tapi tengok pada tindakan dua-dua rakan barunya itu mereka pun sebenarnya ada hati nakkan si Sakinah ini.

Sakinah kerutkan dahi.
Kenapa dengan mamat depan ni. Tak habis lagi nak merenung. Sakit mata ke apa. Dia tidak betah duduk di bahagian cashier lagi. Pantas kakinya melangkah ke rak-rak yang menempatkan buku-buku tulis. Dia ambik bulu ayam dan menyapu habuk-habuk yang melekat di atas rak.

“Kinah, pandanglah abang. Abang nak tengok muka Kinah yang cute tu. Biar abang dapat tidur malam nanti.”

Tangan Sakinah berhenti.

Ya Allah mamat ni. Mujur tak ada pelajar lain yang datang membeli. Jika tidak dia akan dapat malu dan namanya tentunya di canang orang. Tambah-tambah lagi kalau diketahui si Lili, rakan sekampung yang begitu anti dengannya.

"Kinah sayang. Pandanglah abang." sekali lagi Hud memanggil. Tidak jemu mahu mengusik.

“Kinah. Sorry aku lambat hari ni.” muncul Zainab tiba-tiba. Gadis itu meluru ke arahnya dan meminta maaf.

“Macamlah aku tak biasa dengan kau. Dah, baik kau pergi layan mamat muka bajet handsome tu. Tak kuasa aku nak mengadap dia.” 

Zainab menoleh.
Buntang mata dia melihat lelaki di hadapan. Kenapa tadi dia tak perasan.

“Nak beli apa?” tanya Zainab malu-malu.

Hud buat isyarat tak mahu. Cuma matanya tak lepas memandang Sakinah yang langsung tak mahu melihatnya. Bila Sakinah masih membelakanginya dia pun beransur-ansur pergi.

“Memang betullah budak-budak lain cakap abang tu handsome giler Kinah oooii.” Zainab lekat dua belah tapak tangan ke pipinya.

Sakinah buat tidak endah.

“Dialah Prince Charming yang dah singgah sekolah kita ni Kinah.” Zainab dah macam kera kena belacan. Duduknya tak tetap. 

"Siapa tu. Aku tak kenal pun. Nak kata handsome taklah handsome sangat. Biasa je."

Zainab terkejut.
"Kau tak kenal dia Kinah. Dia abang form upper 6. Most wanted abang kat sekolah kita sekarang. Baru sebulan pindah kat sini."

Sakinah tarik nafas panjang dan hembus geram.

“Entah aku tak tahu. Malas nak layan. Student baru yang pindah sini tak pernahnya nak muncul yang betul-betul bagus perangai tu. Ini yang datang semuanya perangai tak semenggah. Suka usik budak perempuan. Suka buli orang. Lagi aku benci bila suka buli budak perempuan. Hah, mamat tadi tu pun dah masuk geng Joe dengan Khair. Lama-lama nanti makin menjadi perangai kalau dah selalu lepak dengan dua ekor setan tu.” jelas terpancar kemarahan Sakinah.

Zainab kaku. Tak berkelip dia lihat Sakinah.

“Apasal kau marah sangat ni?” Soal Zainab tidak faham.

“Marah sebab perangai tu dah mengalahkan lanun kat laut.” 

Terkebil-kebil Zainab tidak faham dengan kata-kata Sakinah.

Sakinah pula susun barang-barang yang baru sampai kelmarin yang belum sempat dia kemaskan. Mujurlah pagi-pagi macam ni pelajar jarang datang membeli. Dapatlah dia bereskan kerja yang tertunggak. Rehat nanti mesti ramai yang datang serbu. Mujur dia bertugas pada waktu pagi sahaja pada hari ini dannl hari Rabu nanti. Hari lain dia akan kalut melayan pelajar lain waktu rehat pula.

Loceng menandakan kelas pertama sudah bermula akhirnya berbunyi. 

“Jomlah masuk kelas.” Ajak Zainab. Sakinah menyuruh gadis itu pergi dulu sementelah Zainab belajar di kelas lain. Sakinah kunci pintu dan terus menapak ke kelasnya.

Sebaik masuk Cikgu Razif sudah ada di mejanya. Ini satu  lagi bala. Entah kenapa dia betul-betul tidak selesa dengan Cikgu Matematik ini. Cikgu bujang yang memang kacak tetapi langsung tidak berkenan di hati Sakinah. Matanya yang suka melirik ke arah Sakinah buat Sakinah menyampah. Baginya lelaki begitu sama sahaja dengan lelaki tadi. Tak ada bezanya

“Kinah.” Bisik Nayli sewaktu Cikgu Razif sedang asyik menulis di papan putih.

“Ini, ada abang dari form upper 6 kirim.” Nayli hulur kotak kecil warna merah jambu pada Sakinah.

Sakinah ambil. 

Siapa pula yang rajin nak bagi hadiah dekat dia. Bukannya hari jadi dia pun. Penuh hati-hati Sakinah buka kotak tersebut. Tidak mahu diketahui Cikgu Razif.

“Arghhh!!! Apa niii?”

Sakinah menjerit kuat lalu baling kotak di tangan dan laju berlari ke belakang sebaik saja melihat isi di dalam kotak. Nayli di sebelah juga turut menjerit. Dia menjauh. Pelajar perempuan yang berdekatan juga turut melarikan diri setelah melihat isi yang terburai jatuh ke atas lantai.

“Kenapa?” soal Cikgu Razif kalut. Nampaknya sudah tidak menjadi rahsia lagi hafiah Sakinah. Cikgu Razif menghampiri.

Nayli tunjuk lantai tetapi Cikgu Razif hanya beri sengih panjang melihat beberapa ekor ulat bulat sedang menari di atas lantai.

“Ulat bulu je pun. Ingat kan apalah kamu semua menjerit kuat." gelak Cikgu muda itu.
Sakinah sakit hati. Ingatkan mahu menolong tetapi tidak. Tergeleng-geleng kepala cikgu muda itu dengan mulut yang masih tertawa lucu.

Bila lihat muka semua pelajar perempuan pucat lalu Cikgu Razif hentikan tawa dan menyuruh pelajar lelaki membuang binatang kecil yang sudah menjalar hendak larikan diri.

"Hah, Kinah."
Azman suakan ulat di tangan ke muka Sakinah dan sekali lagi bergemalah jeritan Sakinah dan juga Nayli yg ada di sebelah.

"Azman. Buang cepat." arah cikgu Razif tegas. Mencicit Azman ke luar kelas dan membuang ulat bulu di tangan ke atas tanah.

Dia masuk dan tergelak kecil melihat Sakinah yang masih pucat mukanya. Sakinah jeling tajam. Sekarang dia tukar tempat. Duduk di meja belakang sekali. Kebetulan salah seorang rakan sekelas tidak hadir hari ini. dia tidak mahu duduk di situ. Bimbang akan ada lagi ulat yang tertinggal.

“Kau nak tinggalkan aku?” 

“Padan muka kau. Siapa suruh kau terima kotak tu.” marah Sakinah.

Nayli buat muka sepuluh sen. Perlahan-lahan dia ke belakang juga lalu menarik kerusi dan duduk di sebelah Sakinah.

“Cikgu, saya duduk kat belakang ya. Geli.” Ujar Nayli. Cikgu Razif yang tengah menulis di papan putih angguk dengan senyuman.

“Siapa yang bagi kotak tu?” tanya Sakinah geram. Dadanya sudah mendidih sebaik tahu dia dikenakan.

“Abang handsome tu. Alah yang baru pindah kat sekolah kita ni.”

Dengar saja cerita Nayli dada Sakinah makin meruap.
Nama yang terlekat di atas poket kiri baju kemeja lelaki pagi tadi menerpa ruang ingatannya.

Hud Iskandar!

Lelaki itu tidak kenal siapa Sakinah. Dia cari pasal dengan Sakinah. Siap kau Hud Iskandar.

Ada2 jelah si Hud ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience