BAB 52

Drama Completed 94347

“Kenapa tak kunci pintu masa aku tak ada. Atau kau sengaja nak suruh lelaki lain try kau? Huh, dahlah dekat kilang aku pula tu kau nak buat tak senonoh .” sinis ayat Hud menerjah gegendang telinganya. Ketika ini lelaki itu baru saja duduk di dalam kereta dan hendak membawa dia entah ke mana malam-malam begini.

"Cara kau tadi telah buktikan pada aku kau memang perempuan murah. Kalau tidak kau sesekali tak akan fitnah aku kan."

Sakinah terkejut. Terus palingkan muka dan pandang Hud dengan rasa pedih.

"Atau kau memang jalang."

"Abang Hud!" panggilan itu meluncur laju keluar dari mulut Sakinah. Bukan hendak merayu tetapi mahu lelaki itu tahu dia bukan perempuan begitu.

Hud pula panas hati. Setiap kali gadis itu memanggilnya dengan panggilan itu hatinya selalu berdetak kuat. Dalam detak jantung yang berlari laju dia cengkam tudung Sakinah. Tetapi kenapa dia rasa membahang panas. Bahang itu terasa dari  tudung yang dia cengkam.

"Kau jangan sesekali panggil aku begitu. Aku tak izinkan sebab mulut kau kotor." Lalu dia tolok Sakinah dan kepala gadis itu miring  ke sisi. Terkena cermin kereta. Mujur tidak kuat. 

"Aku benci dengan kau dan kau jangan harap aku nak simpati dengan kau. Malah aku sebenarnya sangat bencikan kau sampai aku dah tak tahu nak rasa apa lagi dalam ni." Hud tepuk dada sendiri. Sakinah rasa sedih dengan kata-kata Hud. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus lemah.

"Kalau begitu tuan tak payah hantar saya. Saya balik sendiri." 

Hud tunjuk senyum jahatnya dan Sakinah mula tertanya-tanya.

"Biar saya balik sendiri."

"Kau ingat aku nak bagi." Dia tajamkan pandangan dan sambung ayatnya lagi.

"Kalau tadi ya. Aku memang nak kau balik sendiri. Tapi sebab kau yang merayu jangan pecat Razlan jadi aku nak tuntut balasan dari kau."

Sakinah rasa tidak sedap hati. Salahkah dia bila dia hanya mahu membetulkan keadaan. Dia tidak mahu encik Razlan dipecat dan dia dituduh sebagai penyebabnya. Lagipun lelaki itu ada tanggungan. Dia kasihan. Ya, dia mudah kasihan dengan orang. Puas dia merayu tadi akhirnya lelaki itu bersetuju juga. Itupun bersyarat. Dia bukan lagi pelatih di Unit LdI tetapi mulai saat ini dia  akan terus dinilai di bawah Hud sendiri tetapi sebagai PA David. Dia bersyukur. Namun dalam syukur dia tetap takut.

Sakinah pandang Hud yang masih lagi merenungnya dalam. Malah siap dengan senyuman panjang lagi. Lama-lama senyuman itu nampak pelik pula. Malah matanya memandang dari atas sampai bawah kaki Sakinah. Lagilah gadis itu rasa tak keruan.

Akhirnya dia tersedar. Dia bukan budak-budak yang tidak tahu apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Pantas tangannya tarik picu kereta hendak larikan diri namun pantas sekali tangannya di tarik dan di genggam kuat oleh Hud. Nampak muka lelaki itu berkerut.

"Tuan nak apa?" Sakinah ketakutan.

"Bila dah sampai kau akan tahu apa yang aku nak."

"Jangan macam ni tuan." Sakinah meronta-ronta namun lelaki itu makin kuat mencengkam tangannya.

"Tuan jangan nak buat jahat dekat saya." Sakinah merayu.

"Memang itu yang aku nak buat sebab kau tak layak nak dibuat baik."

Sakinah meronta-ronta minta dilepaskan dan Hud panas hati.

"Kalau kau tak ikut aku, aku akan pastikan emak engkau tak akan tenang kat rumah." amaran Hud berbunyi tegas.

Sakinah tersentak. Ya, dia lupakan emak. Macam manalah agaknya dengan emak. Tentu emak risaukan dia yang masih belum balik lagi walau hari sudah malam.

"Tolong jangan macam ni Tuan. Saya nak balik." Sekali lagi dia meronta-ronta mahu lepaskan diri tiba-tiba sebuah ciuman singgah di pipi dan gadis itu kejung bagaikan terkena renjatan elektrik.

"Pandai pun kau diam." Ujar Hud. 

Pantas air matanya luruh dan Hud tidak mahu lemahkan semangatnya melihat tangisan gadis itu. Walau dia rasa pelik bila bibirnya menyentuh pipi gadis itu. Membahang panas sama seperti apa yang tangannya rasa sekarang. 

Dia akhirnya memandu keluar dari kilang jauh menuju ke sebuah banglo mewah di atas tanah tinggi. Lama perjalanan yang diambil dan dia biarkan Sakinah melayan perasaannya. Bila gadis itu tidak bereaksi barulah dia lepaskan genggaman tangannya. 

Sakinah betulkan duduk. Langsung tidak mahu melihat lelaki itu. Masih pijar pipinya gara-gara tindakan berani lelaki itu. Malah dia rasa terhina. Tidak mahu terus rasa begitu dia mula keluarkan suara.

"Tuan hantar saya balik. Emak saya tentu risaukan saya."

Hud sudah parkir kereta di bawah garaj. Sebelum keluar dia campak Apple yang ditarik keluar dari kocek seluarnya.

"Call emak kau. Pandai-pandailah kau cakap dengan dia."

Sakinah ambil telefon yang tersadai di atas pahanya. Tangan mendail nombor Ustazah Rohaya.

"Mak, Kinah ni."

Terkejut wanita itu mendengar suara Sakinah yang lemah.

"Mak, Kinah ada kat rumah abang Hud ni." Itu yang dia beritahu. Agaknya memang rumah lelaki itu. 

"Kinah buat apa dekat rumah dia?"

"Dia tak bagi Kinah balik. Kinah nak balik sendiri tapi dia cakap Kalau Kinah lari dia akan apa-apakan mak. Kinah tak nak dia buat jahat dekat mak."

"Kinah cakap elok-elok dengan dia."

"Dah mak."

Ustazah Rohaya hembus nafas berat.

"Tak apa. Kinah bertenang. Jumpa dia semula lepas tu cakap baik-baik. Mungkin lepas ni dia izinkan Kinah balik."

"Kalau dia tak bagi juga."

"Kinah jaga diri. Itu saja yang boleh  mak pesan. Apa lagi yang mampu emak buat. Kalau emak sihat macam dulu emak pergi ambil Kinah sekarang juga. Tapi…."

Sakinah menangis.

"Kalau dia nak apa-apakan Kinah, pertahankan diri Kinah sampai habis nyawa Kinah."

Sakinah angguk dalam tangisan dan putuskan talian bila suara emak sudah tidak kedengaran.

Dia keluar dari perut kereta. Melihat rumah yang besar dan laman yang indah ini buat kepalanya pusing tiba-tiba. Walau hanya bersuluhkan lampu hiasan dia nampak keindahan suasana rumah ini namun rasa pening yang muncul tiba-tiba bersama tubuh yang lemah buat dia tidak mampu melangkah.

Dia kelipkan mata. Tidak mahu mengakui yang dia rupanya diserang demam. Dia mahu berlagak gagah dan kuat namun hanya selangkah berjalan tubuhnya melurut ke bawah dan dunianya gelap dan kelam.

*****

"Cik Puan dah sedar." Seseorang  menyapa dan saat dia buka mata kelihatan seorang pembantu rumah beruniform hijau lumut sedang berdiri tidak jauh dari sofa di hujung dinding. Tetapi suara yang menyapanya tadi ada di sebelah dengan berbaju kurung cantik. Dia sedang mengemas kotak ubat di atas meja lampu sebelah kirinya. Tolehkan muka dan tersenyum simpul.

"Banyakkan berehat. Jangan stress. Lepas tu jangan skip ubat. Insyaallah demam tu cepat sembuh."

Sakinah ukir senyum dalam payah pada gadis muda bertag nama Doktor Zarina. Dia sentuh daginya yang masih terasa panas. Dia tahu dia demam sebab itu dia tertidur di bilik Hud tengahari tadi. Tetapi sengaja dia tunjuk kuat di depan Razlan dan Hud kerana dia tidak mahu nampak lemah di mata lelaki itu. Tetapi di akhirnya dia tetap terlihat lemah juga.

Doktor yang nampak masih muda itu sudah minta diri. Sebaik keluar pembantu rumah yang berdiri di belakang tadi menghampiri Sakinah. Di tangannya ada pakaian yang berlipat.

"Ini pakaian untuk Cik Puan. Tuan suruh Cik Puan mandi, bersihkan diri dulu. Lepas tu makan nasi dan makan ubat."

Pembantu meletak pakaian  di atas meja lampu.

"Kak, saya nak balik." Rayu Sakinah.

Pembantu rumah itu senyum.

"Tuan suruh Cik Puan berehat dulu. Kalau tak ikut cakap, tuan akan masuk bilik dan temankan Cik Puan."

Pantas Sakinah tegakkan badan. Bangun lalu tarik pakaian dan bawa masuk ke dalam bilik air yang hanya di depan matanya.

Apabila rasa segar dan siap berpakaian dia pun keluar. Terkejut melihat Hud yang berdiri di sebelah  katil, Sakinah masuk semula ke dalam bilik air. Tuala yang membalut rambut di buka lalu dia tutup kepalanya agar parut tidak kelihatan dan kemaskan tuala di bawah dagunya supaya tidak terbuka.

Pintu ditarik dengan debaran yang cukup kuat. Sebaik terbuka kelihatan Hud masih tercegat di situ dengan tangan memeluk tubuhnya sendiri. Sakinah tunduk ke bawah dan melalui lelaki itu untuk ke katil.

"Kau rehat. Aku nak kau sihat sepenuhnya sebab esok kau kena masuk pejabat dan mula bekerja dengan David. Kalau esok kau masih tak sihat kau kena duduk di sini sampai kau sihat."

Sakinah berhenti dan keluarkan suara.
"Tapi tuan, saya nak balik. Mak saya tentu risaukan saya."

Tiba-tiba lengannya di tarik Hud. Jatuh tuala yang menutup kepalanya dan Hud terkesima. Dia telan liur melihat rambut panjang Sakinah yang basah dan menutup sebahagian dahi gadis itu.

Sakinah mahu larikan diri namun cengkaman tangan lelaki itu begitu kuat. Dia pejamkan mata kerana takut. Tiba-tiba terasa ada tangan yang menyentuh rambutnya dan dadanya makin kuat berdebar. Dengan pantas Sakinah tolak tangan Hud. Melangkah laju ke katil dan tarik tudung lalu dipakainya cepat-cepat. Tanpa memandang Hud yang masih terkesima dia berlari keluar sepantas mungkin bersama linangan air mata.

Tidak. 

Lelaki itu tidak berhak melihat segala kekurangannya. Dia tidak mahu lelaki itu tahu kisah pedihnya. Lalu dengan rasa rendah diri dia tinggalkan rumah lelaki itu tanpa menoleh lagi.

berdebarnya nak siapkan bab yang ini. huh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience