BAB 06

Drama Completed 94401

Sakinah cepat-cepat simpan basikal bawah rumah dekat pintu dapur. Dia memijak anak tangga dengan laju. Masuk ke dalam bilik, letak beg sekolah atas meja belajar dan capai tuala di ampaian. Tangan buka almari dan tarik baju petang. Dengan laju dia keluar dari bilik menuju ke bilik air yang terletak di dapur. Dia bersihkan diri bersama debaran yang cukup kuat. Usai mandi dia masuk ke dalam bilik semula dan mendirikan solat asar.

Sakinah genggam jemari sendiri usai beri salam.Dalam hati zikir dialunkan agar dapat meredakan hati yang sedang gusar. Berdoa agar ayah baik-baik saja sekarang. Baru nak tenang kedengaran enjin motosikal ayah mengaum lemah dan ayah parkir bawah rumah. Debaran di dada Sakinah yang sudah surut kembali bergendang laju.

Hatinya terus berdoa. Dia tidak mahu lagi batang tubuhnya menjadi tempat ayah hamburkaan marah. Cukuplah sekali dulu dia diterajang ayah sebab mandi sungai dengan budak lelaki. Itupun semasa dia berumur 10 tahun. Walau masih kecil ayah tetap tak suka dia berkawan dengan budak lelaki.

Dia tidak tahu sebab apa. Tapi dia tidak boleh langgar arahan ayah.

Dalam berdoa yang baik-baik saja itulah tiba-tiba pintu bilik dikuak orang. Tersembul wajah umi. Sakinah berpaling. Lihat wajah umi yang keruh dia tahu apa yang ada dalam fikiran umi.

“Ayah panggil.”

Sakinah genggam jemari sendiri yang disembunyikan dalam telekung solat. Perlahan-lahan dia bangkit dan mengekori umi hingga ke ruang tamu. Hatinya masih berharap ayah tidak akan marah.

Ketika ini matanya langsung tidak memandang ke arah ayah yang sedang duduk di atas kerusi rotan. Terasa kolam matanya sudah bergenang sebelum tiba masanya. Bila dipanggil ayah begini dia sudah tahu sekejap lagi pasti tubuhnya akan menjadi habuan rotan di tangan ayah. Sudah lama tubuhnya tidak dibalun ayah dan dia tidak mengharap ketika umurnya sudah remaja begini dia akan menerima nasib yang sama ketika dia masih kecil.

“Kinah cakap dengan siapa tadi?” lembut soalan ayah terlontar keluar namun tidak mampu di jawab Sakinah. Dia angkat muka dan lihat rotan di tangan ayah. Betullah. Dia pasti akan dipukul ayah. Jawab atau tidak hadiahnya sudah tersedia dan dia kena terima juga hadiah itu.

"Kawan kelas Kinah ke?" soal Haji Abdul Rahman lagi. Sakinah geleng. Itu yang sebetulnya. Geleng sahaja sebab lelaki tadi bukan rakan sekelasnya.

Sakinah tarik nafas panjang dan hembus lemah. Walau macam mana sekalipun dia beri jawapan ayah tentu tidak akan terima. Lembut suara ayah tadi pasti akan bertukar nada tidak lama lagi.

“Kenapa diam?"
Suara orang tua itu sedikit tinggi. Sakinah tetap diam. Bila Sakinah masih diam ayah terus bangkit dari kerusi rotan.

"Dah buat salah  lepas tu nak menikus.” suara ayah makin tinggi dan Sakinah terus buka mulut.

“Kinah tak buat apa-apa pun ayah, diaorang….”

Tidak habis menjawab rotan di tangan ayah sudah melibas belakang Sakinah. Kuat.

“Ayah.” jerit Sakinah sakit.

“Berapa kali aku nak pesan. Jangan cari pasal. Orang jantan kat luar sana tu tak boleh dipercayai. Jangan nak jadi perempuan murahan. Tergedik-gedik macam tak ada mak ayah.”

“Kinah tak  buat apa pun ayah.” suara Sakinah sudah bercampur tangisan.

Sekali lagi belakangnya dilibas rotan. 

“Tak buat apa tapi tergedik-gedik kat tepi jalan macam tak ada maruah.”

Sakinah sudah teresak-esak.

“Kinah tak buat apa pun ayah. Diaorang tu yang suka sangat nak kacau Kinah.”

“Sebab kau melayan. Kalau kau tak layan orang pun tak akan layan.” berkali-kali rotan hinggap di tubuh Sakinah hingga dia jatuh terjelepuk ke atas lantai.

“Kinah tak layan pun.” suaranya sedikit tinggi agar ayah memahami tetapi ianya membuat darah Haji Abdul Rahman makin menyirap naik. Pantas dia libas belakang Sakinah hingga gadis itu tidak mampu bergerak lagi.

Hajah Salina seperti biasa hanya diam di dapur. Tidak sanggup melihat suaminya bagaikan dirasuk syaitan apabila marahnya muncul. Dia sendiri tidak mampu buat apa-apa bila amarah sang suami meruap naik. Dia takut dia dihalau keluar jadi diam itu lebih baik.

“Lain kali aku tengok kau buat hal dengan jantan lagi aku tak teragak-agak nak toreh muka kau.” 

Amaran ayah sudah sampai ke tahap maksimum. Sakinah tersedu-sedu. Tidak larat hendak bangun selepas dibantai ayah. Selalu ayah beri hukuman pada kesalahan yang dia tidak pernah buat. Dia tidak pernah melayan mana-mana lelaki bila dia sudah baligh. Pesanan ayah dia pahat kukuh dalam hati. Tapi ayah tetap nampak dia yang jahat, dia yang murah.

Sakinah sapu air mata yang tak mahu surut. Hendak masuk ke dalam bilik namun tenaganya tiada kerana dia sudah guna sehabisnya keraskan badan saat di balun ayah. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.

Hajah Salina muncul dan menambah lara di hati Sakinah.

“Lain kali jangan buat ayah marah. Kinah tahu kan ayah tak suka anak perempuan ayah main mata dengan lelaki.” dalam leteran umi papah Sakinah hingga ke bilik.

“Kinah tak buat apa pun umi. Kinah tak main mata dengan sesiapa pun.” Sakinah bela diri sendiri.

“Sudah. Umi tak nak dengar apa-apa alasan pun dari Kinah. Lepas ni jangan buat hal lagi.” pesan umi lantas berlalu keluar.

Sakinah seka airmata yang laju membasahi pipi. Sesekali tangannya cuba menyentuh belakang tetapi tidak mampu. Pedihnya terasa bagai tercabut seluruh kulit tubuhnya.

Kenapa ayah selalu naik angin jika melihat ada lelaki bersamanya. Dia tidak faham dengan ayah. Takkan sebab ayah imam kampung jadi anak perempuan ayah tak boleh berkawan dengan lelaki. Mustahil. Dia cuba cari alasan dan sebab namun hingga kini tidak dia jumpa.

Air matanya masih lagi menjunam turun.
Tiba-tiba wajah Hud Iskandar terbayang diruang mata.

Sebab kau jantan tak guna. Sebab kau setan aku kena pukul. Kau jahat. Sakinah menjerit dalam senyap.

Lelaki.
Kenapa kau nak sangat usik aku dan aku tak pernah minta kau layan aku. Aku pun tak mahu jadi gedik. Aku juga tak mahu jadi perempuan murah. Monolog hatinya pedih.

Bukan dia yang mahu lelaki mengendeng dia 24 jam. Dia cuba larikan diri tetapi mereka tetap juga ikut. Dia tidak tahu di mana salah dia. Cuma yang dia tahu segala kelebihan yang dia ada buat dia tak cukup nafas. 

Ikutkan hati mahu saja dia toreh muka sendiri. Biar semua lelaki diluar sana menjauhkan diri. Tidak lagi mengekori dia setiap masa. Tetapi jika dia buat begitu bermakna dia menyalahkan takdir atas segala yang telah tuhan tetapkan.

Ya Allah, kau bantu aku. Aku tak sanggup terseksa begini.

Part sedih dah tiba. Sob!3x

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience