BAB 80

Drama Completed 94333

Sakinah pandang Hud yang begitu gembira setelah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia tahu suaminya itu merindui keluarganya. Setelah dua bulan di Bangkok barulah mereka boleh kembali semula ke bumi tercinta.

Bila pembedahan berjaya dan kulit Sakinah sudah bercantum dan sembuh elok barulah mereka boleh berjumpa dengan semua orang dan menjalani hidup seperti orang lain. Tidak sabar rasanya hendak berjumpa dengan semua orang.

“Kita balik ke mana dulu bang?” tanya Sakinah saat menunggu Hud menyusun bagasi ke atas troli.

“Balik rumah kita. Ayah, mama dan adik sedang tunggu kita kat rumah.”

Sakinah angguk senyum. Berdebar pula hendak berjumpa dengan mertuanya.

“Kak Idah satu keluarga pun ada.”

Lagi hati Sakinah gembira. Begitu dia merindui kakaknya itu. Dia rindu untuk peluk kakaknya itu. Dalam rasa rindu yang tak habis ini kepalanya kembali berdenyut. Kalau dulu seminggu sekali. Namun selepas pembedahan dia rasa kepalanya makin kuat berdenyut. Malah setiap hari rasanya. Tidak dia khabarkan pada Hud kerana dia ingatkan sakit kepala biasa saja. Dia hanya ubati sendiri dengan memakan panadol.

“Jom.” ajak Hud. Tangannya tolak troli dan Sakinah selitkan tangan di sebelah lengan kiri Hud.

Perlahan-lahan Sakinah melangkah seiringan. Semakin dia melangkah semakin kuat denyutan di kepala. Tiba-tiba saja pandangannya kabur dan langkahnya terhenti.

“Kenapa sayang?” soal Hud risau. Sakinah tiba-tiba cengkam lengan Hud kuat. 

“Abang…. sakit bang. Kepala ni sakit sangat.” luah Sakinah bersama air mata yang mula menitis.

“Hey, sayang. Kenapa….”

Belum sempat soalannya habis Sakinah lebih dulu melurut ke bawah dan Hud terperanjat. Dadanya berdebar dan dia mula kelam kabut. Sakinah diampuhnya dan isterinya itu sudah tidak sedarkan diri.

Sakinah!

Hanya itu yang terluah di hati.

*****

Sayyidah menerpa ke arah Hud yang duduk di atas bangku di depan bilik ICU. Lelaki itu tundukkan kepala. Tangan lelaki itu cengkam rambut sendiri kemudian diusap naik ke atas. Nampak keadaannya yang risaukan isteri sendiri hingga nampak dirinya tidak terurus.

Sayyidah terus ke mari bila dihubungi lelaki itu. Memberitahu Sakinah di dalam bilik rawatan rapi. Apa yang sudah jadi dia tidak tahu.

“Kenapa  dengan Kinah, Hud?” soal sayyidah dengan suara serak.  Hud pandang Sayyidah. Di belakang kakak iparnya itu ada ayah dan mama.

“Sakinah koma. Dia….” sukar untuk Hud khabarkan kerana sehingga ke saat ini dia masih tidak dapat menerima apa yang sedang berlaku. Dua bulan ini dia bahagia dengan Sakinah. Apabila kaki sudah menjejak bumi tercinta Sakinah terus jatuh dan koma pula.

“Kak Idah nak masuk tengok Kinah.” pinta Sayyidah dalam esakan yang mula kedengaran.

“Belum boleh lagi kak. Tunggu doktor selesaikan rawatan dulu.”

Sayyidah angguk. Puan Adila rapati Sayyidah lalu peluk kakak menantunya itu. Hatinya juga risau dengan apa yang berlaku. 

Pintu bilik rawatan terbuka dan keluarlah dua orang doktor serta beberapa orang jururawat.

“Suami Puan Sakinah?” tanya salah seorang doktor dan Hud angguk.
“Kita bincang dalam bilik saya.” ajak doktor lelaki separuh abad itu. Sayyidah tinggalkan Puan Adila.

“Hud, Kak Idah ikut.” pinta Sayyidah. Bila Hud angguk dia terus mengekori langkah kedua-duanya.

“Setelah membuat CTScan kami mendapati pesakit mempunyai darah beku dalam kepala dan posisi pesakit sekarang adalah lima puluh-lima puluh.”

Doktor menyerahkan hasil CTScan kepada Hud. Lelaki itu melihat xray yang diberikan dengan mata yang merah menahan tangis.

“Kami dah periksa semuanya. Tekanan darah pesakit memang tinggi dan itu salah satu punca yang menyebabkan terjadinya darah beku.”

Sayyidah kejung di belakang Hud. Tidak sempat duduk dia berundur ke belakang dan tubuhnya merapat ke dinding bilik doktor. Hamburkan tangisan dalam diam.

“Sakinah banyak kali terhantuk di dinding. Itukah kesan yang dia dapat doktor?” soal Sayyidah dalam esak tangis yang sudah beraja. 

“Itu boleh jadi juga tetapi saya rasa sebab keadaan pesakit sebelum ini. Mungkin pesakit pernah alami gangguan emosi yang teruk. Mungkin juga pesakit pernah depressed.”

Ya Allah, terasa mahu pengsan Sayyidah mendengar kata-kata doktor. Memang Sakinah menjeruk rasa dan dia pula banyak bersama umi hingga tidak sedar dia abaikan Sakinah dalam diam.

“Hud….” panggil Sayyidah namun seorang Hud terus kuatkan semangat.

“Pesakit boleh sembuh ke doktor?” tanya Hud dengan harapan dia akan mendengar berita baik.

“Kalau sembuh dia akan terus terlantar atas katil. Anggota badan dia akan lumpuh. Itu kalau tuhan mahu dia terus hidup dan saya harap encik berdoalah semoga ada keajaiban untuk isteri encik.”

Mendengar penjelasan itu hancur luluh hati jantan Hud. Terus dia ucapkan terima kasih dan melangkah laju menghampiri bilik Sakinah. Dia menyerbu masuk ke dalam dan duduk di sebelah Sakinah. Melihat wayar yang berselirat di seluruh tubuh isterinya air mata jantannya luruh juga.

“Sayang… inikah ketenangan yang sayang mahukan. Sayang mahu tinggalkan abang begini.”

Dia jatuhkan muka ke atas tilam dan hamburkan tangisan lelakinya yang tak bertepi. Puan Adila genggam tangan suami. Dia turut menangis. Baru saja Hud mengecapi bahagia dan kini semuanya hampir musnah. Dia sendiri tidak mampu menolong.

Sayyidah di belakang terus menangis. Kesal beraja di hati dan jika umur Sakinah tidak panjang dialah yang paling menyesal kerana tidak berusaha membahagiakan adiknya selama ini.

Ya Allah… kau bantulah mereka semua. Aku tak berdaya Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience