BAB 36

Drama Completed 94344

Sepuluh tahun berlalu....

Susahnya untuk dapatkan pekerjaan pada zaman serba moden ini. Dia ingatkan apabila ada tahap pendidikan yang cemerlang sudah cukup untuk dia mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelulusan yang dia dapat. Tetapi rupanya memang susah.

Usianya makin hari makin meningkat tetapi pekerjaan tetap belum dia dapat. Sudah dapat diploma tahap cemerlang  namun di mana silapnya dia tidak tahu. Setiap kali dia ditemuduga jawapannya amat menyedihkan.

Tiba-tiba dia teringatkan umi. Apakah kerana dia telah lukakan hati umi hidupnya jadi susah. Rezeki mengalir lesu dan nikmat hidup terasa tawar. 

Dia tunduk memandang lantai jalan. 

Semua berpunca dari diri sendiri. Jadi dia kena akur akan segala kekhilafan yang dia buat. Dia perlu berusaha walau kering keringatnya untuk dapatkan duit belanja.

Dia tidak mahu susahkan emak. Berapa sangatlah gaji sebagai guru agama di sekolah agama negeri. Cukup untuk makan dan bayar sewa rumah setiap bulan. Hendak bermewah tak dapat. Dia malu apabila emak selalu berikan dia wang saku walaupun sudah tiga tahun dia tamatkan pengajian.

Dia  mahu cepat-cepat dapat kerja untuk membantu emak. Paling utama dia mahu berikan belanja untuk umi walaupun umi tidak mahu menerima belanja darinya.

Bukk!!!

Fail di tangan terjatuh ketika dia asyik melamun ketika berjalan di kaki lima deretan bangunan setinggi 20 tingkat. 

“Maaf!” ucapnya tanpa melihat orang yang melanggarnya. Gadis yang melanggarnya  pula berhenti. Mengamati wajahnya yang tidak beriak. 

Sakinah langsung tidak melihat. Dia tenggelam dalam dunia sendiri. Tunduk dan ambil fail yang terjatuh. Dia bangkit berdiri dan lempar senyum pada gadis yang telah melanggarnya. Mahu melangkah pergi namun suara si gadis mematikan hajatnya.

“Sekejap.” panggil gadis tersebut.

Sakinah pandang wajah si gadis.  Si gadis pula  menghampirinya. Dekat dan jarak mereka hanya sekaki. Gadis itu menilik setiap inci wajahnya. Dia jadi rimas.

“Cik nak apa?” tanya Sakinah tidak mengerti.

Gadis itu ketap bibir dan matanya di redupkan.

“Sakin… Sakinah kan?” tanya gadis itu. Sakinah hairan. Siapa gadis di depannya ini dan bagaimana dia tahu namanya.

“Ya, saya.” jawabnya hairan.

“Kinahhh!!!” gadis itu menjerit riang lantas memeluknya erat. Kejap dan erat buat Sakinah terasa lemas dengan pelakuan gadis itu.

“Siapa ya. Maaf. Kita pernah kenal ke?” soal Sakinah tidak tahu. Gadis itu leraikan pelukan dan tergelak kecil. gelak itu seakan peranh dilihatnya. Bila dia masih terkapai-kapai mencark gadis itu di dalam memorinya pantas saja tangan si gadis cubit dua-dua belah pipinya seperti mencubit pipi bayi lagaknya. Nampak geram tetapi dalam wajah ria. 

“Aku Nayli, Kinah. Takkan kau tak cam aku.”

Mulut Sakinah ternganga luas mendengar pengakuan gadis di depan. Cepat-cepat dia tutup dengan tangan apabila menyedari kelakuannya tidak sopan.

“Kau Nay.” Sakinah masih terkejut. Dia raih kembali tubuh si gadis dan memeluknya erat.

Nayli terangguk-angguk ceria. Sakinah pula leraikan pelukan dan pegang wajah Nayli.

“Sepuluh tahun Nay, kau langsung berubah dan… aku tak cam kau. Kau betul-betul cantik Nay.” 

Nayli gelihati dengan pujian Sakinah.

“Kau apa khabar?” soal Nayli gembira. Langsung tidak menyangka rezekinya hari ini dapat berjumpa sahabat lama. Dia rindukan Sakinah.

“Alhamdulillah sihat. Kau?”

Nayli angguk tanda dia juga sihat.

“Jom kita lunch sama. Kebetulan aku baru nak gerak cari makanan. Jomlah. Alang-alang dah jumpa kita borak puas-puas.”

Nayli tarik tangan Sakinah dan waktu ini dada Sakinah berdebar kencang. Janganlah dia tanya kisah lalu. Hatinya dipagut getar.

sumpahan cinta dah muncul. Tadaa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience