BAB 70

Drama Completed 94379

Sakinah tersedar dari lena apabila terdengar suara orang mengaji dari surau yang tidak jauh dari rumah ini. Itu tandanya subuh hampir tiba. Suara yang kedengaran cukup syahdu. Betapa hebatnya pemilik suara yang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci alquran. Rindu pula pada ayah yang selalu menjadi imamnya. Rindu juga untuk berjemaah di surau.

Cepat-cepat dia bangun dan bersihkan diri. Telekung solat disarungkan dan dia keluar dari bilik. Lihat suasana rumah yang cerah dia tahu Hud sudah sampai. Dia mencari Hud. Nampak bilik utama berdekatan ruang tamu yang gelap dia tahu Hud pasti ada di dalam.

Dia tidak mahu menganggu lelaki itu lalu keluar dari rumah. Melihat saja kereta yang ada di depan rumah dia tersenyum. Betullah, Hud sudah ada di dalam. Hatinya gembira. Bila masa lelaki itu sampai dia tidak sedar. Kasihan Hud. Sepatutnya dia berjaga menunggu Hud tiba dari jauh tetapi dia begitu lena sekali semalam. Mungkin sebab sudah lama tidurnya terganggu jadi semalam lenanya seperti bayi kecil. Langsung tidak terusik. Balik dari surau nanti dia akan layan Hud sebaiknya. 

Suara azan sudah berkumandang dan cepat-cepat dia melangkah ke surau. Ambil tempat dan mula solat subuh berjemaah apabila imam sudah mengangkat takbir. Begitu tenang dia rasa. Bila solat sudah sempurna dia duduk berteleku mengaminkan doa imam. Alangkah indahnya hidup kalau Hud yang menjadi imamnya. Dia senyum dengan harapan pernikahan ini akan membawa 1000 rahmat dalam hidupnya. Dia amat berharap Hud tidak lagi memusuhinya.

Usai bersalaman dengan jemaah wanita dia turun ke bawah. Masih dibaluti telekung solat dia mahu ke warung berdekatan. 

"Sakinah Taheerah!"

Seseorang menyapa saat dia mahu berjalan meninggalkan surau. Sudah lama tidak mendengar orang memanggil nama penuhnya. Rasa sejuk mendengar nama sendiri lalu dia berpaling. Kelihatan seorang lelaki berjubah putih dan kepalanya berkopiah. Wajahnya pula nampak bersih

 Sakinah tilik wajah itu. Rasa macam kenal tetapi janggut sejemput yang menghiasi dagu lelaki itu buat dia tidak cam akan lelaki itu.

"Ini Joe."

Sebaik lelaki itu perkenalkan diri Sakinah terperanjat besar. Terus dia pusing tubuh mahu melarikan diri. Serasa takut hendak memandang wajah itu. Patutlah dia rasa macam pernah nampak. Dadanya bergetar hebat.

"Dah lama saya cari Sakinah. Selalu berdoa agar tuhan buka jalan supaya saya mendapat keampunan dari Sakinah atas perbuatan saya dulu. Nampaknya tuhan sudah makbulkan doa saya."

Langkahnya terus mati mendengar bicara lelaki itu.

Senak dada Sakinah mendengarnya. Lelaki yang hampir memusnahkan hidup seorang Sakinah dulu begitu merendah diri memohon ampun. Terasa lemah tubuhnya dengan apa yang sedang dia hadap sekarang. Lelaki yang jahat dan samseng di matanya itu sudah berubah jauh. Lalu siapa Sakinah untuk menolak permohonan ampun lelaki itu yang nampak benar-benar ikhlas.

"Siang malam saya berdoa agar tuhan ampunkan dosa saya. Saya begitu berdosa pada Sakinah. Maafkan segala kesalahan saya Sakinah."

Kolam matanya bergenang. Lelaki itu merendah diri meminta maaf. Tidakkah dia rasa terharu lalu dia berpaling. Saat itu dia lihat ada seorang wanita berjubah hitam di sebelah Joe genggam erat tangan lelaki itu."

Mata Sakinah tak lepas pandang wanita itu yang juga bersih wajahnya. Joe dan wanita itu hampirinya.

"Isteri saya. Mawaddah." 

Wanita itu senyum dan Sakinah balas mesra.

"Abang Faizul selalu cerita pada Mawa tentang Sakinah. Baru hari ini Mawa dapat jumpa."

Sakinah senyum.

"Macam mana boleh cam saya. Padahal kita dah lama tak jumpa." Soal Sakinah dan matanya tuju pada Joe atau nama sebenarnya Faizul Ibrahim.

"Hanya orang yang kenal Sakinah tahu macam mana rupa seorang Sakinah. Walau masa sudah lama berlalu saya tetap ingat wajah Sakinah. Tak berubah malah makin berseri-seri." jawapan itu buat dada Sakinah berdebar-debar apatah lagi melihat susuk tubuh seseorang dari belakang Joe menghampiri.

"Seri pengantin baru."  Ucap seseorang dan Joe tersentak sebaik suara yang menjawab sudah ada di sebelah Sakinah.

Hud!

Sakinah gelisah.

Bila masa lelaki itu datang berjemaah di surau dia tidak sedar.

Tiba-tiba  tangannya ditarik Hud dan digenggam lembut. Terkesima Sakinah dengan tindakan Hud. Perasaannya sukar digambarkan tetapi yang pasti dia berdebar-debar saat Hud genggam tangannya dan senyum pada Joe.

"Ini Hud ke?" Soal Joe dan sebaik Hud angguk lelaki itu tarik Hud dan peluk erat. Bahu Hud ditepuk-tepuk halus.

"Tak sangka kau betul-betul berjodoh dengan Sakinah."

Hud senyum. Nampak manis dan buat Sakinah hampir jatuh tersungkur. Tak pernah dia lihat Hud senyum begitu. Serasa mahu peluk lelaki itu dan tidak akan dilepaskan sepanjang hayatnya.

"Jemput datang rumah nanti. Rumah aku tak jauh pun." Joe tunjuk seberang jalan dan Hud angguk.

"Insyaallah." Jawab Hud dan Joe beri senyum kemudian alihkan pandangan pada Sakinah.

"Maafkan segala salah silap saya Sakinah."

Sakinah angguk dalam senyuman. Orang sudah merendah diri dan dia tidak akan berkeras hati. Dia tidak mahu panjangkan cerita lama. Masing-masing sudah ada kehidupan masing-masing. Lagipun dia nampak Joe sudah jauh berubah. Menjadi orang yang nampak alim dan zuhud. Dia pula yang rasa rendah diri.

Pandang Hud yang masih tak lepaskan tangannya walau Joe dan isterinya sudah berlalu pergi.

"Saya nak cari makanan untuk sarapan pagi. Abang baliklah. Berehat dulu. Saya pergi tak lama." Ujar Sakinah.

"Abang ikut."

Bergetar hati Sakinah dengan patah kata yang keluar dari mulut Hud. Dia tak mahu panjangkan kata. Air muka Hud nampak ceria pagi ini. Harap tidak bertukar cuaca selepas ini.

Dia mula berjalan mencari warung berdekatan. Hud di sebelah tidak laju. Malah tetap berjalan seiring dengannya. Hati Sakinah rasa terharu. Berharap sangat sikap Hud ini tidak akan berubah bila tiba di rumah. 

Mereka tiba di sebuah warung kecil.

“Tak pernah nampak pun. Baru pindah ke?” tanya penjual perempuan dalam lingkungan 50an sebaik saja Sakinah meminta dua bungkus nasi lemak.

Sakinah juga tidak kenal dengan penjual tersebut. Dia hanya mengangguk. Kalau boleh dia tidak  mahu sesiapapun tahu yang dia juga berasal dari sini. Tetapi Joe pula sudah cam akan dirinya.

Sakinah ambil plastik lalu masukkan beberapa jenis kuih ke dalam lalu hulurkan pada mak cik penjual. Wanita itu masukkan dalam plastik satu lagi. Tidak sempat Sakinah hulurkan duit Hud lebih dulu membayarkan harga makanan kepada mak cik penjual.

Plastik bertukar tangan dan Hud bimbit dengan tangan kanannya. Tak berkelip Sakinah lihat sikap lelaki itu yang tak pernah dia saksikan ini. Hud begitu budiman buat dia jatuh cinta lagi pada Hud.  Berdoa dalam hati agar lelaki itu terus begitu. 

Namun angan-angannya terbang sebaik saja tiba di rumah. Hud lepaskan genggaman tangannya dan berlalu ke bilik. Sakinah mula rasa gerun. Dia ke dapur. Jerang air dan keluar semula hidangkan makanan di atas meja. Kembali semula ke dapur dan buatkan minuman untuk lelaki itu. Melihat semua keperluan ada di dapur dia tahu rumah ini tidak dibiarkan sepi tanpa tetamu.

Dia bancuh minuman kegemaran Hud lalu hantar ke meja. Saat itu dia lihat Hud sudah duduk di atas kerusi dan matanya hanya pandang tablet di tangan.

Sakinah tarik tangan kanan Hud dan menciumnya lembut. Hud tidak melihat Sakinah. Matanya hanya fokus pada skrin tablet. Sakinah letak cawan berisi minuman kegemaran lelaki itu di depan.

“Abang, sarapan dulu.” Lembut Sakinah mempelawa. Mahu memancing Hud agar lelaki itu tidak asyik dengan kerjanya tetapi lelaki itu tetap begitu. Sudah berubah dingin dan beku. Tidak seperti ketika di surau tadi.  

Sakinah tarik kerusi. Mahu duduk namun suara Hud yang keras buat dia terkejut.

“Pergi buka telekung. Takkan kau nak makan dengan pakai  macam tu.” arah Hud.

Sakinah terdiam di situ. Berat hatinya mahu mengikut.

“Kau dah jadi isteri aku. Takkan kau nak berselubung dua puluh empat jam.” 

Sakinah genggam tangan sendiri lalu akur. Dia melangkah ke bilik. Masuk dan berlama di dalam. Kepala rasa berat.  Patutkah dia buka tudung dan berlagak seperti biasa. Tetapi dia  tidak mahu lelaki itu melihat kekurangan yang ada pada dirinya.

Kalau lelaki itu lihat, apa yang akan jadi dengan dia. Bagaimana pula penerimaan Hud padanya. Dia takut. 

Dengan rasa takut itu juga dia keluar dari bilik dengan berpakaian seperti selalu. Tudung pula tetap di kepala. Dahi di tutup rapat dan baju yang  tersarung di tubuh tetap baju kurung. Kerusi di sebelah lelaki itu di tarik dan dia duduk dengan berdebar-debar.

“Dengan aku kenapa nak bertutup bagai.” ujar Hud sinis.

Sakinah tidak ambil peduli.  Nasi lemak di dalam plastik dia ambil lalu letak ke dalam pinggan dan dihidangkan di depan Hud. Tiba-tiba Hud tolak pinggan yang disua Sakinah. Terkejut gadis itu dengan perlakuan Hud. Lelaki itu berpaling melihat dirinya.

“Aku tak nak kau buat aku macam lelaki asing. Aku dah jadi suami kau dan semua yang ada pada kau adalah hak aku.” keras suara Hud dan dada Sakinah  terus berlari kencang.

“Maaf abang. Saya masih belum bersedia.”

Hud tiba-tiba tarik bahu Sakianh dan tudung Sakinah cuba direnggutnya. Namun Sakinah pantas berdiri. 

“Maafkan saya bang. Saya masih belum bersedia.” Tidak jadi dia hendak sarapan. Kakinya di arah ke bilik. Hud pula menahan rasa. Sedari tadi dia geram dengan Sakinah. Entah apa yang dibualkan Sakinah dengan Joe dia tidak tahu. Cuma yang kedengaran hanyalah ucapan maaf  Joe pada Sakinah. Bila terdengar begitu dia beranggapan kedua-duanya pernah berbuat dosa.

Tidak suka dengan sikap Sakinah yang masih mahu membataskan dirinya dia terus melangkah  masuk ke dalam  bilik Sakinah yang tidak berkunci.. 

Pintu bilik di kunci sebaik dia masuk. Sakinah di atas katil terkejut lalu bangkit dan berdiri membelakangi Hud. Matanya hanya melihat tingkap yang tertutup.

Hud hampiri Sakinah.

“Kau nak aku maafkan kau tapi kau sendiri tak  nak berubah.” 

Sakinah genggam tangan sendiri. Cuba halau rasa bimbang dan takutnya.

“Maafkan Kinah bang. Bukan Kinah tak sudi tapi…..” dia hentikan kata dan tak semena-mena Hud tarik dia dan cekak depan tudungnya.

“Dengan aku bukan main lagi kau mengelak. Tapi tadi kau layan Joe macam dia pula suami kau.”

“Abangg!” kuat suara Sakinah memanggil lelaki itu. Hud terkejut. Amarahnya membuak.

“Atau kau dengan Joe pernah buat salah. Sebab tu dia minta maaf.”

Sakinah geleng.

“Ataupun selama ini kau fitnah aku sebab nak mempertahankan Joe.”

“Takkk!!!” Sakinah menjerit kuat dan Hud makin geram.

Dia cekik leher Sakinah.

“Abang sakit.” ucap Sakinah takut.

“Aku boleh buat lebih dari ini lagi Sakinah.” Ugutnya lantas tudung Sakinah direnggut kasar. Semuanya tercabut dan menguraikan rambut Sakinah yang panjang melepasi punggung. 

Sakinah berpusing membelakangi lelaki itu. Dia tutup calar di dahi dengan tangannya. Mahukah lelaki itu dengannya apabila melihat kekurangan diri yang di sembunyikan di balik tudung. 

Hud rapati siisteri. Melihat rambut lurus Sakinah yang beralun di tiup angin kipas buat dia gundah. Rambut itu di elus dan dikucupnya penuh nikmat.

“Kau macam candu Kinah. Setiap kali melihat kau nafas aku tak mampu berlari dengan betul.”  Rambut itu dicium berulang kali.

Dia palingkan Sakinah. Gadis itu tunduk hamburkan tangisan. Dia dongakkan wajah Sakinah dan saat itulah calar dalam yang ada di dahi kanan gadis itu terzahir di depan matanya. Dia beliakkan mata.

“Ini….” dia tidak mampu teruskan kata. Namun tangannya tidak lepas dari mengusap parut itu. Nafasnya turun naik menahan nafsu sendiri. Dari dulu hingga kini wajah yang ada depan mata begitu membangkitkan nafsunya. Walau parut itu panjang kecantikan Sakinah tetap tiada cacat celanya. 

Wajah Sakinah diusap.

“Kau candu yang bisa buat aku mati Sakinah. Tapi aku takkan sesekali rosakkan diri aku hanya kerana candu murahan seperti kau.” Hud tolak Sakinah hingga jatuh ke katil.

“Kau langsung tak layak untuk aku.”

Sakinah tersentak. Berpaling dan sapu air mata yang masih degil mahu meluruh.

“Habis tu, buat apa abang kahwin dengan Kinah.”

Perkataan abang yang keluar dari mulut gadis itu sedari subuh tadi membuai perasaannya. Namun dia tidak mahu kalah dengan perasaan sendiri.

“Balas dendam. Aku tak habis lagi buat kau terseksa sebagaimana kau buat pada aku.”

Sakinah rasa kesal. Kesat airmata lalu bangkit dan berdiri betul-betul di hadapan Hud.

“Jadi, kau belum maafkan aku.” bila orang sudah berkeras buat apa dia hendak bercakap dengan lembut.

“Huh, sampai mati aku takkan maafkan kau Sakinah.”

Jatuh terduduk Sakinah mendengar kata-kata Hud. Jadi benarlah telahannya. Pernikahan ini hanyalah untuk meneruskan rancangan balas dendamnya.

Sakinah bangkit semula. Dia kesat airmata dan tarik beg sandang di atas meja.

“Kalau begitu biar aku keluar dari rumah ini. Daripada aku mati di tangan kau lebih baik aku keluar. Biar aku mati dalam tangan orang lain.”

Sakinah mahu pergi tetapi lengannya dikekar lelaki itu dan tubuhnya di bawa ke dalam pelukan. Pinggannya di paut erat oleh Hud.

“Kau nak pergi mana. Sekali aku ikat kau, aku takkan biarkan kau terlepas Sakinah. Aku akan pastikan tidak ada seorang lelaki pun yang mahukan kau lepas ni.”

Hud elus rambut Sakinaj dan tunjuk senyum sengetnya.

“Kau nak buat apa?” Soal sakinah takut.

“Apa yang seorang suami buat.” Hud senyum jahat. Sakinah berundur. 

“Tadi kau cakap aku tak layak untuk kau. Jadi kenapa kau masih nak ikat aku. Baik kau lepaskan aku. Biar aku pergi.” jerit  Sakinah bersama air mata yang masih tak segan hendak gugur. Tubuhnya meronta-ronta mahu lepaskan diri.

Hud kejapkan pautan dan beri senyum sinis. Makin Sakinah ketakutan. Hud pula sudah tarik kepala Sakinah. Dia akan ajar gadis ini secukupnya.

Sakinah pukul dada Hud namun sedikitpun tidak memberi kesan pada Hud. Dia bimbang. Teramat bimbang. Jika Hud berjaya mendapatkannya bermakna seluruh kelemahan yang dia ada akan diketahui lelaki itu dan lelaki itu pasti akan menyesal kerana pernah mencintainya. Dia tidak mahu Hud menyesal kerana kalau lelaki itu menyesal dia yang akan merana. Lelaki itu pasti tidak akan sanggup untuk melihatnya lagi. Pasti mereka akan terpisah.

“Jangan hud.” halang Sakinah apabila Hud mula mengucup lehernya rakus.

“Hud.” panggil Sakinah namun lelaki itu tidak hiraukan panggilannya. Kini bibirnya pula yang dipagut kasar hingga lemas Sakinah dibuatnya.

“Hud.” Sakinah menangis kuat bila bibirnya dilepaskan Hud. Namun Hud sekarang bukan lagi Hud yang dulu. Baju Sakinah direnggut kasar dan yang tinggal hanyalah anak bajunya. Sakinah tolak Hud lalu tarik selimut dengan cepat dan balut tubuhnya.  Dia membelakangi Hud dan menangis semahunya.

Hud tidak hirau. Dia tarik Sakinah agar dekat. Rambut Sakinah dia selak rakus dan saat dia tarik selimut yang membungkus tubuh Sakinah dia terkejut besar. Matanya meliar melihat belakang tubuh Sakinah.

Masih terasa hingga kini tangannya menyentuh kulit yang menggerutu di tulang kipas gadis itu. Nyata hari ini dia melihat sesuatu yang cukup mengerikan. Bukan satu tapi banyak yang terlekat di belakang Sakinah.

Sakinah tidak memandangnya. Hanya tangisan yang menghuni bilik. Hud terdiam di belakang. Entah kenapa debar di dada sejak malam dia mahu mengajar Sakinah kembali menghuni dada. Dia masih terkedu di situ. 

“Kinah tak sempurna bang.” ucap Sakinah dalam esak tangis yang tak berkesudahan. Dada Hud makin ketat dan perlahan-lahan dia pusingkan tubuh lalu keluar meninggalkan Sakinah..

Gadis itu kesat air matanya. Akhirnya Hud sudah nampak kekurangannya dan yang pasti lelaki itu kesal kerana pernah mencintainya.

Bunyi enjin kereta menderum di luar meyakinkan Sakinah yang Hud sudah tidak lagi mahukan dia walau dalam terpaksa sekalipun.

Sekali lagi air matanya berucuran.

Guzel publish chapt baru. Ya Allah... kuatkan Guzel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience