BAB 11

Drama Completed 94300

Haji Abdul Rahman duduk di pangkin bawah rumah sebaik tiba dari kebun. Peluh yang membasahi tubuhnya dia lap dengan kain batik lepas yang sudah lusuh. Angin yang bertiup lembut tengahari begini menyejukkan tubuhnya yang panas buat seketika.

Sakinah muncul dengan segelas air kosong. Disua gelas itu pada si ayah yang asyik melihat ke laman rumah.

“Tak menyapu ke pagi ni?” tanya lelaki itu apabila melihat daun kering berterabur di atas tanah.

“Dah ayah. Angin kuat tadi itu yang banyak sangat daun yang gugur.” jawab Sakinah lemah. Dia masih berjauh hati dengan kejadian 4 hari lepas. Dia mahu pergi bila ayah sudah siap meneguk air kosong. 

“Duduk.” tiba-tiba si ayah menepuk pangkin menyuruhnya duduk di sebelah.

“Ayah tak bermaksud nak sakitkan Kinah. Apa yang ayah buat demi nak membentuk Kinah jadi wanita yang baik. Kalaulah Kinah dah lepas SPM ayah tak teragak-agak nak kahwinkan Kinah macam kak long Sayyidah.”

Terpempan Sakinah dengan kata-kata ayahnya.

Kenapa ayah buat Kinah macam ni. Soal jodoh tak boleh ke Kinah pilih sendiri. Soalan itu bermain-main di benak. Kalau boleh dia mahu berkahwin dengan lelaki yang dia cinta. Bukan macam kak long yang menyerah saja. Di lamar pemuda kampung yang tergila-gilakan kak long lalu kak long setuju. Tidak mahu lukakan hati ayah. Mujur abang long lelaki yang baik dan nampak kak long bahagia dengan pilihan ayah.

Itu takdir kak long. Tapi dia?
Dia tak mahu jadi macam kak long.

“Ayah tahu Kinah merajuk dan Kinah tak akan faham kenapa ayah pukul Kinah. Semuanya bersebab. Nanti Kinah dah dewasa Kinah akan faham kenapa ayah didik Kinah begitu.”

Sakinah tunduk. Kenapa ayah tak beritahu sekarang juga, tidaklah dalam diam hati dia membenci perbuatan ayah sendiri.

Sakinah tunduk fikirkan sebab kenapa ayah bersikap begitu.

“Wan, Hud. Singgah dulu. Basahkan tekak." 

Tiba-tiba Haji Abdul Rahman menggamit dua beranak yang  baru melintasi rumahnya.

Mendengar saja nama Hud Sakinah melihat dengan hujung mata.

Ya, itu Hud yang sama dengan Hud yang selalu menyakatnya di sekolah. Pantas Sakinah angkat kaki masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Bukan takutkan ayah tetapi dia tidak mahu mata lelaki itu memanah matanya.

Nek Wan dan Hud sudah duduk di atas pangkin di depan Imam kampung. Hud sudah nampak Sakinah sebentar tadi. Tak sangka pula gadis itu akan hilangkan diri. Baru saja dia nak meneroka wajah Sakinah alih-alih hajat tak sampai.

Sebentar kemudian muncul Hajjah Salina menatang sedulang minuman sejuk.

“Lama tak nampak kau Ina.” sapa Nek Wan. Hud pula tak berkelip melihat umi Sakinah yang sedang meletak dulang di tangan di sebelah Nek Wan.
Betullah apa yang diceritakan Khair. Umi Sakinah memang cantik dan kecantikan itu menurun pada Sakinah.

“Ada kat rumah saja Nek Wan. Nak ke mana sangat. Nak tolong abang Aji kat kebun dia tak bagi.” jawab Hajjah Salina. Habis berkata dia pelawa dua beranak itu minum. Matanya pandang jejaka di sebelah Nek Wan.

“Ini anak Azman ke?” tanya Hajjah Salina. Nek Wan angguk. Hud pula beri senyum.

“Patutlah, macam muka Azman kan abang Aji.”

Haji Abdul Rahman angguk. Ya, anak muda itu saling tak tumpah macam Azman. Satu-satunya lelaki kampung yang tidak tergila-gilakan Hajjah Salina. Rakan yang dia percayai semenjak tiba di kampung ini.

“Kalau ayah telefon kirimkan salam pakcik pada ayah. Dah lama tak duduk berbual dengan dia.”

Hud angguk sambil menyebut Insyaallah.

“Ingat sebelum dia kahwin dulu selalu pancing ikan kat sungai hujung kampung. Rindu pula zaman muda dulu.”

Hajah Salina diam. Zaman muda pada suaminya banyak kenangan manis tetapi pada dia banyak pahit yang sukar untuk dia telan.

Nek Wan teguk sirap sejuk perlahan-lahan. Orang tua sepertinya manalah boleh nak telan minuman sejuk macam tu. Hud pula sambi minum matanya melilau mencari kelibat Sakinah. Hampa kerana gadis itu tidak juga kelihatan.

“Kinah ada?” tanya Nek Wan tiba-tiba dan membuatkan Hud tersedak lalu keluarkan batuk yang keras.

Masing-masing pandang Hud seperti pesalah.

“Budak ni. Orang sebut Kinah dia pula yang tersedak.” Nek Wan tampar lembut paha cucunya. Saja menyakat. Merah padam wajah Hud lantas melarikan pandangan apabila mata Haji abdul Rahman ditujukan tepat pada matanya. Dia resah. Dalam redup pandangan itu dia nampak amaran bahaya. Apakah akan ada ribut petir sekejap lagi. Oh, tidak! Dia tidak sanggup menentang pandangan tua lelaki itu. Seolah-olah lelaki itu tahu gejolak hatinya.

Bulu romanya meremang tiba-tiba. Dia lelaki tetapi dia jadi penakut pula sekarang. Dekat sekolah bukan main lagi mengusik Sakinah. Tapi sekarang dia rasa dia dah jadi macam orang kerdil. Terlalu takut dengan renungan orang tua itu. Macam mana aku nak masuk minta Sakinah kalau macam ni. Ayah Sakinah baru bagi pandangan. Bukan bagi parang tapi aku dah kecut perut. Hati lelakinya bermonolog.

“Kinah macam biasa lah Wan. Hari minggu macam ni dia siapkan kerja sekolah. Takpun dia ke rumah Ustazah Rohaya. Mengaji quran.” Hajjah Salina menjawab  bagi pihak si suami.

Nek Wan melirik cucunya yang buat-buat pandang ke arah lain. 

“Aku balik dulu lah. Dah tengahari ni.” Nek Wan angkat punggung diikuti Hud.

Anak muda itu menyalami tangan ayah Sakinah.

Dia ridak mahu berlama. Rasa seram pula hendak mengingai Sakinah lalu cepat-cepat dia membontoti langkah Nek Wan melintasi rumah Sakinah untuk kembali ke rumah Nek Wan. Sewaktu melintasi jemuran dia lihat Sakinah sedang duduk di atas pangkin rumah sambil membaca buku.

Betul ke baca buku. Mata tu macam nampak ke arah lain je. Macam termenung. Harap-harap dia tengah teringatkan aku. Bsik Hud dan waktu itu mata  Sakinah terpandang dia yang asyik merenung Sakinah. 

Sakinah jeling meluat. Dia cepat-cepat bangkit dan kakinya di langkah luas masuk ke dalam rumah.

Nek Wan perasan dengan kelakuan Hud.

“Jangan nak usik anak dara orang sangat. Jaga diri tu. Buatnya Tok Imam tolak Hud awal-awal macam mana. Kan makan hati pulak.”

Aduh!!!

Kata-kata Nek Wan selalu sangat pedas. Akhirnya dia garu kepala setuju juga dengan kata-kata orang tua itu.

Kau ni Hud. Memang tak boleh sabar.

Alamak!!! Ada can ke nak jadi bakal menantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience