BAB 63

Drama Completed 94344

“Lama tak tengok anak teruna ibu. Rindu sangat dengan Hud.” Puan Adila raih tubuh anaknya. Dipeluknya erat. Sebaik dileraikan Hud raih tangannya dan layangkan ciuman sebagai tanda menyayangi ibunya. Kemudian Hud mendapatkan ayahnya. Orang tua itu peluk anaknya dan tampar lembut bahu keras anaknya dua tiga kali.

"Duduk."arah Encik Azman sambil matanya tak lepas memandang gadis yang dibawa Hud. Puan Adila juga begitu. Suka melihat wajah ayu bertudung litup itu.

“Wah, cantiknya kakak. Ini mesti girlfriend abang kan.” puji seorang gadis sunti. Mungkin usianya dalam 14 tahun. Telah sakinah. Hud pula tidak endahkan kata-kata gadis sunti itu. Muka gadis itu terus berubah masam. Namun tangan Hud pantas gosok kepala si gadis dan wajahnya kembali manis.

“Jadi inilah calon yang Hud nak kenalkan pada ibu. So gorgeous."

Dengan debaran di dada Sakinah menyalami tangan wanita yang nampak jelita di sebalik tudung bawal yang dipakai.

Sakinah buat-buat senyum tapi hatinya menyumpah segala perbuatan Hud pada hari ini. Dalam keadaan dia sedang risaukan emak, lelaki itu sanggup buat begini padanya. Membawa dia lari jauh dari emak atas sebab ini.  Untuk apa dia tidak tahu. Tetapi dalam rasa sakit hati dia layan juga ibu lelaki itu. 

“Bukan ibu. Ini staff baru Hud. Kebetulan Hud ada kerja kat luar dengan dia jadi Hud terus bawa dia ke sini untuk lunch dengan kita semua.” jawab balas Hud mematahkan hati Sakinah. Perasaan yang ada dalam dirinya semenjak Hud buang dia adalah satu kesalahan. Dia tidak layak merindui lelaki itu. Dia tidak layak mengharapkan lelaki itu setelah apa yang dia buat padanya. Sudah terang lagi bersalah perasaan Hud padanya sudah tiada. Dia kena sedar diri.

Buang segala rasa dan kembali pandang ibu Hud.

“Saya Sakinah mak cik. Panggil Kinah je.” Sakinah berbahasa apabila wanita itu melihat ke arahnya bertanyakan namanya.

“Ayah, ini anak Haji Abdul Rahman. Kawan ayah.” tiba-tiba saja Hud memperkenalkan dia pada ayahnya. Siap menyebut nama arwah ayah lagi dan tentulah dia jadi sebak. Teringat arwah ayah yang sudah lama tiada. Pantas saja soalan yang tiada jawapan itu singgah kembali di dalam kepalanya. Adakah ayah pergi membawa bersama secubit keampunan yang dia dambakan. Oh, ayah. Ampunkan Kinah.

Terus dia tunduk bila kata-kata Hud masuk ke dalam hati. Namun dia cepat jernihkan hati.  Pandang wajah orang tua itu. Melihat saja senyuman yang terlarik cantik di bibir Sakinah dada Hud mulai bergendang. Pantang dia melihat senyuman itu pasti matanya mahu terus memandang.

Encik Azman yang menyedari tarik nafas panjang. Sebagai orang tua yang lebih dulu makan garam dia tahu apa yang ada dalam hati anak jantannya.

“Apa khabar dengan ayah Kinah.” soal Encik Azman mahu tahu.

Hampir menitik air matanya dengan soalan orang tua itu. Serasa dia mahu cepat-cepat keluar. Dia tidak mahu sesiapapun bertanyakan tentang orang tuanya kerana dia sendiri tidak ada jawapan yang terbaik untuk semua orang. 

Dia kerling Hud. Lelaki itu memang tidak tahu yang Haji Abdul Rahman sudah tiada. Dia yakin lelaki itu tidak tahu kerana pada hari kematian, Hud dan Mak Su Lini sudah meninggalkan kampung.

Sakinah senyum tetapi hambar.

“Ayah baik-baik saja Pakcik.” itulah jawapan yang terbaik setakat ini. Hatinya cuba bersabar.

"Alhamdulillah. Makanlah cepat. Lepas ni bukan ke Hud cakap nak pergi tempat lain?"

Hud angguk. Pelawaan ayahnya dia sambut mesra. Langsung tidak endahkan Sakinah yang rasa kekok. Dia biarkan gadis itu sendiri melayan rasa segan. Dia tahu bila Sakinah hanya diam sahaja. Sesekali saja menjawab pertanyaan ibu.

Lama sungguh berada di restoran sampaikan Sakinah rasa mahu melarikan diri sendiri. Tetapi bila Hud sendiri yang meminta izin untuk beredar dia pun lega. Tetapi leganya hanya sekejap. 

"Aku nak kau masuk ofis." Tak jadi hendak masuk ke dalam perut kereta dia pusing badan dan menghadap Hud .

“Saya nak pergi hospital. Kalau tuan nak balik ofis silakan. Saya boleh naik teksi.” Ujar Sakinah. Dia mahu berlalu tetapi di halang Hud. Lengan gadis itu dipegangnya kuat.

“Aku yang ambik kau dan aku yang akan hantar balik. Bukan pakcik teksi.”

“Saya nak cepat.”

"Buat apa. Nak tackle doktor kat hospital pula?" 

Ya Allah… lelaki ini. Tak ada ayat lain ke yang dia nak hambur. Kenapa dia suka meneka sesuatu yang langsung Sakinah tak pernah nak buat.

"Saya nak temankan emak sayalah." Kuat suara Sakinah menjawab dan mengejutkan Hud. Belum pernah lagi dia dengar suara kuat itu semenjak kembali bersua.

Hud tidak suka mendengar suara keras itu lalu humban Sakinah dalam perut kereta. Gadis itu tidak mampu berbuat apa. Tenaga lelaki Hud begitu kuat dan dia tidak dapat hendak mengelak.

"Sejak bila kau pandai tinggikan suara kau depan aku?" soal Hud geram.

Sakinah menekur ke bawah. Dia lembutkan suara atau tidak salahnya tetap dituding pada dirinya. Pedihnya hati tetapi dia tetap begitu. Acah-acah kuat padahal hatinya mudah rapuh.

Dia tidak lagi mengendahkan Hud hinggalah lelaki itu parkir kereta di hadapan bangunan hospital. Tanpa menunggu lelaki itu dia berlari masuk ke dalam melangkah laju meninggalkan Hud di belakang. Apabila sampai di wad ICU dia lihat beberapa orang jururawat lelaki tergesa-gesa masuk ke dalam bilik Ustazah Rohaya. Nampak kelam kabut di dalam. Hati Sakinah gusar. 

“Cik Sakinah baru sampai. Kami dah call Cik berkali-kali tapi tak dapat-dapat iuga.”

Sakinah cepat-cepat keluarkan telefon emak. Lihat skrin yang hitam sebaik dia hidupkan telefon. Tidak menyala. Rupa-rupanya sudah kehabisan bateri. Terpandang telefon yang Hud beri. Sia-sia saja telefon baru itu ada di dalam perut beg sandangnya. Langsung tidak berguna pada saat-saat cemas begini.

"Kenapa dengan mak saya?" Soal Sakinah risau. 

"Berdoalah moga ada keajaiban." Salah seorang jururawat yang bertugas mencelah. Terus hati Sakinah rasa tak tenang. Kerling pandang Hud jauh di belakang. Muka lelaki itu diam bersahaja. Sakinah makin tak tentu arah. Ke sana ke mari tanpa tujuan. Tiba-tiba pinti bilik wad terbuka. Stretcher ditolak keluar.

“Maaf. kami dah sedaya upaya selamatkan emak cik tapi Tuhan lebih sayangkan dia.”

Sakinah terpempan. Dia meluru ke arah stretcher dan buka kain yang melitupi wajah emaknya. Mata orang tua itu tertutup rapat dan ada senyuman yang terukir di bibir.

“Makkkk!!!”

Raung Sakinah. Goncang batang tubuh yang sudah kaku tak bernyawa.
Hud di belakang hanya memerhati.

“Makkk. Kenapa mak tinggalkan Kinah. Mak dah janji takkan tinggalkan Kinah kan. Mak dah  janji.” dia meraung bagaikan orang gila. Sudah tidak menghiraukan semua mata yang memandangnya. Air mata berhamburan keluar bersama rasa sedih dan sebak yang tidak mampu diluah dengan kata.

"Maaakkk!" Lagi dia goncang tubuh emaknya namun orang tua itu tetap begitu. Sakinah sudah seperti orang gila. Menjerit dan meracau seperti kerasukan.

Akhirnya tubuhnya melurut ke bawah namun sempat ditarik orang. Pandang pemilik tangan yang menariknya.

Amarahnya meruap naik. 

“Lepaslah. Aku nak mak aku.” dia meronta-ronta. Tidak mahu dipegang lelaki itu tetapi Hud kejapkan pegangannya.

“Aku nak mak aku.” jerit Sakinah apabila jururawat semakin jauh membawa emaknya ke bilik untuk di mandikan.

"Aku nak mak akulah." Tangannya berjaya ditarik dan dia pukul dada bidang lelaki itu semahunya hingga dia sendiri kelelahan dan terduduk di bawah. Menangis semahu hatinya.

Emak sudah tiada. Dia kesal kerana pemergian orang tua itu bukan di depan matanya. Dia mahu menangis lagi namun melihat kaki Hud yang masih tidak berganjak pantas dia bangkit 

Wajah lelaki itu dia pandang tajam.

****

Hud balas pandangan Sakinah dengan muka tak bersalah.

“Ini semua salah kau. Sebab kau lah aku tak sempat nak jaga mak aku. Kau jahat. Kau jahat.”

Sakinah pukul dada Hud berulang kali. Hud hanya tahan. Pukulan itu langsung tak memberi kesan padanya. Malah dia puas hati kerana berjaya buat gadis itu hilang arah. Hilang tempat bergantung.

“Kau jahat.” lagi sekali Sakinah hamburkan nista. Dia pukul dada lelaki itu dengan linangan air  mata. 

Hud ketap geraham. Lama-lama terasa juga sakitnya lalu dia tangkap kedua-dua belah tangan Sakinah.

“Aku dah cakap dengan kau yang aku akan seksa kau sampai kau merayu melutut depan aku.”

Sakinah pandang Hud dengan air mata yang mencurah-curah. Dia kalah. Dia kalah dalam usaha menagih kemaafan lelaki itu. Emaknya pergi sebelum sempat orang tua itu melihatnya tenang dimaafkan. Dia teramat kesal lalu dia menekur ke lantai bersama tangisan yang masih bermaharajalela.

“Kita dah seri sekarang.” luah Hud dengan senyum sinisnya.

Sakinah tersentak. Tersedar dari lelah apabila bicara Hud menerjah gegendang telinganya. Dia tarik nafas dan pejam matanya. Buka semula mata dan tarik tangannya dari pegangan Hud dengan kuat. Airmata di sapu keras. Dengan suara tegas dia luahkan rasa. 

“Kita tak seri dan tak akan pernah seri.” keras suaranya terlontar keluar. Hud tercengang.  Sakinah pula pantas berlalu pergi meninggalkan Hud yang terpinga-pinga.

Di dalam surau dia sembunyikan diri. Di situ dia sambung menangis semahu-mahunya. Teringat apa yang telah Hud buat dia kembali sedar. Bukankah  lelaki itu hendak membalas dendam padanya. Kenapa dia masih lagi mengharapkan kemaafan dari lelaki itu walhal dia sudah tahu jawapannya.

Sakinah kesat air mata di pipi.

“Biarlah dia nak buat apa pun Kinah. Janji Kinah jangan balas balik. Kinah teruskan hidup macam biasa. Suatu masa nanti dia yang akan letih sendiri dan waktu tu emak tahu dia yang akan merayu pada Kinah.”

Pesanan emak sewaktu dia hilang punca buat semangatnya kembali mekar.

“Kalau ini yang kau mahu. Aku terima Hud. Aku akan terima dengan reda.

Beg sandangnya di tarik. Telefon yang Hud beri dia bawa keluar dan  nombor kakak kesayangannya di dail hati-hati.

“Kinah….” Panggil Sayyidah.

“Kak Idah.” bercucuran air matanya saat suara kak Idah memecah gegendang telinganya.

“Ada apa Kinah?”

Berat mulutnya hendak mengkhabarkan berita sedih ini tetapi dia perlu beritahu kakaknya agar beban yang ditanggung ini menjadi ringan.

“Kak Idah, emak dah tak ada.” akhirnya terluah  juga setelah berhempas pulas menahan rasa.

Sayyidah di corong sana terkejut besar.

“Kinah. Sabar sayang.” pujuk Sayyidah.

“Kinah dah tak ada siapa-siapa kat sini kak.” luahnya dalam sendu yang masih bersisa.

“Kinah ada kak Idah. Ada umi.”

Sakinah geleng kepala.

“Tapi umi tak terima Kinah. Umi tak akan terima sampai bila-bila.”

“Sabar sayang. Kak Idah tengah usaha. Banyakkan berdoa pada Allah agar terbuka pintu hati umi untuk terima Kinah semula.”

Berlinangan air matanya mendengar kesungguhan kak Idah.

“Terima  kasih kak Idah.”

“Jangan sedih Kinah. Banyakkan bersabar.”

Sakinah angguk walau tidak nampak di mata kakaknya.

“Kak Idah bagitahu umi ya yang emak dah tak ada. Kirimkan salam Kinah pada umi walaupun Kinah tahu umi tak akan jawab.”

“Baiklah Kinah. Jaga diri.”

Sakinah putuskan talian apabila pesanan kakaknya singgah di telinga.

Ya Allah kuatkan aku. Tabahkan hati aku. Tak terdaya rasanya hendak berjalan di bumiMu  bila emak telah kembali kepadaMu. Jangan biarkan aku makin lemah tuhan. Hantarkan seseorang untuk aku berpaut sementara umurku masih ada.

Sakinah lap air matanya dengan harapan esok masih ada sedikit cahaya yang menyuluh untuknya berjalan meneruskan hidup.

please kinah. pergilah dari Hud.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience