BAB 38

Drama Completed 94333

Sakinah terpegun sebaik saja masuk ke dalam butik pakaian milik Nayli.

“Tadaa… inilah ofis aku dan impian aku. Kau rasa?”

Sakinah senyum lagi.

“Alhamdulillah… tuhan makbulkan doa kau. Aku tumpang bangga.”

Nayli tunjuk muka sedih.

“Sorry beb. Butik aku dah penuh. Tak ada kosong. Tak dapat aku nak ambil kau kerja dengan aku.”

Sakinah geleng kepala dan tarik tangan Nayli. Digenggamnya erat.

“Jangan risaukan aku. Insyaallah… ada rezeki aku nanti. Cuma tak tahu bila, dekat mana dan apa kerjanya.”

Nayli senyum.

Ah, Sakinah sekarang betul-betul lain. Dia nampak seorang gadis yang reda dan lembut.

“Tapi… aku tetap akan tolong kau.”

Keduanya saling berbalas senyuman.

“Kalau kau rasa nak lepak dekat sini kau datang je. Aku sanggup hadap  muka kau yang comel tu.”

Sakinah tampar lembut lengan Nayli.

“Terima kasih sebab tak pernah jemu nak kawan dengan aku. Walau kita terpisah jauh kau masih cam aku dan masih nak kawan dengan aku.” sebak Sakinah tuturkan kata. Nayli pula sudah berair matanya.

“Kau jangan nak buat aku sedih pula. Aku nak kawan dengan kau macam kita kawan dekat sekolah dulu tapi… tapi aku nak kau jujur dan jangan nak  berahsia macam dulu lagi. Janji dengan aku.”

Sakinah angguk. Pandang jam tangan kulit yang sudah luntur warna talinya.

“Aku nak balik dulu Nay. Dah lewat petang ni. Kita jumpa lain kali ya.” 

Nayli angguk. Hantar Sakinah hingga ke pintu. Sakinah pula berpaling memandang sahabatnya buat kali terakhir sebelum dia berlalu.

Tengah memandang Nayli pintu di tolak dari luar dan serentak itu Sakinah berpaling lalu daun pintu terkena dahi Sakinah.

“Oppsss, sorry!” seorang lelaki cina pantas gosok dahi Sakinah. Terkejut gadis itu dengan tindakan spontan lelaki itu. Pantas dia menjauh. Si lelaki pula baru tersedar dia sudah lepas laku lalu pandang mata si gadis tak berkelip-kelip.

Mata bertentang mata. 

Satu, dua, tiga dan hinggalah detik ke lima barulah masing-masing sedar diri. Itu pun bila Nayli berdehem.

Sakinah sentuh dahi dan angguk sekali lalu terus berlalu keluar tinggalkan Nayli yang tersengih panjang.

“Kau ni… kalau dah kelam kabut macam tu tentu ada yang tak beres lagi kan.” Nayli sapa David dengan muka menyampah. Menyampah betul dengan anak jiran sebelah rumahnya aka rakannya semenjak berpindah duduk di bandar besar ini.

David senyum panjang dan Nayli sudah faham.

“Nak sewa baju mana pula kali ini?” soalnya lalu melangkah ke arah deretan pakaian yang tergantung di hanging pole. David senyum lalu tunjuk dress panjang ketat warna merah menyala.

“Nak pergi mana?” soal Nayli geram. Dia dah kenal sangat dengan mamat kacukan seorang ni. Kalau dah muncul kat sini adalah sebabnya. Satu sebab kerja dan yang kedua sebab perempuan. Bujang senang kacukan Cina India ini memang kaki pancing. Dahlah buaya gigi panjang pandai pula pancing ikan. Nak je dia sepak muka David ini. Tetapi mengenangkan si David ni kawan baik dia lalu dia buang rasa geramnya dan tarik dress tadi.

David pula sekejap-sekejap toleh ke arah pintu.

“Kau kenapa?” soal Nayli lalu hulurkan dress di tangan. David ambil tapi mata masih tertoleh ke belakang.

“Siapa tadi? Customer ke? Cantik gila?”

Nayli senyum. Dia dah agak David pasti akan buka mulut. Siapa tak tertawan dengan Sakinah. Walau dia pakai selekeh macam tu pun pasti akan ada mata yang sudi memandang.

Bertuah betul pemilik nama Sakinah.

“Kawan baik aku. Kenapa?”

Terkejut David dengan balasan kata Nayli. Tak pernah dia tahu gadis ini ada rakan secantik itu.

“She’s adorable.”

Nayli gelak.

“Tahu tak apa.” Nayli senyum bangga. Bangga betul bila ada rakan cantik macam Sakinah. Lagi bangga bila Sakinah sudah dia jumpa dan mereka akan kembali mencipta memori indah bersama sekali lagi.

Senyuman Nayli mati apabila melihat David merenung jauh ke depan seolah-olah  sedang bergelut dengan masalah.

“Dress dah dapat dan pasti burung pun dah setuju kan nak ikut sama tapi aku tengok kau macam ada masalah yang tak setel lagi.”

David hembus nafas berat.

“Anak bos dah ambil alih posisi si ayah. Jenuh aku nak mengadap bos besar aku tu. Dia pula jenis strict. Walaupun dia kawan aku tapi bab kerja aku tak boleh  buat sambil lewa. Tak pasal-pasal bertumbuk nanti. Aku ni dahlah banyak benda yang tak setel. PA baru nak gantikan Monica pun aku tak jumpa lagi. Kalau ada pembantu kan senang kerja aku.”

David hembus nafas berat. Susah betul nak cari PA yang boleh buat kerja sempurna macam Monica. Nak saja dia suruh Monica kerja dengan dia sampai akhir hayat tapi perempuan itu dah ada suami. Suaminya pula dapat tawaran bekerja di luar negara jadi dia kena ikut sekali. Hendak tak hendak terpaksa dia lepaskan Monica.

“Kau tak buat temuduga ke. Cari yang baru?”

“Dah. Setakat ini tak jumpa pun lagi yang betul-betul berkenan kat mata aku. Esok ada satu lagi IV. Harap jumpalah nanti.”

Nayli kerutkan kening. Lihat fail di atas kaunter. Teringat akan Sakinah tiba-tiba.

“IV tu terbuka ke?” soalnya gembira.

“Tak. Kenapa? Kau ada calon yang sesuai ke?”

Nayli pandang David lalu berikan senyuman penuh makna. David pandang tidak faham namun Nayli terus senyum hinggalah dia sudah hampir di kaunter.

“Kau tunggu esok. Aku tolong kau dapatkan PA yang betul-betul berkenan di mata kau.”

David ternganga.

Oppss!! David? Siapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience