BAB 15

Drama Completed 94401

Sakinah gagahkan diri juga ke sekolah setelah seminggu berkurung di rumah. Dengan segala kudrat yang ada dia melangkah ke kelas. Dalam perjalanan terserempak pula dengan Hud yang sedang membeli di koperasi.

Terpandang saja wajah itu serta merta  sakit yang menjalar di belakang kembali terasa perit. Berdenyut-denyut bisanya. Terasa mahu patah segala tulang belakangnya. Jika mampu dia bedah dan buang segala isi yang membalut tulangnya tentu dia akan dapat melihat lebam pada tulang sendiri.

Sakitnya tuhan saja yang tahu.

Dia biarkan saja wajah itu merenungnya dalam. Seperti selalu dia  tiada rasa untuk membalasnya.

“Lamanya kau tak datang sekolah. Bulan ni saja dah 2 kali kau skip pelajaran.” Sapa Nayli sebaik saja Sakinah duduk.

Dia tidak menjawab sapaan sahabat baiknya itu. Buku teks masa pertama dia keluarkan dari dalam beg sandangnya lalu diletakkan ke atas meja.

“Kau tak okay kan?” bisik Nayli apabila melihat wajah Sakinah tidak beriak. Dia sentuh bahu gadis itu dan sepantas kilat tangannya ditepis.

“Kenapa?” soal Nayli tidak faham.

“Tak ada apa-apa.” jawab Sakinah. Dia buka buku dan buat-buat menelaah.

Makin hairan Nayli dengan sikap Sakinah. Kenapa perasaan curiga cukup kuat dalam hatinya. Ada sesuatu yang telah terjadi. Namun tak mungkin Sakinah akan berkongsi dengannya kerana gadis itu terlalu berahsia.

Loceng menandakan masa pertama pelajaran akan bermula. Masing-masing menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang diketuai pengawas yang bertugas hari ini.

Cikgu Nazrine guru kelas mereka sudah masuk dan menghampiri Sakinah.

“Awak dah sihat ke Kinah?” tanya cikgu muda itu.

Sakinah mengangguk lemah. Dia mengukir senyum namun ternampak hambar.

"Muka awak nampak pucat. Kalau rasa tak sihat baik awak pergi berehat dalam bilik rawatan.” suruh Cikgu Nazrine tetapi digeleng kepala oleh Sakinah.

“Saya okay cikgu.” jawab Sakinah sambil senyum yang sengaja dibuat-buat. Cikgu Nazrine angguk. Dia kembali  ke meja.

Dia lihat Sakinah yang nampak seperti menahan sengsara. Mujurlah ayah gadis itu sudah menghubunginya agar melihat si anak yang dikatakan masih tidak sihat lagi.

Nayli di sebelah juga risau melihat gadis itu. Sakinah diam sahaja sedari tadi. Dia nampak muka Sakinah hilang seri. Pucat dan nampak sayu. Matanya yang asyik memandang buku nampak berair.

Nayli kembali fokus pada pengajaran Cikgu Nazrine. Sedang asyik mendengar ajaran guru tiba-tiba Sakinah melurut jatuh ke bawah.
Nayli terperanjat.

“Kinah!!!’ panggil Nayli dan mengejutkan Cikgu Nazrine serta semua rakan di dalam kelas.

Cikgu Nazrine dan Nayli memapah Sakinah lalu di bawa ke bilik rawatan. Gadis itu dibaringkan ke atas katil.

“Kinah, bangun Kinah.” Kejut Nayli. Tidak lama Sakinah terbaring lesu akhirnya gadis itu mula buka matanya.

"Kamu rehat kat sini dulu. Cikgu dah telefon ayah kamu. Kejap lagi ayah kamu sampai." habis berkata Cikgu Nazrine meminta diri masuk ke dalam kelas untuk meneruskan pengajaran. Dia menyuruh Nayli temankan Sakinah hingga ayah gadis itu tiba.

“Kenapa dengan kau ni Kinah?” soal Nayli risau apabila cikgu Nazrine sudah hilang dari mata.

Sakinah senyum.

“Aku letih Nay. Makan tak menentu sebab itulah aku pengsan.” Dia tidak bohong. Memang makannya tak menentu selepas dipukul ayah.  Dia tidak lalu hendak menjamah makanan yang disediakan umi apabila teringatkan perilaku ayah padanya. 

Bagaikan anak tiri  perlakuan si ayah padanya. Dipukul tanpa mendengar dan menyelidik lebih dulu. Segala perit dan luka di badan yang dia dapat tidak seteruk kecewa di hati. Mahu saja dia larikan diri tetapi dia tiada daya melawan ayah. Sekejam-kejam ayah, orang tua itu akan merawat kembali hatinya yang patah dengan nasihat yang kadang dia sendiri sukar untuk menghadamnya. Ayah mahu dia jadi wanita terbaik tetapi terbaik macam mana dia tidak tahu. 

Ayah juga selalu sebut. Dia tidak mahu sejarah dulu berulang kembali. Sejarah apa dia tidak tahu. Dia tidak faham. Cuma dia rasa apa yang ayah buat sebab ayah bencikan dia. Tapi bencikah ayah padanya bila ayah tidak pernah memanggilnya kasar. Malah ayah sediakan keperluan secukupnya. Tapi satu je ayah pantang. Jangan keluar cari jantan.

“Kinah.” panggil Nayli.

Serta merta lamunan Sakinah dibawa pergi angin lalu.

“Aku rasa kau dah banyak berubah. Kau ada masalah kan. Kau tak nak kongsi dengan aku ke?" Bicara Nayli buat hati Sakinah bagai di palu kuat. Begitu baiknya Nayli buat dia rasa serba kekurangan.

“Aku okay Nay. Aku okay.” ucapnya dengan perasaan sedih yang ditahan.

Nayli angguk. Dia genggam jemari Sakinah memberi semangat pada gadis itu.
Matanya tiba-tiba menangkap sepasang mata di balik pintu rawatan yang sedikit terbuka.
Nayli senyum.

“Sayang!!!”

Sakinah terkejut. Suara itu amat dia kenal. Melihat pemilik suara yang sudah tegak di depannya pantas dia buntangkan mata. Tubuh dia kini terasa menggeletar bagaikan terkena renjatan elektrik.

Kenapa dia boleh ke mari?
Macam mana dia tahu aku ada kat sini? Soalan itu hanya berlegar dalam kepala. Dunia yang dia rasa baru nak aman kini kembali dilanda garuda.

Nayli pula ukir senyum. Dia pandang Hud dan angguk dua tiga kali. Lirikan mata Hud yang mahu dia tinggalkan Sakinah bersamanya dia balas dengan senyuman panjang sekali lagi.

Nayli bangun.

“Nayyy!!!” Panggil Sakinah apabila Nayli sudah melangkah ke pintu. Gadis itu hanya balas dengan senyuman senget lalu tinggalkan dirinya yang rasa seperti dibakar orang.

Hud hampiri dia.
Dadanya hampir pecah apabila Hud labuhkan punggung dan duduk di sebelahnya. Paha mereka rapat dan pantas saja perut Sakinah rasa sebu.

Ya Allah, lindungi aku.

Tak tahu nak cakap apa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience