BAB 07

Drama Completed 94401

Pagi ini Hud mencari-cari wajah Sakinah di dalam koperasi namun hampa. Wajah itu tidak kelihatan. Dia resah. Tidak seronok hendak belajar bila dambaannya tidak kelihatan. Hendak tak hendak terpaksa dia ke kelas gadis itu untuk bertanyakan Nayli. 

Sakinah tidak hadir.
Itu jawapan Nayli.
Terus dia hampa. Terbayang wajah Haji Abdul Rahman tiba-tiba. Cerlung mata tua lelaki itu melihat Sakinah. Dia kenal lelaki itu imam kampung tetapi dia langsung tidak tahu orang tua itu adalah ayah Sakinah.

Dadanya ketat.
Apa khabar Sakinah. Harap dia baik-baik saja. Dia harap juga Sakinah tidak hadir hari ini bukan sebab hal kelmarin.

Hud berpaling lalu kembali ke kelas dengan harapan esok dia dapat melihat Sakinah.

Suara bacaan Yaasin melalui corong speaker langsung tidak mampu menenangkan gundah di hati Hud. Lalu dia keluar dari kelas menuju ke bangunan hujung dekat padang sekolah. Dia menyandar di dinding bersebelahan tandas lelaki sambil tangannya bermain dengan kunci motorsikal.

"Hoi, takkan sebab bunga kau tak kembang hari ni kau pun ikut layu." Khair menepuk belakang Hud.
Hud tidak menjawab sebaliknya dia pandang padang yang terbentang luas.

"Aku tak ada moodlah. Sakinah tak datang sekolah hari ni." Luah Hud dan terus saja Khair ketawa besar.
"Betullah tu. Muka kau monyok sebab Sakinah. Haih, dahsyat betul penangan Sakinah seorang. Sampaikan Joe pun macam lembu kena penyakit kuku kaki tangan mulut. Diam lepas tu monyok semacam."

Hud berpaling.
"Kenapa dengan Joe?" soal Hud. Khair gelak besar.
"Kau jangan tak tahu pula. Dia tak cakap pun dia suka Sakinah tapi aku tahu dia tu salah seorang peminat fanatik budak tu. Kalau kau betul-betul nakkan Sakinah jangan sampai direbut Joe. Dia tu berbisa."
Hud diam.

Segala maklumat pasal Joe dia simpan dalam kepala. Tapi dia jenis yang tidak akan berlawan jika perempuan yang dia damba bukan hak milik kekal dia. Dia bukan lelaki begitu. Tetapi dia jenis lelaki tekad.
Inilah Hud Iskandar. Sekali dia jatuh cinta dia akan usaha sampai dapat. Tetapi satu yang dia pantang. Jangan menolak dengan bahasa kasar malah jangan gunakan kekerasan sebab dia akan balas dengan lebih teruk lagi. Itu diri dia yang orang tak kenal.

"Hah, kenapa tak masuk kelas. Orang mengaji tpai dia lepak pulak kat sini pula. Sorry lah kali ini Nay terpaksa tulis nama."
Nayli tunjuk muka serius. Konon-konon dialah pengawas paling garang hari ini.
Hud tunjuk muka manis.
"Tulislah Nay. Tulis banyak kali pun tak apa. Abang memang suka sangat jumpa cikgu disiplin."

Nayli mendengus. Geram betul dengan senior seorang ni Mujur muka macam model. Kalau tak mahu dia heret keduanya jumpa Cikgu Daud.
"Geramlah dengan abang Hud. Tak pernah nak serius."
Sejak lelaki itu selalu bertanyakan perihal Sakinah dia mula baik dengannya. Lelaki itu bukan tidak pandai. Itu yang dia dengar saat guru-guru duduk berbincang dalam perpustakaan ketika dia singgah untuk menghantar balik buku pinjaman.

Abang Hud budak pandai tapi jenis tak menunjuk. Abang Hud juga bukan budak jahat cuma dia suka mengusik. Lagi dia akan mengusik kalau gadis itu makin menolak. Tapi dia lihat Abang Hud bukan saja-saja mahu mengusik Sakinah. Nampak macam dia betul-betul suka dengan gadis itu.

Haih, bertuahlah badan Sakinah. Orang kacak nakkan orang cantik. Cuma dia tidak pasti pula kaya atau tidak Abang Hud. Tapi dengar-dengar cerita ayah dia ada perniagaan di Sabah sebab emaknya orang Sabah. Perniagaan apa dia tidak tahu.

Untunglah Sakinah. Tapi itulah. Sakinah bukan gadis materialistik. Lelaki mana yang mengurat semua dia tak layan. Tak pernah dia tengok Sakinah jual muka dia. Tak ada. Dia pun pelik. Takkanlah Sakinah tidak ada sedikitpun rasa teruja bahkan rasa mahu bercinta. Dia memang pelik dengan Sakinah. Kalau bercakap pasal lelaki terus Sakinah naik angin.

Dia tidan faham dan Sakinah sendiri tidak mahu menjelaskannya bila dia diminta berterus terang.
Kalau dialah, bila Abang Hud datang mengurat tentu dia akan sambut tak pandang kiri kanan.
"Masuk kelas abang Hud. Abang Khair. Kali ni Nay tak tulis nama abang. Lain kali jangan buat lagi." suruh Nayli.
"Abang tak ada mood lah Nay. Cinta hati abang tak datang. Nak belajar pun tak dapat "
Nayli cebik. Ada-ada saja Abang Hud ni.
"Dia tak sihat kut. Itu yang tak datang tu."
Hud angkat kening.
"Dah tu siapa nak jadi pembakar semangat abang sekarang?"
Nayli julingkan mata ke atas.
Haih, nak jual minyak pula.
"Abang Hud nak pembakar ke. Nanti Nay pergi pinjam lighter dengan Pak Aziz, tukang kebun sekolah. Kalau rasa nak panas, berpeluh boleh tumpang sekaki tolong bakar sampah." sinis Nayli berkata tetapi tidak memberi kesan pada keduanya.
"Apa kata Nay ikut abang. Kita sama-sama main pondok-pondok pulak." tiba-tiba Khair mencelah.
Nayli julingkan mata lagi sekali.
"Dah. Tak payah nak buat perangai. Masuk kelas. Kalau tidak Nay tak akan tolong Abang Hud lagi."
Nayli angkat kaki mahu pergi namun Hud pula buat-buat sakit dada. Nayli tak jadi melangkah.
"Nay tolong abang Nay. Abang rindu Kinah. Tolong Nay." Hud cengkam dada sebelah kiri dan buat macam terkena serangan jantung. Khair di sebelah tolong papah.
"Hud bertahan Hud. Sakinah tentu akan datang."
Nayli hembus nafas geram. Sempat lagi kedua-duanya buat lakonan. Rasa mahu ketawa gelihati namun bila mengenangkan nama Sakinah yang masuk dalam lakonan tak berbayar mereka hati Nayli dipagut rasa sedih.
Kasihan kau Kinah. Kelebihan kau buat kau tak tenang. Ucap hatinya dan berlalu pergi tinggalkan dia makhluk tuhan yang masih berlakon di belakang.
Abang Hud, Nay harap abang tak main-main.

ada orang rindu.

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-08-09 10:37:50 

mst ada sbb knapa ayah sakinah tk bg skinah tlalu rpat dgn boboy...


NovelPlus Premium

The best ads free experience