BAB 73

Drama Completed 94402

Dia tak mahu lagi kembali ke semenanjung. Damainya bumi Sandakan buat dia sudah jatuh sayang dan berat hati untuk meninggalkan bumi ini. Alam yang menghijau dan penduduk yang ramah telah membawa pergi hati yang lara.

Setelah dua minggu di sini membantu kak Idah menjual kuih-muih dia sudah mula melupakan segala kepahitan yang mahu menelannya hidup-hidup.

"Batang buruk dengan cara berlauk ni nak hantar dekat mana kak?" Tanya Sakinah sambil tangan ligat menyusun kuih-kuih ke dalam bekas bertutup.

"Kompeni dekat bandar. Kinah tahu kan kat mana. Kak Idah dah hantar alamat kat dalam whatsapp tu."

Sakinah angguk. Bila sudah siap dia buka whatsapp yang dihantar kakaknya. Baca alamat yang tertera. Jauh juga nak drive kereta untuk hantar tempahan ini.

“Boleh ke tak tu. Hari ni memang jauh tempatnya. Nak buat macam mana. Rezeki Kak Idah. Jauh pun berbaloi sebab banyak yang nak hantar. Alhamdulillah, dapat kongsi rezeki dengan Kinah.”

Sakinah senyum.

“Tak ada masalah kak Idah. Sambil-sambil tu boleh Kinah jalan-jalan kat bandar. Boleh kan?’

Sayyidah angguk.

“Kalau ada suami lagi best. Berjalan sambil pimpin tangan. Boleh bermanja-manja.” usik Kak Idah dan lantas wajah yang cuba dia usir jauh kembali menghuni kepalanya. Dia hanya mampu lempar senyum sebagai balasan.

“Kinah tak ada yang special lagi kan.”

Tersentak gadis itu dengan pertanyaan kakaknya.

“Kak Idah tanya ni sebab ada mamat sorang tu asyik duk tanya kak Idah. Kinah kosong ke tak. Tapi kak Idah tak boleh jawab. Nanti Kak Idah bagi nombor telefon Kinah kat dia ya. Kawan abang Taufik juga. Bukan orang lain pun”

Tak sempat Kinah nak halang Kak Idah sudah bawa keluar bekas kuih untuk di hantar ke kedai depan kuaters. Risau Sakinah dengan ayat yang keluar dari mulut kakaknya.

Dia berstatus isteri orang.  Mana boleh suka-suka hati hendak dikenenkan dengan orang lain. Tetapi bukan salah Kak Idah. Dia yang masih belum cukup kuat untuk beritahu kakaknya tentang status dirinya. Dia bimbang kakaknya tidak boleh  terima lelaki itu sebagai suaminya.

Dalam berat memikirkan hal diri dia bangkit juga. Lagipun hari sudah cerah. Dia perlu cepat sampai kerana kompeni yang menempah kuih ini mahu tempahan ini sampai sebelum jam 10 pagi. Sekarang sudah lapan pagi dan dia perlu cepat bergerak.

Bekas-bekas kuih di masukkan ke dalam boot kereta. Perodua kancil secondhand milik Kak Idah menjadi miliknya hari ini. Mujurlah dia pandai memandu. Itupun ehsan dari rakan sekolej yang tak jemu mengajarnya. Cuma yang menjadi masalah dia tiada lesen. Itu sahaja. 

Kereta dia pandu dengan berhati-hati. Bila sudah sampai dia masuk ke dalam dan memperkenalkan diri pada penyambut tetamu. Terus gadis beruniform hitam itu menyuruh dia meletak semua bekas ke atas troli. Lalu bersama-sama gadis itu dia masuk ke dalam lif. Kota ajaib itu bergerak sehingga ke tingkat lima. Bila pintu terbuka dia lihat seorang wanita berskirt paras lutut menyambutnya dengan senyuman.

“Saya Suliza. Panggil je Kak Su.”

Sakinah angguk.

“Kas… kau tolong hantar ke pantry. Aku mahu bawa Cik Sakinah ke dalam dulu.”

Sakinah tersentak. Macam mana wanita ini tahu namanya. Dia terpinga-pinga. Gadis penyambut tetamu itu sudah berlalu.

“Kenapa kak? Saya rasa urusan kita sampai sini saja. Lagipun kak kan dah bayar harga kuih tu.”

Wanita itu senyum

“Ya, kak Su dah transfer duit ke akaun Puan Sayyidah.” 

Sakinah angguk. Tarik keluar kertas berlipat dari dalam beg sandangnya. Hulurkan resit pada wanita berambut kerinting itu.

“Ikut Kak Su dulu boleh?”

Sakinah tidak faham.

“Kenapa kak?” soalnya ingin tahu. Dia sebolehnya tidak mahu  berhubung dengan sesiapapun sekarang. Wanita itu hanya senyum dan melangkah ke sebuah bilik. Buka pintu dan menyuruh Sakinah masuk ke dalam.

Dia mulal rasa takut. Untuk apa wanita itu mengajaknya hingga ke bilik ini.

“Cik Sakinah tunggu ya.” 

Wanita itu keluar. Terdengar pintu di tutup dan dia menoleh. Bimbang dengan bilik yang sunyi dan tiada orang ini. Matanya memerhati sekeliling. Sebuah bilik yang sederhana besar tetapi kemas dan cantik. Ada satu pintu di sebelah kiri. Pintu apa dia tidak tahu. Mata kembali pandang ke hadapan. 

Tiba-tiba matanya tertangkap sesuatu di atas meja. Kecil sahaja tetapi begitu menggamit hatinya. Dia mahu memastikan apa yang dia lihat itu sama dengan apa yang ada dalam kepalanya lalu dia melangkah. 

Baru setapak dua bergerak dia rasa ada seseorang masuk.

“Sweety.”

Suara dan panggilan itu begitu serasi.

Sakinah tersentak. Berpaling lalu beri muka terkejut. Kalau dah panggil macam tu tak lain tak bukan itu Encik David.

“Macam mana encik tahu saya kat sini.”

David senyum.

“Hendak seribu cara tak nak seribu alasan.”

Sakinah senyum.

“Habis tu cara yang diguna tu untuk apa?”

David sudah berdepan dengan Sakinah.

“To steal you from Hud.”

Dengar saja nama Hud hati Sakinah hancur berderai.

“Memcuri? Bermaksud ambil sesuatu tanpa pengetahuan pemiliknya. Ianya satu dosa dan saya bukanlah orang yang begitu tinggi nilainya untuk dicuri.”

David senyum. Sakinah jenis yang pendiam tetapi bila sekali dia keluarkan kata ramai orang yang terpesona.

“Mungkin tidak tinggi nilainya pada orang lain tetapi pada saya Sakinah amat berharga.”

“Maaf encik David. Tindakan encik David ni hanya sia-sia. Encik David dah tahu kan saya isteri Tuan Hud.”

“Yes, sebab itulah saya datang untuk ambil Sakinah dari dia. Biar saya yang jaga Sakinah. Saya tahu Hud tak mampu beri bahagia yang Sakinah cari jadi saya akan berikan kebahagiaan untuk Sakinah.”

Rasa pedih dengan kata-kata lelaki itu. Dia belum lagi berpisah dengan Hud tetapi lelaki itu tiba-tiba saja berkata begitu. Terasa murahnya harga diri dia.

“Encik David datang ke sini semata-mata mahu jumpa saya. Tak berbaloi encik David. Kalaupun suami saya bencikan saya sekalipun saya tak boleh meminta cerai. Apatah lagi hendak  bermain mata dengan lelaki lain.”

David angguk faham.

“Kalau macam tu jangan lari daripada Hud.”

Terpempan Sakinah dengan kata-kata lelaki itu.

“Buat masa sekarang saya tak ada rasa hendak berjumpa dia atau pun duduk dengan dia. Saya sedar diri, saya tak layak untuk dia.”

David senyum. Dia sudah ada jawapannya.

Sakinah pandang ke meja di depan. Matanya masih mahu pandang barang kecil di atas meja itu tetapi hati menyuruh pulang segera.

“Kalau encik David hanya nak berbincang pasal hal ini saya rasa encik dah buang masa encik. Saya nak balik dan saya tak mahu buang masa encik begitu saja..”

Sakinah pusing badan. Dalam hati bertekad. Mana-mana saja tempat yang ada kaitan dengan lelaki itu tak akan dia jejaki. Seperti sekarang, dia baru sedar yang tempat ini ada kaitan dengan Hud. Mungkin lelaki itu yang menempah kuih dari kakaknya.

Dia tidak mahu lagi melihat Hud walaupun dia tahu itu suaminya dan berdosa dia tinggalkan Hud begitu saja. Namun lelaki itu amat membenci dirinya. Jadi dia tidak mahu duduk sebumbung dengan lelaki itu. Mengadap orang yang membencinya akan buat hidupanya makin tidak tenang. Jadi biar dia seorang diri. Itu lebih baik. Jika takdir memutuskan dia akan berpisah dengan Hud dia akan reda.

“Saya balik dulu.”

Sakinah tidak mahu bercakap lagi dengan Encik David lalu berlalu pergi tanpa memandang bekas majikannya itu.

David geleng kepala.

“Dah… kau keluar Hud.” jerit David yang sudah hempas punggung di atas sofa. Seketika pintu bilik sebelah kanannya terbuka dan Hud pantas duduk di mejanya. Pengikat rambut berkeychain Hello Kitty di ambil dan dia pusing-pusing dengan senyuman tak lekang di bibir.

“Kau dah dengar kan apa yang dia cakap?” soal David. Hud angguk.

“Aku tahu dia cintakan kau tapi dia keraskan hati sebab kau yang nampak sangat bencikan dia. Jadi, sekarang kau yang kena usaha dapatkan dia balik.” Nasihat David. 

Kalaulah dia tidak meminta Hud berterus terang selepas malam lelaki itu mencari Sakinah dia tidak teragak-agak hendak tumbuk muka Hud. Dia akan minta Hud lepaskan Sakinah. Biar dia yang jaga Sakinah selamanya. Namun mujurlah Hud sudi berkongsi kisah. Dia kini amat yakin. Kedua-duanya saling mencintai tetapi kerana kisah lalu keduanya tidak mampu meluah rasa.

“Kau pergi jumpa dia.” arah David.

Hud berhenti pusing pengikat rambut. Masukkan ke dalam poket dan melangkah ke arah David.

“Kau kena minta maaf dekat dia. Kau dah terlalu menyeksa dia.”

Suruh David tetapi begitulah seorang Hud. Meminta maaf itu bukan sikap dia. Dia lelaki yang keras hatinya. Tetapi dia ada cara untuk lembutkan Sakinah. 

“Kau jangan bimbang. Aku dah ada cara aku sendiri nak dapatkan dia balik.”

“Kau jangan macam-macam Hud. Aku tahulah Sakinah tu isteri kau tapi kau jangan nak buat gila.”

Hud sengih. 

“Gila atau tidak hanya aku seorang saja yang tahu bagaimana untuk lembutkan hati dia.”

Seperti tadi, dia sudah dengar apa yang gadis itu luahkan dan dia yakin Sakinah akan jatuh dalam pelukan cintanya. Dia akan pastikan dia berjaya dapatkan Sakinah kembali. Apa cara sekalipun dia akan buat. Itu tekadnya sekarang.

*****

Dia hairan. 

Rasa seperti ada yang mengekori tetapi kereta itu hanya berhenti di luar pagar kuarters. Nampak macam kereta mewah. Hatinya mula rasa risau. Kepalanya hanya fikir David. Tentu lelaki itu yang mengikutnya. Kalau lelaki itu sudah tahu di mana tempat tinggalnya tentu dia yang tak akan tenang. Mesti lelaki itu akan menjadi informer Hud. 

Baru saja sampai rumah Kak Idah  telefonnya pula berbunyi. Lihat nombor yang asing dia jadi makin risau. Kemudin terdengar nada pesanan. Siapa pula yang hantar mesej padanya. 

Buka peti pesanan.

The first time I saw you, my heart whispered ‘that’s the one.’

Ulang kali Sakinah baca pesanan yang terpampang di layar skrin. Tidak percaya lelaki mana yang hendak mengayatnya. Risau pula sebab dia masih berstatus isteri orang.

Tidak mahu serabutkan kepala dia masuk ke dalam bilik untuk bersihkan diri. Telefonnya berbunyi lagi dan hatinya juga mahu tahu siapa yang rajin sangat hendak menghantar pesanan romantis begitu. Dia buka lagi peti pesanan.

So… I promise myself no matter how hard… it is you that will be mine forever.

Dia terperanjat. Siapa yang berani hantar mesej begini pada dia. Kepalanya mula mencari-cari siapa lelaki yang telah buat kepalanya berserabut hari ini. Dia tahu yang hantar mesej begini tentulah lelaki. Ini cara lelaki mengayat.

Encik David!

Mungkin juga sebab lelaki itu cakap hendak ambil dia dari Hud. Tapi tak mungkin pula sebab tak nampak pun kesungguhan pada kata-kata lelaki itu tadi.

Ah, dia tidak boleh layan semua ini. Bukankah dia mahukan ketenangan. Jadi dia mesti abaikan. Segera masuk ke dalam bilik air dan bersihkan diri. Keluar dari bilik menuju ke dapur untuk membasahkan tekak. Kemudian dia didatangi kakaknya yang baru balik dari tadika. Kakaknya itu yang bekerja sebagai cikgu tadia mencari seringgit dua untuk menolong kukuhkan kewangan suaminya. Bangga dia dengan Kak Idah yang langsung tidak kisah dengan kehidupan sederhana. Gaji askar bukannya banyak seperti gaji pegawai kerajaan gred 52.

“Abang Taufik ajak kawan dia makan malam sekali dengan kita malam ni.”

Sakinah terkejut. 

“Erk… makan malam je kan?”

Sayyidah senyum panjang.

“Kira malam ni sesi suai kenal Kinah dengan dialah.”

“Nama dia siapa kak?”

“Kapten Rozman.”

Sakinah geleng kepala.

“Kak… Kinah tak nak. Kalau dia nak datang makan malam Kinah tak halang tapi Kinah tak akan jumpa dia. Maaf kak.”

Terkebil-kebil Sayyidah di muka pintu. Kenapa dengan Sakinah. Kenapa dia tolak. Bukankah tadi masa dia cakap nak bagi nombornya pada lelaki itu dia diam sahaja.

“Kapten Rozman ada hantar mesej pada Kinah?” soal Sayyidah dan Sakinah angkat kening.

Adakah itu mesej yang dihantar lelaki yang bernama Kapten Rozman. Tak mungkin rasanya sebab ayat yang ditulis itu seperti dari orang yang amat mengenalinya.

Sakinah angguk juga.

“Alah… terimalah Kinah. Kapten Rozman tu kacak. Walau dia serius dia baik hati.”

Sakinah geleng kepala. Macam mana nak terima kalau dia sudah jadi isteri orang.

“Kak Idah….” berat rasanya hendak beritahu hal sebenar. Dia takut kakaknya itu terkejut.

“Ya… nak cakap apa?”

“Kinah tak boleh terima. Maafkan Kinah ya.” Sakinah basuh gelas lalu tiarap di atas tingkat pinggan mangkuk. Kembali ke dalam bilik dan hempas tubuh atas katil. Dia mengeluh.

Susahnya hidup sebagai seorang Sakinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience