BAB 45

Drama Completed 94291

Shella jeling gadis di depan dengan perasaan geram. Dia ingatkan dia tiada saingan rupa-rupanya ada gadis lain yang muncul untuk merampas Hud dari tangannya. Dia lihat Gadis tadi masih rapat di dinding dan Hud pula sudah mara ke mejanya.

"Who are you?" tanya Shella geram lantas menghampiri gadis itu yang tunduk menahan malu. Mak Su Lini juga mendekati Sakinah.

Sakinah angkat muka. Pandang wanita yang nampak sudah matang itu. Namun tiada  segaris senyuman pun yang terukir. Apakah dia masih menyimpan benci lalu Sakinah kembali tunduk apabila kesal datang menerpa.

“Siapa kau?” tanya Shella lagi walhal dia tiada hak untuk bertanya.

Sakinah diam. Apa yang perlu dia jawab. Dia bukan sesiapapun di sini. Minggu kelayakan ini pun baru bermula. Dia angkat muka dan pandang wanita itu sekali lagi. Anggun dan elegen. Rambut panjangnya dibiarkan lepas dan dia begitu cantik bila rambut itu terbang ditiup angin penghawa dingin. 

Kini mata Sakinah sekali lagi mengarah kepada Mak Su Lini. Mata wanita itu nampak penuh dengan dendam. Walau wajahnya lembut tetapi nampak ada bisa yang bakal meracuni Sakinah.

"Kau keluar sebelum aku mengamuk. Jangan muncul kat sini lagi." Keras lontaran suara Mak Su Lini yang tiba-tiba itu buat Sakinah takut. Tetapi dia tidak boleh takut. Bukankah sepuluh tahun lamanya masa yang dia korbankan semata-mata untuk memohon ampun dari mereka. Jadi dia kena kuat.

Alang-alang sudah berjumpa dia perlu laksanakan hajatnya. Lalu dengan rasa rendah diri dia hampiri Mak Su Lini dan jatuhkan lutut. Dia raih tangan wanita itu dan dikucup lama. Shella terkejut besar melihatnya. Hanya Hud yang tidak beriak malah rasa menyampah dengan perlakuan gadis itu.

"Ampunkan Kinah Mak Su. Ampunkan Kinah. Dosa Kinah terlalu besar pada Mak Su."

Tangan Sakinah di rentap. Shella di sebelah memandang penuh hairan. Sakinah tekan dadanya. Rasa ketat sungguh di dalam ini. Mahu dia hamburkan tangisan tetapi dia sudah berjanji tidak akan tunjukkan tangisannya pada sesiapapun.

“Bangun dan keluar.” Arah Mak Su Lini. Sakinah geleng kepala. Hud di belakang hanya memerhati. Dia biarkan saja gadis itu begitu. Dia mahu lihat selama mana gadis itu akan berlutut memohon keampunan.

“Hud, jangan ambil dia kerja kat sini. Mak Su tak mahu tengok muka dia.” hambur wanita itu dengan suara keras.

“Mak Su… maafkan Kinah. Ampunkan segala salah Kinah. Kinah akan keluar dan tak akan kembali lagi kalau mak su dengan abang Hud dah maafkan Kinah.”

Hud berasap. Pantang gadis itu memanggilnya abang dia jadi sakit hati. Lalu dia melangkah keras ke arah Sakinah dan tarik lengan Sakinah. Ditolaknya gadis itu ke dinding hingga belakang Sakinah terhempas kuat. Sakitnya belakang Sakinah hingga terasa perutnya senak.

Kini Hud cengkam dagu Sakinah dengan kuat hingga gadis itu sukar hendak bernafas.

“Sampai mati aku tak akan maafkan kau dan kau akan menyesal sebab datang ke mari. Mulai saat ini aku tak akan lepaskan kau sebab aku nampak kau memang nak duduk kat sini.” habis berkata dia tolak Sakinah hingga gadis itu jatuh terduduk di depan Shella.

Shella pula tarik nafas panjang. Keadaan gadis ini yang nampak lemah buat dia mula benci dengan gadis ini. Dia memang tak suka dengan orang yang lemah terutama sekali perempuan.

“Keluar semua!!!” tempik Hud dan terbuntang mata Shella mendengar suara kuat lelaki itu.  Namun di hujungnya dia senyum sinis. Puas hati bila Hud hamburkan marahnya.

Perlahan-lahan Sakinah bangkit lalu melangkah ke muka pintu. Tombol pintu dipulas dan kedengaran suara Hud bergema buat dirinya makin lemah.

“Kau ingat budak. Kerana kau yang muncul jadi aku tak akan lepaskan kau. Aku akan ekori kau setiap masa sampai habis hayat kau.”

Pintu ditarik dan Sakinah melangkah tidak tahu arah tujuan. Terserempak dengan David di muka pintu biliknya namun dia berikan muka tawar dan lelaki itu terpinga-pinga.

Shella juga keluar. Diikuti Mak Su Lini. Namun kedua-duanya terpisah di luar. Shella entah ke mana dan Mak Su Lini pula ke pejabatnya.

David yang  tidak faham dengan apa yang berlaku mengarahkan kakinya ke bilik Hud.

“Hud…. What's wrong? Aku tak pernah tengok kau macam ni. Satu lagi kenapa Sakinah keluar? Bukan kau cakap nak suruh dia mulakan tugas dia ke hari ni?” David muncul dengan muka tak faham bila Sakinah tidak masuk ke biliknya malah berlalu begitu sahaja.

“Dia tak layak duduk dalam syarikat ini.” Hud yang berdiri di tingkap tidak memandang David. Sebaliknya dia tebarkan pandangan mencari Sakinah di jalan raya di depan bangunan ini.

“Kalau macam tu biar dia jadi spare part aku.” 

Pantas Hud berpaling dan berikan pandangan tajam pada David hingga lelaki itu kerutkan muka. Tidak faham dengan perlakuan Hud hari ini.

Hud mendekat.

“Tak ada sesiapa pun boleh dekat dengan dia kecuali aku.”

David ternganga.

*****

“Kau perempuan, berhenti.” arah Shella bila gadis yang dikejarnya langsung tidak mengendahkan arahannya. Laju dia menghampiri dan tarik tangan gadis itu.

Sakinah terperanjat. 

“Telinga kau tuli ke apa. Aku panggil kau.”

Sakinah terkebil-kebil pandang wanita yang dia jumpa di dalam bilik Hud tadi. Dia langsung tidak mendengar panggilan wanita ini. Wanita ini sudah berikan senyum sinisnya.

“Kau nak dekat Hud kan? Bukan nak minta maaf sangat pun.” soal Shella tiba-tiba. Sakinah kerutkan kening.

“Maaf Cik. Saya datang nak bekerja. Bukan nak menggoda lelaki.” 

Shella terpukul dengan jawapan balas gadis ini.

“Huh. Kau nampak lemah. Kau tak layak bekerja di sana.”

Sakinah diam. Ya, dia benar-benar nampak lemah tadi tetapi dia sempat tahan diri dia dari menangis. Kalau dia menangis tadi tentu lemahnya makin nampak di mata semua orang.

“Kau perempuan bodoh. Kalau orang dah tak nak maafkan kau kenapa kau nak merayu, melutut bagai. Kau dah jatuhkan maruah kau sendiri.”

Sakinah akhirnya tarik senyuman dan pastinya Shella tergamam.

“Biar saya nampak bodoh asalkan mereka memaafkan saya.”

Shella geram. Entah kenapa dia jadi geram dengan gadis di depannya.

“Aku tak tahu apa masalah kau dengan dia orang semua tetapi aku nak nasihatkan kau. Kau hanya perlu minta maaf. Aku tak nak kau goda Hud. Dia hak aku. Hak aku seorang saja.”

Senyum Sakinah mulai kendur.

“Tapi… kalau kau nak bersaing dengan aku terserah tapi aku nak kau kuat. Aku tak suka bersaing dengan perempuan lemah..”

Habis berkata Shella pakai glasses lalu dengan bongkaknya berlalu pergi.

Sakinah tarik nafas panjang.

Cinta dia pada Hud terlalu dalam dan dia tiada masa untuk bersaing dengan perempuan lain. Kalau dia perempuan murah sudah lama dia menerima lelaki lain dalam hidupnya. Sejak dulu dia hanya tunggu lelaki itu memaafkan dia dan pasti cinta itu akan hadir bersama. Namun jika lelaki itu tetap dengan pendiriannya dia pasti akan pergi jua suatu hari nanti dan biarlah cinta pada Hud akan terkubur begitu sahaja.

Sekarang, satu sahaja tekadnya.. Dia nekad untuk meraih kemaafan lelaki itu. Apa saja yang berlaku dia akan tetap pasakkan kaki teguh menanti lelaki itu memaafkan dia.

apalah agaknya yanh Hud ni rancang ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience