BAB 16

Drama Completed 94347

Gila!
Rasa tak tahu nak letak muka kat mana. Sakinah resah. Renungan lelaki ini bukan biasa-biasa. Kenapa dadanya mula goyah. Tak mampu dia tajamkan mata untuk balas balik renungan lelaki itu sebagai tanda benci dengan sikap lelaki itu.

“Seminggu tak jumpa sayang buat abang rindu sangat.” bisik Hud dan suara romantis Hud buat dada Sakinah tak mampu duduk diam. Bergendang irama apa dia tidak tahu. Memalu kuat lantai hatinya.

Hud merenungnya dalam. Sakinah pula tunduk ke bawah dan genggam tangan sendiri. Terasa berpeluh tangannya dan serasa ada air mengalir dari celah-celah jarinya. Apa dah jadi dengan dia hingga dia jadi kelu tiba-tiba.

"Pandang abang." suruh lelaki itu. Sakinah tidak mahu. Dia takut. Dia takut kiranya dia tidak kuat. Melawan rasa yang sedikit demi sedikit cuba mengetuk pintu hatinya. Lama dia tunduk. Bila senyapnya lelaki itu begitu lama akhirnya dia kalah lalu angkat wajah dan balas renungan Hud.

Hud ukir senyum.
Senget.
Nampak puas hati kerana berjaya buat Sakinah memandangnya. Ya, dia sudah berjaya. Bila Sakinah balas balik renungannya dia sudah nampak bendera kemenangan berkibar di segenap ruang matanya.

"I miss you." Ucap Hud pula dan kali ini Sakinah mula hampir lemas malah terasa dia akan tenggelam dan tak akan timbul-timbul lagi jika dia sendiri tidak cepat-cepat sedarkan diri. Pegangannya sempat berpaut pada hati sendiri dan gagahkan diri lalu ingat balasan yang ayah akan bagi jika dia layan lelaki ini.

Tidak!
Dia tidak boleh lemas dengan ayat-ayat Hud. Jika tidak dia yang akan sakit, dia yang akan merana dan kecewa.

Tetapi kenapa renungan lelaki buat dia penasaran. Kenapa setelah berkali-kali lelaki itu mengayat dia jadi lemah pula.

Kalaulah dia boleh membalas rasa lelaki itu tetapi... semuanya mustahil. Dia ada hati dan perasaan. Sebenarnya dia juga mahu disayangi lelaki. Tetapi dia keliru. Benarkah ucapan yang lahir dari mulut Hud. Tuluskah atau sekadar permainan lelaki yang baru hendak meningkat dewasa. 

“Sayang.” panggil Hud dan mematikan segala persoalan yang bermain di benak Sakinah.
Sakinah tarik nafas dalam-dalam lalu hembus kuat.

“Engkau nak apa. Macam mana kau boleh tahu aku ada kat sini.” keras suaranya kerana dia tidak mahu nampak lemah di mata lelaki itu.

Habis menyoal melilau-lilau mata Sakinah melihat keluar. Bimbang keberadaannya bersama Hud dilihat orang. Dia lebih rela dihukum cikgu dari dipukul ayah. Tidak sanggup lagi dia jadikan belakangnya tempat ayah melempias amarah. Tidak. Dia tidak sanggup lagi.

“Instinct abang. Kalau orang yang abang sayang tak sihat tentulah abang akan cepat tahu. Tak kisahlah macam mana abang tahu kan. Janji abang dapat lepaskan rindu pada sayang."

Lelaki ini  memang gila. Kenapa selalu berabang sayang bagai. Tahukah dia apa yang dia buat ini telah menyebabkan pandangan serong pelajar di sekolah ini. Tambah-tambah lagi si Lili yang sudah menjadi agen perisik ayah dalam diam.

Kalau Lili tahu dia dan Hud berdua-duaan di sini tentu saja budak itu akan khabarkan pada ayah. Tak perlu pakai kuasa viral, Lili seorang saja sudah cukup untuk meyakinkan ayah.

Oh, Hud. Tolonglah. Jangan kacau aku. Monolog hati Sakinah sayu.

Kalaulah dia ada magis tentu saja dia mahu ghaib segera dari pandangan lelaki itu.

“Abang betul-betul sayangkan Kinah.”

Sakinah terpempan. Lelaki itu tidakk berguraukan?

“Jangan nak buat lawaklah. Aku tak larat nak ketawa. Aku tak sihat.” pangkah Sakinah. Wajahnya mencuka namun Hud tergeleng-geleng dengan mulut terherot senyum senget.

Hud rasa terhibur melihat wajah mencuka Sakinah.

“Abang tak buat lawak. Bila abang ucap sayang pada Kinah abang tak akan bergurau jadi Kinah tak perlu nak ketawa. Cukup Kinah rasa apa yang abang rasa. Itupun dah cukup untuk buat abang bersemangat untuk terus datang ke sekolah."

Sakinah pejam mata. Janganlah dia di ayat lagi. Sudah tidak tahu hendak rasa apa sekarang.

"Dari hari pertama abang tengok Kinah abang dah tahu apa yang hati abang mahu. Abang nak Kinah seorang saja. Jangan kecewakan abang."

Hati Sakinah makin rawan. Jangan kau buat aku lemah macam ni Hud. Hatinya berpesan dalam rasa sayu.

Sakinah pandang ke arah dinding. Tidak sanggup hendak menatap mata lelaki itu yang bersinar-sinar. Bagaikan baru mendapat emas permata pula lagaknya. Bila lihat wajah itu yang semakin berseri mahu saja dia menjerit menyuruh lelaki itu pergi. Tetapi mahu itu hanya tersekat dalam hati. Rayuan Hud buat jiwa perempuannya semakin lemah.

“Cinta ini tulus dari hati seorang Hud untuk Sakinah.” Tanpa diduga lelaki itu meraih tangan Sakinah dan menggenggam erat. Buntang mata Sakinah dengan perlakuan lelaki itu.

Hud renung mata Sakinah. Kemudian dia hadiahkan kucupan pada tangan Sakinah dan buat mata gadis itu makin terbuntang luas. Suara pula tidak terkeluar langsung

“I love you.” bisik Hud ke telinga Sakinah. Kali ini tubuh Sakinah meremang. Nafasnya mula tersekat-sekat. Ibarat orang yang terkena asma tidak mampu bernafas dengan betul. Tubuhnya jadi lemah longlai.

Jemari yang digenggam Hud perlahan-lahan dilepaskan lelaki itu. Kini tangan kiri Hud pula seluk kocek seluar. Entah apa yang dia ambil tetapi bila poket baju kurungnya yang menjadi mangsa Sakinah terperanjat besar. Hud hanya tersengih masukkan sesuatu ke dalam poket. Dia kemudian berdiri dan mengenyitkan mata sebelum berlalu pergi meninggalkan Sakinah yang lemas tak bertepian.

Sakinah tekap dadanya.

Kenapa rasa itu perlu hadir di saat dia tidak mahu. Kenapa dia perlu dengar degup jantungnya berlari laju saat dia tidak rela. Apakah dia sudah mulai rasa apa yang Hud rasa.

Sakinah bangkit. Tika itu Nayli sudah pun masuk menemuinya.

“Kau tentu dah okay kan lepas abang Hud datang bagi penawar.”

Sakinah batuk terkejut.

“Penawar apa?” soalnya geram.

“Best lah orang tu, abang Hud siap pegang tangan. Dapat kucupan percuma pula tu.” Perli Nayli.

Sakinah tersedar. Kenapa tadi dia tidak menghalang. Alangkah berdosanya dia membiarkan lelaki itu menyentuh kulitnya. Kalaulah ayah tahu mati dia dikerjakan ayah. 

Baru terfikir akan ayah, orang tua itu muncul dengan termengah-mengah.

Sakinah terpempan.

jangan marah tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience