BAB 14

Drama Completed 94402

Tak senang duduk Hud di dalam kelas. Fikirannya asyik teringatkan Sakinah. Bayangan gadis itu sudah seminggu tidak kelihatan di sekolah. Sudah dia tanya Nayli dan jawapan gadis itu tetap sama. Dia tidak tahu.

Dia minta nombor telefon Sakinah tetapi Nayli cakap Sakinah tidak guna telefon. Cuma yang ada nombor Haji Abdul Rahman, ayah Sakinah.

Gila dia nak telefon orang tua itu. Tak pasal-pasal kena libas dengan parang yang selalu digunakan Haji Abdul Rahman buat menebas semak samun di kebun. Parang itu walau dah hitam berkarat tetapi kalau kena kepala dia mahu koma setahun. Koma tak apa lagi tapi kalau mati terus tak sempat dia nak kahwin dengan Sakinah.

Hud geleng kepala sambil tersenyum lucu. Ingat mati dah cantik tapi nama Sakinah tetap dia bawa bersama dalam kepalanya.

Mana kau Sakinah. Takkan sebab aku ucap I LOVE YOU terus kau kejung kat rumah. Tak pun kau dah lingkup. Demam kura-kura terus.

Senyum Hud sampai ke telinga.
Ha... ha... ha.... Boleh jadi. 
Tapi Kinah... apa yang aku ucap tu betul-betul lahir dalam hati aku. Tak tipu. Tak bohong. Bukan juga sekadar nak test power.

"Hoi...." Khair tepuk bahu Hud. Mujur dia tak buka silat dia. Kalau tak... boleh arwah si Khair kat sekolah nanti.
Hud angkat muka dan terpandang Joe yang sudah tarik kerusi di depannya. Pusing kerusi lalu mengadap Hud.

"Kau tak payah nak ingat Kinah sangatlah. Aku pun dia tak layan kau lagilah dia abaikan." Joe sengaja panaskan hati Hud pagi-pagi begini.

Hud pandang Joe dengan pandangan tajam namun di akhirnya dia lempar senyum. Dia tahu Joe cuba caras dia dalam diam. Tak perlu Khair nak buka cerita sebab dari awal lagi dia sudah nampak. Sembunyi-sembunyi mengayat Sakinah. Tapi dia tak kisah. Dia yakin Sakinah tak akan pandang Joe. Buktinya. Sudah lama Joe mengayat tapi sampai sekarang Sakinah tak terima dia.

Hud senyum.
Dia tahu macam mana nak lembutkan hati Sakinah. Dia tahu macam mana nak buat Sakinah rasai apa yang dia rasa. Dia yakin suatu masa nanti Sakinah akan cair juga.

"Periksa pertengahan tahun tinggal seminggu dua lagi. Biasanya kalau dah dekat-dekat periksa begini Sakinah suka duduk dalam library macam hari tu. Kalau kau nak cuba test power sekali lagi jomlah kita pergi library nanti. Harap-harap dia adalah kat situ." Joe beri peluang pada Hud.

Hud angguk tapi dia tak akan bagi peluang dia pada Joe. Dia tahu ini cabaran bukannya peluang. Lelaki itu sengaja nak tengok dia dimalukan Sakinah. Tapi ini Hud Iskandar. Sakinah yang akan cair dengan dia nanti. Malah dalam library hari tu pun terharunya Sakinah sampai menangis saat dia ucap kata sayang. Sampai dua hari tak datang sekolah. Ini kalau dia ucap lagi tentu Sakinah akan pengsan pula.

Hud senyum lagi.

Joe ketap geraham. Matanya tajam merenung Hud yang tersengih sedari tadi.

Tidak.
Dia tak boleh kalah dengan Hud. Budak baru ini tak boleh kalahkan dia untuk dapatkan Sakinah. Gadis itu hak milik dia dari dulu dan dia akan pastikan hanya dia yang dapat bergandingan dengan Sakinah. Bukannya Hud.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience