BAB 30

Drama Completed 94344

Haji Abdul Rahman terkejut. Amarahnya putus begitu sahaja apabila dikhabarkan Nek Wan sudah meninggal dunia. Mati jatuh tangga. Jatuh tangga rumahnya pula. Hati lelakinya hancur berderai. Sebab Sakinah satu nyawa melayang pergi tak turun-turun lagi.

Dan... selepas pulang dari pengkebumian arwah amarahnya kembali membuak-buak. Semuanya kerana semua orang sudah bercakap tentang Sakinah. Ada orang kampung nampak Sakinah pulang ke rumah dalam keadaan tak terurus. Malah mulut-mulut jahat mula bertebaran menceritakan perihal kematian Nek Wan yang ada kaitan dengan Sakinah. Makin terseksa hatinya mengenangkan Sakinah mengiyakan sahaja semua perbuatan Hud padanya.

Dia tidak mahu percaya kerana Hud yang singgah ke rumahnya muncul dalam pakaian yang bersih dan kemas. Malah tidak nampak pula muka jahatnya. Tetapi separuh lagi hatinya mahu mempercayai kerana Sakinah bermati-matian menuduh lelaki itu mengkhianatinya.

Hancur luluh hatinya. Anak dara yang dia jaga agar tidak mengikut jejak langkah ibunya rupanya sama sahaja. Takdir mereka hampir serupa.

Lalu dia tekad Sakinah perlu diajar secukupnya. Dia pukul Sakinah hingga luka teruk.
Sakinah merayu namun amarahnya sudah sampai ke kemuncak. Puas merotan seluruh tubuh, kini dia ambil pula seterika panas dan di tekap ke atas bahu Sakinah. Menjerit, mengongoi gadis itu kesakitan. Tubuh melecur teruk, namun si ayah masih tidak puas hati.

Sayyidah pula tidak sanggup melihat adiknya menjadi mangsa amukan ayah. Dia tarik Sakinah ke dalam pelukannya.

“Ayah, jangan buat Sakinah lagi. Dah tak ada tempat untuk ayah nak seksa dia. Kasihani Sakinah ayah. Kalau ayah tak nak kasihani Sakinah, kasihanilah Idah ayah. Idah tengah sarat mengandung. Jangan seksa hati Idah ayah."

Haji Abdul Rahman baling seterika hingga ke dinding.
Tajam pandangannya melihat si isteri yang teresak di muka pintu dapur.

Ustazah Rohaya pula merapati kedua anak tirinya. Dia menolong Sayyidah mententeramkan Sakinah yang sudah tidak berdaya.

“Aku tak tahu apa masalah kau Kinah. Kau dah rosakkan diri kau malah kau dah bunuh satu nyawa. Nek Wan mati sebab kau. Aku rasa macam aku tak layak jadi ayah kau. Aku kesal bila kau jadi anak aku.

Sakinah geleng kepala.

“Ayah….” mulutnya terasa begitu berat hendak menjelaskan hal yang sebenarnya.

Sekali lagi pandangan tajam Haji Abdul Rahman lekat pada mata Hajah salina yang sudah bercucuran air matanya.

“Semuanya sebab kau Ina. Kalau kau tak perangkap aku, kita tak akan hidup macam ni. Aku takkan trauma dengan kisah silam kita. Kau yang jahat Ina. Kau yang jahat.” habis berkata Haji Abdul Rahman berlalu keluar. Entah ke mana orang tua itu pergi Sakinah tidak mahu ambil tahu. Dia alihkan pandangan lihat umi yang terduduk di muka pintu. Umi menangis semahu-mahunya.

Sayyidah pula pandang emak tirinya memohon pengertian kerana dia tidak pernah tahu kisah silam apa yang disembunyikan orang tuanya. Ustazah Rohaya hanya diam. Kolam matanya yang sudah kering kini kembali bergenang.

Pahitnya rasa yang dia terpaksa telan sekarang. Ya Tuhan, kau permudahkan urusan mereka semua. Hanya itu yang mampu dia doakan.

Sedih... tak tahu nak cakap apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience