BAB 22

Drama Completed 94344

Sedar tak sedar jumaat depan sudah bermula cuti penggal persekolahan. Orang yang paling gembira ketika ini adalah  Sakinah. Dia tidak perlu lagi berdepan dengan Hud yang tak henti-henti menyakatnya tak kira tempat dan masa.

“Kinah sayang. Balik sekolah nanti tunggu abang tau dekat simpang lepas sekolah. Abang nak cakap sikit dengan sayang.” pesan Hud sewaktu Sakinah sedang sibuk menyusun barang-barang dalam koperasi. Waktu itu hanya Nayli yang ada menemaninya. Ajk koperasi yang lain sudah kembali ke kelas masing-masing apabila waktu rehat telah tamat.

Sakinah tidak menjawab. Pandang muka Hud pun tidak.

“Sayang, pandanglah muka abang.” Hud tidak jemu memanggil Sakinah sayang dan membahasakannya abang. Mana tak cair hati Sakinah tetapi mengenangkan pesanan ayah dia bekukan semula hatinya sebelum sempat Hud tahu tahap kecairannya. Kalaulah hati itu ada butang tentu saja dia akan tekan sehingga ke paras paling tinggi. Biar beku untuk selamanya.

“Jangan lupa ya sayang.”

Hud kenyit mata dan berlalu pergi dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

"Kenapa kau senyap je sekarang ni. Aku rasa sebelum abang Hud pindah masuk sekolah ni kau ceria. Tapi sekarang muka kau dah macam ayam berak kapur. Tak ada seri.” 

Kata-kata Nayli semuanya benar. Dia sudah lain.

"Aku tak suka dia. Aku tak suka cara dia ayat aku.”

Nayli tergelak dengan kata-kata Sakinah.

“Tak suka atau dah jatuh cinta?”

Sakinah berhenti menyusun barang. Dia pandang Nayli jauh. Kalaulah kau tahu cerita sebenar tentu kau akan menyebelahi aku. Monolog hati Sakinah sayu. 

“Kau buat muka macam tu tentulah aku tahu apa yang ada dalam hati kau. Kau nak sangat kan dekat abang Hud tapi kau lebih pentingkan ayah kau kan?”

Buntang mata Sakinah dengan telahan Nayli.

“Maksud kau?” Tanya Sakinah dengan debaran di dada. Takkanlah Nayli tahu yang ayah selalu pukul dia.

“Kau tu penakut. Takut dekat ayah kau. Kalau kau nak bercinta dengan Hud teruskanlah. Tapi kau kena sorok dari ayah kau, dari cikgu. Aku sokong.”

Ya Allah, Nayli.

Suara itu hanya bergema dalam hati Sakinah.

Benarlah Nayli tidak faham apa-apa. Dia tidak mengerti walau sudah acap kali Sakinah tunjukkan muka sendu setiap kali datang sekolah selepas cuti sakit. Nayli tidak faham.

“Aku takkan bercinta selagi aku tak habis belajar. Aku dah janji dengan ayah.” Luah Sakinah berat.

Nayli cebik.

“Ya lah tu. Entah-entah kau dengan Hud sebenarnya dah couple tapi tak bagitahu aku.”

“Nay!” jerit Sakinah.

“Macam kau tak kenal aku.” Rengus Sakinah. Nayli gelak besar.

“Aku harap, bila kita dah besar, dah ada kerjaya masing-masing kau jangan lupa aku tau. Aku nak kau jemput aku masa kau kahwin. Aku nak jadi pengapit kau.”

Sakinah senyum. Terhibur dengan kata-kata Nayli.

“Entah-entah aku tak kahwin sampai tua.”

Nayli gelak kecil.

“Jangan macam tu. Aku doakan kau akan kahwin dan suami kau tu tak lain tak bukan abang Hud.”

Sakinah pandang ke arah lain. Hampir menitis airmatanya dengan kata-kata Sakinah. Hancur hatinya kerana dia rasa semua itu tidak akan berlaku.

“Dahlah bincang pasal benda yang tak tahu jadi ke tak. Jom kita masuk kelas.” Sakinah tarik beg yang ada di atas meja lalu di sandangnya kemas.

Dia kunci pintu.

“Aku suka tengok kau dengan abang Hud. Nampak betul-betul padan.”

Kata-kata Nayli masuk dalam kepala Sakinah dan tercampak di satu sudut yang dia tidak tahu lama mana akan diam di situ. Cuma yang dia tahu nama itu perlu dia hapuskan sebelum sampai ke rumah.

Hud ni... tak habis2 lg.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience