BAB 27

Drama Completed 94401

Sakinah gelisah. Jalan di dalam kebun getah ini nampak suram. Cahaya matahari hanya sedikit menembusi celah-celah pokok getah membuatkan keadaan nampak suran. Dia pandang kiri kanan kerana ketakutan. Bunyi cengkerik dan unggas hutan buat Sakinah seram sejuk.

Doa lihat jam tangannya. Sudah hampir pukul enam.
Mana Hud. Janji nak jumpa dekat sini. Hatinya tertanya-tanya. Mencari lelaki itu di dalam kebun getah ini.

Hatinya dipagut bimbang. Curiga juga bersarang. Betul ke lelaki itu hendak berjumpa dengannya.

Sayup-sayu kedengaran enjin motorsikal dan bunyi itu semakin lama semakin kuat. Sakinah berdebar dan pantas dia berpaling. Terkejut melihat motor cabuk di belakang dengan susuk tubuh yang membonceng motor itu amarahnya naik mendadak. Itu bukan Hud tetapi Joe.

Joe senyum senget. Senget bukan sebarang senget tetapi nampak mencurigakan. Malah wajah lelaki itu sekarang nampak menakutkan.

“Kau kata Hud nak jumpa aku tapi kenapa kau yang datang?” tanya Sakinah takut-takut sebaik saja Joe hentikan motornya. Suara Sakinah kedengaran tegas tetapi terselit sedikit keresahan.

Joe tidak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum. Senyum itu pula penuh misteri.

“Hud tak datang kan. Jadi aku nak balik.” Sakinah hendak kayuh basikal tetapi di halang Joe. Motornya ditongkatkan dan dia cepat sekali pegang handle basikal Sakinah. Terkejut gadis itu dengan tindakan Joe. Sakinah berdebar kuat. Mata Joe pula tak lepas pandang Sakinah atas bawah atas bawah. Direnungnya dalam bagaikan sedang menilik setiap inci tubuh gadis itu.

"Kau tipu aku kan. Bukan Hud yang nak jumpa aku tapi kau." teringat akan pesanan Hud mahu berjumpa di simpang jalan berdekatan sekolah. Itu tempatnya dan kenapa dia begitu bodoh mempercayai Joe yang berpesan inilah tempatnya. Baru dia sedar lelaki itu sebenarnya telah menjeratnya.

Joe ketawa jahat.

“Aku tak sangka dengan kau. Petik saja  nama Hud terus prinsip kau hilang. Dulu masa aku nak kan kau, jenuh kau cari alasan. Tak nak dekat aku. Tak kuasa nak layan aku. Kau cakap kau benci aku. Aku lelaki tak pandai. Bodoh. Tak segak macam lelaki lain. Tapi dengan Hud senang juga kau cair rupanya.”

“Aku tak cairlah dengan dia.”
Joe gelak besar.
“Kalau tak cair dengan dia kenapa kau datang jugak.”
Sakinah diam. 

Ya, kenapa dia boleh datang ke sini. Kenapa dia sanggup curi-curi keluar ketika ayah tidak ada di rumah. Kenapa dia jadi berani begini sedangkan selama ini dia adalah orang yang paling penakut untuk berhadapan dengan ayah.

“Rupa-rupanya kau pun sama macam perempuan lain. Murah.”
Sakinah terkejut.
“Kau cakap apa ni.” marah Sakinah. 

Joe ketatkan pegangannya pada handle basikal Sakinah. Sakinah cuba kayuh basikal tetapi tenaga perempuannya tidak berdaya melawan Joe.
Kini tangan Joe beralih  memegang tangannya pula.

“Eh, lepaslah. Kau  nak buat apa.” 
Joe tarik Sakinah dan tendang basikal hingga jatuh terhempas ke atas tanah. Dia tarik masuk Sakinah hingga ke dalam semak samun yang merimbun. Di situ tiada siapa yang akan nampak apa yang akan dia buat pada Sakinah. Dia humban Sakinah kasar. Sakit tubuh gadis itu terkena ranting-ranting pokok serta duri semak. Walaupun ranting-ranting itu kecil serta duri-duri itu halus tetap buat Sakinah kesakitan.

“Kau gila Joe. Kau nak buat apa ni.”
Joe herotkan bibirnya.
"Aku nak ajar perempuan mulut celupar macam kau. Muka cantik tapi mulut kau buat aku rasa nak gigit biar berdarah."
Sakinah yang terduduk di atas tanah tekup mulut sendiri dan mengundur ke belakang tetapi Joe pula makin menghampiri dan jatuhkan lututnya. Tangannya pula kepung badan Sakinah yang nampak hendak bangkit melarikan diri.
Dia tarik lengan baju gadis itu. Sakinah terduduk semula.
"Kau jahat."
"Ya. Aku jadi jahat sebab kau. Kau buat aku macam sampah. Kalaupun kau tak nak balas cinta aku kau janganlah nak malukan aku depan orang lain. Tapi tak. Kau buat aku malu besar. Kau jatuhkan maruah aku."

Sakinah rasa kesal. Ya. Dia pernah malukan lelaki ini
Tetapi ketika itu dia baru tingkatan satu. Dia masih tak tahu apa-apa tentang lelaki. Dia ingatkan lelaki ini tak terasa. Rupa-rupanya lelaki ini siap berdendam.

"Aku akan buat kau menyesal sebab malukan aku."
Sakinah pukul bahu Joe berkali-kali tetapi tidak memberi kesan pada lelaki itu.  Joe hempas Sakinah hingga gadis itu terbaring ke atas lantai tanah beralas daun dan ranting kayu. Di rentapnya tudung gadis itu hingga memburaikan rambut Sakinah yang panjang ke paras punggung. 

Nafsunya tiba-tiba menggunung melihat kecantikan Sakinah yang makin terserlah tanpa tudung.

“Kau cantik sangat dan aku takkan biarkan orang lain merasai kau. Biar aku jadi yang pertama.”

“Kau gila Joe. Lepaskan aku.” ronta Sakinah namun apalah daya budak kecil sepertinya.

“Lepaskan aku.” rayu Sakinah dengan air mata yang semakin laju menuruni pipi.

Baju kurung kapas yang dipakainya dikoyak lelaki itu dan menampakkan anak baju yang dipakainya. Sakinah menangis seperti bayi kecil. Dia ketakutan. Tangan Sakinah digenggam dan ditekap kuat pada tanah hingga gadis itu tidak mampu bergerak.

Joe menyembamkan mukanya ke leher putih gadis itu. Kemudian dia angkat muka dan renung bibir Sakinah yang mungil. Pantas dia pagut kasar dan diakhirnya dia gigit hingga berdarah. Sakinah menjerit sakit. Bertambah takutnya melihat perangai kelaki itu yang jahat dan kejam.

Joe kembali sembamkan mukanya ke leher Sakinah. Belum sempat hendak digigit belakangnya dihentak dengan sesuatu yang keras. Dia menggeliat kesakitan dan tangan Sakinah terlepas dari cengkamannya.

Pantas dia bangkit. Melihat wanita bertudung labuh di belakang nafsunya turun mendadak.

“Kau nak buat apa dengan anak aku hah.” jerkah Ustazah Rohaya lalu hampiri Sakinah yang menangis teresak-esak. Joe pula usap belakang sendiri yang sakit. Namun matanya tak lepas memandang wanita itu yang tolong menutup tubuh Sakinah yang terdedah.

“Kau budak mentah. Jangan sampai aku report polis.”

Mata Joe merah menahan marah. Hasratnya sebentar tadi sudah dipatahkan wanita itu. Dia sakit hati. Dendamnya makin membara.

“Kalau aku tak dapat kau hari ini, aku akan dapatkan kau hari lain. Kau tunggu Sakinah. Aku masih tak puas hati dengan kau.”

Habis berkata Joe berlari  ke arah motornya dan segera berlalu macam pelesit.

“Mak!”

Raung Sakinah apabila Ustazah Rohaya memeluknya.

“Kenapa sampai boleh jadi macam ni.” Wanita itu mengelus rambutnya yang terurai.

“Kinah tak tahu apa salah Kinah pada dia. Sanggup dia buat macam ni.” raung Sakinah. Ustazah Rohaya simpati. Ambil tudung sakinah dan dipakaikannya. Nampak tidak sempurna namun biarlah semuanya tetap tertutup.

"Dia tak sempat buat yang tak sepatutnya kan pada Kinah?" soal wanita itu risau. Sakinah geleng kepala dengan tangisan yang masih berlagu kuat. Makin simpati wanita itu dengan anak tirinya.

“Berhenti menangis Kinah. Mari kita balik. Kalau ayah dah ada kat rumah teruk Kinah kena nanti. Emak dah tak sanggup tengok Kinah kena pukul. Cepat bangun.”

Sakinah baru tersedar.
“Ayah!”
Ucapnya dalam tangis yang berterusan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience