BAB 33

Drama Completed 94344

Sudah seminggu peristiwa itu berlalu namun hati seorang Sakinah tetap tidak tenang. Seminggu ini jugalah dia berulang-alik mencari Hud namun lelaki itu tidak dia ketemu. Hanya wajah Mak Su Lini yang dia hadap. Wajah itu memandang tepat ke anak matanya setiap kali dia mahu bertemu Hud. Hatinya dijentik resah setiap kali dia membalas pandangan itu. Nampak bola mata siswi tahun akhir Ijazah Perniagaan itu bersulam dendam. Ya, dia nampak dendam di mata gadis seusia kak Sayyidah itu.

Namun dia terpaksa tanam keberanian. Demi sebuah kemaaafan dia tetap bertanyakan gadis itu akan keberadaan Hud. Dalam takut dia mengharapkan akan ada jawapannya dan jawapan yang dia terima amat memedihkan hati.

"Untuk apa kau ke mari lagi. Nak minta ampun. Nak suruh Hud maafkan kau."

Sakinah tunduk takut.

"Kau tak perlu nak mengharapkan dia memaafkan kau. Sampai mati dia akan benci kau. Dan aku... selagi Hud tak maafkan kau selagi itulah aku pun akan benci kau. Malah aku akan doakan hidup kau tak akan tenang budak. Sebab kau lah emak aku mati." tempik gadis itu kuat dan Sakinah terkedu di situ dengan seribu penyesalan.

"Mak Su... jangan seksa Kinah macam ni. Kinah minta ampun Mak Su." Sakinah merayu bersama deraian air mata. Malah dia sudah berlutut di depan pintu rumah arwah Nek Wan. Mengharapkan anak bongsu arwah memafkan dia. Namun gadis itu hanya berikan senyum jahat. Nampak seperti dia akan terus membenci Sakinah.

Gadis itu kunci pintu rumah. Bawa beg pakaian lalu masuk ke dalam kereta.

"Hud tak nak jumpa kau dan kau pula jangan nak berharap nak jumpa dia. Kalau kau nak tenang jangan sampai kita bertemu muka budak."
Mak Su Lini pandu kereta tinggalkan Sakinah yang menangis tak henti-henti.

Tidak dapat bertemu dengan Hud dia pulang dalam keadaan bersalah. Bila sampai di depan muka pintu rumah dapat pula perkhabaran mendukacitakan.

Haji Abdul Rahman sudah meninggal dunia akibat serangan jantung. Terduduk Sakinah di muka pintu rumah. Ketika itulah sebuah kitab jawi berkulit keras singgah ke dahinya. Bucu kitab yang tajam telah mengoyakkan kulit dahi kanannya. Bukan saja kulit dengan isi-isi dahi terkopek keluar dan darah membuak-buak keluar.
Sakinah kesakitan. Air mata sekali lagi menjadi peneman.

"Ina... kenapa buat Sakinah macam ni." serbu Ustazah Rohaya mendapatkan Sakinah yang menekap dahi bersama linangan air mata. Langsung tidak menyangka madunya akan bertindak sedemikian rupa.

Sakinah menangis. Kesat darah yang keluar dengan tangan. Bilakah semua derita ini akan berlalu. Terasa sumpahan Hud padanya benar-benar terbukti. Tiada bahagia yang datang mencelah. Sedikitpun tidak sudi singgah. Hanya kesakitan dan keresahan yang membanjiri hidupnya saat ini.

Bila ayah sudah tiada giliran umi pula yang mengamuk. Mengambil alih amarah ayah. Sakinah sudah tidak larat hendak menghadapi semua ini. Mahu melawan tetapi itu umi dia. Ibu kandung yang mengandungkannya dan melahirkan dia dalam keadaan susah payah. Dia tidak mahu reda. Dia tidak mahu biarkan saja amarah umi bermaharajalela namun amukan umi kali ini buat Sakinah terkelu seribu bahasa.

“Sebab kau lah ayah kau mati. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau aku tahu semua ni nak jadi masa kau lahir aku tanam kau hidup-hidup.”

“Umiii.” kuat suara Sayyidah memanggil umi. Dia teramat sedih. Dalam sedih yang tak berkurang dia membela si adik. Namun tubuhnya mendapatkan Umi yang menangis tersedu-sedu.

“Kenapa umi cakap macam tu. Idah tengah sarat ni umi. Janganlah umi cakap macam tu. Kasihan dekat Idah. Idah tak mampu nak hadap semua yang tiba-tiba berlaku dalam keluarga kita. Tapi Idah lagi kasihan dekat Kinah. Apa salah Kinah Umi. Selama ini Idah tak pernah tengok ayah naikkan tangan pada Kinah. Sejak bila Kinah kena pukul Idah tak tahu langsung. Kalau Idah tahu Idah bawa Kinah duduk dengan Idah."

Hajah Salina masih menangis dan langsung tidak mahu pandang wajah anak-anaknya terutama sekali Sakinah.

“Umi, apa salah Kinah sampai ayah suka pukul Kinah. Sekarang ayah dah tak ada, umi pula yang benci dengan Kinah.” Sakinah leraikan pelukan emak lalu bangkit dalam keadaan pening mendapatkan umi yang duduk menangis tak henti-henti.

Hajah Salina angkat muka. Pandang Sakinah tajam. Hatinya masih sakit dan sedih dengan pemergian suaminya sekarang. Kubur sedang di gali dan seketika nanti pihak hospital akan hantar ke kubur tetapi dia masih di sini. Tidak dapat menerima hakikat si anak bongsu inilah yang telah memporak-perandakan rumah tangganya. Malah sudah menelan mati suaminya. Tanpa disangka-sangka dia menjadi geram dengan anak sendiri.

Dipukul badan Sakinah sekuat hatinya berkali-kali hingga longlai gadis itu. Ustazah Rohaya tidak betah berdiam diri lalu memeluk Sakinah. Tidak mahu lagi batang tubuh gadis itu disakiti buat kesekian kalinya. Sayyidah di tiang seri hanya mampu melihat. Emosinya sudah terganggu. Malah tubuh sendiri sudah tiada kudrat hendak membantu.

Hajjah Salina terjelepuk jatuh ke lantai. Pukul lantai papan dengan kuat. Menghamburkan rasa sakit dalam dada. Kenapa semua ini perlu terjadi. Dia ingatkan bila dia sudah ada anak, rumah tangganya akan bahagia hingga ke akhir hayat tetapi kebahagiaan itu tidak dia rasai. Inikah balasan tuhan akibat perbuatannya dulu.

Sakinah leraikan pelukan emak lalu rapati umi pula. Sentuh lengan umi lembut.

“Maafkan Kinah umi. Maafkan Kinah kalau Kinah dah buat salah pada umi. Maafkan Kinah.”

Hajah Salina tepis tangan Sakinah lalu bangkit berdiri.

“Kau nak aku maafkan kau kan.”

Sakinah angguk. Lawan pandangan umi yang tajam merenungnya.

“Kau pergi dari sini. Jangan duduk dengan aku. Kau pergi jauh.”

“Umiii."
Sayyidah yang terkejut besar. Sakinah pula kaku di depan uminya. Perlahan-lahan dia tunduk ke bawah.

“Maafkan Kinah umi. Maafkan Kinah.” bila sedar akan arahan umi dia pantas memaut betis uminya lalu mengongoi memohon ampun.

Hajah Salina berang. Ditolaknya Sakinah hingga gadis itu jatuh meniarap di atas lantai. Dia masuk ke dalam bilik Sakinah dan tarik pakaian Sakinah di dalam almari lalu keluar semula dan lempar pakaian tersebut ke badan anaknya.

Sayyidah peluk adiknya.
"Umi, jangan halau Kinah umi. Kinah anak umi, adik Idah. Umi tak kasihan ke dekat Kinah?"
Cerlung mata Hajjah Salina pandang kedua-duanya.

"Sayang aku dah mati bila suami aku dah mati. Aku tak nak tengok muka dia. Biar dia pergi jauh."

Ustazah Rohaya seka air mata yang tak jemu keluar. Kalau Hajjah Salina cakap yang mati tu suaminya. Tidakkah dia sedar dia telah menggores luka di hati madunya sendiri. Lelaki itu adalah suaminya juga. Dia terluka dengan kata-kata Salina.

Dia dekati Sakinah yang berada dalam pelukan Sayyidah.

"Ina, jangan buang Sakinah. Kata-kata yang keluar dari mulut Ina itu satu doa. Jangan benci anak sendiri. Lagipun Kinah tak buat salah apapun pada Ina."

Sakinah teresak-esak. Dia kini peluk emak tirinya.

“Aku tak nak dia ada depan mata aku. Aku takkan maafkan dia sampai aku mati. Sebab dialah hidup aku dengan abang aji porak peranda.”

“Dia anak kau Ina.”

“Takkk!!!’

Tempik Hajah Salina. Gugur jantung Ustazah Rohaya mendengar pengakuan Hajah Salina.

“Dia bukan lagi anak aku semenjak abang aji pergi. Dia bukan anak aku.”

Ustazah Rohaya menangis.

“Jangan buat Kinah macam ni. Kesalahan itu berpunca dari kau Ina. Kau yang jahat dan kenapa kau nak hukum Kinah. Sepatutnya kau yang kena hukum. Sakinah langsung tak bersalah.”

“Sudah. Aku tak nak dengar apa-apa. Baik kau bawa dia pergi jauh. Kalau dia nak aku maafkan dia, kalau dia nak aku anggap dia anak, baik dia jauhkan diri dari aku.”

Habis berkata Hajah Salina masuk ke dalam bilik. Menghempas kuat pintu biliknya dan buat semua di luar terbungkam sayu.

“Kinah... Kinah ikut emak ya. Biar umi tenangkan diri dia dulu. Kak Idah akan bantu Kinah. Kinah duduk dengan emak dulu ya.” pujuk Sayyidah.

Sakinah angguk. Dia peluk Sayyidah.

“Walau apa pun yang jadi Kinah kena ingat , kak Idah tetap ada. Jangan lupakan kak Idah.”

Sakinah angguk. Dia menangis dalam pelukan si kakak mengharapkan ada sinar di kemudian hari.

sob3x tak boleh lah. Sebak betul. komen sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience