BAB 19

Drama Completed 94436

Tamat saja waktu persekolahan Sakinah terburu-buru ke garaj basikal. Hari ini dia begitu teruja kerana Kak Sayyidah akan sampai dari Sabah petang nanti. Sudah dua tahun dia tidak melihat satu-satunya kakak yang dia ada. Setelah berkahwin kak Sayyidah terus menetap di Sabah bersama suami yang bertugas sebagai askar.

Tanpa dia sedar wajahnya sungguh ceria hari ini. Senyuman manis tak lekang dibibir dan buat Hud yang melihatnya sedari pagi jadi tak keruan.

Kini waktu balik sekolah wajah Sakinah terus tersenyum ceria.

Sebaik loceng tamat persekolahan berbunyi, Hud cepat-cepat menanti Sakinah di garaj basikal. Dia duduk di atas motosikal yang sengaja di teduhkan dibawah garaj berdekatan basikal Sakinah. Tanpa gadis itu sedar dia sudah jenuh menunggu. Hampir 20 minit barulah si gadis muncul dengan menyandang begnya yang sudah nampak lusuh. Hud tunggi Sakinah buka mangga yang mengunci basikal dengan hati yang tak keruan juga.

“Kalau selalu senyum macam ni kan bagus. Makin cantik, makin buat abang jatuh cinta dengan Kinah.”

Entah bila Hud berdiri di sebelah Sakinah tidak tahu. Dia yang terbongkok-bongkok membuka mangga terus tegak berdiri. Senyuman manisnya hilang dibawa angin bertukar jelingan maut untuk lelaki itu.

Khair di sebelah Hud sengih seperti selalu buat Sakinah makin menyampah. Matanya menangkap kelibat Joe jauh di atas motor sedang  memandang tajam ke arahnya.
Sakinah pelik.

Kenapa lelaki itu sudah jadi pendiam sekarang. Dulu bukan main mengayat sekarang nampak macam berserah. Mana keangkuhan lelaki itu dulu. Selalu bercakap besar akan mendapatkannya tak kira walau apa saja caranya atau adakah sudah kalah dengan kesungguhan Hud.

Ah, dua-dua dia tidak mahu walaupun cara Hud semakin lama semakin menghanyutkan dia. Cara lelaki itu kalau berlanjutan boleh mencairkan kebekuan hatinya selama ini.

Hud toleh belakang bila mata Sakinah tidak memandangnya.

“Abang dah ada kat depan Kinah sayang. Kenapa pula nak pandang Joe?” tanya Hud. Dia rasa cemburu tiba-tiba. Ah, apakah rasa dalam hati ini sudah benar-benar sejati sehingga rancangan main-mainnya bertukar serius. 

Sakinah tidak menjawab sebaliknya dia tarik basikal untuk dituntun. Cepat-cepat Hud tirun dari motor dan tahan handle basikal Sakinah.

“Sayang nak pergi mana. Awal lagi ni. Jom lepak kat kedai depan sekolah.” Ujar Hud dengan senyuman manis dibibir. 

Sakinah tahan hati.

“Maaf. Tak ada masa nak layan engkau.”

Basikal di tarik tetapi apalah sangat daya seorang gadis kecil sepertinya. Hud tetap pegang handle dengan kuat.

“Boleh tak jangan kacau aku.” marah Sakinah. 

Hud sengih. Khair di sebelah tolong menambah bara di hati Sakinah.

“Alah Kinah sayang ni. Abang Hud ajak tu. Nak belanja Kinah minum. Janganlah tolak. Jom.”

Geramnya Sakinah. Kenapalah dekat garaj pelajar cikgu-cikgu tak datang buat rondaan. Kalau cikgu disiplin ada lagi bagus. Biar mereka berdua kena hukum.

“Aku cakap tak nak, tak naklah.” Sakinah tarik handle basikal dengan kuat dan Hud lepaskan dengan sengaja. Jatuh terduduk Sakinah dan basikal menghempap tubuhnya.

“Kau memang gila.” jerit Sakinah dan tolak badan basikal dengan kuat hingga basikalnya jatuh ke arah lain pula. Makin sakit hati dia bila keadaannya dibalas ketawa besar Khair. Namun Hud hanya memerhati dengan sengih kecil. Makinlah hati Sakinah menggelegak.

“Sorry sayang.” Ucap Hud sambil menolong mendirikan basikal Sakinah. Gadis itu merenggut kasar basikalnya.

"Dasar lanun laut tak jumpa harta karun." kutuk Sakinah geram dengan muka merah menahan tangis lalu mengayuh basikalnya selaju mungkin. Hatiny menyuruh bersabar namun dia tidak kuat. Dia rasa sedih yang amat.

Hud yang menjengkelkan.

2 hari lepas bukan main lagi lelaki itu mengayat dia sampai dia hampir jatuh tergolek. Kalau tak sedarkan diri hati dia yang akan rosak binasa. Hari ini lain pula dengan perangai lelaki itu. Dari perangai playboy jadian bertukar menjadi lanun laut dan buat Sakinah dah tak tahi nak cakap apa.

Air matanya terus jatuh tanpa mampu di tahan lagi. Jatuh dan jayuh lagi selaju kayuhan kakinya yang sedang mengayuh. Kini dia perlahankan kayuhannya agar air mata yang merembes keluar sempat kering sebelum di lihat ayah.

Hud, tolonglah. Jangan seksa aku. Hati aku tak cukup kuat sebenarnya. Tolonglag pergi jauh sebelum aku mati sebelum mati yang sebenarnya.

Tolong Hud!

Sorry ... byk kena edit. So... enjoy reading ya. love.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience