BAB 10

Drama Completed 94347

Seperti biasa setiap kali tiba hari minggu dia akan menolong Nek Wan di kebun buah-buahan yang diusahakan nek Wan sedari muda. Dia berpagi-pagi lagi berjalan kaki bersama Nek Wan melalui jalan kampung. Tepi kanan kiri rumah orang kampung yang nampak kemas dan bersih walaupun dibuat dari papan kayu. Paling dia tidak dia sangka sekali rumah kampung yang didirikan di atas tiang tinggi yang selalu dia lalu bersama Nek Wan adalah rumah Sakinah.

Hatinya berbunga.

Kalau boleh lalu hari-hari kan best. Boleh dia mengintai Sakinah. Apa yang dibuat gadis itu pagi-pagi begini.

Tidak terluah kata Hud apabila bayangan gadis cantik itu betul-betul singgah di matanya. Sakinah menuruni anak tangga dapur memijak tanah. Ditangannya ada bakul kain sederhana besar yang di tongkatkan di pinggang. Sakinah tidak perasan dia menjadi tatapan mata Hud. Gadis itu leka sekali menyidai pakaian yang sudah di basuh di ampaian.

Cantik sungguh gadis itu dengan tshirt lengan panjang dan berkain batik. Betul-betul perempuan melayu terakhir. Satu yang dia amat suka dengan Sakinah kepalanya tetap berbalut kemas dengan tudung segera walau di mana saja dia berada. Tiada siapa yang boleh melihat mahkota gadis itu terutama sekali dia. Bangga rasanya kerana gadis itu pandai menjaga diri. Kalau perempuan bandar dekat sekolah dia dulu masa sekolah saja tutup kepala. Keluar dari kawasan sekolah tudung tak tahu ke mana dan rambut mula terbang ala pontianak.

Tapi dia tak ambil kisah semuanya. Itu hak mereka. Lantaklah mereka nak jadi pontianak atau nenek kebayan sekalipun tetapi matanya hanya nampak Sakinah. Walau berbungkus macam pocong cantiknya Sakinah tiada tandingan. Kalau dia buang bungkusan tu tentu dia yang akan terbang macam vampire.

Hud ketawa dalam Hati. Kalau dapat Sakinah aku tak akan ke mana-mana dah. Aku memang akan golek dia habis-habisan.

Hoi, Hud!
Ingat sikit. Kau tu berangan nak jadi imam Sakinah tapi otak kau dah mula kuning. Dari kau kuningkan otak kau baik kau putihkan dengan hafal surah-surah lazim. Nak jabat tangan imam kampung nanti tak adalah tergagap-gagap macam budak tadika.

Mata dia memang tak nak lepas dari pandang Sakinah.

Panggg!!!
Satu tamparan hinggap di lengannya. Mata Hud pantas dilarikan dan tangan satu lagi gosok lengannya yang terasa pedih akibat daripada tamparan Nek Wan yang cukup kuat hingga merah kulit lengannya.

Nek Wan cerlungkan mata ke arahnya. Orang tua itu memang lebih makan garam agaknya. Siap teguk macam teguk air sirap apabila orang tua itu dapat membaca isi hati Hud.

“Sekolah dulu. Belajar sampai habis. Lepas tu masuk U. Keluar U kerja elok-elok. Lepas tu kumpul duit banyak-banyak. Nak anak dara orang ni kena pancing dengan duit juga. Bukan setakat guna air liur saja Hud. Kalau banyak duit perempuan pun ramai yang datang. Cuma dalam ramai-ramai perempuan tu susahlah nak jumpa yang bukan jenis mata duitan.”

Hud garu kepala yang tak gatal.

“Tengok macam ayah Hud. Dengan kudrat Nek Wan inilah ayah kamu berjaya. Dapat pula ibu Hud yang memang baik, solehah. Haa… cari perempuan macam ibu kamu tu.”

Hud angguk dalam sengih.

“Kalau dapat Sakinah tu untung kan?” Tiba-tiba dia bersuara.

Nek Wan senyum panjang.

“Nek Wan dah agak Hud ada hati dekat Sakinah. Tapi nakkan perempuan cantik ni risiko dia tinggi. Bukan Hud seorang yang beratur. Ramai lagi lelaki kat kampung ni yang tengah beratur nak kan Sakinah. Hud kena pandai berperang. Kalau tertembak musuh tak apa. Lagi elok. Tapi jangan sampai tertembak diri sendiri sudah.”

Nasihat Nek Wan amat dia fahami. Dia mahu bertanya cara nak memikat perempuan bila kata yang terluah Nek Wan bagaikan orang tua itu tahu caranya. Namun suaranya tersekat apabila terserempak ayah Sakinah yang juga baru tiba di kebun.

“Wan, pagi benar sampai.” sapa Haji Abdul Rahman. Nek Wan senyum. Mata Haji Abdul Rahman melirik pada jejaka di sebelah Nek Wan.

“Hud, cucu aku yang duduk dekat KL.” Nek Wan kenalkan Hud pada imam kampung.

Haji Abdul Rahman angguk dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

Hud hulur salam dan disambut mesra lelaki itu. Hatinya berbisik hairan. Kenapa hari tu dia nampak muka orang tua ini bengis semacam memandang Sakinah. Pagi ini ramahnya sukar di tafsir.

“Cucu Wan rupanya. Selalu nampak kat surau. Ingatkan budak mana. Rajin solat berjemaah.” Puji Haji Abdul Rahman. Kembang hidung Hud sekejap. Ayah Sakinah yang puji tentulah hati dia berbunga mekar.

“Haah, rajin ke surau. Tapi tengok-tengokkanlah juga budak ni. Kalau dia nakal kau tegurlah. Kalau boleh libas belakang dia sekali dua. Biar dia tahu nak jadi orang ni bukan senang.” 

Hud sengih macam kerang busuk dengan kata-kata neneknya.

“Budak-budak tengah membesar begitulah. Baru nak kenal dunia. Tak pe lah Wan, aku masuk kebun dulu. Matahari dah naik ni. Kalau dah panas terik nak buat kerja pun tak selesa.”

Nek Wan angguk. Kebun imam kampung ini hanyalah sebelah kebunnya. Selalu dia jumpa lelaki itu yang tak pernah  jemu membersihkan kebunnya yang hanya sekangkang kera. Walaupun kecil saja, lelaki itu tetap rajin.

“Marilah kita masuk. Siap awal boleh balik awal.” Ajak Nek Wan lantas masuk ke dalam kebun yang luas saujana mata memandang.

Hud senyum.

Bangga dengan hasil usaha neneknya. Berharap suatu hari nanti dia akan ada berekar-ekar tanah juga. Dia mahu tunjuk pada Sakinah yang dia mampu jaga Sakinah dan beri kesenangan pada gadis itu.

Hai, berangan lagi kau Hud.

Dah jumpa ayah Kinah ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience