BAB 08

Drama Completed 94379

Ustazah Rohaya menjenguk ke luar rumah. Dari tingkap biliknya yang terbuka luas dia nampak Sakinah sedang melamun di atas buaian yang tergantung di bawah rumah. Firasatnya mengatakan gadis itu sedang di landa masalah. 

Rumah sewanya yang bersebelahan  dengan rumah Haji Abdul Rahman memungkinkan dia mendengar dan nampak apa sahaja yang dibuat gadis itu. Kasihan dia dengan gadis cantik itu. Perlahan-lahan dia keluar dari rumah dan melangkah menghampiri Sakinah sambil membimbit seplastik jagung manis.

Bahu gadis itu disentuh.

Sakinah terkejut. Rasa nyeri di bahu buat dia mengaduh sakit. Terkejut Ustazah Rohaya lantas meminta maaf. Sakinah hanya balas dengan riak menahan sakit.

“Kinah tak pergi sekolah hari ni?" Ustazah Rohaya berbahasa. 

“Kinah tak sihat.” jawab gadis itu ringkas. 

Ustazah Rohaya duduk di atas pangkin di depan Sakinah. Jagung dalam plastik di hulurkan pada Sakinah.  Gadis itu menyambutnya lemah.

“Mak beli kat pekan tadi. Kebetulan beli lebih bolehlah Kinah makan petang nanti dengan umi dan ayah.” ujar Ust. Rohaya lembut

“Terima kasih Mak.” ucap Sakinah lalu bangkit bawa jagung tersebut ke dalam rumah melalui pintu dapur.

Ust. Rohaya lihat muka gadis itu keruh dan sembab namun tidak mencacatkan kecantikan yang dianugerahkan tuhan untuknya.  Banyak menangis barangkali. Telahnya.

Beruntung Sakinah mewarisi kecantikan uminya. Hajjah Salina memang cantik orangnya hingga ada yang menyangka wanita itu belum bersuami saat dia dan Haji Abdul Rahman berpindah ke kampung ini.

Kecantikannya buat lelaki di kampung ini gigit jari dan perempuan pula bermasam muka. Tetapi Haji Abdul Rahman pandai menjaga anak isterinya. Hajjah Salina tidak akan keluar rumah tanpa suami. Begitu juga anak-anaknya. Lelaki itu pandai mendidik mereka. Tetapi apa yang berlaku dalam rumah lelaki itu hanya mereka dan dia sahaja yang tahu. 

Sakinah muncul semula dengan sebekas tupperware.

“Ini Kinah buat sendiri.”

Ust. Rohaya ambil bekas dan membuka penutup lalu dia hidu aroma yang keluar. Baunya sedap dan manis.

“Erm… sedapnya. Tambah lagi anak dara yang masak.” pujinya setelah melihat puding roti berkuah kastard di dalam tupperware.

Wajah Sakinah sudah jernih.

“Umi ada?”

“Umi ikut ayah ke kebun.” jawab Sakinah  jujur.

“Bila kak long nak balik. Lama dah mak tak tengok dia. Harap-harap kak long sihat selalu. Bilalah boleh jumpa kak long lagi kan.” tanya wanita itu dan dibalas gelengan Sakinah.

Dia tidak tahu bila pula dia boleh berjumpa kakaknya. Hanya berita saja yang dia dapat dengar. Itupun ayah yang khabarkan. Sekarang kak long sedang mengandung anak sulong. Kandungan pula sudah masuk bulan ke lima. Tentulah dia sihat sebab kak long tak ada penyakit.

"Rindu kak long. Tentu makin cantik bila dah berisi." puji Ustazah Rohaya.

Sakinah senyum. Ya, Kak Sayyidah memang cantik sebab itulah ayah lepaskan kak Long pada lelaki yang mahukannya awal-awal lagi. Lepas habis SPM terus saja mereka berkahwin. Kini kak Long menetap di Sabah bersama suaminya yang bertugas sebagai askar.

Ust. Rohaya senyum melihat Sakinah yang sudah senyum.

“Kinah kalau cerita bab Kak Long  terus senyum.”

Sakinah angguk. 

Ya, itulah satu-satunya darah daging yang dia ada untuk ditumpang kasih sayangnya selepas ayah dan umi serta wanita di depannya sekarang. Matanya tiba-tiba bergenang. Kalau kak long ada dia mampu luahkan segalanya pada kak long. Tapi realitinya kak long jauh di seberang laut. Nak hubungi kakaknya juga sukar sebab telefon di tangan ayah 24 jam. Telefon rumah pula memang tak ada.

"Kinah okay ke tak ni?" tanya Ustazah Rohaya bila lihat wajah ceria Sakinah kembali redup.
Sakinah geleng kepala bersama mata yang tertutup. Sedang menghalau pergi rasa pedih yang bersarang di hati.

“Kalau Kinah ada apa-apa yang nak Kinah kongsi dengan mak, datanglah rumah mak.  Mak sudi dengar.”
Sakinah pandang emak tirinya.

“Terima kasih Mak.” Ucap Sakinah sambil senyum. Ustazah Rohaya balas senyuman anak tirinya. 

“Mak  balik dulu. Jaga diri. Jangan lawan cakap ayah, umi.”

Pesanan itu masuk melalui telinganya dan diam di dalam hati hingga tidak sedar airmatanya merembes jatuh ke pipi. Saat itu Ustazah Rohaya sudah menghilang ke dalam rumah.

Dia tahu wanita itu memang  tahu apa yang telah terjadi sepanjang mereka hidup bersama. Walaupun isteri kedua ayah itu tidak pernah masuk campur tetapi dia lihat mata itu sentiasa risau akan dirinya. Dia kagum dengan wanita itu. Walau selalu dipinggirkan ayah, Ustazah Rohaya tidak pernah mengeluh malah sentiasa tersenyum. Wanita itu begitu kuat dan dia mahu sedut kekuatan itu untuknya namun dia tidak berani. Dia tidak berani kerana pesan ayah perlu dia patuhi. Dia tidak mahu anak-anaknya rapat dengan Ustazah Rohaya. Sebab apa tak boleh rapat itu dia tidak tahu.

Cuma yang dia tahu ayah tidak suka wanita itu masuk campur dalam urusan mereka anak beranak. Betapa salahnya ayah dalam membahagi kasih antara umi dan emak. Tidak adil untuk ayah membiarkan emak seorang diri setiap masa. Dia tahu ayah abaikan emak sebab dia tidak pernah lihat ayah tidur di rumah emak setelah dia meningkat remaja.

Moga ada bahagia untuk emak. Walau dia tahu emak tak pernah tunjuk kemahuannya tetapi hati wanita sepertinya tetap dambakan kasih seorang lelaki. Tambah lagi lelaki itu halal untuknya.

Sakinah beristighfar. Ampunkan dosa ku serta dosa ayah dna ibu-ibuku ya Allah. Jernihkanlah hati kami semua dari titik hitam. Bahagiakanlah kami di dunia dan akhirat.

okay. Tok imam kan. Biasalah kahwin 2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience