BAB 54

Drama Completed 94379

"Kau memang tak tahu malu." Kuat suara Mak Su Lini memarahi Sakinah.  Gadis itu pula hanya tunduk menahan rasa.

"Aku dengan Hud tak akan maafkan kau sampai bila-bila. Baik kau sedar diri. Kalau Hud tak mahu maafkan, kau jangan sesekali nak dapatkan Hud dengan cara kotor macam ni." 

Sakinah terkejut. Angkat muka dan pandang Hud yang sudah melangkah ke sofa. Muka lelaki itu pula nampak biasa-biasa saja. Macam tak ada perasaan. Padahal tadi Sakinah nampak keterujaan lelaki itu saat menolongnya. Malah renungan lelaki itu juga nampak lain. 

Kenapa dia nampak cinta Hud yang mekar macam dulu. Kenapa dia rasa Hud cintakan dia. Kalau tak cinta, Hud tak akan tolong dia. Pasti Hud akan biarkan dia jatuh ke bawah macam nangka busuk.

"Kau jangan berani-berani nak goda Hud?" Amaran Mak Su Lini berbunyi keras. Sakinah diam. Pandang Shella yang ukir senyum. Nampak puas hati kerana ada orang yang sudi menghambur marah padanya.

"Tak lama lagi Hud akan kahwin dengan Shella. Kau jangan berani nak tunjuk muka dekat sini lagi."

Sakinah terkejut. Pandang Hud dan lelaki itu masih tunjuk muka biasa. 

Hancur hati Sakinah bila wajah biasa lelaki itu tidak memberi keputusan untuknya. 

"Saya kerja kat sini. Macam mana tak tunjuk muka kalau meja saya kat luar bilik tuan saja."

"Huddd!!!" 

Bergema suara Mak Su Lini dengan kata-kata Sakinah.

"Seminggu mak su tak ada kat sini. Ingatkan Hud tak jadi ambil dia kerja kat sini. Rupa-rupanya…." Mak su Lini pandang Hud geram.

"Why Hud. Why?" Soal wanita itu keras. Pandang Shella yang juga sudah tunjuk muka tidak puas hati.

"Dia PA David dan tak ada kena mengena dengan Hud." Habis berkata dia bangkit mahu keluar. Serabut sebenarnya bila Shella muncul. Dia lihat tangan gadis itu ada bunga. Pasti bunga segar itu untuknya. Perempuan ini memang tak nak kalah. Masih nak cuba nasib. Dia sudah tahu Hud tak suka bunga tetapi dia bawa juga.

Baru saja nak buka pintu muncul David dengan muka manisnya.

"Eh, semua ada kat sini." David masuk lalu mengarahkan kaki menuju Sakinah. Dia nampak wajah sedih Sakinah. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Bila dekat dengan Sakinah dia lirik Hud.

"Sweety masam je. Tak lunch lagi kan. Jom saya bawa lunch dekat tempat special." Pantas David tarik lengan Sakinah. Terkejut Hud dengan tindakan David. Dia bulatkan mata dan renung tajam Sakinah yang nampak terkejut dengan tindakan David. Bila David senyum dia pual yanh sakit hati. Apatah lagi bila David dah tunjuk sisi playboynya.

"Kau orang nak ikut ke tak?" Tanya David berbahasa. Mak Su Lini sakit hati.

"Kau pergilah David. Bawa perempuan tu jauh-jauh. Kalau dia selalu dekat dengan Hud aku bimbang Hud pula yang akan dia bunuh "

David kerutkan muka. Tak faham bicara emak saudar Hud. Pandang Sakinah yanh genggam jemari sendiri. Nampak muka sedih hadis itu. Terzahir rasa Pedih dengam bicara yang terlontar dari mulut Mak Su Lini.

David perhati gerak geri MalnSu Lini. Dia tidak faham apa-apa tetapi kenapa ayat pedas Mak Su Lini membuatkan dia simpati pada Sakinah. Apa sebenarnya yang berlaku. Dia tahu ada rahsia yang tersembunyi. Lagi dia pelik. Sepanjang mengenali mereka semua dia tidak pernah dengar nama Sakinah. Tetapi kali ini tingkah semua yang ada di sini menimbulkan keliru di hatinya. Nampak sangat bencikan Sakinah. Akhirnya dia kena selamatkan Sakinah. Ukir senyum dan buka mulut.

"Tak nak join? Baguslah. Kalau macam senang sikit aku nak dating dengan sweety aku."

David pandang Sakinah yang nampak takut-takut. Dia tahu perasaan gadis itu sekarang tambah-tambah lagi dia sedang pegang lengan Sakinah.

David biarkan Sakinah dengan rasa takutnya. Dia kini mahu teruskan rancangannya. Mahu melihat reaksi Hud.

Pandang Hud yang masih serius berdekatan pintu.

"Malam ni kau jangan lupa Hud. Launching produk baru kita dekat hotel."

Hud tersentak.

Kerana marahkan Sakinah. Kerana cemburu juga dia lupa semuanya. Ah, penangan gadis itu sungguh kuat hingga terasa dia hampir kalah dengan perasaan sendiri.

"Kau ajaklah Shella as your partner. Aku dah ada sweety." ujarnya seraya pandang Sakinah yang nampak blur.

Sakinah memang tidak faham apa yang ketuanya cakap. 

"Erk… malam ni ada majlis? Saya terlepas pandang ke?" Soal Sakinah bodoh. David tergelak kecil.

"Of course sayang. Nanti lepas ni kena alert ya. Because this is your first mistake so saya tak akan denda. Tapi kalau silap berterusan sweety kena kahwin dengan saya lah nanti. Senang saya nak denda sayang."

Allah!

Semput nafas Sakinah dengan ayat ketuanya. Sempat dia kerling Hud. Nampak muka lelaki itu berkerut menahan rasa. Dia kembali pandang ketuanya. Lelaki itu pula tak lepas merenung wajahnya.

Tiba-tiba Mak Su Lini mencelah.

"Konon kerja sebagai PA tapi tugas kecil macam tu pun kau tak tak boleh buat. Kenapa Hud letak dia bawah David. Sepatutnya buang terus." Keras suara Mak Su Lini terhambur keluar. Dia masih tidak berpuas hati. Geram dengan tindakan Hud sekarang ini. Nampak semakin pelik pula anak saudaranya itu. Dia bimbang sebenarnya. Bimbang Hud akan jatuh cinta pada Sakinah. Dia tidak mahu gadis itu menjadi isteri anak saudaranya. Sakinah sudah mencalar teruk hatinya dan dia tidak mampu hidup sebumbung dengan Sakinah. Dia harap Hud tidak akan jatuh cinta pada gadis itu. Dia tidak izinkan.

"Shella… you temankan Hud." suruh David dan buat senyuman Shella melebat.

Shella puas hati. Dalam diam sikap David sudah menolongnya hari ini. Sudah lama dia mahu berdampingan dengan Hud. Peluangnya sudah muncul. Tidak perlu lagi dia hendak berlawan dengan Sakinah. David pun sudah tarik Sakinah dalam genggamannya. Rasa ringan dadanya sekarang. Gadis itu tak akan dapat memikat Hud. Dia jamin Hud pun tak mahu perempuan selekeh macam Sakinah.

"Untuk Hud apa saja I sanggup tolong." Shella menghampiri Hud lalu selitkan tangan di celah lengan Hud. Lelaki itu tidak bereaksi sebaliknya beri pandangan tajam pada Sakinah. Tanpa dia sedari Mak Su Lini juga halakan pandangan pada Sakinah. Tajam dan berbisa.

David tidak mahu semua orang seriuas lalu ukir senyum dan pandang Sakinah lembut.

"Be my partner tonight. Will you sweety?"

Dengar ayat David Hud makin panas hati. Lagi telinganya berasap bila David tak sudah-sudah dengan sweety sayang bagai. Rasa mahu terajang celah kangkang David. Biar tak berfungsi sebulan dua ini. Baru dia tahu siapa kawan baik dia ini. Boleh jadi mafia bila-bila masa dan boleh jadi doktor kalau kena caranya.

Dia ketap geraham.

"Please, sayang! Be my partner." David masih mahu menguji Hud.

"Apa partner-partner ni." Tiba-tiba muncul Nayli dengan beg kertas di tangan.

Sakinah lega. Kemunculan Nayli telah menyelamatkan dia dari semua yang ada di sekelilingnya.

"Kau nak suruh Kin temankan kau pergi mana?" Soal Nayli lalu tarik tangan Sakinah. Geram pula dengan David. Ambil peluang dalam terang.

"Aku nak dia temankan aku pergi majlis pelancaran malam nanti."

"No… no… no." Nayli layangkan jari. Mata sempat pandang Hud. Muka lelaki itu betul-betul serius. David pula nampak garu kepalanya yang tak gatal. Nak tergelak Nayli dengan sikap David. Nampak akan kalah awal. Kemudian dia pandang dua perempuan bersebelahan Hud. Nampak muka masing-masing tak puas hati. Macam ada pertengkaran.

Selamat dia naik atas. Janji hendak makan tengahari dengan Sakinah. Puas tunggu kat bawah seperti yang dijanjikan gadis itu tetapi Sakinah tak muncul-muncul juga.

"Sorry David. Aku nak bawa Kinah kesayangan aku pergi lunch. Kalau kau nak lunch kau pergi dengan Hud."

Buntang mata Mak Su Lini dengan bahasa yang diguna gadis yang muncul tiba-tiba ini. Tidakkah dia sedar Hud itu pegawai tertinggi di sini. Paling berkuasa. Dia siapa hendak sebut nama lelaki itu sewenang-wenangnya.

"Dav, abang Hud. Pinjam Kinah tau." Baru sekerat tarik Sakinah dia berpaling dan pandang David yang nampak geram. Dia tahu lelaki itu marahkan dia kerana potong jalannya.

"Malam nanti aku je yang boleh tentukan Kinah boleh jadi partner kau atau tak." Nayli kenyit mata lalu dengan pantas dia bawa Sakinah keluar. Bila empat pasang mata memandangnya seperti hendak menelannya hidup-hidup dia perlu jauh dari semua. Terutama sekali wanita yang tidak jauh dari Hud. Nampak menyeramkan.

Hud pula pandang Sakinah hingga gadis itu hilang dari mata bersama gadis yang nampak up to date.

Nayli! 

Bisik Hud. Ya, itu Nayli. Hanya Nayli yang sudi memanggilnya abang Hud suatu waktu dulu. Hatta sekarang pun panggilan itu masih tak lekang di bibirnya.

Akhirnya Hud senyum herot. Nampak sinis dan menakutkan kerana dia sudah nampak dahan yang Sakinah paut. Dia akan pastikan dahan itu dipatahkan sehingga Sakinah jatuh terduduk tak mampu bangun lagi.

Dia puas hati.

Haha.... okay. David dan Nayli dah datang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience