BAB 78

Drama Completed 94291

Sudah dua tiga hari dia berkurung di dalam bilik. Sejak kejadian petang itu dia rasa malu dengan diri sendiri. Hud pula tiap-tiap hari tidak jemu datang merayu. Malah siap ketuk pintu bilik mahu berjumpa dengannya. Namun hati Sakinah masih tidak mampu menerima semua yang telah terjadi. Bukan dia mahu menafikan hak suaminya tetapi dia dalam keadaan tidak sihat dan Hud ambil peluang atas kelemahan dia. 

Dia benci dengan kejadian yang tiba-tiba ini. Bila dia layan kejadian itu kepalanya akan berdenyut laju. Air mata pula tak jemu keluar dari lopak matanya.

Kini seminggu sudah berlalu dan baru dia rasa mahu berjumpa dengan semua orang. Bila dia buka pintu bilik wajah Kak Idah yang pucat menerpa ruang matanya.

“Kak Idah tak sihat ke?” soalnya risau. Dalam dia melayan rasa sakit hatinya dia terlupa dia masih ada kakak yang begitu menyayanginya.

“Kinah tak bagi peluang pada Hud. Malah Kinah larikan diri dari Kak Idah. Kalau Kinah ada masalah Kinah sepatutnya bincang dengan Hud. Kalau tak nak bincang luahkan pada Kak Idah. Kak Idah cuba bantu sedaya upaya Kak Idah. Kak Idah tunggu Kinah datang jumpa Kak Idah tapi Kinah tak muncul-muncul sampai makan minum pun tak tahu ke mana.” omel Sayyidah panjang lebar.

Sakinah tunduk kesal.

“Maafkan Kinah kak. Kinah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Hud dah buat hidup Kinah huru-hara. Sejak hari pertama Kinah kenal dia hidup Kinah dah huru-hara. Sampaikan ke saat ini hidup Kinah masih lagi tak tenang kak.”

Sayyidah gosok lembut bahu Sakinah.

“Semuanya sebab Kinah. Kalau Kinah nak marah Kak Idah silakan tapi apa yang Kak Idah cakap berdasarkan amatan Kak Idah. Kalau dulu Kinah berterus terang dengan ayah. Kinah berterus terang dengan umi, dengan Hud. semua ini tak akan jadi. Tapi semua tu dah berlalu. Tak boleh nak diundur balik. Lagipun Kak Idah tengok Hud betul-betul cintakan Kinah. Terima dia Kinah. Terima dia sepenuh hati Kinah.”

Sakinah geleng.

“Kinah tak sempurna. Mampu ke dia hidup dengan Kinah yang banyak kekurangan ini. Kalau dia pandang parut Kinah mampu ke dia nak tolak semua sejarah hitam yang dah berlaku. Kinah risau bila dia selalu tengok parut Kinah dia tak mampu nak dekati Kinah.”

Ya Allah, sampai begitu sekali fikiran Sakinah.

“Hud cintakan Kinah. Dia sendiri mengaku dengan kak Idah dia terima segala kekurangan Kinah.”

Sakinah sapu air mata.

“Kinah tak nak hidup dengan dia.”

Geleng kepala Sayyidah dengan keputusan Sakinah. Nampaknya hati Sakinah sudah benar-benar keras. 

“Kinah nak ke dapur.” beritahu Sakinah dan bila adiknya sudah menghilang ke dapur dia pantas masuk ke dalam bilik adiknya. Dia perlu tolong Hud. Dia perlu menjernihkan semuanya.

****

Hari ini dia ke pusat bandar  sebagaimana yang disuruh kak long. Ikutkan hati dia tidak mahu ke mana-mana. Bimbang bertembung dengan Hud. Namun kerana kakaknya itu teringin sangat hendak makan barabbo yang di jual di sebuah kedai yang terpaksa dia cari sendiri lalu dia merelakan. Demi kakaknya dia rela ke bandar seorang diri.

Kedai itu pula kata kakaknya di tengah-tengah bandar. Lagipun dia tengok Kak Idah sedikit uzur hari ini. Pucat saja mukanya. Lalu dia membuat kesimpulan orang hamil tidak boleh dipatahkan hatinya. Bila dah mengidam perlu juga cari apa yang mereka kehendaki.

Dia di bawa ke pusat bandar dengan teksi. Hendak memandu sendiri tetapi kak Idah cakap kancilnya buat hal sejak kelmarin. Hendak tak hendak dia naik teksi ke tempat yang diberitahu kakaknya.

Baru saja turun dari teksi, sebuah MPV warna hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Tak sempat nak buat apa pun mata dan mulutnya di tutup. Hendak menjerit tetapi mulutnya tersekat. Saat dia di bawa masuk ke dalam kenderaan panjang itu dadanya berdebar kencang. Bila kain yang dibuat menekup mulutnya dijatuhkan dia menjerit kuat. Namun tiada suara yang menyahut.

“Kau siapa. Kenapa culik aku?” soal Sakinah takut. Mata tak mampu melihat kerana masih diikat dengan kain hitam. Basah kain itu dengan air mata kerana ketakutan. Segala perasaan bercampur aduk. Buntu memikirkan nasib diri. Bagaimana pula dengan Kak Idah. Kalau dia tahu apa yang jadi tentu kakaknya itu akan kesedihan yang amat.

Dia ketakutan.

Ya Allah, apakah umurnya akan habis di sini. Di tempat yang dia tidak tahu di mana. Kalau memang ini nasibnya dia pantas memohon ampun atas segala dosa. Dia tidak mahu mati dalam keadaan sia-sia.

Perjalanan entah ke mana ini terasa begitu lama. Sunyi tanpa suara sesiapapun. Dalam takut dia tetap bersuara.

“Kalau saya ada buat salah, tolong ampunkan saya. Lepaskan saya. Jangan buat saya macam ni.” rayu Sakinah dalam linangan air mata. Tetapi keadaan tetap sunyi. Hanya kedengaran enjin kereta yang mengaum.

Akhirnya kereta berhenti. Dia tahu dia sudah sampai ke destinasi yang dituju. Tetapi masih tidak tahu apakah tempat ini. Bangsal buruk atau hutan. Dia makin gerun. Terdengar pintu kereta di buka dan bajunya di tarik orang. Kini dia sudah berdiri di luar. Terasa membahang cahaya matahari yang menyentuh tubuhnya. Sebaik kain yang menutup mata di buka dia terpisat-pisat. Pandangannya kabur. Tenyeh mata dan sebaik melihat susuk tubuh di hadapan hatinya meruap panas.

Rashdan tersengih di hadapannya. Langsung tidak nampak muka risau lelaki itu sebaliknya tunjuk muka lucu. Manakala dua orang lagi lelaki sado yang dia tidak kenal hanya diam tanpa kata. Matanya perasan sesuatu. 

Tempat ini. Ini adalah lapangan terbang.  Kenapa lelaki itu bawa dia sampai ke sini.

“Kau nak buat apa ni Rash.” soal Sakinah geram bercampur  takut.

“Aku nak bawak kau lari jauh.” jawab lelaki itu dengan sengih yang sukar Sakinah baca.

Sakinah terlopong.

“Kau jangan buat kerja gila. Kau nak bawa aku lari ke mana. Aku dah kahwin. Aku isteri orang.”

Rashdan gelak kuat.

“Tahu pun dah kahwin tapi kenapa kau tinggalkan suami kau. Berdosa besar kau tinggalkan Hud tanpa alasan yang kukuh.”

Sakinah tarik nafas.

“Kalau pun aku tinggalkan dia tak ada kena-mengena dengan kau.”

Rashdan tunjuk muka jahat. Sengaja lelaki itu mahu menakutkan Sakinah dan nyata Sakinah memang takut.

“Jom.” 

Rashdan  buat-buat  nak tarik tangan Sakinah tetapi dengan pantas  Sakinah mengelak.

“Kau jangan cuba nak jadi jahat Rash. Aku kenal kau. Kau takkan apa-apa kan aku.”

Rashdan gelak.

“Lelaki mana tak gila bila tengok kau. Lelaki mana tak akan jadi jahat bila perempuan cantik ada depan mata.”

“Rash.” jerit Sakinah tidak percaya.

Tiba-tiba jemari kirinya  di genggam orang. Sakinah terkejut. Saat dia menoleh Hud sedang berdiri di sebelah dengan kaca mata hitamnya dan wajah itu nampak serius.

“Kau jangan banyak cakap Rash.” Tangan kiri Hud menuding ke arah Rashdan. Kemudian sebuah penumbuk ditunjuk gagah.

“Sorry bos. Dah lama nak berlakon. Baru hari ni termakbul.” Rashdan buat muka selamba.

“Kau tak ada skrip. Memandai kau je nak masukan skrip sendiri.”  Dahi Rashdan di jentik dan lelaki itu menggosok kuat. Sakinah di sebelah tidak faham apa-apa.

“Sorry bos.” ucap Rashdan.

“Jumpa nanti.” Balas Hud.

Hud genggam kuat tangan Sakinah. Bimbang terlucut gadis itu akan lari pula.

“Kau nak apa. Nak bawak aku pergi mana.” Sakinah cuba pukul dada lelaki itu namun Hud pantas memegang kedua tangannya.

“Jangan melawan. Sayangkan isteri abang. Berdosa kalau sayang tak ikut. Satu lagi kita kat tempat awam. Sayang nak kita dua masuk lokap.”

Sakinah diam. Ketap geraham dengan kuat. Entah apa yang  Hud hendak buat dia tidak tahu.

“Hati-hati bos. Balik nanti jangan lupa bawa berita gembira.” jerit Rashdan di belakang. Hud tunjuk sengih jahat.

Sakinah di sebelah diam dengan wajah mencuka. Takut pun ada. Entah ke manalah Hud mahu bawa dia pergi. Bagaimana kalau Hud hendak kenakan dia. Humban dia ke dalam hutan. Alangkah  takutnya mengingatkan perkara itu.

Hud tak lepaskan tangan dia dan bawa dia masuk ke dalam bangunan. Hatinya amat risau. Namun dalam risau sakitnya tetap ada. Apa yang lelaki itu hendak buat. 

Hud hentikan langkah apabila sampai di kaunter check in.

“Nak pergi mana?” soal Sakinah geram.

“Tempat yang sayang akan suka.” sebuah ciuman hinggap di pipi Sakinah. Dalam sakit hati dia sapu pipinya. Malu pun ada bila gadis di kaunter tersenyum melihat telatah Hud.

“I miss you sayang.” lagi sekali pipinya dikucup Hud.

Sakinah terpempan. Kenapa dengan Hud. Kenapa romantisnya dah melebih. Takkan sebab petang itu terus Hud tunjukkan sayang sepenuh hati. Pening dia hendak  fikirkan perihal Hud.

“Nak pergi mana?” soal Sakinah sambil rentap tangan Hud namun tidak berjaya.

“Nak bawa sayang ke hati abang.”

“Jangan nak buat lawak lah.”Marah Sakinah tetapi Hud hanya senyum dan Sakinah terus terkesima. Itu senyuman yang selalu menghiasi bibir lelaki itu seminggu dua ini. Namun ketika ini senyuman itu sudah tidak memberi erti padanya. Dia benci dengan senyuman itu.

“Kita tunggu sini sekejap.” arah Hud.

Tunggu siapa dia tidak tahu. Namun dia akur kerana dia mahu tahu permainan apa yang Hud sedang lakukan.

“Kinah.”

Sakinah terperanjat.

Itu suara kak Idah. Lantas dia berpaling. Sebaik melihat batang tubuh kak Idah  dan abang Taufik air matanya menjunam laju. Dia menghampiri kakaknya. Di tangan wanita itu ada bagasi sederhana besar. Itu bagasi miliknya.

“Maafkan kak Idah  ya.”

“Kenapa kak?”

Soalnya tak tenteram. Sayyidah pandang Hud di depan.

“Hud minta tolong kak Idah uruskan Kinah.” bagasi di tangan dia sorongkan dan Hud tarik dengan senyuman di bibir. malah passport dan segala dokumen peribadi juga diserahkan kepada Hud.

“Hud dah janji nak jaga Kinah. Nanti Kinah sampai Kinah call kak Idah ya.”

Sakinah kerutkan kening. Dia masih tidak faham apa-apa. Lihat Kak Idah  dan Hud silih berganti. Dia langsung tak faham. Kenapa dengan keduanya. Apa yang mereka rahsiakan. Bila keduanya berjumpa. Pelbagai persoalan tak terjawab. Rasa nak pecah kepalanya dengan apa yang terjadi. Apatah lagi sekarang kepalanya mula berdenyut sakit.

“Hud, jangan sia-siakan Kinah.”

Hud angguk.

“Terima kasih kak sebab dah tolong Hud”

Sayyidah angguk.  Alihkan pandangan pada adiknya. Nampak muka Sakinah yang basah dek air mata. Dia dekati adiknya itu dan peluk kuat.

“Jadi isteri solehah.” bisik Kak Idah dan Sakinah tetap tidak faham. 

“Beri Hud peluang. Dia nak bahagiakan Kinah hingga habis umur dia.”

Air mata Sakinah lencun sekali lagi. Bukan sebab kata-kata Sayyidah tetapi hatinya yang sudah tiada saat kakaknya berpesan begitu. Mampukah dia tunaikan kata-kata kak Idah bila dia sudah tiada rasa. Dia akhirnya hilang di bawa kapal terbang bersama persoalan yang masih belum terjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience