BAB 25

Drama Completed 94401

Sakinah tidak betah di dalam bilik. Sekejap dia menjenguk ke luar jendela. Sekejap dia ke katil. Entah kenapa dadanya menunjal-nunjal keresahan. Dia kembali ke jendela. Jenguk keluar dan kelihatan ayah baru saja menuruni anak tangga menuju ke kereta Iswara kelabu yang sudah usang. Ayah hidupkan enjin kereta. Kemudian turun pula Sayyidah perlahan-lahan mengekori langkah ayah.

“Kinah nak kirim apa-apa tak?” tanya Sayyidah apabila terpandang Sakinah di birai jendela. 

Sakinah geleng kepala. Dia ukirkan senyuman untuk kakaknya.

Ayah sudah menunggu di tempat pemandu. Renungan mata ayah pada Sakinah buat gadis itu kecut perut.
Sakinah tebarkan pandangan meliar ke seberang jalan. Menghalau rasa takut yang bersarang di dalam dada

Perlu ke dia penuhi janji Hud yang disampaikan oleh Joe. Serba tak kena pula sekarang apabila melihat mata ayah yang masih mengekori mukanya.

Dia tahu ayah tak nak dia keluar rumah. Tambah-tambah lagi hari sudah petang begini. Tapi dia tidak tahu kenapa. Separuh hatinya menjolok-jolok menyuruh dia pergi berjumpa Hud. Cuti sudah bermula dan dia yakin dia akan merindui Hud. Ya, hatinya sudah pandai menderhaka. Tetapi dia tidak mahu tunjuk. Dia tetap akan jual mahal.

Tetapi separuh lagi hatinya menyiat-nyiat menegah dia berbuat demikian. Biarkan saja lelaki itu di situ
Menunggu dia lama-lama. Kalau boleh biar sampai ke malam lelaki itu di dalam kebun getah emak.

Jam sudah lima petang. Risau juga sebenarnya. Kenapa Hud nak berjumpa di dalam kebun getah emak. Apakah kerana kebun getah itu sudah lama terbiar dan tiada orang yang berani singgah.  Jadi mereka akan selamat di situ. Ayah tak akan tahu dan orang kampung pun tak akan nampak. Tapi kenalkah Hud akan kebun getah emak. Hanya emak yang selalu pergi untuk mengutip kulat sisir di situ. Itupun bukan selalu.
Hatinya resah.

Lima belas minit ayah sudah berlalu dan Sakinah bulatkan tekad. Dia segera capai tudung yang tersidai di bahu kerusi dan sarungkan ke kepala sebaik saja yakin dengan keputusannya. Dia ke bawah dan keluar melalui pintu dapur. Tarik basikal lantas henyak punggung atas pelana basikal. Dia tahu umi yang sedang mengaji di dalam bilik pasti tidak sedar akan tindakannya yang sudah mengayuh basikal perlahan-lahan keluar dari bawah rumah.

“Kinah nak ke mana?” tiba-tiba suara Ustazah Rohaya mengejutkan gadis itu. Terhenti kayuhannya dan dia berpaling.

Sakinah urut dada. Wajahnya pucat. Lihat Ustazah Rohaya yang tunjuk muka cuak dia pula yang resah. Ustazah Rohaya pula pelik dengan sikap anak tirinya. Tidak pernah Sakinah keluar dari rumah apabila asar menjelang. Ayahnya memang marah kalau dia keluar juga.

Ustazah Rohaya lihat kereta ayah Sakinah tiada di depan rumah. Tahulah dia yang Sakinah curi-curi keluar.

“Kinah ada hal kejap mak." gagap suara Sakinah membalas. Itupun dengan suara perlahan. Takut di dengari umi.

“Umi tahu ke Kinah nak keluar?" soal Ustazah Rohaya. Pantas Sakinah geleng kepala.

“Kinah keluar kejap je mak. Sebelum ayah balik Kinah dah kena ada kat rumah. Mak jangan cakap ngan umi ya."

Ustazah Rohaya takut namun akhirnya dia angguk juga. Dari jauh pula dia dengar suara Hajjah Salina sayup-sayup sedang mengaji. Tak perasankah Salina yang anak daranya itu tak ada di dalam dan sudahpun keluar.

“Kinah, cakap ngan mak Kinah nak pergi mana sebenarnya.” Handle basikal gadis itu di pegang. Dia risau.

Sakinah larikan matanya dan itu sudah cukup untuk menjawab soalannya. Hatinya mula rasa curiga. Sakinah tolak tangan Ustazah Rohaya dan mula mengayuh basikal dengan laju meninggalkannya. Dia pula tidak betah membiarkan gadis itu berbuat sesuatu yang boleh membawa kepada kemarahan ayahnya. Dia tidak sanggup mendengar laungan dan jeritan Sakinah saat di pukul ayahnya. Dia tidak mahu lagi.

Ustazah Rohaya melangkah laju ke rumahnya dan tarik basikal yang tersandar di dinding rumah. Dengan debaran di dada dia ekori kayuhan Sakinah.

Berdebarnya. Jangan pergi Kinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience