BAB 37

Drama Completed 94344

“Kau betul-betul cantik sekarang Nay.” puji Sakinah ikhlas sebaik saja mereka berdua duduk di meja makan di dalam sebuah restoran estetik. Rasa gementar tubuh Sakinah. Dia tiada duit hendak belanja Nayli. Mahu gadis itu bahagia dengannya kerana ini adalah pertemuan pertama sejak sepuluh tahun menghilang. Dia mahu Nayli bangga dengannya. Namun dia sedar diri. Dia serba kekurangan.

Nayli renung diri Sakinah. Sakinah yang ada di depan matanya sekarang nampak lain. Asyik tersenyum sedari tadi. Kalau dulu mukanya ketat tetapi mujurlah dia cantik. Jadi ketat itu tak beri kesan pada wajahnya. Malah bikin hati jejaka makin tak keruan. Tetapi dia nampak ada sesuatu yang kurang. Pemakaian gadis itu. Tak sesuai langsung.

Sakinah tunduk.

Malu pula direnung Nayli. Dia tahu pasti gadis itu tertanya-tanya. Kenapa dia biasa saja. Tak seperti zaman sekolah dulu. Cantik,  kemas dan bersih. Sekarang dia hanya pakai baju dari zaman remaja lagi. Nampak lusuh dan selekeh. Hendak beli baru mana ada duit. Muka pun tak pernah dia tampal dengan alat solek. Lagilah dia tak mampu nak beli walaupun masih ada yang murah. Dia perlu berjimat demi kelangsungan hidup yang dia tidak tahu bila akan berakhir.

"Kau memang cantik Nay."

Nayli senyum. 

Pujian Sakinah tetap macam dulu. Tak berubah. Walau ramai yang hina dia mengatakan dia katak tak tahu malu. Sudahlah hodoh ada hati nak berkawan dengan merak yang cantik seperti Sakinah. Tetapi Sakinah punyai hati yang jujur dan  ikhlas. Sakinah terima dia seadanya dan selalu cakap dia punyai cantik yang orang lain tak nampak.

Di sebalik mulut Sakinah yang pedas dan keras, Sakinah tidak pernah hina dia. Sebab itulah dia selesa berkawan dengan Sakinah.

“Aku pernah cakap dengan kau dulu kan. Bila aku dah kerja aku akan buktikan pada semua orang yang aku akan jadi cantik. Biar dia orang semua ternganga tengok aku.”

Sakinah ketawa kecil.

“Ya, memang ternganga dan air liur aku siap meleleh lagi tengok kau.”

Nayli cebik tetapi akhirnya dia ketawa.

Sakinah pandang Nayli. Waktu dulu Nayli hitam manis orangnya. Sekarang sudah putih dan pandai bergaya. Kalah dirinya yang seperti nenek kebayan zaman dahulu kala.

“Dah lama aku cari kau. Tak sangka tuhan temukan kita kat sini. Betul-betul dekat tempat kerja aku.”

Sakinah angguk. Ya, jika itu yang tuhan mahu tak sesaat pun akan terlepas dari aturannya.

Nayli pandang Sakinah. Renung gadis itu lama. Gadis yang dulu pendiam dan selalu pedas butir katanya kini nampak sopan saja. Pakaiannya berubah. Kelihatan islamic tetapi selekeh dan nampak kurang sesuai. Dahinya pula tertutup rapat dengan tudung. Gadis itu menutup keseluruhan dahinya hingga betul-betul tidak sesuai langsung dengan mukanya.

Dia tidak tahu di mana silapnya. Nampak ada satu kekurangan di situ. Cuma satu yang tak pernah kurang pada Sakinah malah makin bertambah. Cantiknya gadis itu tiada tolok bandingan. Tidak bersolek pun aura itu tetap terserlah. Sekali orang memandang tak mungkin mereka tak akan berpaling untuk kali kedua. Tak kira lelaki mahupun perempuan. 

Itulah yang dia buat sekarang. Merenung Sakinah seperti lelaki yang jatuh cinta pandang pertama. Mahu lihat dan lihat selagi terdaya. Kecantikannya boleh buat orang ketagih. Itu belum lagi lihat senyuman dia. Mahu pengsan lelaki kalau Sakinah mula senyum. Dan… dia nampak senyuman mahal Sakinah tak lekang dari bibirnya sekarang. Manis dan buat dia rasa bahagia. Dia bahagia lihat Sakinah yang sekarang

“Kau makin cantik. Aku terus rasa kerdil bila ada depan kau. Bedak yang aku pakai terus jadi murah bila duduk dengan kau.”

Sakinah ketawa geli hati.

"Kau terlalu memuji padahal aku biasa saja Nay. malah tak ada lebih pun."

Nayli geleng kepala.

"Aku kalah dengan kau."

Sakinah senyum.

“Di mata aku Nay, kaulah bidadari yang akan temankan aku sebagai sahabat di syurga.”

Nayli senyum dan ucapkan terima kasih.

“Kin, kenapa kau pindah?”

Terkejut Sakinah dengan soalan Nayli yang tiba-tiba. Dia ingatkan gadis itu tidak akan bertanya kisah lalu tetapi  nampaknya Nayli tetap mahu tahu.

“Aku tertanya-tanya betul ke cerita yang orang heboh-hebohkan pasal kau. Orang cakap  kau.…” Nayli mahu teruskan cerita namun melihat mata Sakinah yang mula berair dia berhenti.

“Maafkan aku Nay. Boleh tak kita cakap benda lain.”

Nayli tarik nafas dalam. Dia geleng kepala.

“Aku tertanya-tanya kenapa  kau tiba-tiba berhenti sekolah. Dalam waktu yang sama Abang Hud pun berhenti.”

Sakinah telan liur mendengar nama yang disebut Nayli. 10 tahun dia bina kekuatan untuk menjadi kuat demi nama itu tetapi hari ini sekali lagi hancur luluh hatinya mendengar nama itu disebut kawan baiknya sendiri. Terasa putus sarafnya mendengar nama itu sekali lagi.

“Kau tak  nak kongsi dengan aku ke Kin?”

Sakinah tunduk.

Hendak berkongsi apa lagi setelah cerita yang dia reka sendiri terjaja dengan percuma. Salah dia sendiri dan salah itu masih belum tertebus.

“Aku belum bersedia nak kongsi dengan kau malah dengan sesiapa pun.”

Nayli diam seketika. Hanya helaan nafas mereka yang berbunyi ketika ini.

“Sudah 10  tahun Kinah dan kau masih tak mahu bagitahu aku.”

Sakinah angguk.

“Anggaplah cerita yang kau dengar itu betul semuanya.”

Nayli bulatkan mata. Jika Sakinah berkata begitu bermakna cerita yang tersebar dulu tidak benar. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku.

Baru saja hendak menyambung pertanyaan pelayan datang membawakan makanan yang dipesan.

“Kita makan dulu.” Pelawa Nayli. Sakinah angguk. Dia bacakan doa makan dan diaminkan Nayli. Mata gadis itu tiba-tiba tertangkap fail di atas meja sebelah kanan Sakinah.

“Fail apa tu?”tanya Nayli selepas meraup muka.

“Ini fail resume dengan sijil-sijil aku.”

Nayli kerut kening.

“Aku tengah cari kerja.”

Nayli hentikan suapan.

“Kau tak kerja lagi Kin?”

Sakinah angguk.

“Belum ada rezeki.”

“Masa kat ‘U’ kau ambik course apa?”

“Aku tak belajar kat universiti. Mampu setakat politeknik je Nay.” Sakinah berterus terang dan pastinya Nayli ternganga. Gadis di depannya ini budak cemerlang. Pandai dalam semua bidang. Langsung dia tak menyangka Sakinah hanya berjaya setakat itu sahaja.

Sakinah senyum.

"Hanya itu yang aku mampu Nay. Kalau kau harapkan aku ada Phd kau tunggu aku kerja dulu. Kumpul duit banyak-banyak lepas tu bolehlah aku sambung belajar. Tapi aku rasa aku tak mampu nak teruskan hajat aku."

Mendengar luahan kata Sakinah dia dapat rasakan ada sesuatu yang tragis terjadi dalam hidup Sakinah. Dia tidak mahu percaya dengan cerita dulu yang dia dengar namun bukankah semuanya kehendak tuhan. Kalau itu arah perjalanan yang telah tuhan tetapkan untuk hidup gadis itu dia tidak boleh buat apa.

Sakinah hembus nafas berat. Nayli simpati. Tentu banyak ujian yang Sakinah tempuh sebab itulah gadis itu benar-benar lain sekarang.

“Macam ni… kau bagi fail tu dekat aku. Nanti aku tolong carikan kerja  untuk kau."

Sakinah terkedu. Betul ke sahabatnya ini mahu menolong. Dalam ligat bertanya tangan tetap hulurkan fail pada Nayli.

"Mintak nombor telefon kau." Nayli sudah keluarkan telefon dari dalam beg. Menunggu Sakinah sebut nombornya namun gadis itu kelihatan teragak-agak. Dalam payah gadis itu sebut juga satu demi satu nombor telefon.

"Itu nombor emak aku. Aku belum ada telefon lagi."

Nayli terkejut. Zaman canggih begini pun Sakinah belum ada telefon. Betapa gadis ini hidup tak seperti   dia sekarang. Simpati Nayli makin membuak-buak buat dia mahu tahu semuanya pasal Sakinah.

Fail di buka. Baca seimbas lalu.

"Kau ambil kos pengurusan pejabat. Bukan cita-cita kau dulu nak jadi engineer ke?"

Sakinah lempar senyum. Pelik pula Nayli dengan Sakinah. Asyik senyum sahaja.

"Tak ada rezeki aku Nay."

Nayli pandang wajah Sakinah. Isk, peliklah Sakinah ni.

"Kau asyik tanya aku je. Kau pula buat apa sekarang. Nampak macam hebat. Tentu kau dah berjaya macam impian kau dulu kan." 

Nayli senyum.

"Lepas makan nanti aku bawa kau ke tempat aku kerja. Gerenti kau akan suka.”

Sakinah angguk dalam senyuman. Melihat Nayli yang anggun dan sudah berkerjaya pantas saja dia berasa serba kekurangan. Jika dia duduk dengan Naylis di khalayak ramai dia pastinakan kalah.

Malu sungguh dia. Namun dalam malu yang tersimpan dia tetap senyum dan berdoa semoga segala kekurangan ini akan terkambus dan menimbun pula menjadi kelebihan yang dia inginkan.

Nayli senyum dan Sakinah balas mesra.

Selekeh tapi tetp nampak cantik. Sorry tau... heroin Guzel kena comey. ngeh3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience