BAB 66

Drama Completed 94344

    “Kau nak apa bawa aku sampai ke sini?” soal Sakinah geram. Semenjak emaknya tiada dia tidak lagi bersaya awak. Panggilan sudah bertukar aku engkau. Dia terlalu marah akan  lelaki itu.

    Hud diam sahaja sebaik hentikan kereta di hadapan tasek awam. Hari sudah semakin gelap apabila matahari perlahan-lahan masuk ke dalam sarang. Kerana itulah tiada pengunjung yang kelihatan. Masing-masing sudah pulang ke rumah. Hanya dia dan Sakinah saja di sini. 

Enjin kereta tidak dimatikan. Biar angin penghawa dingin menyejukkan tubuh yang dikuasai amarah sejak membaca mesej yang dihantar Rashdan. Dia kecewa. Sakit hati dan amarahnya menggunung bilamana dia tahu gadis di sebelahnya sudah berhenti kerja. Dia geram dan dia mahu tahu sebab apa Sakinah mahu pergi. 

"Kenapa kau berhenti kerja?" 

"Buat apa bekerja dengan orang yang bencikan aku." Balas Sakinah kasar.

"Sepatutnya masa aku bagi peluang dulu kau terus larikan diri. Tetapi kau yang tolak peluang tu." 

Sakinah buang pandang ke luar tingkap.

Betullah. Semuanya salah dia. Dia yang bodoh. Dia yang naif. Dambakan kemaaafan dari lelaki itu macam orang gila. Dan… padanlah bila lelaki itu panggil dia perempuan gila.

Terus dada rasa sebak. Mata sudah rasa panas.

"Biarkan aku pergi. Aku tak layak untuk dapatkan keampunan dari kau. Biar aku pergi."

Hud panas hati dan dengan pantas cengkam lengan Sakinah. Gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lepaslah." Dia cuba rentap tangan Hud namun kudratnya tidak segagah lelaki itu.

"Aku cakap lepaslah."

Cup!

Pipi Sakinah menjadi mangsa Hud. Terpempan Sakinah dengan tindakan tak bermoral lelaki itu.

"Aku tak nak dengar kau berkau aku. Jangan berani-berani kau bahasakan aku kau."

"Habis tu kau nak aku buat apa?" 

Sekali lagi pipinya menjadi mangsa dan pantas air matanya turun menyembah pipi.

"Kau panggil aku abang. Aku nak dengar kau panggil aku abang macam hari tu." 

Ya Allah, tak faham. Sememangnya dia tak faham dengan lelaki ini. Dulu dimarahnya bila dia panggil abang Hud. Sekarang disuruhnya pula sampai dia naik pening dengan arahan lelaki itu.

"Jangan harap. Aku tak akan ikut arahan kau lagi." Dia meronta-ronta namun dia tidak berjaya hendak leraikan cengkaman tangan Hud. Air mata di pipi juga tak mampu dia keringkan dengan tangannya. Sakit bila di cengkam kuat oleh Hud.   

“Lepaslah.  Dah banyak kali kau pegang aku. Kau ingat aku tak ada harga diri ke.” hambur Sakinah geram.

Hud sungging senyum jahat.

    “Kau memang perempuan tak ada harga diri. Sejak kau fitnah aku kau dah jadi perempuan paling murah yang pernah aku kenal.”

    Sekali lagi ayat itu singgah di telinga. Hud tak habis-habis memanggilnya murah. 

    “Aku perempuan murah kan. Jadi baik kau lepaskan aku. Aku nak balik.” Dia meronta lagi namun Hud tidak lepaskan tangannya. Bukannya kuat pun dia pegang lengan gadis itu tetapi Sakinah sudah tak mampu bergerak. Dia bangga. Bangga kerana berjaya tahan gadis itu dari keluar dan larikan diri. Kini matanya semakin meliar pandang wajah Sakinah yang langsung tidak mahu memandangnya. 

Sakinah pula amat takut. Keberaniannya sebentar tadi sudah beransur pergi bila dia tahu lelaki itu sedang merenung setiap inci wajahnya. Dia amat takut. Tambah-tambah lagi tasek tempat orang awam  bersiar-siar ini nampak menakutkan apabila malam semakin gelap. Lagi menakutkan apabila Hud ada bersama. 

“Tolonglah lepaskan aku. Aku tak nak kena tangkap basah.” Ujar Sakinah takut dan Hud ketawa sinis. Terdengar seram di telinga Sakinah.

“Huh, bukan itu ke yang kau mahu.”

Sakinah geleng. 

“Aku bukan macam yang kau fikir. Aku bukan perempuan macam tu.”

Hud ketawa jahat. Dia lepaskan tangan Sakinah tetapi kali ini rahang gadis itu pula yang menjadi mangsa. Dia cekak rahang gadis itu dengan kuat.

“Habis tu kau perempuan jenis apa. Cuba kau cakap dengan aku kau perempuan yang jenis macam mana.”

Gugur lagi air mata Sakinah. Sakit rahangnya dicekak lelaki itu bertambah dengan pedihnya hati dengan pertanyaan lelaki tu yang begitu sinis.

“Kau tak tahu?” Hud tolak muka Sakinah hingga miring ke kiri. Mujur tidak terhantuk pintu kereta

“Kalau kau tak tahu biar aku beritahu kau.” Sekali lagi rahang gadis itu dicekaknya dan muka terdongak ke atas.

“Kau jangan anggap kau perempuan baik. Kau sebenarnya perempuan tak tahu malu. Mulut kau jahat. Kau dah fitnah aku, reka cerita depan nenek aku sampai mati orang  tua tu kau buat. Sebab apa aku tak tahu dan sampai saat ini aku tertunggu-tunggu kau jelaskan sebabnya. Tapi kau diam. Kau hanya datang minta maaf. Lepas tu kau menangis.  Kau langsung tak mahu jelaskan pada aku sebabnya. Dengan apa yang  telah kau buat, layak ke aku cap kau perempuan baik. Maruah kau mahal sangat konon.” Wajah Sakinah di tolak kuat akhirnya kepala dia terhantuk juga di tingkap kereta.

Air matanya sudah merembes laju. Pedihnya mendengar patah kata yang keluar dari mulut Hud. bagaikan jarum-jarum halus yang mencucuk hatinya. Begitu sakit dan pedih yang amat.

Tangisannya berlagu sendu.

“Aku jijik dengan kau. Kau ingat aku nak sangat sentuh kau. Kau ingat aku gila sangat dengan kau.” Mukanya dipalingkan dari melihat wajah Sakinah.

Air mata Sakinah pula tak henti-henti keluar. Puas dia pujuk diri agar jangan menangis namun dirinya tak makan saman. Tetap menangis malah basah seluruh wajahnya dengan air jernih itu. 

Hud benci dengan tangisan itu. Namun dia berpaling juga ke arah Sakinah. Wajah itu dia tilik dengan rasa benci.

“Atau sebenarnya….” Hud hentikan kata. Matanya disepetkan. Kepala berfikir dalam.  Sakinah pantas berpaling ke arah lain.

“Kau sememangnya sudah ditebuk orang. Suka sama suka.  Lepas tu kau nak selamatkan lelaki tu kau jual nama aku.”

Sakinah terkejut.

Tekaan Hud tidak benar sama sekali. Tidak! Dia masih suci. Kalaulah dia boleh jerit dan katakan yang sebenarnya dia akan jerit. Tetapi dia tiada daya hendak menjelaskan hal yang sebenarnya. Dia takut di akhirnya dia yang akan malu sendiri.

Sakinah diam. Hanya esak tangis yang kedengaran.

“Kau diam. Jadi apa yang  aku cakap tu betulkan.”

Sakinah tunduk. 

Amarah Hud memuncak. Gadis itu diam. Langsung tidak mahu menjelaskan hal sebenar. Dia geram lalu cengkam belakang tudung Sakinah hingga tercabut pin yang mencantum tudung bawal yang gadis itu pakai.     Sakinah tersentak. Kepala hanya ingat parut di dahi dan pantas tangan tahan tudung dari tercabut hingg terlupa leher jinjangnya yang terdedah. 

Hud telan liur. 

Dalam samar-samar cahaya lampu kereta yang menyuluh itu dia nampak leher putih Sakinah yang sekian lama tertutup. Dia penasaran. Berkali-kali telan liurnya. Dadanya tak perlu cakap. Berdebar hebat hingga dia rasakan nafsunya bergeleparan. Matanya terus merenung dan ketika itulah Sakinah baru sedar apabila angin penghawa dingin meniup rakus lehernya. Dia mahu cekak tudung bawalnya untuk menutup leher yang terdedah tetapi dia terlambat. Hud lebih dulu sembamkan mukanya ke leher putih  miliknya.

    “Lepaskan aku. Tolonglah. Lepaskan aku.” jerit Sakinah sayu namun Hud pegang tangannya. Tidak benarkan gadis itu meronta. 

“Tolonglah. Jangan buat aku macam ni.” Rayu Sakinah lagi dan apabila tangannya terlepas dia pukul bahu lelaki itu berkali-kali namun Hud tidak mengendahkannya. Rayuan gadis itu ibarat bisik halus yang tidak memberi apa-apa makna padanya. Dengan rakus dia ratah seluruh leher Sakinah  hingga kemerah-merahan. 

Dia tidak puas hati lalu bahu baju gadis itu dikoyak. Makin Sakinah menjerit kuat namun dia tetap tidak menghiraukan tangisan gadis itu. Menjerit melolong pun tidak memberi kesan padanya. Yang dia tahu dia mahu ajar gadis itu agar jangan mencabar dia sebagai lelaki. Tetapi akhirnya perlakuan dia terhenti dengan sendirinya apabila tangannya menyentuh tulang kipas gadis itu yang menggerutu. 

    Dia pandang Sakinah yang basah wajahnya dengan airmata. Dia tertanya-tanya apa yang ada di belakang gadis itu. Kenapa bila dia sentuh ada rasa pedih menjalar di hatinya. Melihat Sakinah yang tersedu-sedu hatinya melonjak rasa kesal. Kenapa dia rasa kesal dengan perlakuan tak senonohnya tadi.

Melihat Sakinah yang menyapu  air mata di wajah sendiri tangannya pantas di naikkan dan ingin sentuh wajah itu namun Sakinah dengan hati yang teramat sakit menolak kasar tangannya. Gadis itu dengan cepat membuka pintu kereta dan dengan laju terus keluar dari kereta lalu menghilang di sebalik kegelapan malam.

Hati Hud rasa pedih. Tertanya-tanya. Apa yang dia sentuh tadi dan kenapa perasaannya tiba-tiba menjadi kesal dan sayu. Dia buntu. 

*****

Nayli buka pintu rumah apabila ketukan yang kedengaran berbunyi kuat dan tergesa-gesa. Sebaik melihat Sakinah dadanya berdentum kuat bagaikan guruh di langit. Cahaya lampu luar rumah telah membuatkan mata Nayli terbeliak. Kepalanya ditunjal pelbagai persoalan.

Lihat keadaan gadis itu yang menangis teresak-esak buat dia patah hati. Tudung gadis itu yang hanya diikat dan menampakkan lehernya makin buat dia tertanya-tanya. Lihat pula baju yang terkoyak di bahu makinlah dia tak keruan. Dia mahu tahu apa yang sudah terjadi.  Fikirannya mula menelah yang bukan-bukan.

Apa yang telah Hud buat. Kenapa kembalinya gadis ini bukan seperti diambil lelaki itu petang tadi. Cantik elok sahaja tadi tetapi kini Sakinah bagaikan di usik dalam paksaan.

Dalam cahaya lampu yang terang Sakinah melangkah lemah masuk ke dalam dan ketika itulah dia nampak segala kekurangan Sakinah yang dirahsiakan gadis itu selama ini. Matanya buntang. Dia nampak rahsia yang disembunyikan gadis itu.

Sakinah duduk di atas sofa dan angkat kaki ke atas. Dia peluk lututnya dan sembamkan wajah di lutut bersama tangisan yang panjang.

Nayli perlahan-lahan jatuhkan punggung di sebelah Sakinah. Matanya pandang bahu Sakinah yang terdedah. Perlahan-lahan tangannya mendarat atas tulang kipas gadis itu yang menggerutu. Serentak itu air matanya luruh. Dia rasa pedih dengan apa yang dia lihat.

“Kenapa dengan kau Kinah. Apa yang dah jadi. Hud buat apa kat kau?” soal Nayli tak berdaya. Lemah melihat Sakinah yang masih menghamburkan tangis. Melihat keadaan Sakinah yang begitu menyedihkan dia sendiri tidak mampu menampung air matanya.

“Cakap dengan aku Kinah. Hud buat apa dekat kau?” soalnya lagi. 

Sakinah tiba-tiba angkat mukanya dan kini dia meraung lalu peluk Nayli.

“Kalau bukan sebab aku semuanya tak akan jadi macam ni.” luahnya bersama esak tangis yang makin buat hati Nayli rawan.

“Hud dah buat tak elok dekat kau ke Kin?” soal Nayli gusar. Sakinah geleng dan Nayli rasa lega namun leganya hanya seketika. 

“Tapi dia dah buat aku macam perempuan murahan Nay.” Sakinah leraikan pelukan dan pandang Nayli yang terkejut.

“Ayah sepatutnya bunuh aku sebaik saja aku lahir kat dunia ni Nay.”

Nayli  terkejut besar..

“Kau merepek apa ni Kinah.” marah Nayli. 

“Sebab mulut akulah Hud benci sangat dengan aku. Sebab akulah nenek dia mati. Sebab aku jugalah umi aku buang aku.” jerit Sakinah.
    Tergamam Nayli.

    “Kin... .” dia hilang kata.

Sakinah buang tudungnya dengan kasar. 

“Kau tahu kan parut ni. Kau dah tengok kan.” tunjuk Sakinah pada dahinya dan Nayli angguk. Dia tunjuk pula leher yang merah digigit Hud. Ternganga Nayli dengan apa yang dia lihat. 

“Ini apa yang Hud buat dekat aku tadi.” 

Nayli tekup mulut. Tidak percaya dengan kelakuan Hud.

Kini Sakinah koyakkan pula bajunya hingga nampak kulit belakangnya yang menggerutu.

“Ini kau baru tengok kan.”

Nayli angguk lagi  bersama air mata yang laju menyembah pipi. Kini Sakinah buka bajunya dan yang tinggal hanyalah singlet di dalam. Terkejut Nayli melihat parut kecil dan besar yang menghuni belakang dan lengan gadis itu. Makin jatuh berguguran air matanya melihat semua kekurangan yang ada pada Sakinah.

“Aku jahat Nay. Aku jahat. Sebab itulah Hud buat aku macam ni kat aku.” Sakinah sental lehernya dengan tudung. Nayli gelengkan kepala lalu pegang tangan Sakinah. Tidak mahu gadis itu menyakiti leher sendiri. Air mata gadis itu usah cakap. Kalau dikumpul sudah cukup satu baldi.

“Aku jahat Nay. Aku jahat. Ayah pukul aku sebab dia tak nak aku jadi perempuan jahat. Tapi… bila Hud muncul aku makin terdera Nay. Di mata ayah aku, aku adalah anak dia yang jahat dan ayah pukul aku macam aku bukan anak dia Nay.” luah Sakinah bersama deraian air mata. Nayli sudah teresak-esak.  

“Kin….” tangannya usap lengan Sakinah. Gadis itu pula tekup muka dan menjerit kuat.

“Aku yang sepatutnya mati. Buka nek Wan. Bukan juga ayah aku. Aku yang patut mati Nay. Akuuu!!!” Jerit Sakinah kuat lalu Nayli tarik gadis itu ke dalam pelukannya. Dia peluk Sakinah erat agar gadis itu tidak akan rasa keseorangan.

“Kin, kau cerita kat aku yang sebenarnya. Kau cerita semuanya Kin biar beban yang kau tanggung akan beransur pergi. Kau cerita kat aku Kin. Aku sanggup tadah telinga aku Kin.”

Sakinah geleng. Dia tidak sanggup mengungkit kembali cerita lampau namun pujukan Nayli buat dia angguk juga. Bersama dengan linangan air mata yang tak habis dia mula singkap kembali memori yang telah lama dia benam jauh ke dasar bumi. Biar semuanya terluah dan Nayli akan menjadi saksi pada cerita yang sudah lama terkubur.

Sakit. Begitu sakit hatinya hingga dia serasa mahu mati.

Nay… kau kena tetap dengan aku. Jika kau tak ada aku akan mati sebelum mati.

omg... hud buat apa ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience