Bab 61

Fanfiction Series 42303

Dia menanti dengan sabar. Cermin besar yang menampakkan suasana Kuala Lumpur waktu malam yang cantik tidak dapat menenangkan perasaannya yang bergolak. Dia geram. Geram dengan sikap Nana yang tidak semenggah. Dia juga ada had sabar yang perlu dihormati. Tambah lagi dia seorang suami! Suami yang sah dari sisi Islam dan juga undang-undang. Matanya menangkap satu kereta Range Rover hitam di bawah. Disebabkan rumahnya tidaklah begitu tinggi, dapatlah dia melihat sesiapa yang keluar masuk dari pintu pagar. Matanya di kecilkan saat satu sosok wanita yang amat dikenalinya keluar dari seat penumpang. Nana! Jerit hatinya kecil. Dia mengukir senyuman. Walaupun dirinya masih lagi geram. Lauk pauk yang telah dimasak olehnya petang tadi, dipandang sepintas lalu. Mesti Nana suka! Dia sanggup tahan lapar disebabkan nak makan bersama isterinya. Namun senyumannya mati saat matanya tertangkap satu sosok lelaki yang baru sahaja keluar dari seat driver. Dia kenal sangat lelaki itu! Brian. Macam mana dan apa hal yang menyebabkan mereka berdua bersama sehingga larut malam sebegini? Dia tertanya. Hatinya kembali membara api. Kelihatan Nana tersenyum manis kepada Brian. Dia geram! Bertambah geram! Genggaman di tangan dikepalkan. Matanya tajam menikam kereta milik Brian menyusur keluar ke jalan raya. Beberapa minit selepas itu, kedengaran bunyi lock pintu ditekan dan dibuka. Dia yang bersandar berdiri pada kepala sofa, menyilangkan tangan dan memandang tajam Nana yang sedang membuka kasut. Tidak langsung memandang wajahnya. Apatah lagi senyuman! Kelihatan Nana terus berlalu di hadapannya tanda menghiraukannya di sini.
"Nana... Jom makan dengan saya. Dari lunch tadi saya tak makan. Ni saya ada masakkan lauk." ajak Tengku Nabil. Dia cuba memujuk. Nana tidak menjawab dah berlalu pergi.
"Nur Hanna... Temankan saya pun takpe. Please?" pujuk Tengku Nabil lagi. Masih cuba menahan amarah. Walaupun sekarang dirinya telah membakar. Belakang badan Nana dipandang. Tiada jawapan. Nana terus melangkah pergi.
"Nur Hanna bt Dato Keith!!" naik satu oktaf Tengku Nabil. Dia telah hilang sabar. Tak sepatutnya dia sebegitu, namun sikap Nana membuatnya hilang sabar. Dia tahu dia salah. Tapi sebegini ke hukuman terhadapnya? Nana terhenti,tapi tidak menoleh.
"Sampai bila kita nak macam ni? Awak tiada usaha ke untuk baiki kembali hubungan kita? Sayang saya tiada makna ke untuk awak? Saya ni siapa pada awak Nana? Saya ni husband awak Nana! Husband sah awak. Saya tunggu awak petang tadi dekat hospital semata nak ambil awak. Last-last apa saya dapat? Saya dapat tengok Brian hantar awak larut malam macam ni! Cuba fikirkan saya sekali. Sekali je! Saya tahu saya salah. Tapi begini ke cara awak hukum saya? Seteruk ini ke? Saya penat Nana! Saya pun tahu penat! Saya pun tahu marah! Saya pun tahu sedih! Saya pun tahu kecil hati. Saya bukan manusia tanpa perasaan Nur Hanna! " terang Tengku Nabil. Dia meluahkan segalanya yang terbuku di hati. Air mata menitis di pipinya. Dia tewas! Nana masih tidak berpusing. Masih mendiamkan diri. Air mata dilap.
" Ikut awaklah Nana. Saya dah tak larat. Awak nak buat apa lepas ni awak buatlah. Jangan lupa mandi solat. Tidur awal. Assalamualaikum." tambahnya lagi lalu melangkah melintasi Nana untuk ke biliknya lagi. Lapar yang terasa diabaikan begitu sahaja. Dia takde selera dah! Pintu bilik ditutup tanpa memandang wajah Nana. Dia taknak Nana melihat dirinya yang lemah seperti ini. Walaupun memang dirinya lemah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience