Bab 30

Fanfiction Series 42303

Kereta Boy diberhentikan betul-betul di hadapan pintu masuk hospital, Boy menoleh ke tepinya. Nana dipandang. Risau dibuatnya tatkala mendapat panggilan wanita kesayangannya itu accident. Kelam kabut dibuatnya. Lunch di atas meja ditinggalkan begitu sahaja. Dilihat Nana mengurut belakang lehernya lagi.
"Let me see.." Boy menyelak rambut paras baru Nana ke atas. Ada kesan merah sikit di situ.
"Pergilah check up. Ada merah sikit tu." sambung Boy lagi. Nana mengemaskan rambutnya kembali.
"No its okay... I'm a doctor remember? I know myself. Anyway, thanks! Bye bye" balas Nana lalu turun dari kereta milik Boy. Dia berjalan menuju ke arah pintu masuk.
"Nana!!" jerit Boy di belakangnya. Dia memusing kan badannya.
"I'm picking you up after work!" tambahnya lagi. Nana hanya menunjukkan isyarat OK lalu melangkah pergi. Dia kena cepat! Kang kalau kantoi dengan orang atasan, macam mana dia nak menjawab! Walaupun dia adalah antara salah seorang anak shareholder terbesar di hospital ini, tetaplah kena ikut peraturan. Peraturan tetap peraturan! Kena ikut tak kira pangkat dan usia! Dia berlari anak menuju ke arah lif. Tanpa disangka, peristiwa tadi dilihat oleh Azmir secara senyap-senyap. Kebetulan, sewaktu itu Tengku Nabil menyuruhnya membelikan air dibawah. Hmmmm kena report ni! Bisik hatinya lantas melangkah menuju ke tingkat atas.
***Kelam-kabut dia berlari menuju ke arah pintu bilik Tengku. Ditarik sekuat hati lantas dia berlari menuju ke arah Tengku yang sedang elok berehat di atas katil sambil membaca buku. Ditarik buku yang dibacanya.
"Apehal kau? Aku tengah baca ni kan. Mana air? Bak sini. Lama nau tunggu kau!" Tengku terus mengambil air di tangan kanan Azmir lalu disisip sedikit. Hmmm sedap! Lama tak kena Americano. Dilihat lagi Azmir di sisinya. Kening sebelah diangkat.
"Ape benda?" soalnya melihat Azmir terkedu nak mengeluarkan kata-kata. Dia meletakkan bukunya ke bawah. Airnya diletakkan di atas meja kecil. Dipandang Azmir kembali.
"Tadi aku gi bawah an belikan kau air.. Astu aku nampak... Nampak" cerita Azmir. Siap tangan tu di lambai sana sini nak bercerita. Tengku memandangnya pun pening. Cerita guna mulut bukan tangan!
"Kau ni cerita takyah guna tangan boleh.? Pening aku" tambah Tengku lantas menarik tangan Azmir yang berawangan di udara.
"Isyh kau ni! Fokus fokus!" Azmir memegang kepala Tengku. Betul-betul menghadap muka dia. Anak mata Tengku dipandang dalam dalam.
"Isyh drama betullah kau ni! Cerita jelah! Ni sampai tenung mata orang." marah Tengku lagi.
"Aku nampak ada lelaki hantar Nana tadiii!!" sambung Azmir lagi. Dilihat Tengku terbuntang biji matanya. Melopong mulutnya.
"Hah? Lelaki? Ayah dia kot.. Kau ni pun" balas Tengku menyedapkan hatinya.
"Bukan! Muda lagi!" sambung Azmir lagi.
"Abang dia kot!" sambung Tengku lagi.
"Dia takde abang! Kau tak ingat ke dia just ada adik perempuan." sambung Azmir lagi. Tengku terdiam. Lepas tu... Siapa lelaki tu? Apa hubungan dia dengan Nana?
"Lelaki tu siap kata I'm gonna pick you up after work. Siap wink lagi weyh....!!! Habislah kau, belum start dah kalah!" sambung Azmir lagi. Tengku memandang Azmir di sebelahnya. Kalah? Kalah?? Kalahhhhhhhh??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience