Bab 39

Romance Series 43404

Dia mengurut betisnya yang hampir bertukar menjadi batang pokok setelah hampir 5 jam berdiri sahaja di dalam bilik OT. Menjadi satu cabaran baginya setelah hampir berapa lama tidak menjejakkan kakinya ke tempat itu. Rasanya kali terakhir semasa dia menjadi seorang houseman (HO) lagi. Kebiasaannya tempatnya hanyalah di ED, yang memerlukannya untuk ke sana dan ke sini which means tidak berdiri semata-mata. Dia mengambil tempat di kerusi menunggu untuk waris pesakit. Duduklah kejap,lenguh habis ni. Lehernya diurut-urut perlahan. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Lega betul dapat regangkan badan sana sini. Matanya tertangkap sepasang kasut kulit dihadapannya. Wangian maskulin menunjukkan ianya seorang lelaki. Dia perlahan-lahan mengangkat kepalanya. Dilihat seorang pemuda menghulurkan secawan air panas kepadanya. Dia menjongketkan keningnya tanda kenapa.
"Hye Dr Nana. Remember me?" soal pemuda tadi yang masih menghulurkan air kepadanya. Nana hanya pandang kosong. Siapa ni? Main hulur-hulur je air kat orang. Nak buat muka pun tak boleh, buatnya waris pesakit dah payah pula dia. Orang kata tak profesional!
"As I guess.. You won't take it. Hahahaha. Never mind. Seriously? You tak ingat langsung I?" soalnya lagi lalu mengambil tempat di sebelah Nana. Nana mengesotkan dirinya sedikit lalu menggeleng. Dilihat pemuda itu mengeluarkan sesuatu dari poket dalam blazernya. Sekeping kad nama diberikan kepada Nana. Dia meyambutnya dengan teragak-agak. Dilihat nama yang terpampang, Adrian. Nana berusaha meligatkan otak nya. Siapa? Aku tak ingattt!!
"Patients?" tanya Nana kepadanya. Manalah tahu dia merupakan salah satu pesakitnya , tapi dia terlupa. Pemuda itu tergelak kecil.
"No no.. I, Adrian. Yang vrooooommm and boommm." jelas Adrian sambil buat gaya bawa kereta. Nana mengerutkan dahinya. Vroooom? Boommm? Lagu apa tu? Melihat wajah Nana memang takde tanda mengingatinya, baik dia mengaku sahaja.
"Huh silly girl. Let me introduce myself. I'm, Adrian Lee. I yang langgar kereta you hari tu. Nice to meet you again Dr Nana." terang Adrian sambil menghulurkan tangan. Lahhhhhh engkau ke yang langgar? Manalah dia ingat! Sebab yang uruskan semua tu si Boy. Bukannya dia! Allahu.
" Ouuhh Adrian Lee... Now I'm remember. " jawab Nana tapi tidak menyambut tangannya itu. Melihat Nana hanya memandang salaman yang tidak di sambutnya itu, dia kembali menyimpan tangannya. Nice girl. Jentik hatinya.
"So, how are you that day? Are you okay? I risau sangat. I nak bawa you pergi hospital. Eh aleh-aleh you Dr dekat sini." tambah Adrian ingin memanjangkan conversation. Nana hanya tersenyum sahaja.
"Well, as you can see. I'm okay." jawab Nana pendek. Dia takde kuasa nak berborak sekarang ni. Lagi-lagi dengan lelaki yang dia pun tak berapa kenal.
"Ouh btw... How's the operation? Is it going well?" tanya Adrian kepada Nana.
"Operation?" soal Nana kembali. Dia kini menghadap wajah Adrian. Tampak kulitnya yang putih bersih, tiada pun pori kecil di wajahnya. Ibarat kulit baby. Not bad ~.
"Yeaaa tadi yang you operate tu.. My friend. So how's is it going?" tanya Adrian. Tadi aku borak takde nak pandang aku, bila mention pasal kerja, terus pandang. Now I know.
"Ouhhh lahhh yeke? Yea yeaaa he's okay now. Di transfer ke ICU for awhile. And we need to observe him and then baru proceed next procedure. Don't worry. Operation going well." jawab Nana sambil tersenyum. Tahulah dia perasaan di mana waris menunggu dengan risau sementara orang tersayangnya sedang berlawan di dalam bilik OT. Keluarnya berita bahagia oleh doktor sangat membuatkan hati rasa lega. Teringat pula arwah ibunya. Rindunya ibu.
"Thank you so much Nana. I'm really grateful." Adrian mengambil tangan Nana. Tersentak dia dibuatnya tetiba Adrian memegang kedua tangannya. Terus dia menariknya. Riak wajah gembira tadi bertukar menjadi tajam.
"I'm so.. Sorry. I terlalu happy sangat. Sorry Nana. I mean Dr Nana" tambah Adrian. Tak sangka pula pegangannya ditolak secara kasar, sebelum ni wanita mana pun dia pegang atau tak, biasanya diterima je. Siap dilayan lagi! Nampaknya Nana bukannya seperti wanita lain. Another point!
"No.. Its okay. I mean... Please jangan buat lagi macam ni. Tak inappropriate. Gotta go first." jawab Nana dengan tegas lalu melangkah pergi. Dia berasa tambah rimas pula dengan pemuda bernama Adrian tadi. Main pegang-pegang pula. Nasib baik tak jadi macam pakcik tua gatal haritu. Kalau bukan di hospital, tak fikirkan yang dirinya perlu menjaga imej hospital, takdenya dia nak bertahan dekat situ. Silap hari bulan, pemuda itu yang berada di dalam bilik OT!

Adrian Lee....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience