Sedar tidak sedar, dua minggu telah berlalu sejak kejadian di restoran itu. Nana makin busy dengan kerjanya. Dia telah kembali ke unit emergency seperti biasa. Tengku Nabil pula busy dengan company nya, setelah surut khabar angin tentang projeknya yang terbengkalai. Dia kembali menyusun semangat untuk meneruskan projek tersebut. Benda dah separuh jalan. Kenapa nak stop kan? Baik teruskan. Biasalah dalam business, ada asam garam. Kini mereka hanya berhubungan melalui WhatsApp sahaja. Kadang-kadang calling. Ikut lah bila mereka free. Tidak tentu. Mesej dari Nana dibalas 'Okay. Jangan lupa makan ;-). Saya ada meeting sekejap lagi. Bye. Assalamualaikum'. Dia tersenyum sendirian. Sejak kejadian di restoran, hubungannya bersama Nana semakin akrab. Kini dia tidak perlu mencari alasan untuk contact Nana.
"Boss, meeting jom." ajak Azmir selaku pembantu peribadinya di muka pintu.
"Let's go bro" balas Tengku dengan gembira. Azmir senyum. Perangai rakan baiknya ini semakin elok makin hari. Mesti sebab Dr Nana. Ceria je datang kerja. Kalau tak dulu, tahu serabut macam kucing hilang anak. Terus mereka berdua mengatur langkah menuju ke bilik meeting.
_____
Selepas hampir 2 jam meeting, noti message Tengku berbunyi. Hehehehe, mesti Nana. Terus dia membuka phonenya. Mesej dari Nana dibaca.
'Alright. You too :)'. Dia tersenyum lagi. You too weyh! You too!! Hahahhahahaha. Azmir di sebelah memandang rakannya. Kening sebelah diangkat. Diintai sedikit telefon rakannya itu. Tengku yang perasan terus menutup skrin phonenya. Sibuk betul! Orang nak bahagia pun tak senang duduk!
"Amboiiii dah ada Dr Nana kemain lagi eh kauuu" perli Azmir sambil menyenggol siku Tengku.
"Mana ada. Eh kau ni. Busy body betul. Ni dari kau busy body hal aku, baik kau settle kan proposal projek dekat Shah Alam. Dah siap ke belum? 2 hari lepas lagi aku minta. Potong gaji kang" balas Tengku. Bab gosip mamat ni mengalahkan perempuan! Masalahnya kerja tak berjalan - jalan. Azmir tertelan lidah sendiri. Mukanya berubah. Hihihihi.
"Ni otw lah ni. Otw otw. Chat lah Dr tu chat. Tak mo memarah. Nanti lari Nana tu" terus Azmir angkat kaki menuju officenya. Tengku menjeling. Tahu takut! Dia kembali membalas message Nana. Mesti Nana tengah free sekarang ni, jam di phone menunjukkan pukul 11 pagi. Dah nak dekat lunch. Dia ingin mengajak Nana untuk makan bersama. Tatkala sedang menaip, dia mendapat satu noti dari nombor tidak dikenali. Ditekannya noti tersebut.
'Hi Tengku Nabil. How are you?'. Tengku terdiam. Siapa pula ni? Takkanlah..... Kepalanya digelengkan. Message yang ingin dihantar pada Nana dibiarkan begitu sahaja. Moodnya dah rosak. Terus dia bergerak menuju ke arah officenya. Azmir yang baru keluar dari bilik ingin bertanyakan soal proposal pada Tengku, tidak menjadi hasratnya apabila melihat wajah Tengku. Dah kenapa pula? Gaduh ke? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terus dia patah balik menuju biliknya. Tengku melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia memusing kan badannya menghadap cermin kaca yang menampakkan suasana di kuala lumpur. Panas terik matahari tanda ingin menjelang petang tidak dihiraukannya. Dia kembali termenung sendirian. Dia ke? Takkanlah. Pelbagai soalan meniti di segenap fikiran. Tiba-tiba Azmir berlari masuk ke dalam ruangan pejabatnya. Terkejut dibuatnya. Lantas pandangan dilemparkan kepada Azmir yang tercungap-cungap mengambil nafasnya. Dia memandang pelik.
"Kau dah kenapa gila? Terkejut aku. Apehal kau ni muka macam nampak hantu je" soal Tengku dengan nada tinggi. Dahlah dia tengah fikir benda lain tadi. Azmir masih mengambil nafasnya. Di tangannya terdapat sebuah ipad.
"Kau sebelum aku hempuk kau. Baik kau duduk cepat" marah Tengku. Azmir terus mengambil tempat duduk. Tangan diisyaratkan dengan sekejap.
"Ni... Ni aku nak.. Nak tunjuk something kat kau. Ni bukan hantu. Tapi lagi teruk dari hantu!" balas Azmir setelah mengambil nafas. Ipadnya diberikan kepada Tengku. Dilihat pada skrin, tertulis satu artikel Harian Metro ; 'Model terkenal, Elisya telah kembali ke Malaysia setelah hampir 5 tahun mengembangkan kerjayanya China.'. Tengku menggengamkan tangannya. Dia balik! Fikirannya di jengah message tadi. Betullah dia! Terus dicampak kan ipad itu di atas meja nya, pandangan dikeluarkan. Geram apabila teringat bagaimana dia diperlakukan oleh seseorang yang pernah dia sayang dan cintai sepenuh hatinya. Azmir terkedu melihat air muka rakannya. Berubah 200%. Alamak! Salah ke aku bagitahu? Aduh kau ni menempah maut betullah Azmir! Padahal dia tahu isu tu, isu yang paling sensitif dan tak boleh disentuh oleh sesiapa pun. Pantang larang!
Share this novel