Bab 28

Fanfiction Series 42303

Seusai breakfast sebentar tadi bersama Azmir, dia meminta diri untuk kembali ke officenya. Ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Tugas seorang doktor bukanlah mudah. Sekejap layan patients, sekejap buat report, sekejap kena round. Macam tulah. Lagi-lagi apabila dia di transfer sekali lagi ke medical ward disebabkan Tengku Nabil memintanya sekali lagi menjadi doktor incharge. Dia melabuhkan duduknya di atas kerusi. Kelihatan beberapa buah kerusi masih tersisa kosong. Breakfast lagi kot. Dia terus membuka pcnya kembali. Ingin meneruskan kerja. Saat sedang jemarinya menari di atas keyboard, dentingan notifikasi dari telefon bimbitnya berbunyi. Dia berhenti seketika. Diangkat skrin telefonnya, terdapat satu message dari Boy. Dia membuka message tersebut. 'About that man, that followed us. Ive found something'. Riak muka Nana berubah. Apabila isu tentang lelaki itu dipetik, pelbagai perasaan mencerlung ke dalam hatinya. Pastinya bukan perasaan yang bahagia. Dia menggenggam telefon ibarat mencekik lelaki itu.
"Nana?" soal seseorang sambil memegang tangannya. Disebabkan terkejut, dia terus wristlock orang tersebut. Terdengar rintihan daripada suara itu.
"Adeh deh dehhhh sakit sakit... Huaaaa patah tangan aku nanti Nana! Lepasssss!!" rintih Aisyah sambil berusaha meleraikan pergelangan tangannya itu. Terus Nana melepaskannya.
"Eh sorry sorry.. Tindak balas refleks! Kau okay tak?" soal Nana terburu-buru. Dilihat Aisyah sedang mengelus pergelangannya. Akibat mindanya kebawa lelaki itu, secara tidak sengaja dia menghamburkan marahnya pada sahabat baiknya ini.
"Sakit lah woi! Huaaaaa....kau dah kenapa?" soal Aisyah. Tak pernah-pernah dia melihat Nana sebegini. Kebiasaannya Nana seorang yang ceria. Namun saat dia memasuki officenya tadi, kelihatan air muka Nana berubah. Riak wajah yang tak pernah dilihat. Namun, riak itu sangat menggerunkan.
"Errr takde pape. Aku termenung tadi! Yang kau ni terkejut kan aku siapa suruh! Kan dah mendapat haaa haaaa.." balas Nana. Dicapai tangan Aisyah. Merahnya. Terus dia mengambil emergency kit untuk merawat.
"Sorry.. Aku tak sengaja. Banyak sangat prob kebelakangan ni. Harap kau faham" jelas Nana kembali sambil menyapu ubat pada pergelangan tangan Aisyah yang dah berubah warna kebiruan. Terseliuh terus dibuatnya!
"Slow slow... Sakit sakit.. Kau kalau lagi sekali wristlock aku. Aku potong tangan kau nanti!" balas Aisyah kembali. Habis kerjanya harini tergendala. Pergelangan tangannya yang telah dibaluti bandage dipandang. Huaaaaa... My precious hand!!
"Iyaa iyaaaa nanti aku inform sister ye. Kau ambil cuti half day harini. Sorry okayyy" pujuk Nana kembali. Dilihat Aisyah merajuk. Isyh minah ni! Deringan telefon bimbitnya berdering. Kelihatan panggilan daripada Boy. Dia mengangkat panggilan itu.
"Yes kenapa?" soal Nana lalu berdiri menjauhi Aisyah. Manalah tahu private things. Dia memandang Aisyah dari jauh.
"Hah nanti datang jelah. Okay. Okay bye.." sambung Nana lalu mematikan panggilannya. Dia melangkah mendekati Aisyah semula.
"Jom aku hantar kau balik eh" pujuk Nana kembali. Dipaut lengan rakannya itu dengan lembut. Perempuan ni kalau sakit mengalahkan orang bersalin! Semuanya kena layan manja. Nasib baiklah aku sayang kau Aisyah. Mereka berdua menuju ke tingkat bawah. Saat ingin melintasi pintu utama, mereka bertembung dengan Tengku Nabil di lobby. Kelihatan Tengku Nabil dan Azmir baru sahaja keluar dari Cafe.
"Eh awak nak pergi mana tu?" soal Tengku. Dia memandang Nana memaut lengan Aisyah di sebelahnya.
"Ni saya nak hantar Aisyah balik. Tangannya di ada problem sikit." balas Nana.
"Problem sikit? Sikittt?!! Ini kau kata sikit Nana? Kalau aku tumbuk kauuu -" belum sempat Aisyah melawan, Nana menutup mulutnya dengan sebelah lagi tangan. Kelihatan Aisyah meronta minta dilepaskan.
"Hehehe saya gerak dulu ye Tengku. Jangan merayau banyak sangat. Awak baru je nak elok tu. Nanti saya datang balik. Bye bye" sambung Nana lalu melangkah pergi bersama Aisyah. Saat tiba di kereta miliknya, dibuka pintu passenger seat untuk Aisyah. Aisyah melihatnya atas bawah. Merajuk lagi lah tu.
"Masuklah tuan puteri.." pelawa Nana ala-ala seorang putera menyuruh puterinya memasuki kereta labu. Aisyah menyengih lalu memasuki keretanya. Nana menggeleng. Haih apo nasib ku ini.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience