Ting tong! Ting tong! Ting tong! Dia yang sedang tidur mengerutkan dahinya. Siapa yang kacau tidur lena aku ni? Ditekupkan kepalanya dengan bantal di sebelah. Lantak kau lah! Aku nak tidur! Terus dia kembali melelapkan matanya. Cuaca yang sejuk menambahkan enaknya lena pagi itu. Kedengaran lagi bunyi loceng di bunyikan. ARGHHHHHHH!! Terus dia bangkit dari tidur. Rambut yang kusut masai dibiarkan. Dia bergegas menuju ke pintu rumahnya. Tombol dipintu dipulas dan ditarik kasar. Muka Boy di hadapan di pandang tajam.
"Kau ni kalau aku tumbuk kau, tak pasal tau. Kau adakan kunci rumah. Apehal tak buka sendiri!" marah Nana sambil menghentakkan kakinya. Dia menuju ke arah sofa di ruang tamu. Boy mengekorinya dari belakang. Dari belakang, Boy mengusap kepala Nana lalu membetulkan rambutnya. Nana mendiamkan diri. Geram tidurnya diganggu!
" Morning princess. Dah breakfast?" soal Boy dengan lembut. Ey baru bangun pun comel! Nana mencebikkan bibirnya.
"Pancake nak? Ke nak soft boiled egg? Or French toast?" tambah Boy lagi. Dia cuba menarik minat Nana.
"French toast and soft boiled egg please" sambut Nana dengan riang. Pasal makanan laju je! Terus okay moodnya. Dia menuju ke arah kerusi tinggi di dapur. Dilihat Boy atas bawah. Simple sahaja pakaiannya! Baju sweatshirt berwarna biru laut. Seluar slack berwarna putih. Not bad! Boy yang sedang memakai apron perasan anak mata Nana sedang memandangnya. Di hampiri muka Nana, hidungnya dicuit. Nana tersedar.
"Apa ni sentuh-sentuh? Kaki kang" marah Nana sengaja. Boy hanya ketawa perlahan. Telur 2 biji diambil dan dimasukkan pada pan yang dah dipanaskan. 4 keping roti di masukkan pada toast. Nana memangku kepalanya. Bila nak siap ni? Laparnya! Perutnya mengeluarkan bunyi. Tambah pula dengan bau masakan Boy ini. Pergh! Terliur habis. Keluarganya dan keluarga Boy memang rapat dari dulu lagi. Memang tidak diragukan betapa akrab nya hubungan mereka. Dianggap Boy macam abangnya sendiri! Jarak umur mereka beza 3 tahun tidak menghalang mereka daripada berkawan rapat. Seusai siap menyediakan breakfast, dibawa kedua piring pinggan di atas meja tinggi itu. Nana kegirangan. Terus disuap satu mulut. Erm sedapnya! Ibu jari diangkat.
"So Nana, nak pergi bila?" soal Boy memecahkan suasana. Dia memandang Nana yang sibuk makan. Slowly lah! Takde siapa nak rebut makanan tu.
"Today? Kau free ke?" soalnya kembali. Dilap sedikit hujung bibirnya.
"Aku dah ambil cuti dah. For you princess." loya buruk dah datang! Uwek! Sebaik aku tak muntah dekat sini.
"Okay cun. So around 2 pm nanti kita gerak lah. Aku nak siap-siap lagi" jam di dinding dipandang menunjukkan pukul 10 am.
"No prob boss." Nana baru teringat!
"Ouh yea. Kita naik kereta aku jelah eh! Rindu nak drive my baby!". Kereta prosche berwarna matte black terbayang! Baby!! Rindunya. Boy mengukir kan senyuman di bibir. Anything for you princess.
***Deruman enjin porsche bergema di ruangan penthouse nya. Dia bergegas menuju ke arah luar. Kelihatan kereta porsche nya menuju ke arahnya. Wow! My baby! My baby! Myyyy babyyyyyy!! Jeritnya kecil! Dia terus menerkam keretanya.
"My Babyyyyyy!!" Jeritnya sambil memeluk kereta itu. Boy yang melihat tergelak kecil.
"Amboi peluk baby ni jeke? Baby ni tak nak peluk?" soal Boy sambil menunjukkan kepada dirinya. Nana hanya menjelir kan lidah. Ada hati baby! Dia memang ada tinggalkan aset di beberapa buah negara, mudah kalau nanti dia ke sana. Ada pengangkutan sendiri, rumah sendiri. Tak payah pening kepala. Macam ni UK, semua aset ya diuruskan oleh Boy. Termasuk babynya ini.
Saat ingin masuk ke dalam kereta miliknya, dia ditarik dari arah belakang dengan perlahan. Terpusing sedikit badannya. Terbantut niat nak masuk kereta. Wajah Boy dipandang.
"Kenapa tak pakai shawl? Sejuklah kat luar ni. Nampak tu telinga hidung dah merah" kata Boy sambil melilitkan shawl tebal pada leher Nana. Akibat terlalu gembira, Nana lupa ingin mencapai shawlnya yang tergantung. Dia hanya gelak kecil. Hehehehe.
"Done, jom!" balas Boy.
"I'll drive!" jerit Nana terus masuk ke seat driver! Dah lama tak naik woiiii. Seat belt dipakai. Bumbung porsche dibiarkan terbuka. Ingin menikmati cuaca di UK itu. Cermin mata hitam jenama Dior dipakai. Dipandang Boy di sisinya.
"Let's gooooooo" jerit mereka berdua lalu kereta dipandu menuju ke jalan raya. Deruman keretanya menarik minat setiap pejalan kaki di tepi jalan. Lagu milik Bruno Mars menitidi bibirnya. Tangan menari mengikut irama lagu. Sekali sekala terdengar suara gelak dari Nana mendengar lawak Boy itu. Sungguh, dia selesa bila berada di samping Boy. Seperti, dia selesa di samping Tengku. Nama Tengku Nabil terlintas difikirkannya. Lantas lantunan lagu terhenti. Teringat kembali saat dia bersama Tengku Nabil.
Boy di sebelah pelik, kenapa tetiba diam?
"Nana? Nana? Are you okay? Fikirkan apa tu?" soal Boy di sebelah memecahkan lamunannya.
"A.? Ahhh.. Nothing hehehe. Eh depan sana kiri kan?" balasnya menukar topik. Boy hanya mengangguk.
From now on, saya akan up sikit - sikit. Sebab nak bagi u olls 'derita'. Hahahah. I mean nak bagi uolls tertunggu-tunggu next chapter! Keep waiting and support me! Thank you guys! <3
Share this novel