Luggage yang berwarna coklat ditarik bersama setelah melepasi gerbang masuk. Nana membetulkan rambutnya yang agak kusut akibat ketiduran di dalam kapal terbang tadi. Dia pun tidak tahu bagaimana boleh terlelap. Ini mesti disebabkan semalam Tengku Nabil memintanya temankan dirinya satu malam itu. Katanya nanti tak jumpa lima hari. Walhal 5 hari sahaja pun. Diikutkan juga kemahuan sang suami. Telefon di poket blazer labuh berwarna Brown diangkat. Panggilan daripada sang suami.
"Hey sweetheart!! Dah sampai ke?" soal Tengku Nabil dari hujung talian. Nana tergelak kecil. Terbayang wajah suaminya.
"Baru je sampai abang. Ini Nana tengah tunggu cab." jawab Nana. Matanya masih tercari seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk mengambilnya hari ini. Jam di tangan di tilik. Hmph! Menyampah betul nak tunggu - tunggu. Walhal dia telah bagitahu sebelum berlepas dari Malaysia tadi.
" Ouhhhh nanti sampai hotel bagitahu tau. Jangan lupa hantar pic! Miss you sweetheart. Love you!!" ujar Tengku Nabil. Memerah wajah Nana apabila Tengku Nabil berkata sebegitu. Alahai abang, jangan sampai Nana terbang ke Malaysia balik.
"Alrighttt boss. Miss you too!" jawab Nana. Andainya sang suami berada di depan mata. Pasti dipeluk gomol dirinya.
"Miss you too je? Yang lagi satu tu?" tanya Tengku Nabil. Sengaja ingin menyakatnya. Lagipun, Nana jenis susah nak keluarkan kata-kata manis. Macam ada emas dalam mulut. Tiap kali dia kata Love you, tiap kali itulah Nana mengelat ingin membalas. Tapi tidak mengapa, dia tahu, Nana cintakan dirinya juga. Mungkin perlu ambil masa untuk dikatakan.
"Isyh abang ni. Ada ada jee. Ni cab Nana dah sampai. Nanti Nana call balik ye. Assalamualaikum. Byeee" terus Nana menutup panggilan. Tidak sanggup menjawab soalan suaminya sebentar tadi. Kereta Lexus berwarna putih di pandang. Kelihatan seseorang yang agak dikenalinya menuruni seat pemandu. Wajah yang agak ganas itu dipandang. Tattoo di tangan masih tersergam elok. Perlahan sang lelaki itu menghampiri dirinya. Nana menurunkan sunglasses yang dipakainya. Bau arak dari badan lelaki itu memeritkan hidung Nana. Berkerut dahinya menahan bau busuk itu.
"How many times do I have to tell you? Do not drink when you're with me! And you drive here?! After drinking? Are you gonna kill me?" marah Nana. Kelihatan sang lelaki itu tersenyum senyum. Suka agaknya lihat Nana memaki dirinya.
"I'm so sorry Ms Nana. Don't worry.. Chillz..How's your flight?" tanya sang lelaki itu.
"Give me your key. I will drive." suruh Nana sambil menghulurkan telapak tangannya meminta kunci. Si lelaki itu hanya memandang kosong.
"I said give me your key, Sam! Do not let me repeat for the same thing over and over again!" tegas Nana lagi. Si lelaki ni dah lama tak pekena dengan aku agaknya. Main-main pulak! Terus kunci kereta diberi kepada Nana. Nana menolak ke arah Sam luggagenya menggunakan tangan lagi sebelah. Sam yang faham dengan tindakan itu segera mengambil luggage milik Nana. Baru sahaja dia ingin bergurau dengan Nana, namun apabila dia dijerkah sebegitu. Terkejut dirinya. Garang macam dulu!
***Saat dia melangkah masuk ke dalam penthouse nya, Nana disambut mesra oleh beberapa orang wanita berpakaian maid.
"Welcome home Ms Nana." ujar mereka beramai secara serentak. Siap membongkok kan diri mereka tanda hormat.
"Thank you guys. Sorry but I have something to do. Maria, could you please help me to put my luggage upstairs?" jawab Nana lalu menunjukkan ke arah luggage yang dipegang oleh Sam di belakangnya. Maria, merupakan salah seorang maid segera mengambil luggage tersebut dan berlalu pergi ke atas.
" Come. " arah Nana kepada Sam di belakangnya. Mereka berdua terus menuju ke arah salah satu private room. Baru sahaja ingin melangkah masuk, telefon bimbit berbunyi. Tatkala melihat skrin telefon, Nana menepuk dahinya. Alamak! Lupa pula nak call. Masaklah aku! Nana menekan butang hijau. Panggilan video diangkat. Terpapar wajah Tengku Nabil. Nana mengawangkan tangannya menyuruh Sam untuk berlalu pergi.
"Lupa ehhhhh??" soal Tengku Nabil. Nana mengukir senyuman kambing.
"Sorry abang... Nana terlupa. Tadi sibuk unpack barang-barang." jawab Nana. Matanya sengaja dikebilkan. Memujuk katanya!
"Laaaa yeke? Sorry lah abang kacau sweetheart. Dah siap unpack barang ke?" soal Tengku Nabil lagi yang masih berbaju kerja. Kat office lagi kot...
"Belum lagi abang... Banyak lagi nak unpack. Lepas tu nak mandi pula. Badan dah rasa melekit. Tak selesa" jawab Nana lagi. Dia membuat muka tak selesa. Ini kalau ada anugerah bintang terkenal, dia lah menjadi orang yang pertama gapai piala itu.
"Alololo kesiannya sweetheart ni. Takpelah unpack barang dulu. Then mandi. Lepas tu kita sambung borak ye. Miss you sayang! Jaga diri kat sana tu tau. Love you." kata Tengku Nabil sebelum menamatkan panggilan. Nana terasa ada yang memandangnya. Dia melirik ke tepi. Kelihatan Sam memandangnya sambil ternganga mulut. Nasib baik lalat tak masuk!
" What?! "soal Nana. Mukanya membahang menahan malu. Dia segera berdehem.
" Wow... Unbelievable! " ujar Sam. Siap bertepuk tangan lagi. Betul ke ini Ms Nana yang dia kenal? Macam langit dengan bumi!
" Enough. Let's proceed. " tegas Nana lalu melangkah masuk ke dalam private room. Sam hanya tergelak kecil dan mengekorinya dari belakang.
***Satu sampul file berwarna coklat diberikan kepada Nana. Nana membuka tali file tersebut. Beberapa keping gambar dan kertas saiz A4 dibelek satu persatu. Kelihatan wajah satu lelaki. Walaupun dia tidak pernah melihat wajah tersebut, namun entah mengapa dadanya terasa berombak panas. Dia menatap tajam gambar tersebut.
"As you can see. It's him. He was the one that tried to rape your sister. His name is Zain. He's a drug dealer. He was one of the most wanted criminals in UK. But unfortunately, he's getting away. And so far I know, now he's in Malaysia. About how he's getting away, I've still investigating." terang Sam. Nana mengepalkan tangannya. Dadanya makin berombak kencang. Terasa darah berderu laju dalam badannya. Teringat saat Mawar hampir sahaja ditangkap olehnya di Mall. Mujurlah Tengku Nabil sempat menyelamatkan Mawar.
" But just asking... Why now? "soal Sam lagi. Nana mengangkat wajahnya. Kening dinaikkan.
" I mean... Why is he showing up now? I mean before this, he's been hiding so well. But suddenly, he's showing up. It's just like... A trap? " tambah Sam lagi. Kata-kata yang keluar itu menari di fikiran Nana. Ada betul juga. Kenapa sekarang baru nak muncul? And kenapa tiba-tiba dia dedahkan identiti sendiri yang Nana dan keluarganya bersusah payah nak cari identitinya? Ada benda yang dia terlepas pandang.
"Anyway, I need more information. Gather all of our people, and get him. ASAP!" tegas Nana. Sam menundukkan kepalanya lalu melangkah keluar. Membiarkan Nana berseorangan di dalam private room. Nana memusing kan kerusinya. Dia membangkitkan diri dan menghampiri dart board. Kepingan gambar Zain tadi di lekatkan pada dart board. Nana melangkah perlahan ke belakang. Perlahan tangannya membuka laci meja, dan mengeluarkan sebilah pisau jenis Colombia. ZAPPPPP!! Pisau tadi menembusi gambar tersebut. I will get you Zain! I will!! Nana menjerit di dalam hatinya.
Share this novel