Hidung berair dilapkan guna tisu dan dicampak ke tepi. Selimut ditarik menutupi paras dadanya. Kepalanya terasa berat. Matanya di pejam rapat. Telefon yang berbunyi di tepi katil dibiarkan berbunyi. Dia tak larat langsung nak bangkit. Badan diiring ke kanan. Mencari posisi yang selesa. Dia pun tak tahu macam mana boleh jatuh sakit. Matanya dibuka kecil, melihat jam di meja kecil. Pukul 9 am. Ahhh lantak lah. Detik hatinya. Tak sampai beberapa saat, dia telah dibuai mimpi.
***Dia membuka matanya. Kelihatan dirinya kini berada di satu taman bunga yang sangat luas. Di tilik dirinya pula, berbaju dress putih. Aku kat mana ni? Rambut yang ditolak angin dibiarkan sahaja. Matanya memandang sekeliling.
"Hello?" jerit Nana. Kakinya melangkah menuju ke arah tasik yang berdekatan dengan taman bunga tersebut. Terdapat jeti kecil yang menyambungkan tasik dari tepian taman. Di hujung jeti tersebut, terdapat sebuah piano yang agak klasik bentuknya. Matahari yang terik meminimakan pandangannya. Dia cuba menghalang menggunakan tangannya. Matanya di kecilkan. Telinganya menangkap bunyian petikan piano. Dia perlahan bergerak ke arah piano tersebut. Jika tadi dipandang, hanya sebuah piano klasik, namun kini apabila difokuskan, dia melihat satu lelaki yang membelakanginya sedang bermain piano.
"Hello?" jeritnya kecil bagi menarik perhatian lelaki tersebut. Namun, panggilannya dibiar sepi. Alunan piano itu sungguh menenangkan suasana. Angin sempoi bahasa sesekali meniup lembut pipinya. Dia meneruskan langkah menghampiri lelaki tersebut. Kini, dia berada di belakang lelaki itu. Tangannya cuba menggapai bahu lelaki yang membelakanginya.
"Hello sir?" soalnya lagi. Saat tangannya menyentuh bahu lelaki tersebut, dia berhenti bermain piano dan perlahan berpusing menghadapinya. Setelah mengamati wajah itu, barulah dia perasan.
"Tengku Nabil? Apa awak buat kat sini?" soalnya lagi. Terkejut dia saat melihat dia dan Tengku Nabil berada di tengah-tengah tasik. Namun, pertanyaannya hanya dibalas dengan senyuman manis. Dia pelik. Perlahan tangan Tengku Nabil menyentuh pipinya. Dia terkedu. Mata memandang wajah Tengku Nabil di hadapan. Anak mata mereka bertembung.
"Hanna..." sayup namanya dibibir Tengku Nabil. Dia hanyut. Hanyut dengan pandangan cinta Tengku Nabil. Terlihat indahnya perasaan yang disimpan olehnya. Jika ini mimpi, mohon dilamakan lagi. Biarkanlah dia bergolak dengan perasaan bahagia seperti ini. Walaupun hanya dalam mimpi. Perlahan wajah Tengku Nabil merapati wajahnya. Apa ni? Dia nak kiss aku ke? Eh mana boleh! Tak halal lagi! Apa ni? Macam mana ni? I can't do this. I can't! Dia memejam matanya dengan rapat. Terasa hembusan nafas Tengku Nabil di hidungnya. Setelah beberapa detik, dia membuka matanya perlahan. Terlihat Tengku Nabil hanya tersenyum manis lalu menjarakkan wajah mereka. Hidung mancung miliknya dicuit halus.
"Jom kahwin" ajak Tengku Nabil. Nana tergamam. Apa lagi kejutan dari dia ini? Kahwin? Biar betul.
"Errrr.... Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni?" soal Nana kembali. Belum sempat Tengku menjawab, terdengar bunyi tembakan yang sangat kuat dari arah belakangnya. Sekelip mata sahaja, kini posisi dirinya yang tadi berhadapan tasik berubah ke posisi menghadap taman. Dirinya di dalam pelukan Tengku Nabil. Dia terkejut. Anak matanya menangkap satu sosok lelaki berbaju hoodie hitam sedang memegang sebuah pistol. Dia membuntangkan matanya. Tangannya yang memeluk belakang Tengku terasa kebasahan. Dia menolak badan Tengku perlahan.
"Awak..." soal Nana kembali. Air mata mengalir di pipinya. Dia melihat baju kemeja berwarna putih yang dipakai Tengku Nabil kebasahan dengan darah. Wajah Tengku Nabil dipandang. Pucat. Perlahan badan itu jatuh menyembah bumi. Dia memangku kepala Tengku Nabil. Bajunya juga telah kotor dengan darah. Dia melihat sosok lelaki tadi telah menghilangkan diri. Di tepuk pipi Tengku Nabil beberapa kali.
"Nabil... Nabil.... Bangun bangun... No no" ujarnya saat melihat Tengku Nabil tidak membuka matanya. Dia menangis keesakkan. Tiada sesiapa yang dapat membantunya disitu. Tiada sesiapa! Dia cuba menjerit meminta tolong. Namun ibarat kawasan itu tersorok. Hanya dirinya dan juga Tengku Nabil. Apakah pengakhiran kisah kita begini? Tak nak! Aku tak sanggup! Please don't leave me!
"Nooooooooo!!" jeritnya lagi. Lantas dia membuka matanya. Berderu cahaya dari celah langsir biliknya memasuki anak mata hazelnut miliknya. Dia cuba mencari nafas kembali. Telinganya terdengar derapan tapak kaki bergegas menuju ke arah biliknya. Perlahan tangannya menyusuri bawah bantal, cuba menggapai pistol. Dia memandang ke arah muka pintu biliknya yang terbuka luas. Mimpi tadi menghantui dirinya.
"Kenapa Nana?" soal Tengku Nabil di muka pintu dengan apron di badannya serta senduk di tangannya. Dia terkejut. Tengku Nabil..... Terus dia berlari dan merangkul badan milik Tengku Nabil. Air mata mengalir di pipinya. Terasa belakang badannya diusap perlahan.
" Shhh Shhh kenapa ni?" bisik Tengku perlahan di telinganya.
"Give me 5 minutes please..." jawab Nana lagi. Dia ingin menenangkan dirinya. Mimpi tadi ibarat petanda baginya. Adakah buruk? Adakah baik? Dia tidak tahu! Yang dia ingin saat ini, dia ingin Tengku Nabil selamat! Ada depan matanya setiap masa.
Share this novel