Dia baru sahaja selesai membersihkan diri. Dirinya ibarat dimakan perasaan gelora sendiri. Teringat pula tatkala Nana menegurnya buat pertama kali saat melangkah masuk ke dalam rumah. Sejujurnya, dia terkejut. Namun dalam kejutan itu, terubat juga rasa marahnya. Pada awal lagi, dia sudah memaafkan Nana. Cuma sengaja memberi pengajaran sedikit agar isterinya itu lebih matang dalam hubungan. Barulah hubungan mereka tahan lama dengan usaha kedua pihak. Rambutnya yang basah dilap dengan tuala kecil. Baru sahaja ingin melabuh duduk, telinga nya menangkap bunyi bising dari arah luar. Disambung dengan jeritan Nana. Bergegas dirinya berlari keluar dari bilik. Saat tiba di dapur, dia melihat Nana jatuh terduduk dengan tangan dan peha miliknya memerah. Kuali kecil di hadapannya dipandang. Paket Maggi bertaburan di atas lantai.
"Kenapa ni?!" tanya dia risau. Melihat keadaan Nana dan dapur yang ibarat kena tsunami. Terasa serba salah menyelubungi diri tatkala melihat air mata isteri kesayangannya itu berjurai.
"Huaaaaaaaaaa !!" Nana menghambur kan tangisnya. Segera dia mendapatkan Nana yang sedang terduduk. Dipapah bahu Nana untuk berdiri.
"Meh sini bangun dulu." ujar Tengku sambil memegang Nana. Mencuba bantu Nana bangun. Dia melalukan air paip pada tangan Nana. Bagi hilang panas tu. Setelah itu, dia mencuba lagi membantu Nana untuk berjalan.
"Tak... Bolehhhhh.." tangis Nana lagi. Kakinya terasa pedih. Tangannya pedih. Semua pedih! Terhambur lagi tangisannya.
"Okay okayy.. Takmo lah nangis. Meh saya dukung awak" pujuk Tengku Nabil sambil mengelap air mata yang bercupak keluar. Dia mengangkat Nana menggunakan tangannya. Nana membenamkan wajahnya ke leher milik suaminya.
"Okay duduk dulu.. Saya ambil ubat ye..." ujarnya lalu bergegas ke dapur untuk mendapatkan emergency kit di atas peti sejuk dan kembali ke sebelah Nana di atas sofa. Dia menilik tangan Nana yang kemerahan. Ubat di ambil dan disapu perlahan. Kedengaran suara Nana berdecit menahan sakit.
" Shhh tahan sikit ye.... Sikit je...." pujuk Tengku Nabil sambil menyapu ubat. Dia memandang wajah Nana yang kemerahan.
"Okay done. Peha pula. Meh sini letak atas kaki saya." sambungnya lagi. Dia menepuk-nepuk kedua peha nya. Nana menggeleng.
"Sini letak sini..." katanya lagi. Apa yang dimalukan sangat? Bukannya dia tak pernah melihat aurat Nana. Malah halal lagi untuknya. Nana menggeleng lagi.
"Alah apa yang dimalukannya. Saya ini suami awak sweetheart. Awak halal untuk saya, saya halal untuk awak." pujuknya lalu mengambil kedua kaki Nana dan diletakkan ke atas pehanya. Sejujurnya, tatkala kulit tangannya menyentuh kaki Nana yang hanya berseluar pendek, dia berdebar. Namun, dia hanya membuat muka bersahaja. Perlu kawal macho! Dipicit krim ubat dan disapu perlahan ke peha milik Nana. Sedang menyapu ubat, Nana bersuara.
"Awak... Huk.. Saya.. Nak minta maaf. Saya tahu saya ego sebelum ni. Saya keras kepala. I'm so sorry..." ujar Nana memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Terhenti seketika perbuatan Tengku Nabil. Dia terkedu Nana meminta maaf kepadanya.
"Saya minta maaf sebab buat awak kecil hati dengan perangai saya. Saya harap awak-" belum sempat Nana menghabiskan ayatnya. Dia menjawab.
"Sweetheart..saya yang patut minta maaf. Tak sepatutnya saya keluarkan kata-kata macam tu pada awak. You're my wife. Saya sepatutnya mengalah dan cuba untuk memujuk. Maafkan saya juga sebab tinggikan suara pada awak. Sweetheart, maafkan saya ye?" sampuknya lagi. Dia memandang wajah Nana. Mencari jawapan. Jika Nana telah terbuka hati sehingga meminta maaf kepadanya, kenapa dia nak teruskan merajuk? Senyuman diukir. Lama rasanya dia tidak tersenyum kepada isterinya ini. Saat dia menghabiskan ayatnya, Nana terus memeluknya.
"Thank you awakkk... Thank you sangat-sangat." jawab Nana. Dia gembira! Gembira apabila dirinya dimaafkan oleh insan bergelar suami. Entah apa yang special dia pun tidak tahu. Namun perasaan yang dialaminya sekarang ini, sangatlah special. Tengku Nabil membalas pelukan isterinya. Dia juga bahagia. Bahagia apabila perang dingin antara mereka menjadi taman bunga yang mekar indah. Pelukan di leraikan. Namun tangannya masih di pinggang Nana. Dipandang wajah Nana. Sakit-sakit pun comel!
"Cuma... Boleh saya request sesuatu?" soal Tengku Nabil perlahan. Nana mengangguk sambil tersenyum.
"Boleh tak after this.. Kalau kita ada masalah, saya nak kita bincang elok-elok berdua. Saya nak kita selesaikan dengan cara baik. Inn shaa Allah saya akan cuba jadi suami yang terbaik untuk sweetheart. Second, saya harap sweetheart kalau ada apa-apa masalah, bagitahu saya. Apa yang sweetheart tak suka, direct bagitahu saya. Saya ni bukan ahli nujum boleh baca isi hati sweetheart. Third, saya harap sweetheart tiada rahsia antara kita berdua. Kalau ada, ambil lah masa untuk memperoleh kepercayaan daripada saya, and I'm as your handsome husband, will be willing to give you anything to get you believe me. And forth, I hope you please... Please stay away from Brian.. " terangnya lagi. Lagi-lagi pasal Brian! Hatinya membara. Dia mencebik bibirnya. Saat nama itu meniti dalam kepalanya sahaja, hatinya terasa sesuatu. Yang pasti bukan perasaan yang enak! Nana tergelak kecil. Eleh! Jeles lah tu.
" Elelelel... Jeles dengan Brian?" usik Nana.
"Bukannya jeles... Tapi.. Itulah..." jawabnya mempertahankan dirinya. Dia mencuba mencari jawapan.
"Saya dengan Brian takde apa-apa hubungan. Saya anggap dia macam abang saya sendiri sahaja. Untuk rahsia tu... Jikalau saya terbuka hati, saya akan bagitahu awak. And I hope...saya pun akan cuba menjadi isteri terbaik untuk awak" balas Nana lagi.
"Hah ada lagi.. Boleh tak... After this, kita tidur satu bilik? Bukannya saya gatal! Tapi, saya taknak lah kita tidur asing. Tak elok. Sebaiknya, walau apa yang terjadi, jangan pernah tinggalkan bilik tidur. Second, bosan lah asyik panggil awak awak awak... Cuba tukar sikit? Panggil... Ehem... Abang ke... " tambahnya perlahan.
"Abang.... Euw taknak lah! Pelik!" jawab Nana perlahan membuat muka ingin muntah. Tengku Nabil mencebik.
"Kalau tak cuba mana tahu..." ujarnya lagi.
"Hahahaha" Nana tergelak kecil. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga suaminya.
"Abang...." bisiknya perlahan. Dia memandang wajah Tengku Nabil sambil tersenyum manis.
"Apa dia?" soalnya tidak percaya apa yang didengarnya.
"Taknak ulang! Bayar lah." usik Nana lagi. Dia tergelak kecil.
"Ouh nak bayar eh... Meh abang bayar.." terus dia mencium pipi Nana. Tergelak kecil Nana cuba mengelak dirinya menjadi sasaran Tengku Nabil. Akhirnya, rumah yang sebelum ini suram mendung ibarat di tanah perkuburan menjadi sebuah rumah yang bahagia dengan gelak ketawa pasangan mempelai. Sakit yang dirasai terasa hilang begitu sahaja saat bahagia menyelubungi diri. Tengku Nabil bersyukur, doanya didengar Allah dan dijawab. Betullah Dato Keith kata, jangan pernah putus doa. Allah takkan mengabaikan hambaNya yang tidak pernah putus usaha memohon pertolongan dariNya.
Share this novel