Fuh! Sebaik sempat. Kelihatan beberapa rakannya sedang menyediakan beberapa alatan di atas meja.
"Nana sini!" jerit Aisyah kepadanya. Aisyah merupakan pembantu kerjanya, merangkap nurse assistant yang akan sentiasa bersamanya walaupun kemana dia pergi. Boleh dikatakan macam belangkas lah juga.
"Nasib baik sempat sampai, kalau tak dah kena bebel dengan Uncle Speaker kesayangan kau nanti."
"Amboiii, kenapa tak datang pukul 10 je terus. Senang. Datang terus balik. Takyah kerja!" perlu uncle speaker a.k.a Dr.Faizal. Dia sengaja nak cari pasal dengan Nana. Sejak dari zaman sekolah dulu, memang ada je yang tak puas hati.
"Plannya macam tu lah, tapi fikirkan kerja kan. Kang kalau tak datang, adalah yang menyampaikan kat Dr. Resh pula." balas Nana sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan. Mata laju menangkap satu satu alatan di atas meja tersebut. Okay ngam semua ada!
Tergamam Dr Faizal akibat diperli oleh Nana.
" Kenapa ye Dr Faizal? Eh saya tak kata kat Dr pun. Janganlah terasa ek. Duk borak borak ni, kita dah nak start ni. Dr nak kerja sambil berdiri ke? Tapi nampak badan tu macam berisi sikit, eloklah tu kerja sambil berdiri. Orang kata bakar lemak. Sihat tu sihat" tambah Nana sambil tersenyum. Aisyah di sebelah menahan gelak.
"Suka hati aku lah! Sibuk je." balas Dr Faizal sambil menghentakkan kaki menuju ke mejanya. Aisyah menunjukkan tanda thumbs up kepada Nana di sebelahnya.
"Bagus weyh. Dari tadi duk tanya kau mana mana. Sibuk je hal orang. Jaga jelah kain sendiri tu"
"Pape jelah. Tapi memang aku lambat tadi. Papa aku nak jumpa aku tetiba. Time nak naik tadi, adalah pulak mamat senget mana duk halang jalan aku. Nasib baik aku tak tolak je dia masuk laut. Geram aku." Bila teringat balik peristiwa tadi. Dia jadi membakar! Ada hati nak humban aku dalam laut. Tengoklah siapa yang masuk dulu.
Perbualan terhenti akibat kedatangan sekumpulan pekerja di Offshore datang bersama Dr. Resh merangkap ketua group kami.
" So harini kita buat health check up macam biasalah ye. Ambil turn masing-masing. Kalau ada masalah kesihatan boleh bagitahu Dr yang bertugas. Terima kasih." jelas Dr Resh.
Aisyah di sebelah terus memegang list nama pesakit dibawah jagaan Dr Nana. Senang nak rujuk masalah kesihatan lama sebab record dah ada.
" So Aisyah. Let's start.! "
" Muhammad Akmal bin Azhar. Boleh duduk di sini ye. "
Seorang pemuda segak badannya menuju ke arah kerusi di sebelah Nana.
"Assalamualaikum Dr Nana" ramahnya.
"Waalaikumsalam Encik Akmal. So harini kita buat health checkup eh. So before this, record tunjuk takde apa apa masalah. So, now encik ada masalah tak?" tanya Dr Nana dengan mesra.
"Alhamdulillah Dr. Setakat ni takde. Cuma biasalah demam laut orang kata. Pening sikit2 sebab cuaca tak menentu."
Nana menangguk tanda faham. Tangan mencapai stetoskop di lehernya.
"Okay so, kita check dada encik dulu ye. Aisyah boleh ambil suhu. Rekod sekali"
"Baik Dr"
Sementara itu, di pejabat atas kapal.
"Hey Tengku Nabil. How's you doing?" tegur Dato Kamal dengannya.
"Alhamdulillah, no worries. Semuanya okay je."
balas Tengku Nabil sambil tersenyum. Di hadapannya ini, seorang business man yang tidak kurang berjayanya. Merangkap kawan rapat ayahnya juga.
Setelah bersalaman, mereka pun melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan. Perbincangan dimulakan.
" So Tengku Nabil,whats being you here today?" tanya Dato Kamal. Setahunya, Tengku Nabil adalah seorang pemuda yang amat susah untuk diajak jumpa. Namun, tidak disangka harini dia didatangi oleh pemuda ini.
"So Dato Kamal, I straight to the point jelah. You pun dah tahu I perangai macam mana. I tak suka kias kiasan ni. I nak tahu lebih pasal business yang ayah I and you join together. You know what I mean? My dad dah tak larat nak teruskan business ni. So dia nak I teruskan. Should we reach into some agreement? " despite being on business,memang kena hati hati even though dengan kawan sendiri. Kita tak tahu, siapa musuh dalam selimut. Akibat ditipu rakan rapat, ayahnya telah terlantar di hospital hampir 6 bulan akibat sakit jantung. Dia taknak kesilapan yang sama berulang. Should take this step by step.
Dato Kamal tersenyum. Persis ayahnya, namun version lebih teliti dan teratur.
"Of course why not. Nanti I suruh PA I sent you all of the details. Don't worry Tengku."
"Thank you for your cooperation. Hope we will getting better in the future. All the best. I'll be waiting." balas Tengku sambil bangun membetulkan hujung lengan bajunya.
"It's nice to work together with you Tengku" salam di hulurkan. Tengku Nabil memandang lama, sambil menyambut.
"Me too. Ah btw, it's not I'll be waiting. You know I jenis tak suka menunggu. I hope asap." terus Tengku berlalu pergi.
"Last patients?" tanya Dr Nana.
"Hurmmmm.. Wait aku check. Nope. Tadi je last patient." balas Aisyah setelah memeriksa beberapa kali list name di failnya.
"Okay nice, aku nak kena gerak balik ni. Papa aku nak jumpa. Gotta go first. Nanti tolong aku kemas barang2 ni eh. Astu letak je kat office aku nanti. Thanks babe. Love you!" beg tangan gucci di ambil dan di silang kan ke bahu. Aisyah dipandang.
"Yelah yelah nanti aku belanja kau makan. Order je pape eh" terus Aisyah tersenyum lebar.
"Kau yang kata eh? Promise???"
"Iyaaaa promise!"
"Amboi awalnya balik, dah lah datang kerja lambat. Balik awal!" perli Dr Faizal ketika dia melihat Nana telah bersiap-siap untuk pulang. Walhal dirinya masih lagi tersisa 3 patients. Tak boleh jadi ni! Nana memang terkenal dengan sikap bekerjanya yang teliti tetapi cekap dan pantas.
Nana memandang Faizal. Tak habis-habis nak cari pasal! Aku cilikan mulut tu kang.
"Yelah Dr Faizal, lama2 buat kerja buat apa kan? Kalau makin lama kerja, makin power skill tu takpelah juga. Ni dari 2 tahun lepas, samaaaa je saya tengok" bidas Nana.
Zupppppppp!!! Terdiam Dr. Faizal. Terbuntang matanya! Apa lagi. Kata ke aku lah tu!! Eyyyy geramnya akuuuuuu.
Melihat Dr Faizal terkaku sepi, Nana mengangkat kaki menuju ke luar. Kakinya diatur ke arah kereta proton X70. Sedang melangkah ke arah keretanya, dia dilanggar keras dari belakang. Sikit lagi nak tersodong tanah. Tak guna! Siapa sengal ni!
"Woiiiii buta ke?!" jerkah Nana kepada pemuda di hadapannya.
Tengku memusing kan badannya menghadap Nana. Cermin mata hitam diturunkan sedikit. Tangan di poket seluar di kemaskan. Hanya senyuman sinis diberikan. Biar membakar sikit perempuan tu. Ouh tadi langgar aku boleh! Lantas dia gerak menuju ke arah BMW miliknya.
Tengku Nabil tergelak sendiri memikirkan situasi tadi. Padan muka kau!
Saat dia ingin melangkah pulang, kelihatan seorang perempuan berambut keperangan yang diikat gaya pony tail menuju keluar juga. Ni perempuan tadi!! Kau siap kau!! Terus kaki di langkah laju.
Sappppppp!! Bahunya sengaja dilanggarkan kuat menghentak bahu perempuan tadi. Hampir tersadung dibuatnya. Dia buat tak tahu je sambil menonong pergi ke keretanya. Puas hati aku!
"Woiiiii buta ke?!!" jerit perempuan tadi.
Share this novel